Friday, August 31, 2012

Nasi dagang

Yayyyy berjaya buat nasi dagang hari ni, alhamdulillah sedap! hehehe
ehem.. tu kalau ikut tekak aku dan habibi la, kalau tekak mak aku belum tentu. Kalau google resepi nasi dagang mesti berlambak kat Internet ni, practise makes perfect. Tapi kalau nak sedap dan lebih kick, gulai tu elokla dibuat pada malamnya, sebelum makan keesokan harinya sebab nanti ikan tu akan serap gulai tu, macam kena perap la....

Nasi dagang pula kalau keras sangat pun tak sedap, kalau lembik sangat pun tak sedap. Sebelum kukus, rendam dulu beras tu dalam 5 jam. Bila nak kukus, basuh dan toskan.

Aku kukus 2 kali. Kali pertama kukus selepas beras nasi dagang tu ditoskan, selepas tu angkat dan gaul dengan santan cair (boleh aja guna air kosong-santan cair/air kosong ni tujuannya supaya nasi tak terlalu berlemak). Kuantiti santan cair tu kira-kira nampak berkuah la bila kita gaul dengan beras tu, nanti bila letak atas kukusan, air tu akan tersejat turun.

Lepas tu kukus lagi kali ke dua. Sambil-sambil tu test tengok kot-kot nasi masih keras. Kalau masih keras, boleh gaul dengan air sejuk dan kukus kembali, tapi kalau dah ok, terus angkat dan gaul pakai santan pekat yang dicampurkan dengan hirisan bawang merah, bawang putih, halia serta halba +garam (santan tu dimasak dulu sambil dikacau). Kuantiti santan pekat pulak jangan banyak macam yang first tadi, bagi ngam-ngam aje, dan gaul cepat-cepat masa nasi masih panas. Lepas tu tak payah kukus dah.

Untuk ikan tongkol pulak, rebus ikan tongkol yang telah dikatam/potong dengan garam dan asam keping. Kalau nakkan isi ikan yang pejal dan tak hancur, campurkan beberapa sudu cuka kedalam rebusan.

Nak buat gulai kuning ikan tongkol, aku selalu ingat pesan mak aku : lengkuas + kunyit + lada kering giling/cili boh + bawang merah. Blend bahan-bahan ni dan masukkan dalam periuk yang mengandungi santan. Kuantiti santan tu agak-agakla, jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair pulak.

Tadi untuk 2 ekor ikan tongkol saiz kecil, aku guna 3 biji bawang merah, seinci kunyit hidup dan sedikit lengkuas, 2 cm kot. Tapi tadi aku terlebih dos seinci lengkuas jadi berbau lengkuas pada awalnya hehehe... aku tambah sikit serbuk kunyit nak bagi kuning.

Bubuhla asam keping dan boleh masukkan sedikit serbuk kari ikan. Bila bahan-bahan tu dah masak, masukkan ikan rebus tadi. Kemudian boleh tambah potongan timun batang serta sebiji dua lada hijau (yang aku guna untuk buat lada sumbat). Aku tambah garam dan gula. Masa masak gulai ikan ni, pastikan sentiasa kacau! Kalau tak kacau nanti terapung laa jadi ketulan-ketulan santan pulak.

Aku campur dengan 10 biji telur rebus dan juga udang. Barulah kuah dia lagi kickkkk!!!!

Kalau rajin, buatla acar timun, dan boleh goreng kelapa sampai kering sikit + isi ikan rebus + serbuk lada hitam+bawang merah tumbuk +serai tumbuk (macam nak buat nasi kerabu) tapi aku tak buat pun.

eh... tadi aku rasa malas masa nak tulis resepi, tiba-tiba aku tulis habih pulak ahhaha...
oh ya tadi aku masak sekilo beras nasi dagang.
Aku rasa senang aje nak buat nasi dagang ni, bahan-bahan yang mudah dicari kecuali beras nasi dagang aje.

