Tuesday, November 27, 2012

Marah-marah sayang

My children both are brilliant, intelligent and very active. Kedua-duanya memang sangat curious dengan apa yang berlaku di sekeliling, nak try and error. Diorang susah nak duduk diam melainkan tengok tv cerita kegemaran atau ada permainan yang menarik perhatian. Kadang-kadang aku boleh lost temper dengan mereka terutamanya si abang bila lagi aku larang, lagi dia nak buat.
Kelmarin aku benarkan dia main kat luar rumah, sementara aku kemas rumah dan mop lantai. Beberapa kali aku dengar diorang dok buka pili air dan dok main air. Bila aku larang, dia tutup. Lepas tu dia buka balik, aku larang lagi dia tutup dan ulang balik. Aku yang kepenatan mop lantai terus jadi hangin grrrrrr.... aku terus panggil si abang, geram tahap gaban sungguh rasanya lalu aku rotan belakang dengan hanger sedas. Terus buat muka sedih. Tapi aku memang lost temper I yelled at him like crazy! Aku rasa sangat sakit hati bila dia tak endah aku dok larang.

"Bila mama kata JANGAN main air Faiz paham tak?" I yelled..
 Dia cuma anggukkan kepala sambil mata kemerahan.
"Habis tu kalau faham kenapa buat jugakk?" aku tanya beberapa kali...
"Tau tau..." jawabnya perlahan...

Menguji kesabaran aku sungguhla, rasa nak rotan lagi bila dia jawab tak tau.
Aku cakap nanti weekend ni nak hantar balik rumah tokwan. Biar duduk kat sana.

Huhuuu kadang-kadang diorang menguji kesabaran aku,
tapi bila tengok mukanya yang kesedihan kena marah tu, dalam dok geram tu, aku rasa bersalah dan kesian. Tapi dia harus tau yang aku marah. No means No! Pakar motivasi larang kita daripada kata No, shit what do you want me to say, pakar motivasi pun bukan semuanya betul.
Kena tegas baru diorang takut.

Anak-anak aku memang sangat aktif, tapi diorang takut kepada ibubapa dan orang yang melarang mereka jika kita serius larang. Sebab ada budak-budak yang tak boleh ditegur langsung, akan yell balik, syukur anak-anak aku bukan macam tu, they won't fight back.

I felt guilty after that, I love them so much, and I'm worry if that might hurt them emotionally.

Okay I got something for you today,
I love you both, hugs!!


Sunday, November 25, 2012

Jalan-jalan ke seberang...

Layan gambar kami ke seberang pagi tadi. Asalnya nak try masuk lebih jauh, tapi atas masalah teknikal, kami hanya round-round sekitar Danok sahaja. Hehe ngeri kan nama Danok. Jangan risau, yang tu sebelah malam. Pada sebelah siang hari, kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan kelihatan menjadi tumpuan para pelancong yang rata-ratanya warga Malaysia.



Banyak kedai pakaian, beg dan kasut.

 Order makanan siam, tomyam pedas tahap gaban, kerabu mempelam, kailan ikan masin, dan ikan siakap masak apa ntah namanya ni, cili api murah kot kat sini, berasap kepala!!!


Waaaa cili api merata-rataaaa!!!
 
 Pulut ayam

 Pekan Danok, Thailand

 Macam-macam jenis baju, tapi kami banyak window shopping aje, sebab aku dah biasa tengok barang-barang ni semua, jadi aku tak teruja sangat.

 Opsss.... kedai mercun dan bunga api! Lepas snap kena sound dengan mek siam tu, "no photo!!"


 dannn...

gambar budak kenit 2orang ni yang kena paksa tidur sebentar tadi, tu buat-buat tidur!



Friday, November 23, 2012

Harry Fearless

Hai guys...
aku bz memasak hari ni, masak laksa ala-ala laksa Teluk Kechai ehhehe...
by the way aku nak recommend page Harry Fear , wartawan berkulit putih yang sangat berani dan ikhlas dalam menyampaikan laporan yang telus mengenai perang di Gaza. Sebenarnya ia bukanlah perang, tapi pembunuhan beramai-ramai! Bagi aku, Harry merupakan seorang yang sangat mengagumkan, bukan semua journalist mampu melakukan sepertinya, mungkin ada tapi aku tak tau.
Aku berdoa agar Allah sentiasa melindunginya dan memberikannya hidayah. Aku percaya, Allah akan sentiasa menggerakkan hamba-hambanya dari seluruh dunia untuk membongkar kegiatan Yahudi, seterusnya menghapuskan mereka, seperti mana yang diceritakan Allah dalam Al-Quran, surah Al-Israa ayat 4-7.

