Sunday, September 30, 2012

kenyangnya...

alhamdulillah...
burpp... dinner dengan siakap masak sweet sour. Nanas tak ada, buat mana yang ada aje.
Lepas makan kemas-kemas basuh pinggan. Dok tengok kat jari jemari tangan kanan, tu diaaa jari dah jadi besar-besar dan kasar. Masa mula-mula kawen, aku pakai sarung tangan getah bila nak basuh pinggan. Sekarang ni takda masa nak pakai sarung tangan, gunapakai pinggan mangkuk adalah kerap jadi kerapla kena basuh. Jari kiri tak macam jari kanan, dia jadi besar camna ntah jari kanan ni. Aku jeles tengok jari habibi sebab nampak elok aje, dahla dia lagi putih dari aku heheheh. Kat jari pun dah ada bahagian yang dah jadi kematu. Sekarang ni aku tingkatkan sikit level kerajinan tu, sapu sampah lebih kerap sikit + mop lantai dan cuba sedaya upaya bagi rumah tak terlalu semak. Bukan senang nak sentiasa kemas sebab dok makan lah, budak-budak ni dok main lah dan mandi dengan kerap, maka aku kena kutip baju diorang dan basuh dengan lebih kerap. Ni tak masuk part lipat kain lagi waaaaaaa..... dan juga cuci kabinet dapur dan juga bilik air. Tidak ketinggalan kerja-kerja lap habuk kat meja, tv dan sebagainya. Ok kita lajak ke luar rumah pula, nak kena sapu sampah kat luar rumah, juga cabut rumput-rumput liar. Banyak kan kerja rumah ni sebenarnya. Tapi aku takdela buat semuanya serentak, cuma yang pastinya aku sapu sampah setiap hari dan simpan toys.

Esok aku plan nak gi ambik jubah kat UUM. Aku pakai baju sedia ada je kot hari konvo nanti, nak save budjet sebab banyak lagi rencana yang akan datang ni nak pakai fulus. Raya haji lagi, banyak agenda ni.

Ehh wait a minute, esok dah 1 Oktober!!!!! Ohh tidakkk...cepat sungguh dah nak habih dah tahun ni. Dah hampir setahun dah ke Hong Kong. Tahun ni memang tak sempat nak holiday ke mana-mana destinasi sebab banyak duit digunakan untuk rumah baru ni. Let's see in next year if we can plan a vacation to somewhere insyaAllah, but no money no talk ok, yang penting saving and saving.

Okla, catch ya later...

Thursday, September 27, 2012

nak basuh kain, basuhla, aku nak tidooo......Zzzzz

Tak mau lari pulak mamat kucing nih....aku nak basuh kain...

Wednesday, September 26, 2012

The Holy Quran Read Pen

Anak-anak aku seronok bila abahnya tunjukkan Quran Read Pen. Sebelum ni kami dah introduced Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy dan Faiz dah 'berkenan' kat Sheikh Mishary. Kat read pen ni pun ada suara Sheikh Mishary. Semoga ia dapat memupuk minat diorang untuk mengaji.

Ermm....malu lah I.......

Dengan semangat berkobar-kobar, aku telah membuat sejenis kueh ketika bulan puasa yang lalu. Aku ambik resepi kat Internet, tapi kuantiti bahan-bahan aku belasah ikut suka hati aku hehehe....
ermm...dah lama aku nak upload tapi maluuu....

kalau korang terrer, cuba korang teka kueh apa?
anak-anak aku gelak mengekek-ngekek depan oven wakakakkaa.....


cer teke.. cer teke kueh apakah iniiii?




















Ok terima kasih, lepas ni aku beli aje lah kat kedai hahaha...

Tuesday, September 25, 2012

Dinner malam ni

Dulu masa diorang masih kecik, bila nak makan kat restoran, sorang kena dukung, dan sorang lagi kena diawasi bila lari ke sana sini. Alhamdulillah sekarang dah tak macam dulu, aku boleh makan dengan aman sentosa. Just kept an eye on them ehhehe..