Wednesday, August 29, 2012

Tuesday, August 28, 2012

Kat rumah dahhh....

setelah mengharungi hari-hari yang sibuk dan merentasi perjalanan yang jauh, akhirnya sampai jugak ke rumah semalam.

Sekarang dah dekat pukul 9 malam tapi habibi belum pulang. Dia hantar FIL ke hospital untuk check up dan terus hantarnya pulang ke kampung. Nak balik kampungnya jauh juga, dekat 2 jam perjalanan. Kadang-kadang hampir setiap minggu habibi pulang ke kampung semasa FIL takleh bangun kena strok. Alhamdulillah sekarang ni dah ok, jadi takdela kami balik setiap minggu.

Jumaat ni cuti Kemerdekaan. Aku plan nak masak-masak..hmmm.... ada beli 2 kg nasi dagang. Macam nak try je heee...

Sebenarnya aku nak cerita macam-macam ni tapi macam sibuk je dengan kanak-kanak ni. Pagi tadi sibuk kemas dapur dan peti sejuk. Kena luang masa nanti untuk tulis cerita dalam kepala aku ni.

ni barang-barang yang kawan aku kirim hehe....
yang bulat-bulat kaler coklat tu aku punya, apa nama dia ntah aku tak ingat. Adik beradik bedak sejuk la tu.

Friday, August 24, 2012

Hari mengemas sedunia...

Adoiii sengal-sengal kaki aku..
jari jemari dah jadi kematu...
aku dok kemas-kemas rumah mak dari pagi sampai ke malam. Bila penat, aku stop kejap dan sambung balik.
Kemas dari dapur sampai ke ruang tamu, bilik-bilik serta susunatur barangan supaya dapat ruang yang lebih besar. Nak kata teratur sangat tu takla sebab banyak barang. Cuma bila ubahsuai susunan kerusi, almari etc, nampak tak semak sangat. Banyak bahan buangan hasil kerja aku tadi, 6,7 plastik sampah yang besar tu kot. Aku buang aje mana yang dah tak guna. Dan sememangnya barangan yang aku nak buang tu la yang makan ruang dalam rumah ni sampai jadi semak dan menyakitkan mata. Esok sambung kemas lagi kalau aku rajin. Bukan senang nak datang mood rajin yang luar biasa ni. Kalau aku tengah rajin, memang aku buat sungguh-sungguh la...

Raya aku dah berlalu tapi esok lusa masih ada majlis makan-makan.
Bila balik kampung jumpa adik beradik, diorang kata aku makin kurus. Kalau tengok gambar nampak biasa aje, tapi berbanding dengan dulu, lain la muka aku. Kakak aku siap tanya, aku ni makan ke tak hehehe...katanya aku macam skeleton.. errkkk...
but I eat a lot, cuma aku jarang ambik snek di antara waktu makan.

Malam-malam kat rumah mak aku memanggggg laa sangat sejuk. Kalau tak selimut dengan toto (comforter) tu memang tak tahan laaa...

dan air paip dan air telaga pulak sememangnya sejuk membeku laaa... kalau mandi siang-siang memang syok, tapi kalau dah malam memang mandi kambing laa, sejukkk....

oklah aku nak berehat seketika... esok banyak kerja rumah yang aku nak buat...

selamat hari rayaaa!!!

Friday, August 17, 2012

Selamat hari raya semuaaaa!!!

Malam ni lepas berbuka nak balik ke Sungai Petani...
mungkin aku tak update blog kat sana kot disebabkan line Internet yang tak berapa boleh diharap..
aku nak ucapkan kat anda yang sudi jenguk blog ni, selamat hari raya maaf zahir batin..
sincerely aku berasa berat hati setiap kali bulan Ramadhan berlalu pergi, dan bagi aku, kemeriahan itu banyak terdapat dalam bulan ini, dan bulan Syawal tu happening setakat raya pertama saja.