Good luck Harry, may Allah protect you!

Thursday, November 22, 2012

It's Friday again!!

Today is paycheck day!!! yay!
Setiap hari jadi hamba duit, bekerja untuk mendapatkan duit, sedangkan kepuasan dalam kerja tak begitu ketara. Pergi pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang..... itulah kehidupan sehari-hari. I wish I'll be working in a more interesting field, itu lagi best nak pergi kerja setiap hari..but when eh??

Zaman belajar, tau perabih duit aje. Bila dah bekerja, baru tau susahnya nak dapat duit. Most of the time aku rasa sayang nak belanjakan duit aku, tapi at the same time aku beli apa yang aku sangat-sangat inginkan. Ada orang kata, buat apa lah nak sayang-sayang sangat duit, duit memang untuk digunakan. Ermmm, sesuai lah kata-kata itu untuk orang yang terlalu kedekut. Tapi buat orang yang telalu boros, duit simpanan juga penting untuk kegunaaan dikala kecemasan.

Well, kami sedang survey-survey untuk pergi jalan-jalan ke Hatyai. Amboi oversea wehh!! Hahhah dekat aje, negara jiran. Lagi dekat daripada aku nak ke KL nuh. Dan, tentu duit aku habis nanti...ahhh bila masa aku nak saving ni! Bila aje aku nak save sikit, mesti ada aktiviti. Tapi kalau takda aktiviti, boring pulak.

Weekend lepas aku agak bz sebab MIL, FIL and SIL, BIL hehehe semua datang ke rumah aku 2 hari. Walaupun dah kawen 7 tahun, bila mereka datang aku kena bersiap-siap keperluan makanan, tak boleh buat sambil lewa. Bagi aku, it's like a practical test. Bagi aku ini sangat penting bagi menantu perempuan di mana mereka harus jadi extra intelligent and hardworking when it comes to cooking, serving and entertaining their in laws ( aku ni menantu perempuan tunggal woiiihh hee). Jangan buat main-main tau, tapi kalau nak main-main juga, bersedia lah untuk kena condemn di kemudian hari. Tak salah kalau kita beringat kan.. ni yang aku kawen dah 7 tahun. Orang lain aku tak tahu. They are nice family, tapi sebagai menantu kita kena sentiasa peka. Did I pass the test? ehehe I never know haha...

oklah, see ya later..
ntah bila aku nak format lappy ni..

Tuesday, November 20, 2012

di antara kita...

Tengahari tadi kami ke kedai makan berdekatan tempat kerja, bungkus nasi dan minuman untuk dimakan dalam bilik. Panas sungguh masa berjalan kaki ke kedai makan. Aku pakai kasut, tak suka pakai sandal sebab nanti kaki aku ni togel dan jadi hitam heheh...

Ketika nak melintasi jalanraya dengan plastik makanan di tangan, kelihatan sebuah lori sampah yang sedang mengangkut sampah dari tong sampah depan kedai tadi. Ahhh... tak nampak pulak kereta di hujung sana, macam mana nak melintas ni, lepas tu kereta yang lalu lalang tak putus-putus pulak. Tercegat kami di tengah panas dalam 10 minit kot, tak boleh nak lintas. Semasa kami terjenguk-jenguk melihat kereta di belakang lori sampah, lori tu pulak terus bergerak dan berhenti depan kami untuk memunggah karung plastik yang diletakkan di tepi jalan. Dengan cuaca yang panas terik, dua orang pekerja kontrak itu mencampakkan sampah ke belakang lori. Tiba-tiba semasa karung terakhir dicampak, karung plastik terkoyak lalu terjatuh di atas jalan raya. habis terburai isi karung seperti sisa makanan yang berair dan macam-macam lagi. Aku ingatkan diorang akan terus tinggalkan sampah tu. Tapi terus pekerja tersebut memberi isyarat kepada driver supaya berhenti, jangan terus. Banyak kereta yang terpaksa berhenti di belakang lori. Kami berlima berdiri tercegat dalam kepanasan tak boleh nak lintas sambil memerhatikan mereka. Pekerja itu mengeluh kerana karung plastik itu sangat mudah koyak dan tembus.