Monday, September 24, 2012

Pekabo yeop?

Hi how are you?
Lama dah tak menulis panjang-panjang.
aku sebenarnya sibuk sikit hehe, sibuk nak perabihkan buku Sirah yang aku sedang baca sekarang. Dah lama beli tapi sekarang baru berkesempatan baca. Oh, aku rekmen kita sebagai seorang muslim untuk menghayati Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Kenapala selama ni aku tak bersungguh-sungguh nak ambil tahu pasal kisah dakwah Nabi SAW. Seriously, buku tersebut banyak membuka mata aku. Selama ni dok baca sikit-sikit aje, tapi buku yang aku baca ni sejak sebelum kelahiran Nabi, permulaan dakwah Nabi sampailah tersebarnya Islam ke seluruh tanah Arab. Bukan senang rupanya, sangat susah baginda nak berdakwah, banyak sungguh pancaroba hingga mengalir air mata aku membayangkannya. Serious aku cakap, bacalah dan hayatilah sirah Nabi betul-betul! Umur dah meningkat ni aku kena cari buku-buku yang bermanfaat sikit. Sikit lagi nak perabih baca.

Ermm... kejap lagi ada orientasi budak baru, aku tolong kawan-kawan yang jadi facie.
Oklah nanti aku pikirkan nak tulis apa untuk entry seterusnya...

Thursday, September 20, 2012

Tuesday, September 18, 2012

Hari-hari yang kulalui....

Aihh....
hari-hari teringat sama ayah....
but I can't cry anymore...
wajahnya muncul sepanjang masa dalam benakku...
rindu....rindu...rinduuuuuuu   :''""""(

Kakak aku dah tamatkan pengajian PhD nya, konvo Oktober ni..
kakak aku yang sorang lagi dah pun konvo master tahun lepas...
aku pulak nak konvo tak lama lagi...
kalau Wan ada, mesti dia excited, dan tentu aku akan suruh dia ke majlis konvo PhD kakak...


konvo aku nanti, hanya kami berempat sajalah (anak-anak dan habibi), aku tak excited mana pun. Kalau nak mak pegi majlis konvo, baik ikut kakak aku saja, it will be merrier...

aku tak rasa my convocation ni gah pun, sebab aku masih belum dapat kerjaya idaman...

Wan.....
aku rindu bila aku boleh ceritakan segalanya pada Wan. Walaupun Wan tak cakap banyak, tapi bila maklumkan apa-apa padanya, aku berasa gembira...

Wannn.....
semoga Allah melindungimu setiap masa, Al-Fatihah...

Monday, September 17, 2012

My new nephew

Hi! My name is baby Sa'ad!! I just came into this world 2 days ago..
Am I cute?

*Auntie said : Cute nyaaaaa budak ni, bila aku nak beranak sorang lagi ni? Tunggu dapat kerja baru boleh beranak sorang lagi hehehhe...

Saturday, September 15, 2012

tido sampai pening?

"Asyik tidoooo aje... tido ni sampai mati pun takkan puas!"

 bebel Wan suatu waktu dahulu, ketika aku zaman bujang. Aku kena marah sebab tidur sampaikan basah semua kain kat jemuran hehee... masa tu diorang keluar beli beras kot kalau tak silap aku.

Sebenarnya penyakit tido ni berlarutan sampai la sekarang, cuma kurangla sikit sebab aku dah bekerja ehhehe, kalau aku ni surirumah sepenuh masa, tak mustahil ayat yang sama berulang kembali dari mulut habibi,

Sebab bila dah kerja, nak tak nak aku kena bangunla, bukan macam kuliah, boleh ponteng-ponteng haha..

boleh aje aku tido balik sebab anak-anak masih belum bangun,  tapi aku rasa jemu dah nak tido balik, sebab hari Jumaat lepas aku tido (aku off day sebab kerja malam) sampai tengahari.. gilaa!!! Dah lama aku tak buat kerja gila macam tu. Hahaa tapi kat umah MIL aku selalu buat kerja gila, iaitu bila takda kerja aku akan tido, aku nak buat apa sangat pun, nak berborak aku takda idea. Nanti I sound stupid when I speak Malay pulak hahahah....