Andai kata ada bahasa dalam blog ini yang menyinggung hati sesiapa, maaf dipinta dan semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

Dan syukur alhamdulillah bos bagi gaji awal hehehe.. awal seminggu. Jadi takdela sesak sangat balik kampung nanti. Lagipun aku tak shopping dengan ganas sangat pun ehehe...


Kat atas ni gambar kat bazar ramadhan Changlun petang tadi...

Selamat hari raya Aidilfitri dan semoga semua yang nak menuju ke destinasi selamat tiba hendaknya.

Thursday, August 16, 2012

nak raya dah...

Hari ni dah hari Khamis. Tinggal dua hari saja lagi nak puasa sebelum beraya. Oleh kerana tahun ni giliran raya kat Kedah, lagi la aku takde feeling raya sebab tak dapat jumpa mak dan tak dapat ke kubur Wan beramai-ramai. Adik beradik aku pula yang mana pulang pada raya pertama tak sempatla nak jumpa dengan aku. Kan tak best tu...tapi aku tetap pulang pada raya ketiga. Okla tu at least kali ni dapat pulang lama sikit.

Semalam masa tidur, aku mimpi jumpa malam lailatulqadar hehehe... tengok kat langit penuh dengan miracles. So I prayed in my dreams. Dan bila aku bangun dah pukul 5 pagi. Tengok-tengok habibi dok mengaji dalam bilik. Kejelesan mula melanda sebab dia bangun awal daripada aku.

Kalaulah semalam adalah malam lailatulqadar, kan rugi, sebab aku ada masa sejam saja sebelum malam itu berakhir. Ohh rugi sebab I slept soundly last night... tapi tak mengapa, yang penting kena ikhlaskan hati kan kan... dan nampak gayanya aku terus 'cuti' sampai raya kot..isk isk.... malam-malam biasa dok tidur awal sebab si kecik ni ajak aku tidur sama. Kesudahannya bulan puasa ni tak produktif mana dari segi rohani dan jasmani, hmmmm...

Dan semalam juga aku tengok langit sangat cerah dan cantik, pagi tadi pula awan kemerah-merahan, subhanallah memang cantik. Masih ada 2 hari lagi berbaki bulan Ramadhan ni, semoga tak dilepaskan begitu sahaja.

Tadi masa balik dari kerja aku beli aje beberapa jenis lauk pauk. Malas dah aku nak masak memasak. Masak nasi aje. Masa tengahari sempat beli sandal aku dan baju budak-budak. Memang I need a proper shoes pun, yang aku dok pakai sekarang ni buat pegi pasar malam sesuai la..

okla, see ya later...

Tuesday, August 14, 2012

How are you?


Tonight is a peaceful night with no more firecrackers and 'bombs' exploding around. It was a temporary quite night after some 'explosions' after iftar. Are they already in bed? In my former residential area where I used to live, the noise started after iftar and subsided till morning, but in here, they went to sleep earlier I guess heheh.... at least my children can sleep well, that's good enough! When they were infants, I kept on cursing at those children playing firecrackers in the middle of the night because when they were sleeping soundly, the blasts surely had frightened and made them awake

It was already late at night when I remembered that I left my lappy in my car. I went outside and took it from the boot while looking at the stars, and hoping that I could witness a shooting star or a meteor. Or maybe I can witness some signs of lailaturqadar? heheheh....

When I looked at the clear sky, with beautiful stars... I'm just wondering...

Wan....
how are you doing now?
are you happy?
what do you see now?
do you see angels around you?
I wish Allah may protect you from any harms...
I know He will protect you father... because you are a good father....
Are you alright?
Do you still remember me?
Do you think like the way you did when you were alive?
Do you still feel the pain of death?
Do you come and see me where I can't see you?
I love you father...
I remember you in every microsecond of my life...
And I pray for you all the time, till the last beat of my heart...

Oh Allah...
please protect my father...
and please forgive him...
I hope Wan will come into my dream tonight, so that I'll be happier....

I miss you Wan...


Monday, August 13, 2012

What's up??