Kami memerhatikan pekerja itu yang mengambil sekeping papan lalu mengutip balik sampah yang bertaburan di atas jalanraya. Kesian aku tengok, dengan kulit mereka yang gelap akibat sinaran matahari yang dihadapi setiap hari. Badan mereka berpeluh-peluh dan nampak kepenatan. Berapalah agaknya pendapatan mereka yang bekerja sebagai pengutip sampah. Bekerja dengan sampah sarap dan terdedah kepada kuman dan penyakit. Selepas itu bila lori bergerak mereka terus memanjat lori dan berpaut pada pemegang sambil berdiri tengah panas.

Kami terfikir sejenak... betapa bersyukurnya kami yang bekerja dalam keadaan selesa dalam aircond, tak payah kerja teruk-teruk di tengah panas matahari. Ya Allah, ampunkan kami kerana tidak bersyukur.
Sesungguhnya mereka melakukan pekerjaab yang mulia, yang kita sendiri tidak sanggup lakukan. Janganlah memandang serong kepada pekerja lori sampah, tanpa mereka, siapa yang nak uruskan sampah sarap hasil buangan kita?

Dan, aku berharap kita dapat membantu mereka dengan cara mengikat plastik sampah tu elok-elok. Gunakanlah plastik sampah yang berkualiti dan tidak mudah koyak apabila dipegang. Maklumlah, sampah tu berat. Bila diangkat, ianya mudah terkoyak kalau plastik tu jenis terlalu nipis dan murah. Kita kena lebih bertanggungjawab, janganlah asalkan lepas diri kita saja, orang lain pula yang susah. Apa salahnya sampah itu diikat kemas dan diletakkan ditempat yang sepatutnya agar mudah mereka mengambilnya. Kasihan mereka, penat dan panas kerana kita.

Monday, November 19, 2012

apa khabarmu di sana?


uhhh sakit hati aku dengan lappy aku yang slow ni, bukan aku tak mau update blog, tapi setiap kali nak upload gambar, terus jadi jammed. Ni aku guna Explorer instead of Mozilla Firefox. Layan je le gambar pasar pagi kat Pauh, Perlis, atau lebih dikenali sebagai Nat Pokok Getah. Nat tu adalah pasar pagi dalam bahasa kat sini. Nat pokok getah ni ada pada setiap pagi Ahad. Unik kan, jalan-jalan bawah pokok getah yang redup.


Dah lama tak ke sini, dekat setahun dah. Gerai tudung, cadar, baju, macam-macam adaa...


Redup aje, nak berjalan pun selesa....



My girl dah tak larat jalan, cuaca pun dah mula panas walaupun dalam pukul 10 pagi. Singgah makan kuey tiow sup siam, abah dan tokwan and the gang semua dok mana ntah hehe...tinggal kami berdua.

Thursday, November 15, 2012

donate....donate...

please...please help our brothers and sisters in Palestine...
though we couldn't make it in the battle field, but we can contribute some money to get some food and medicines.

please go to Aqsa Syarif Relief Fund.

Pray..pray...

Gaza is under attack!!!
saudara kita di sana sedang bertarung dengan maut ancaman Zionis laknatullah...
hanya doa yang mampu kukirimkan....
Dear Allah, please help our brothers and sisters in Gaza, may Allah return their land.. amin...

Tuesday, November 13, 2012

Sama tapi tak serupa..


Ahad lalu kami ke pasar Changlun, beli barang-barang dapur. Ketika dok tunggu habibi masuk pasar basah, aku dan anak-anak tunggu kat luar depan gerai kosong. Masa tu ada seorang tokwan sedang duduk, lalu dia memanggil anak-anakku duduk disebelahnya. Masa dok tengok tokwan tu, terus aku teringat kat Wan, sekali imbas muka mereka berdua macam sama. Bila aku upload kat Fb, semua orang ingat tu memang gambar Wan.

