Wednesday, February 27, 2013

Tengah malam...

semua orang dah tido,
tinggal aku je tadi dok buat kerjarumah..
dah selesai kerja, rasa belum mengantuk lagi, layan You Tube..
kalau rasa nak pahala, boleh tengok perkara yang bermanfaat,
kalau rasa nak lagha, the choice is ours..
maklumlah Streamyx ni laju, gunakan untuk kebaikan..
hari ni aku cuti sebab pagi tadi demam pulak, lagipun dah lama tak rehat dengan mencukupi ( eh ye ke),
kalau lah dapat cuti lama-lama kan best. Bila bangun pagi tadi dah okey pulak cuma keletihan. Dah lama aku tak demam. Demam paling teruk pada tahun 2010 masa bulan puasa. Aku demam seminggu sampai tak boleh bangun. Kali ni demam sikit-sikit aje, kekurangan air kot.
Dalam pada tu kan sekarang tengah rancak kempen pilihanraya yang masih menjadi misteri bila masanya.
Cuma aku agak jengkel dengan sesetengah pihak yang mengutuk dan memfitnah membabi buta nih. Bila masuk page tokoh politik, macam-macam komen sampah yang mana bagi aku originated from the 3rd class mentality. Bodoh gila, sumpah seranah aje. Tabiat aku adalah, bila aku nak like atau komen sesuatu, aku mesti akan fikir dulu, bila aku like sumpah seranah walaupun aku suka dia kata macam tu, nanti mesti aku akan share dosa dia sama. Sama jugak kalau aku turut sokong apa yang dikatakan dan keadaan jadi berapi-api, mesti aku jugak dapat juga saham dosa kerana mengapi-apikan. Jadi kebiasaannya aku cuma scroll down tengok kerenah diorang yang komen macam-macam. Kalau nampak kurang ajar sangat, lebih baik aku komen yang baik-baik bagi insaf sikit. Sedar atau tidak, apa yang kita share, tag, like atau tulis, semuanya ada 'bahagian' tertentu. Better to be careful. Sebelum ni aku pun main belasah aje kutuk orang. Tapi lama-lama insaf pulak, buang karan aje sebab tak selesai masalah pun.
Oklah, itulah saja coretan untuk hari ini.
Good nite babe!

Monday, February 25, 2013

Hujan lebat...

Pagi tadi bangun awal, tapi duduk termenung aje atas katil, rasa macam nak MC sebab sengal-sengal badan.
Tapi aku bangun juga seterika baju budak-budak dan abahnya.
Sambil ke hulur ke hillir buat itu ini, aku rasa boleh aje aku pegi kerja.
Kalau nak ambik MC, leceh aje sebab nak kena keluar juga ke klinik.
Lagipun aku bukan demam, cuma sengal-sengal dan kerongkong pedih, ada ulser sikit.
Jadi aku keluar jugak dalam keadaan hujan yang tidak berhenti sejak semalam. Memang aku target pun nak sampai lewat hari ni. Malas aku nak rushing hujan lebat camni. Sampai kat ofis 8.24 pagi huahuaa....
ni dah tengahari mata pun rasa macam nak tido aje dengan cuaca yang sejuk cenggini, huwaarghh....
takda benda menarik pun nak cerita, nak bagitau minggu ini hujan turun macam nak banjir pulak aku rasa..
hehe dan ni aku nak tunjuk gambar si Faiz ni pakai kain pelikat pertama dia masa kat kampung weekend lalu.
Huhuu aku dan abahnya sakit perut tahan gelak masa pakaikan dia kain ni. Masa tu muncung dah sebab tak mau pakai. Aku punya la tak tahan. Bila Faiz keluar tengok TV, aku dan abahnya tergelak tak tahan. Kata abahnya, macam orang Bangladesh je, aku kata, amboih cerah la sikit takde la macam bangla hehehhe....


Friday, February 22, 2013

Madu Tualang Tiga

Aku pernah cerita yang aku tak ada menstruation untuk setahun kerana amalkan contraception.
Alhamdulillah madu ni menyelesaikan masalah aku apabila dalam tempoh 2 minggu aku makan, my menstruation kembali normal. Jadi, aku cadangkan kepada mereka yang period ting tong tu, amalkanlah memakan madu lebah, kerana ia juga adalah sunnah.
Ok aku tulis apa yang terdapat pada botolnya:

**************************
Madu Tualang Tiga
mengandungi royal jelly, bee pollen da propolis.
100% madu lebah tualang.

" Jangan dipuji sebelum dicuba kerana madu berbeza rasa. Jangan dibeli seumur hidup, jika tidak terbukti keasliannya. Keimanan, ketaqwaan dan kejujuran adalah asas perniagaan." (hehe aku suka ayat ni)
Jaminan 100% asli, tiada campuran air dan gula yang disengajakan.