Slow sungguh Internet ni, setiap kali aku nak buat entry baru, dok loading tak keluar-keluar pun editor ni.
Lagipun, minggu ni sibuk sikit, kelmarin tak sempat on laptop. Kat rumah pun tak sempat.
Minggu ni minggu last kerja sebelum bercuti panjang untuk raya.
Tahun ni giliran raya kat Kedah pulak...
raya ke tiga baru balik KB.
Tahun lepas aku tak rasa nak raya langsung,
tahun ni pun sama. Sejak Wan tak ada, aku macam malas nak buat persiapan raya. Aku tak beli biskut raya banyak pun, setakat sikit-sikit aje, untuk aku makan ehhehe...
baju raya ke, kasut raya ke, aku tak ambil port sangat. Pendek kata, aku malassss nak ambil tau sangat. Sama juga macam duit raya ke, aku tak ambik tau jugak. Habibi ada bagi sikit, aku guna yang tu la kot. Singgit sorang sudah la ahhahaha..... tapi baju raya budak-budak ni beli la. Masa ke bazar raya Ahad lepas, aku tak excited mana pun, lebih-lebih lagi bila tengok harga baju yang mahal macam cipan. Baju ke hape mahal beratus-ratus. Kalau kat butik Peace yang lagi lawa boleh aje dapat harga bawah RM100. Aku ni bila tengok harga mahal tak munasabah, terus aku blacklist. Melampau betul, aku rasa macam biasa aje, takdela outstanding sangat pun. Kat bazar raya tu memang harga baju wanita rata-rata seratus ke atas la. Tak berbaloi la sebab aku bukan nak pakai sangat pun, aku pakai baju raya sampai tengahari aje hehe...

Dan aku juga ada beli bunga api untuk anak-anak aku (ehemm aku yang nak main sebenarnya).
Semalam dah excited nak main, tapi habibi kata tunggu terawih dulu, bila balik terawih aku dah tido. Heheh kan kempunan nak main bunga api wakaakkaka.... sebenarnya aku tak payah beli bunga api yang berpuluh-pupuh das tu, sebab hampir setiap malam boleh tengok depan rumah, belakang rumah, orang dok main. Kekadang bungi gedegunggggg kuat gila bunyi meriam buluh. Esoknya keluar berita ada orang putus jari la, kudung tangan la, mata buta la... tapi bunga api ni kena main under supervision la takut kena muka.

Dan masa bulan puasa ni juga aku dok selalu ingat kat Wan.
Semalam masa balik kerja kat highway, aku dok sentimental teringat kat Wan. Masa tengah drive tu, hampir-hampir nak meleleh air mata, tiba-tiba aku perasan ada sebuah kereta dok lane kanan macam nak potong, tapi tak nak potong. Aku tak toleh pun sebab tengah feeling. Dalam hati aku, kereta ni nak potong ke tak ni. Beberapa ketika jugak la dok beriringan macam tu, aku pun toleh la nak tengok sapa diaaa laa yang nak ngorat nih...

tengok-tengok ada dua orang kanak-kanak dok melambai sambil tersengih...
ler..... habibi dan anak-anak rupanya. Huh nasib baik aku tak feeling lebih-lebih. Lepas tu diorang signal kanan menuju ke pasar malam dan aku ikut sama. Sampai kat simpang, aku parking kereta tepi jalan dan ikut diorang ke bazar. Sebelum tu aku dah singgah ke bazar dah beli dah. Oleh kerana aku ada 'tenaga lebih' maka bolela aku jalan banyak sikit heheheh......

Hari ni aku plan nak cari claypot. Dah lama aku plan nak masak guna claypot. Harap dengan tenaga aku yang banyak ni, boleh la aku masak gulai yang kick petang ni eheheheh...

ok, see you again darling....