dan semalam aku mimpi balik rumah kat kampung. Kalau aku tak mimpi jumpa Wan, selalunya aku akan mimpi pegi lawat kuburnya. Dah lama aku tak kira berapa hari Wan pergi, aku ada catat kat diary.

ok catch ya later..

laksa siam yang sodap





Hari ni first time masak laksa siam, senang macam kacang aje, resepi dia di sini. Masuk mangkuk ke 3 baru aku snap gambar, sebab aku tak sabar nak makan hahaa.....

oh..aku cuti panjang ni, sampai Selasa...aktiviti makan-makan aje la yang paling best...
tryla laksa ni, yummehh!!!

Friday, September 14, 2012

Klinik dan Surgeri Sedhuram



Klinik Sedhuram ni adalah khusus untuk merawat masalah berkaitan saraf. Setiap hari, memang ramai gila yang datang ke klinik ni, sampaikan orang beratur hingga ke depan klinik. Seawal 5 petang, kaunter pendaftaran mula dibuka. Dan rawatan bermula pada pukul 7 petang. Memang ramailah! Kalau nak datang ambil nombor tu, orang memang dah ramai. Kalau malas nak tunggu giliran rawatan, boleh buat anggaran berdasarkan nombor giliran.Ala macam kita pergi ke bank la, lepas ambil nombor tu siap pegi makan dulu, sebab giliran lambat lagi.

Alhamdulillah setelah menjalani pelbagai rawatan tanpa putus asa mahupun di hospital kerajaan, hospital swasta, perubatan Darussyifa dan perubatan tradisional, FIL dah boleh berjalan dan memandu (kereta auto) setelah mengalami minor stroke. FIL ke klinik ini dan mendapatkan ubatan yang diwajibkan makan dengan disiplin, tak boleh ponteng-ponteng atau malas.

Aku bagi info pasal klinik ni sebab apa yang aku tau, klinik ni glemer sebab pesakitnya datang dari serata pelusuk negeri. InsyaAllah usaha selagi boleh, boleh sembuh kalau cepat berubat, jangan tunggu lama-lama. No telefon dan lokasi aku sertakan. Senang aja nak cari klinik ni, masuk kat Pekan Pauh tu, klinik tu berada berdekatan lampu isyarat Pekan Pauh. Kalau tanya orang mana klinik saraf Sedhuram tu memang orang kena la insyaAllah.

Oh ye sedikit petua daripada FIL tentang amalan yang dia buat agar cepat pulih dari stroke.

Katanya, bila kena stroke ni, kita tak boleh lemah semangat. Semangat kena kuat dan jangan give up. Sentiasa set dalam kepala untuk pulih, dan doa banyak-banyak.
Amalan FIL adalah dia akan bangun seawal pukul 5 pagi dan mandi air sejuk.
Dia kata tak boleh malas-malas. Kalau ikutkan hati memang nak tido memanjang. Kalau buat macam tu, badan jadi bertambah lemah, lama-lama tak larat nak bangun. Ini yang banyak terjadi di kalangan kawan-kawannya sebab diorang jadi give up dan layan tido tak bangun-bangun. Lama-lama badan jadi gemuk dan berat, terus tak dapat bangun.
FIL rajin exercise. Habibi belikan tongkat kaki empat tu. Dengan kekuatan tangan, FIL akan bangun nak bangkit berpegang pada tongkat tu, usaha gerakkan kaki perlahan-lahan. Setiap pagi dia akan exercise tanpa jemu, berjalan di depan rumah. Lama-lama tak perlu dah tongkat empat tu, pakai tongkat sebatang je. Sekarang siap boleh menebas lalang, alhamdulillah tanpa putus asa, dengan azam kuat, berdoa dan tidak banyak tidur. Segalanya dengan izin Allah belaka. Usaha lah...




Wednesday, September 12, 2012

Sweetnya..true story...

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia..

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat!

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful!

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin!