dikeluarkan oleh :
Madu Tualang Tiga Enterprise
No. 315 Lorong Cengai Batu, Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah.
04-4908287/019-4732978/016-5333430

Info Madu
Madu Tualang asli rasanya masam-masam manis dan cair. Sekiranya madu dikerumuni semut, bukan bermakna madu tak asli, kerana  semasa lebah mengumpul madu jika ada di antara bunga-bunga tersebut dari pokok yang buahnya manis dan disukai semut tersebut, maka semut juga suka madu tersebut.
Untuk mengekalan ketulenan madu, jangan disimpan dalam peti sejuk, jangan gunakan sudu besi. Minum gunakan sudu plastik atau kaca. Fakta : madu asli tidak basi sampai bila-bila (tiada tarikh luput).

********************
hoh banyak lagi tak larat aku nak taip.

Yang aku beli ni harganya RM41 untuk 400 gram. Kalau ada campuran lain seperti habbatus sauda, kacip fatimah etc, harganya lebih mahal, dan ikut sukatan. Kalau botol lagi besar lagi mahal la. Aku selalu beli kat hentian titiwangsa nak balik ke KB. Dan ada juga kat hentian kat Grik kalau tak silap aku. Tapi yang ini aku beli ni kat hentian Sungai Lebey (alau tak silap aku namanya camtu lah).

tapi awas, madu ni tak boleh dimakan bersama tembikai. Itu pantang larangnya. Wan kata, ada kes orang mati bila makan madu dan tembikai.

ok , silalah try madu tualang tiga

Thursday, February 21, 2013

Takziah...

aku ingat nak buat entry pasal nenek sepupu aku pagi tadi, tapi tak sempat.
baru beberapa minit yang lalu mak aku telefon, katanya Mak Bah dah tak ada... innalillah...
Mak Bah mengidap macam-macam penyakit, buah pinggang, paru-paru berair etc...
setiap kali balik, aku akan menjenguknya di rumahnya yang terletak selang 2 buah rumah dari rumah mak.
Ketika aku balik ke KB 2 minggu lepas, aku sempat menjenguknya, itupun sekejap sangat sebab dah on the way nak balik ke Kedah.
Sempat aku bersalam denganya dan mengatakan dia sangat kurus. Sambil bercakap sepatah dua, kata-kata Mak Bah tersekat-sekat sebab lelah.
Aku yang masa tu tengah rushing, terus menghulurkan tangan bersalam sebelum balik, ketika aku menuruni anak tangga, Mak Bah sempat bersuara dari kerusinya, memohon maaf padaku. Aduhh, patutnya aku yang meminta maaf terlebih dahulu daripadanya.
Aku dah mengikuti perkembangannya sejak kelmarin lagi bila mak aku bagitau yang Mak Bah dah tenat.

Mak Bah (tengah), sentiasa menemani mak aku ketika Wan baru meninggal. Di sebelah kiri sekali adalah sepupu mak aku, yang juga sedang uzur sekarang.



Siapakah Mak Bah sebenarnya?
Mak Bah merupakan emak sepupu kepada mak aku yang berumur lewat 60-an. Sejak aku kecik, memang aku biasa dok bermain di rumahnya. Dia juga merupakan teman rapat mak aku. Susah senang, minta tolong dengannya dan suaminya. Masa Wan dan mak tinggal di Thailand bekerja di sana, Mak Bah dan suaminya juga bekerja di sana bersama-sama.
Mak Bah merupakan orang penting juga dalam keluarga aku, selalu menjenguk mak ketika mak uzur, dan selalu bertanya khabar Wan ketika Wan sakit suatu masa dahulu. Pantang didengarnya sebarang masalah yang berlaku, Mak Bah akan menjengah bertanya khabar.
Sedih sungguh rasanya.
Semoga roh Mak Bah aman di sana, dia seorang yang baik walaupun dari segi harta tidak seberapa.
Masih kuingat ketika ke kubur bersama-sama pada tahun lepas kalau tak silap aku. Kami ke kubur bersama-sama, Mak Bah menziarahi kubur anak dan ibunya, manakala aku dan emak menjenguk pusara Wan. Selesai membacakan doa di kubur anaknya, Mak Bah singgah duduk membaca doa di kubur Wan. Terima kasih Mak Bah.
Kini, ada dua orang kesayangan aku yang akan kulawati bila ke perkuburan nanti...

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...