Friday, August 10, 2012

Misteri

6 hours ago near Khota Bahru, Kelantan ·
  • Sewaktu merapatkan saf,tangan saya ditarik dengan lembut oleh seseorang...
    Saya memandang wajah lembut yg menarik tangan saya merapati sisinya...kemudian secara spontan,saya memeluk dan mencium tangan beliau...
    Ustazah Siti Aishah,guru pendidikan islam SPM saya,yg dulunya mengajar saya tentang agama,termasuk mengenai ibadah di bulan ramadhan,kini solat tarawih sebelah-menyebelah dengan saya...dan beliau masih ingat kami,3 beradik perempuan,***, **** dan ****.
    Nama kami 3 beradik panjang,sebab tu ustazah ingat,beliau berjenaka...
    Saya melihat sinar di wajahnya seolah-olah tidak dimamah usia...Itulah sinar org yg mengajar agama,ilmu bermanfaat...
    Kami berkongsi nama yg sama.semoga ada barakahnya utk kami..semoga ustazah Siti Aishah diPanjangkan umur oleh Allah Taala untuk terus beribadat kepadaNya dan mengajar ilmu agama manfaat utk akhirat...amiiin...

  • ******* eh..bukan dah meninggal ke? ada berapa byk ustazah aisyah kat SMZ?

  • ******
    Ustazah aishah my batch...dah meninggal ke? Ustazah lain kut?

  • *******tu la ustazah lain kot, ustazah aisyah yg meninggal tu yg pakai spek, rumah dia kat jalan dato lundang, anak dia dokter kawan kakak saya

  • ***** Yg smalam pn pakai spek,tp dia ckp nama ustazah tu lain...anak ustazah tu keje usm jgk kan...

  • ****** Dia ada sebut nama ustazah sorang lg yg anaknya juga lecturer usm,nama ***;tp lupa ustazah yg tu nama apa...
    56 minutes ago via mobile ·
  • ***** hehe... Siapakah gerangan yg menarik tgn itu... Jeng jeng.
    45 minutes ago via mobile · · 2

  • ******* Dahlah semalam tazkirah antara solat tarawih tntg majlis ilmu,bacaan quran yg dihadiri para jinn islam;ustaz dr KIAS tu terang2 ckp,di kalangan kami ada jinn yg hadir turut serta belajar n mendengar quran dan balik mengajar kaum mereka...hmmm...
    42 minutes ago via mobile ·

  • ****** ha ah nama anak arwah tu ***
    39 minutes ago · · 1

  • ****** :-) ustazah lain ni hehehe mlm esok saya cari dia amik gmbr lah hehehe
    37 minutes ago via mobile · · 1

  • ***** hehehe misteri nusantara
    33 minutes ago · · 1

  • ******* Tp dia sebut nama **** n tanya jika saya kenal...hm...
    N tajuk tazkirah pun kena dgn misterinya...tntg makhluk kehadiran selain manusia dlm majlis ilmu dan bacaan Quran sebb tiapkali tarawih,sheikh2 imaam Mesir ni baca surah panjang2...2 3 hr lpas,ms imam ni baca surah tntg hujan,automatik hujan lebat...al quran bukti sgala2nya kan...
    30 minutes ago via mobile · · 1

  • ***** saya sms kakak nak confirm kejap
    29 minutes ago · · 1

  • ******* kak, my sis reply, katanya mak **** dah lama meninggal
    14 minutes ago · · 1

  • ******* Alamak...habis tu sapa yg tarik tgn saya smalam???
    10 minutes ago via mobile · · 1

  • ******** sebab setau saya ada sorang aje ustazah aisyah kat SMZ huhuuu...
    8 minutes ago ·

  • ******* Alamak...habis tu sapa yg tarik tgn saya smalam???
    7 minutes ago ·

  • ******** heheh mistik tu kak, jimah kata, dia siap gi majlis tahlil arwah, suami arwah pun dah kawen lain dah, roh dia ke?
    6 minutes ago ·

  • ******* dia meninggal kanser
    4 minutes ago ·

  • ******* Setahu saya pun sama...hmmm...xpalah...jik
a itu arwah alhamdulillah rezeki saya 'jumpa' semula dgn beliau...
Tp satu bnda je sy ingat,dia seolah2 xdmamah usia sedangkan dah bertahun2 pencen kan...wajahnya mcm zmn sy di smz dulu...tu yg pelik...
4 minutes ago ·




  • ***** tu la kan, roh org yang baik2
    2 minutes ago ·

  •  

    Thursday, August 9, 2012

    Entry orang lapar...