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “




Sekian, Travelog Cinta Nur Adam

macam mana nak cari kerja sedangkan kerja tak adaa?

Semenjak dua menjak ni aku giat dok job hunting...
ahh... kekadang aku bosan dan malas dah tapi terpaksa juga...
tempat kerja sekarang pun bukan menjamin masa depan, survive for a while boleh lah...selepas itu, ibaratnya, boleh blahh!!

oleh kerana aku dah set up life kat sini, maka  kilometer radius juga terhad di sekitar daerah berdekatan sahaja. Ya, betulla.. takkan aku hanta resume kelmarin, terus dapat kerja baru hari ni kan... sabar sikit. tapi aku ni tak berapa nak sabar sebab I hate don't like my current working place. They are minimizing the field of work, and now some of us should do something, and I am doing something. I did called Albukhary International University in Alor Setar, but they said the vacancies are only for Business/Social Science courses. I hate job hunting because the limitation of opportunities whilst thousands of jobless people out there are hunting for work to earn money and to raise up their family, not for fun ok! Earn money for our children!

There are many master holders out there still seeking for a job, and I am terrifying trying before they put me some more heavier burden. You know, dealing with family business is very annoying. The firm I'm working is a family business. It's more to emotion burden.

Ya..I shouldn't grumble much because rezeki is always there, but the path towards it is very challenging, sabarr....Allah knows best!

Tuesday, September 11, 2012

Monday, September 10, 2012

Busy?

Ermmm... jarang pulak aku upload blog ni semenjak dua menjak ni...
busy sikit sejak kebelakangan ni...
dah insyaAllah aku konvo pada 7 Oktober ni, alhamdulillah berjaya juga mendapatkan MSc. IT from UUM.
Dan aku juga sedang rancak melakukan job hunting ni. Update semula resume dan cover letter. Ya ada master bukan jaminan dapat kerjaya idaman, tapi tomorrow never dies, try and try and leave the rest to Allah.

Dan I am very happy this week because I dreamed of my dad almost every night! I feel like I've been healed by a series of dreams, God knows how much I miss him and how much I think of him everyday. Alhamdulillah. Keadaan mak pula ok, sihat cuma kekadang aje letih. Thanks bro for taking a good care of her, may Allah bless you brother!

Hari ni pulak diorang ni buat makan-makan, hari ni pakat makan sampai kenyang, sambung makan sampai ke petang hehehe... hehehe aku nak tergelak baca komen senior aku kat gambar yang diorang upload tadi,

  • *** mane *** yg ku kenal..? mane? mane..?? baju ijau kanan skali ke..?? yg duduk BERSIMPUH itu kah..?? auchhh...sopannyer! syukuuuur ya Allah.... ;p
    9 minutes ago · · 1

  • *** kak ***, tu bersila kak, cover sikit kahkahkahh
    7 minutes ago ·

  • *** syangat syopan...syuke i! ;p
    6 minutes ago · · 1

  • *** hahahah kena paksa kak, diorang suruh pakai baju raya ahhaha
    2 minutes ago · · 1
Hahaha, sebenarnya aku asal usulnya adalah sangat la tomboy nye,boyish :p

hehe oklah aku nak sambung makan..

Saturday, September 8, 2012

Mimpi lagi!! happy happy!!!

2 hours ago ·

  • semalam mimpi Wan lagi..happy happyy
    · ·

      •  malam semalam ,aku pown mimpi arwah abi..siap mari menyapu kedai aku lg sambil tersenyum...mud hepi hepi hepi jugak....heheheheh
        2 hours ago · · 2
      • mok moh pun mimpi jugok, ke diorang buat rombongan hehehe
        2 hours ago · · 1
      • yang first mimpi aku suapkan dia makanan, yang kedua mimpi dia dok jaga kedai kopi, tapi tak cakap apa pun, i miss him terribly lah
        2 hours ago · · 1
      •  klu kita mmpi org yg telah mati,n dia xcakap apa2,itu maknanya dia betul2 mari kt kito....
        klu mu mmpi mu suapkan dia makan,maknanya segala amalan hok mu buat ko dio selamo ni,sapa....dulu,masa arwah mula2 xdop,aku prnh mimpi,suap dia air...bila tanya seorg ustazah,ustazah tu royak,sgla amalan yg kito hadiahkn utk dia kt sana,sapa...maknanya,dia bahagia....:D
        4 minutes ago · · 1
      •  huhuuuu yo ko, ada beberapa kali mimpi suap dia makanan dan bagi minum air, huhuuu semoga sampai hendaknya amin
        2 minutes ago ·

Friday, September 7, 2012

BBQ tonight!!