Tuesday, February 19, 2013

Sibukkkkkk......

arghh....
sibuk lagi (kononn)
weekend lepas habibi ada kursus kat KL. Pada hari Isnin, aku uruskan anak-anak ke sekolah. Kalut ribut taufan pagi tu, sebab kena hantar Faiz ke sekolah, lepas tu hantar Izzati.
Dah jadi tabiat aku sama, tak boleh nak bangun awal, jadi aku sampai lewat 3 minit ke tempat kerja.
Apapun, aku puas hati dan seronok dapat hantar anak-anak ke sekolah.
Sebelah petangnya, aku ambi diorang pulak, tak seperti kebiasaan iaitu abahnya yang ambik.
Aku rasa gembira bila dapat menghantar Faiz ke sekolah, sebab ini adalah kali pertama aku melakukannya. Teringat masa kecik-kecik, turun dari basikal Wan, terus masuk ke dalam pagar sekolah. Sambil berjalanm sambil toleh tengok Wan sampai hilang dari pandangan. Waktu balik paling seronok, bila keluar aje dari pagar sekolah, Wan sedang menunggu di sisi basikal tuanya, atau kadang-kadang Wan berteduh di bangsal berhampiran. Perasaan yang sama aku rasakan, bila meninjau-ninjau Faiz yang belum kelihatan. Dia lambat sedikit kerana katanya dia ke kantin nak beli minuman, sekali kantin dah tutup. Seronok rasanya kalau aku dapat hantar dia ke sekolah setiap hari. Pada paginya, aku memberikannya sekeping wang kertas RM5, sebab tak ada duit kecik.
"Faiz tak faham ni..."
katanya bila aku cakap duit tu bila beli nasik nanti, kena dapat baki RM4. Hehhee sebab abahnya dok bagi duit seringgit-seringgit untuk beli nasik. Untuk minuman pulak, abahnya dah bagi duit syiling. Jadi bila aku tak bagi duit syiling, dia kata dia tak dapat beli air lalu menunjukkan baki duit kertas yang tinggal. Aku kata, boleh aje beli dengan duit kertas. Tapi katanya lagi, nasib baik jumpa 20 sen dalam beg, dia boleh beli jugak air. Cuma mungkin rehat sesi ke dua dia tak minum air.
"Oh.. boleh ke beli air dengan duit kertas? Mama pernah buat ke masa kecik-kecik?"...
adoiii ni abah dia yang ajar pakai duit syiling aje beli air.

ni pulak gambar selepas pulang dari sekolah..

aktif sentiasa... hugg.....

Friday, February 15, 2013

Faiz solat dengan adik :-p

boleh pulak macam ni ye, 3 kali solat tak jadi, nasib baik abah tengah mandi, kalau tak, kena marah :-p

Meteor jatuh di Rusia

Sebuah meteor telah jatuh di bandar Chelyabinsk di Rusia, jam 9.30 waktu tempatan pada hari ini, 15 Februari 2013. For more details, go to FalakOnline.
Hebatnya Allah..
baru bagi warning sikit..
awesome tapi menakutkan.

Wednesday, February 13, 2013

Nak jadi arkitek?


Kelmarin Faiz awal-awal pagi bersiap-siap nak ke sekolah. Siap dengan songkok macam ustaz Don hehe...
breakfast cepat-cepat, lepas tu habibi hantar ke sekolah. Dan aku pulak hantar adik ke tadika.
Jalan bukan main lengang lagi...
sampai kat sekolah, kata habibi, ada tukang kebun aje...
huhuuu pasal apa aku tak tau masih cuti haa? wakakkakaka....
hantar anak ke sekolah bersemangat gila, tapi rupa-rupanya masih school holiday woih!
Hahaa terus ikut habibi ke ofis dan lepak kat sana.
Kalau kat ofis abahnya, Faiz suka main komputer, dan explore apa yang ada.
Dan kelmarin dia design rumah, pakai software kat komputer. Kata habibi, dia pun tak pernah guna software tu. Lepas design, dia suruh habibi print, katanya nak photostat nak bagi kat adik.
Tersenyum aku bila tengok sekeping kertas atas meja,

"Ini rumah Faiz dan Izzati. Rumah kami ada kolam dan majam majam. The end..."

majam majam tu mungkin maksudnya macam-macam, hehehe...

Monday, February 11, 2013

This is Kota Bharu!

I love my hometown soooo much... and I miss it sooo much when I return to my house in Kedah.
Hari Ahad sempat round pasar siti khadijah untuk beli barang-barang. Aku suruh habibi snap gambar aku berlatarbelakangkan gambar di bawah, kataku nak bubuh kat Fb.