    Masa tengahari, macam-macam yang aku rasa nak masak, cari resepi yang kompleks hehehe...
    tapi bila balik dari kerja, aku dah mula keletihan, tak larat nak buat macam-macam. Tapi hari ni aku memang dah plan nak masak yang senang saja iaitu singgang daging. Kawan aku kata, asyik singgang aje hehehe, aku kata, yang tu paling mudah dan cepat boleh makan. Cuma kalau daging ni kena reneh dia bagi lama sikit supaya daging lembut. Nak resepi daging singgang ke? kihkihh aku rasa mudah aja, lain kali la aku tulis.

    Selain itu, aku masak nasi goreng campur ikan sardin. Aku tak ambik kuah, ambik isi aje. Dah mati idea nak masak apa. Esok nak masak apa heh? Dalam kepala otak aku ni, macam-macam aku nak makan. Rasa nak makan kentaki, jus peel fresh, ayam berempah, ABC cendol..haihhh... tapi bila aku dah togok air sejuk, dah tak teringin pun dah..

    Dah masuk 10 malam terakhir dah. Apa aku buat hah? Aku tak boleh nak mengaji lama-lama sebab sakit kerongkong. Suara aku dah macam Ramli Sarip dah ni, kalau gelak dah macam bapuk pun ada... bila terbatuk tu macam nak termuntah aje rasanya. Tapi alhamdulillah dah semakin ok berbanding balik KB hari tu.

    Kelmarin aku kata kat habibi, tengok muka ni ehhehe..
    dia perasan yang muka aku sedikit cengkung. Aku kata kena kasi aku makan banyak-banyak sikit bagi gemuk hehehe... dia kata nak buat camna, dah bulan puasa, ehehhehe.... ya tak ya juga...

    hehhee sekian saja entry orang yang tengah lapar ni.....

    Wednesday, August 8, 2012

    what's wrong baby?

    Dah 2 malam budak kecik ni tak tidur malam...
    asyik menangis malam-malam tendang sana sini, pusing-pusing atas tilam...
    petang tadi demam, dah makan ubat dan dah sejuk badannya. Check tengok rupanya ada ulser dalam mulut, dok mengadu sakit tak boleh nak makan. Kesian pulak, sebab tu dok mengamuk dan moody.
    Tak tido la jawabnya aku malam ni

    Tuesday, August 7, 2012

    Marathon balik KB


    Sempat lagi posing kat pasar Siti Khadijah

    Setiap kali balik mesti beli lada hijau ni. Ianya memberikan aroma yang menyelerakan dalam masakan seperti daging goreng, atau mee kuah. Juga untuk dibuat solok lada. Lada jenis lain tak best sebab tak wangi macam lada ni.Sekilo RM11, mahal gile. Beberapa tahun lepas sekilo RM4 aje.


     
     Juadah berbuka kat kampung, kerabu perut, daging singgang, ikan percik, jeruk maman, jeruk petai, jeruk bawang putih, kerang, pengat pisang... perghhh.......ada lagi kat sebelah tu gulai ayam kampung dan ikan bakar.

    Percik kelate....yummyyyyy


    On the way nak balik ke Kedah, singgah kat restoran ni kat Tanah Merah. Ayuh kita tengok apa yang ada di restoran Selera Tepi Sungai ni.
     

     Warrgghhh... sedapp gilaaaa....walaupun aku tak beli lauk-pauk ni, aku tau, masakan kelate mesti sedap punya lahhhh...hahaha

     Ohhh.... kena balik pulak ni, bedal semua...