Semalam masa nak keluar makan, Faiz sedikit moody sebab dia tidur masa maghrib. Masa kat luar rumah, aku nak pujuk dia lalu ajak dia jalan di sisi aku sambil peluk dia. 

"Dulu, masa mama kecik macam Faiz, mama jalan dengan tokwe macam ni lah, mama takut gelap. Tokwe bawak torchlight, mama peluk kaki tokwe sambil jalan..."

teringat aku pada suatu ketika dulu, ketika aku mengikut Wan ke kedai kopinya pasa waktu malam, melalui jalan dan padang yang gelap gelita takda lampu jalan. Aku berjalan bersama-sama Wan sambil memeluknya kerana aku takut keadaan sekeliling yang gelap gelita, berjalan di atas jalan batu dan kadang-kadang bertemankan cahaya bulan.. I miss that moment so much... aku kerap mimpi Wan kebelakangan ni. I love u, always...
al-fatihah..

Kenduri kendara...

Dah masuk cuti sekolah ni, jemputan kenduri kahwin bertali arus. Ada yang berkahwin, ada yang bertunang.
Dan aku juga tak ketinggalan makan kenduri.

Sabtu lepas pada sebelah pagi aku dan family ada family day anjuran tempat kerja habibi. Lepas makan-makan kat situ, kami terus ke kenduri kawen adik kawan aku.
Sebenarnya aku tak pernah ke rumah kawan aku tu, jadi aku main redah aje berdasarkan klu yang diberi oleh kawan aku. Selamba aja pergi kenduri pakai zariya dan jeans.

Masa kat taman perumahan tu, kami dok pusing beberapa kali juga nak cari rumah.
Masa tu konfius juga sebab aku tak kenal rumah yang mana satu, lepas parking kereta habibi tanya orang yang baru balik makan, " Rumah encik Rosli ke?", makcik itu menjawab ya, dan kami pun terus ke kemah dan makan. Janggal juga rasanya sebab aku jarang ke tempat tu.
Masa dok makan tu, aku tercari-cari juga kelibat kawan aku tapi tak kelihatan. Sambil makan aku dok terjenguk-jenguk cari kawan aku tapi tak jumpa, sibuk dengan anak kecil barangkali.

Masa nak balik tu aku pergi bersalam-salaman dengan makcik tuan rumah yang duduk di depan rumahnya. Aku sempat bertanyakan di mana kawan aku, kata makcik tu mungkin dia sedang sibuk di belakang. Lalu aku snap sekeping gambar rumah pengantin dan terus pulang ke rumah. Memang hari yang meletihkan sebab panas, dan anak aku yang kecik tu kurang sihat sikit.

Keesokan harinya di tempat kerja, aku dengan perasaan gembira tapi sedikit ragu, mengkhabarkan kepada kawan-kawan yang aku telah menghadiri kenduri kawan kami.

"Wei aku dah pergi kenduri E** kelmarin!!!", kataku tersengih..
"Kak, kenduri dia Sabtu depan la kak, bukan kelmarin!" kata kawanku kebingungan lalu mereka semua gelakkan aku. Salah rumah daaa... paling teruk, salah tarikh!!

ohh.... aku dah agak dah salah rumah ni.
Patutla aku tak jumpa sorang pun kawan aku, dan muka pengantin dan emak pengantin tu takda langsung iras kawan aku. Lepas tu, muka makcik tu macam serba salah bila aku tanya nama kawan aku tu. Mungkin dia nak cover takut aku malu, wakakakka.....tapi terima kasih makcik sebab tak malukan aku. Semoga makcik halalkan makan  minum kami anak beranak hari tu.

tak pernah lagi aku silap rumah kenduri ni, hishhhhh...... sebab aku takda kad, kawan aku cuma bawak satu kad hari tu. Barangkali ada ramai Encik Rosli kat taman tu.
Huhuuu lain kali kena make sure tarikh dan lokasi kenduri tu adalah tepat... malu wehhhh...