InsyaAllah malam ni pakat-pakat buat BBQ at a friend's house/neighbour. Each family bawa bahagian masing-masing. InsyaAllah program ni akan berterusan dan setiap family akan bergilir-gilir jadi host. Kali ni giliran our friend. Tujuan ia diadakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara kejiranan yang merupakan rakan sekerja encik habibi. Perap dulu ayam black pepper, malam ni kita bakarrr  :)

keep growing!!!

 Japanese grass....

 Tekun gile habibi dok tanam rumput ni..

Kat depan tu namanya mutiara grass, kat belakang tu namanya cowgrass. Mutiara grass masa nak spreading tu nampak macam tapak sulaiman je hehe...

Thursday, September 6, 2012

Rindunya....

2 malam lepas mimpi jumpa Wan...
I hugged him and kissed his head...
Oh Allah, I miss him like crazy....
gambar ni diambil sebelum Wan dan mak ke Tanah Suci Mekah kira-kira 10 tahun yang lalu....


Monday, September 3, 2012

supermak lagi....

yeahhh aku telah membuat keputusan yang bijak iaitu tidak tidur pagi hehehe...
lalu aku mengambil kesempatan atas kelapangan hari ni untuk buat kerjarumah, menyapu sampah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk, basuh kain sidai kain, pegi pasar beli ikan, sayur...
fuhhh....
dan sekarang aku nak ber blogging pulak.
Sebenarnya aku kerja malam ni, jadi aku diberi rehat hari ni dan esok. Best jugak kerja malam sampai ke pagi ni, aku boleh rehat 2 hari heeee....

aku pegi pasar beli bahan-bahan untuk masak asam pedas. Aku baru beli claypot setelah tertunda sejak bulan puasa hari tu. Tak sabar aku nak rasmikan claypot aku ni. Mak aku kata sedap kalau singge ikan guna claypot aka periuk tanah ni sebab tak bau hanyir ikan. Yang jadi hanyir ni sebab periuk besi tu.

Badan belum penat tapi otak dah mula mengantuk ni... ehh... bila aku nak masak kalau camtu?
lepas Zohor nanti lah...

ehemm..... aku nak buka topik yang berilmiah sket ni...

dah lama aku nak tulis pasal ni tapi asek tertangguh-tangguh...

ianya berkenaan dengan bagaimana nak jadi menantu perempuan yang disayanyi? hehehe aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku tau, ke atas menantu-menantu perempuan yang pernah aku jumpa (bukan kes aku hee).

Bagaimana perangai menantu perempuan yang disayangi?

1) Ohh, idola aku ni sangat-sangatla hormat dan kasih pada ibubapa mertua dan seluruh kaum kerabat sebelah suaminya. Bagaimana dia layan ibubapanya serta kaum keluarganya, begitulah dilayannya keluarga disebelah suaminya, ikhlas gila la, susah aku nak tiru ni heheee.....

2) Peramah dan mesra, tak sombong untuk bertanya khabar apatah lagi jika ada diantara keluarga mertua yang kurang sihat, masuk ward etc, dia antara yang paling cepat sampai dan bertanya khabar.

3) Pemurah gile. Tak pernah berkira untuk berbelanja untuk keluarga mertua walaupun tak pernah diminta. Kalau kita pergi ke rumahnya, memang tak sah kalau pulang dengan tangan kosong.