    Oh my......cobaan betul. Aku buleh tahan godaan makanan, tapi aku tak tahan godaan minuman sejukk..

     Ni pun menggugat jugak ni. Aku beli 2 peket jeruk buah setoi dan somtam.

    Sebelum tu dah singgah beli kerabu saghe. Kenal tak kerabu saghe? Ia dalam kategori rumpai laut la. Nanti balik karang aku tangkap gambar dia.
    hehehe kelatee i will be backkk!!! I miss the food so much


    Monday, August 6, 2012

    Laksa kuah lemak Siam

    Hari ni aku nak bagi resepi baikkk punya, tapi simple, itu yang penting!

    Ok petang ni kita masak laksa siam...

    Bahan-bahan:

    1. Cili hijau atau cili kering (boleh pilih)
    2. Serai 2 batang
    3. Kunyit hidup seinci
    4. Bawang besar 2 biji (1 utk blend, dan 1 lagi untuk dipotong)
    5. Bawang putih 4 ulas
    6. Daun limau purut
    7. Ikan kembung 1 kg (rebus dan ambil isinya, kisar)
    8. Santan
    9. Laksa halus

    Cara-caranya:

    - Kisar semua bahan no.1 -5. Panaskan periuk dan masukkan bahan tersebut ke dalam periuk. Campurkan isi ikan yang telah dikisar bersama air rebusan ikan ke dalam periuk tadi.
    -Masukkan santan dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan daun limau purut.
    -Potong sebiji bawang besar kasar-kasar (katanya kawan aku ehhe) dan masukkan dalam periuk.
    -Dan akhir sekali masukkan perasa secukupnya.
    -Ulamannya adalah timun batang dan kacang panjang yang dipotong panjang. Tidak ketinggalan daun selasih dan tauge.
    -Dan,bolehlah makan dengan laksa.... yum yummm
    -psss; kalau nak pedas, boleh tabur serbuk cili kering

    aku sukaaa laksa siam ni, sedapp!!!

    Sunday, August 5, 2012

    Hari ni nak balik dah....

    Sempat tidur 2 malam aje kat kampung, hari ni nak balik Kedah. Memang penat rasanya sebab terus balik, aku pun dah tak ada suara. Pelikla aku ni kalau sakit kerongkong, mesti kritikal sampai hilang suara terus. Aku jadi stress sebab aku takleh nak cakap, takleh nak scream larang anak-anak aku kat supermarket, atau larang diorang dok nakal. Aku juga jadi stress bila aku nak bagitau sesuatu kat mak aku bila dia dok bercakap-cakap dengan aku. Dia tau dah aku takleh cakap, tapi dia cakap gak dengan aku dan aku takleh jawab balik....isk iskkkk tensennnnnn!!!
    Aku rasa ini merupakan satu alasan yang baik untuk aku ambik MC hahahahaaa....
    nak buat camna, memang aku kena berbisik aje,hmmmm esok aku boleh take a rest. Lagipun aku sangat-sangatla jarang amik MC. Nice....nice.......

    Kelmarin aku dah sapu sampah dalam rumah ni. Berhabuk betul sebab sebulan lebih mak aku tinggalkan rumahnya ni dan duduk kat KL. Tapi aku dah tak larat nak susun atur barang-barang dalam rumah ni. Pening kepala aku tak tahu camna nak bagi tersusun elok sikit. Banyak gila barang-barang, kain baju. Nanti la aku balik raya nanti, aku cuti lama sikit aku harap sempat kemas. Balik 2,3 hari ni aku rasa macam marathon jogathon aje.

    Dan kelmarin juga aku ke kubur Wan, dah lama tak jenguk. Seperti biasa aku selalu rasa 'kosong' di pusaranya. Aku selalu rasa yang Wan macam bukan di situ. It's like I'm wondering, where is he now? I couldn't cry on his grave because I don't feel that he is there. Masa yang mempengaruhi segalanya. And I am getting okay now after a painful year of losing him.