Saturday, November 10, 2012

Pillow talk...

just a short entry before I go to bed....
all those three mouseketeers had already sleeping.
apa yang mesti aku lakukan sebelum tido?
ohh.... gosok gigi dan mandi ekspress, walaupun aku dah mandi waktu maghrib tadi. Sebab aku tak boleh tidur dalam keadaan berpeluh, dan walaupun tak berpeluh, I must keep myself clean and clear hehe.. orang kata tak elok mandi malam tapi aku bukan mandi beria-ria pun, just rinse for a few minutes and to get the shower cream fragrance onto my skin. Even kalau aku ni seorang lelaki, aku tak mau bini aku tido dengan bau yang semacam, at least the fruit extract's fragrance boleh tolong hilangkan stress hehe.. macam terapi laa kononnya....

ermm... tadi aku tengok rancangan Reflection, host Imam Suhaibb Webb yang membincangkan topik pasal Hijrah.
Aku cuma nak share intipati rancangan tadi.
Berkenaan dengan Hijrah Rasulullah dan orang-orang beriman dari Mekah ke Madinah, kata imam, Rasulullah menggunakan pelbagai strategi dan sumber-sumber yang ada dalam menjayakan hijrah tersebut. Walaupun sumbernya terhad, tapi dimaksimumkan dengan sebaiknya. Orang-orang Islam mahupun orang bukan Islam turut bersama menjayakan hijrah Rasulullah S.A.W dengan sumbangannya masing-masing, walaupun dengan sumber kewangan yang terbatas. Lalu dikaitkan dengan kehidupan kita sekarang ini. Sepatutnya kita menggunakan sumber yang mudah dan sedia ada disekeliling kita untuk menuntut ilmu. Tak perlu ada alasan yang macam-macam dalam menuntut ilmu. Kata imam, ulama dahulu sanggup mengembara mengumpul ilmu hadis dengan berjalan kaki sampai jatuh sakit. Sedangkan kita yang serba senang, kitab-kitab hadis ada je dalam rumah tapi jarang pula nak membelek-beleknya. Begitu juga tafsir Al-Quran 30 juzuk yang belum habis dibaca walaupun umur 30 tahun ( itu aku!!).

Maka sama-samalah kita melakukan penghijrahan supaya kita menjadi seorang Islam yang lebih berilmu dan bermanfaat kepada semua.

Kadang-kadang perubahan yang ingin dilakukan itu memerlukan hati yang kuat, lawan dan terus lawan hati kita yang statik dan susah berubah itu, agar boleh buat suatu anjakan baru, harus kuat kerana manusia memang sukar untuk berubah...

Wednesday, November 7, 2012

cobaan....

oh.... tengah syok layan lagu Wang Lee Hom Forever Love, over and over again...

tetiba dapat sms dari habibi,

" hari ni catat sejarah, accident, nasib baik faiz dan adik tak apa-apa"..

oh noo... terkejut aku, terus aku call...

Aku     : camna, ok ke?
Habibi  : uh... mati...
Aku     : Orang tu mati? abah ok ke? budak-budak? Nak mama datang tak?
Habibi : diorang ok, keta kemek..
Aku     : Camna buleh jadi camni? salah siapa?
Habibi  : Nak buat camna, dia lintas jalan, sampai tengah-tengah dia patah balik, abah hon, orang lain pun   hon, langgar lah...
Aku      : Habih tu camna, dah report polis ke?
Habibi   : Tak pun, biarlah...
Aku       : Mana boleh langgar lari, abah pegi report la, ada saksi tak?
Habibi    : Orang pun tinggal camtu je..
Aku       : Ambulans tak ambik ke?
Habibi    : Ntah, abah tinggal camtu je dok menggelupur
Aku       : Laki ke perempuan (uhh mati malam jumaat)
Habibi    : Ntah tak tengok
Aku        : Mana boleh buat camtu, erk.. apsal abah suara rilek je?
Habibi    : Nak buat apa lagi dah mati...
Aku       : Abah kat mana ni?
Habibi    : Kat dalam kelas..
Aku        : (marah dan membebel-bebel)
Habibi     : Abah langgar anjing la, bila masa abah kata langgar orang hehee...
Aku         : waaaa abah jahatttt!!!!!







Tuesday, November 6, 2012

tawas / aluminium sulfat


Tawas, pernah dengar tak?
apa benda tu?