4) Rajin. Ohh ni memang pilihan mak mertua la untuk dapat menantu perempuan yang rajin. Pagi-pagi lagi dah sibuk masak sediakan makanan, buat itu ini, kalau kenduri kendara, jadi senang dengan adanya menantu perempuan yang rajin.. (errr... tak macam aku..oh....)

5) Jenis yang bersungguh-sungguh. Ini menampakkan keikhlasan seseorang. Kalau diajaknya kita kerumahnya, memang diajak dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, bukan ajak-ajak ayam atau risau kalau orang nak datang kerumahnya heheee.... kalau buat makan panggil adik beradik, memang dia akan buat dengan bersungguh-sungguh dan layan dengan bersungguh, bukan hipokrit. Kalau dia membantu, dia membantu dengan penuh ikhlas da bersungguh-sungguh dan gembira berbuat demikian.

6) Akan menelefon kaum keluarga mertua bertanya keperluan mereka, contohnya kalau ayah mertua tak sihat, akan di offernya untuk dibawa ke hospital, bukannya melarikan diri dan mengelak.

7) Pandai didik anak agar menghormati kedua-dua belah pihak keluarganya serta mengajarnya supaya melayan kaum kerabat dengan baik apabila berjumpa, bukan melarikan diri ok! Kalau anak-anak lari, patut sound sikit...

ok tak payah lah aku tulis banyak, cukupla setakat tu sekadar pemerhatian aku. Errr.. aku nak cuba jadi camtu lah heheh...susah jugak sebab naturalnya aku bukan camtu hahahah....

Bagaimana pula ciri-ciri menantu perempuan yang teruk?

1) Ohhh sudah tentu, apabila suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapanya selepas berkahwin, Nampak sangat queen controll @ takut bini!

2) Mempunyai kuasa mempengaruhi suami yang sangat kuat sampaikan suaminya selalu kalah dengannya. Pendek kata, suami takde kuasa dalam membuat keputusan. Ini ibarat lembu dicucuk hidung la...

3) Pemalas. Nak buat makan pun malas, jaga anak pun malas, pesen nak kena suap nih.

4) Kedekut pahit. Ni sape-sape yang ada perangai camni memang tak digemari ramai la. Berpada-pada la kalau nak kedekut pun. Paling teruk, dahla kedekut, orang lain punya semua nak. Kalau kedekut dan hak orang lain dia tak teringin itu lain cerita. Lepas tu nak ajar suaminya agar kedekut macam dia, cisss....

5) Ramah itu penting tapi kalau cakap takda titik dan takda isu yang munasabah, itu menjengkelkan walaupun tak bergossip. Bergossip apatah lagi.

6) Tak cakap langsung? hayyaa ni pun satu masalah. Langsung tak buka mulut pun tak selamat juga, orang tak tau, budak ni ada tak puas hati ke, ke seronok sangat ke sampai tak bersuara langsung. At least smile and talk a bit.

7) Buat tak endah. Ermm... kadang-kadang telinga kena lebih sensitif dengan sekeliling. Kadang-kadang orang segan untuk mintak tolong, tapi kalau kita dapat rasakan macam ahli keluarga perlukan pertolongan, cuma tanya kot-kot boleh tolong. Ada yang jenis nak kena suruh baru buat ( aku la ni hahahah)

8) GARANGGG dengan suami, takutnyeee suami kauu. Perhatikan nada suara ketika bercakap dengan suami. Nada suara atau cara percakapan tanpa disedari memang diperhatikan oleh ipar duai serta ibubapa. Masa ni la diorang nak tau pun dan kata, "chehh... macam ni ke rupanya menantu aku? layan anak aku cam hapeee"

ermm... aku rasa cukupla tu setakat ni. Aku pun sedang belajar jadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa, cuma kadang-kadang kita kena cuba ubah diri daripada tak biasa kepada biasa, daripada pemalu kepada peramah, daripada malas kepada rajin, daripada hipokrit kepada ikhlas, daripada benci kepada sayang, daripada selfish kepada caring daripada queen control kepada king kontrol hahahhaha.......

ermm...oklah,semoga mendapat manfaat bersama....