    Seperti biasa, bila balik I'll enter into his room after asking for the key from my mom. I'll clean the room, wipe the dust on the cupboard and under the bed. Aku juga biasa dok belek-belek album lama dalam bilik tu.

    Dah subuh dah, I can always 'see' him sitting on the chair after sahur, waiting for the azan.

    I miss you Wan,
    mom showed me your alarm clock that is still working even after a year you left us...
    jam tu dari aku kecik-kecik lagi. Ringing dia sangat kuat sampai terkejut aku mendengarnya dari luar, tapi Wan dah biasa. Jam kat luar pun masih hidup. Baterinya Wan suruh abang aku bubuh about 2 weeks before he passed away. Ohh... bila aku dok flashback gini, barulah aku mula nak rasa sedih. Mak aku pun baru ok kesihatannya semenjak dua menjak ni, sebelum ni kerap demam. Tapi mak aku uzur dah tak boleh jalan jauh. Dia nak ikut aku ke pasar tapi dia dah tak larat jalan. Selepas Wan pergi, her health is deteriorating. But I hope she won't get sick.

    okla,
    aku nak solat subuh pulak. Mak aku dok mengaji dalam bilik. Sorry mom I can't talk. Raya ni I will talk to you ok...
    bye KB....
    bye my love...

    ps : I have removed the coming-link of my online shop-to be from this blog. Because of privacy reasons, I only do my business via my personal FB. This is to ensure my privacy is protected in this blog.

    Saturday, August 4, 2012

    Jalan Jalan Masuk Kampung- NGO Wargakilang 4 Ogos 2012

    Alhamdulillah, hari ni berkesempatan join group NGO Wargakilang, menghantar agihan untuk keluarga kurang berkemampuan di beberapa lokasi seperti Jeniang dan Sik. Aku sempat join sampai tengahari aje sebab lepas tu terus balik KB.



    Kesemua ahli konvoi berkumpul di masjid Lubuk Merbau, Jeniang. Tak sangka ramai sungguh orang. Kat parking masjid memang penuh sesak. Sumbangan sedang disusun untuk dihantar kepada 16 keluarga miskin.

    Orang kuat Wargakilang, Saudara Monier sedang memberikan taklimat.

    Banyak gila sumbangan. Setiap kereta bawa sedikit, campur-campur jadi banyak gilaaa!!

    Yang datang dengan lori pun ada. Lepas kumpul sumbangan, terus menuju ke rumah penerima pertama di ladang getah di Jeniang.

    Keluarga En. Zainal bersama isteri, 8 orang anak serta ibunya. Macam nak runtuh bangsal tu dengan sumbangan yang menimbun.

    Rumah En. Zainal....sangat dhaif...

    Aku excited tengok barang-barang atas bangsal tu. Mesti en. zainal dan keluarganya dapat makan kenyang2 malam ni, alhamdulillah

    Jambatan kecik gile...

    On the way ke Pondok Haji Ahmad Nahu, Sik.

    Uhuhuuu.....sedih tengok ada orang buleh duduk dalam pondok macam ni....

    Sedikit tazkirah....


    Kira-kira 120 buah kereta ikut berkonvoi...

    insyaAllah di lain kesempatan, boleh join lagi. Tengah semangat ni...
    aku update kat KB ni ehhehe...

    Thursday, August 2, 2012

    Happy birthday baby!



    Happy birthday baby. Tanggal 3 Ogos 2012 genapla umur mek ni 4 tahun. I love you my dear beautiful girl!
    Semoga menjadi anak yang bertaqwa dan semoga Allah lindungimu sampai ke syurga.. amin..

    Macam-macam

    Ni namanya laksa siam...

    Aneka ulaman kat bazar ramadhan, beserta beberapa jenis sambal belacan. Sambal tempoyak, sambal asam jawa, sambal asam limau, dan sambal pelam.....

     
    Aku panggil ni petai belalang... yang muda-muda tu rangup,cicah sambal belacan