Tawas adalah garam sulfat rangkap terhidrat dengan formula M+M3+ (SO4)2.12H2O. Ia juga turut dikenali sebagai aluminium sulfat (alum). Tawas juga biasa digunakan untuk menjernihkan air sungai dan air di sawah padi kerana ia boleh mengikat kotoran dalam air menjadi mendapan, menjadikan air itu bersih.

Kita boleh beli tawas di kedai-kedai jamu dan kedai-kedai runcit. Aku ada membeli sebungkus tawas berharga RM1, yang terdiri daripada beberapa ketulan tawas. Ianya kelihatan seperti gula batu dan lutsinar.

Tawas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan. Caranya ialah dengan menggosokkan ketulan tawas itu pada ketiak. Juga boleh tumbuk tawas itu menjadi serbuk dan gosok di ketiak dengan perahan lemon atau limau nipis. Disamping boleh menghilangkan bau ketiak, ia juga boleh mencerahkan ketiak yang gelap akibat penggunaan deodorant dan bercukur. Tidak seperti deodorant, tawas tidak mempunyai apa-apa bau atau aroma. Tapi buat masa sekarang, aku tak sempat la tumbuk jadikan serbuk, cuma gosok ketulan tawas tu di ketiak. Masa mandi la sesuai nak gosok sebab badan kita basah, kalau gosok masa tengah kering nanti sakit pula kulit. Apa yang aku tau, tawas juga banyak digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit muka.

Ok selamat mencuba...

Monday, November 5, 2012

Layan

Mana satu aku?

Sunday, November 4, 2012

Haii...

yeah hari ni aku dapat cuti...
anak-anak pun aku tak hantar ke tadika, sebab dah 2 hari aku tak jumpa diorang sebab kerja di hari minggu, jadi baik diorang duduk kat rumah sajalah dengan aku.
Dan sehari cuti ni, dapatlah aku basuh kain baju yang bertimbun, basuh toto, dan sekarang tengah masak nasi dagang.. yum yummm!!!

oklah nak tengok nasi yang sedang dikukus di dapur...

ps: aku nak repeat order Gogen collagen dust.... memang best heheh

Saturday, November 3, 2012

penat..tapi....

adoihh...
aku baru balik ni, baru sampai di rumah dah maghrib. Ada rehearsal untuk program esok. Kelmarin aku dah kena selsema dan sakit kerongkong, macam nak demam rasanya... tapi aku cepat-cepat makan ubat selesema.
Biasanya bila letih buat kerja, apalagi bila selesema dan kurang rehat, muka aku akan jadi sememeh dan kusam semacam aje. Tapiiiii.... aku rasa disebabkan aku consume collagen dust, muka aku tak nampak kusam. I can say my face looks brighter and fair, perghh aku bukan puji diri sendiri, tapi aku nak cakap pasal kebaikan collagen dust tu. Tadi selepas sembahyang asar, aku ingat nak tempek bedak compact kat muka, tapi aku rasa kulit aku dah sedia glowing tanpa bedak, it looks better without applying anything on my face, cuma pakai lipstik aja. Wahhh gumbiranya, kalau tidak, muka memang huduh gila bila penat camni. Ini kiranya testimoni Gogen collagen dust la ni heheh..

Esok awal-awal pagi aku kena keluar dari rumah. Weekend ni memang tak sempat nak rehat dengan family. Esok anak sulung aku ada program tadika tapi diorang pergi bertiga aja tanpa aku. Ni pun diorang belum balik sebab hantar FIL balik kampung. FIL baru lepas operation buang batu karang kat pundi kencing. Masa check kat Hospital Besar Sultanah Bahiyah, katanya bengkak prostat dan nak operate kelenjar prostat. Bila operation ditunda, FIL dah tak tahan sakit terus buat checkup kat KMC, tengok-tengok ada batu karang berketul-ketul, dan terus buat operation kelmarin. Moralnya, kita kena buat checkup di merata tempat sampai puas hati. Maybe doktor pakar kat HBSB tu belum cukup pengalaman kot, tu yang tak jumpa sakit sebenar. We can choose the best treatment we want, right?

see ya later..