"Nak buat apa bubuh kat Fb.." kata habibi..
"Kenapa pulak tak boleh? ", saja aku tanya sedangkan aku dah tau dia kurang suka..
"Nanti orang ngorat!"

hahaha I like that answer so much, membuatkan aku syok sendiri kah kahh!!!
oleh sebab itulah, gambar kat bawah ni tanpa muka aku heheh..
ini merupakan kawasan tengah pasar yang menjadi trademark pasar siti khadijah. Ia merupakan tempat 'permainan' aku sejak kecik, sebab dok ikut Wan ke pasar membeli barang mentah untuk masakan di kedai kopi Wan. Tapi Wan tak beli barang kat sini, sebab harganya lebih mahal memandangkan ianya menjadi tumpuan pelancong. Selalunya Wan akan membeli barangan seperti sayur-sayuran kat tengah-tengah kedai atau kat kaki lima di sisi-sisi kedai kerana harganya lebih murah. Tapi sekarang ni sejak ada bangunan baru, aku perasan tak ada sangat makcik-makcik yang jual sayur kat kaki lima sambil duduk bersila, ataupun aku yang tak round habis. Maklumlah aku round cepat-cepat. Sambil berjalan, habibi pegang tangan aku, nampak sangat susah nak dating kan ehheheh, bila anak tinggal kat rumah nenek baru mak dan abahnya boleh berdating.



Dan ini adalah apa yang aku beli pada hari itu. Aku beli kain pasang kat tingkat tiga pasar, beli bedak rambai dan MABS powder, cili hijau besar (RM16 sekilo!!! gila punya mahal), petai, sayur-sayuran, ikan, rempah dan gula melaka dan pisang. Aku dan habibi ke pasar dalam pukul 8 pagi, bila selesai beli barang dalam pukul 9.30++, masa tu dah mula sesak, jalan dah jem. Sebab tu kalau nak selesa mudah parking kena datang awal-awal pagi.
Esok dah nak balik dah, sedih pulak rasanya. Mak aku akan tido kat rumah kakak pada esok hari, tinggallah rumah ni tak berpenghuni malam esok. Tapi at least aku dah kemas-kemas dan buang yang mana patut, vacuum habuk dalam bilik Wan, mop lantai agar tak nampak usang dan berhabuk.
Oklah, dah pukul 1.18 pagi dah. Esok pukul brapa ntah nak bertolak ni, budak-budak masih gelak mengekek-ngekek dalam kelambu. At least mak aku tak sunyi beberapa hari ni.
see ya later..

Balik kampung..


Alhamdulillah dapat balik kampung sempena cuti tahun baru cina. Aku balik KB hari Sabtu, esok dah nak balik Kedah semula.
Seperti biasa, balik rumah aku akan kemas-kemas rumah, sapu sampah. Sedih tengok dalam rumah, macam rumah tinggalan yang tak berpenghuni terutamanya bahagian dapur kat belakang area perigi. Mak banyak duduk dekat rumah anak-anak sebab dia tak larat dah nak uruskan makan minumnya. Kadang-kadang dia balik tapi sekejap saja.
Aku sapu semua daun-daun kering kat perigi, basuh lantainya sekali. Anai-anai menguasai dinding-dinding kayu, juga kelihatan akar kayu yang menjalar. Sedihnya. Dulu ketika Wan masih ada, dia menjaga rumah ini dengan baik, rumput rampai dicabutnya. Adik beradik aku pula tak sempat nak tengok dalam  rumah ni selalu tapi abang aku selalu dok mesin rumput di tepi rumah, bakar daun-daun kayu.
Tadi aku masak gulai ayam kampung. Sambil-sambil tu buang barang-barang yang dah expired, segala macam plastik dan sebagainya. Bila aku tengok kat rak tepi dapur, kelihatan satu balang teh yang berbaki sedikit. Aku goncang, tengok-tengok dah keras. Teh tu Wan yang beli kat pasar Siti Khadijah pada kali terakhir kami ke pasar bersama. Sedih pulak aku nak buang, aku biarkan saja, buat kenangan. Bila aku sedang mencuci kawasan perigi, aku jumpa selipar ni..

Ini selipar Wan yang dipakainya selalu sebelum jatuh sakit. Masih ada bekas kakinya disitu. Sebelum ni mak gunakan ia sebagai selipar toilet, tapi aku tak bagi sebab sayang. Biarlah ia dok kat bawah kerusi tu, aku nak tengok. Huhuu sedihnya, rindunya kat Wan. Baru kelmarin ke kubur Wan. Abang aku kat KL mimpi, katanya dalam mimpi tu Wan kelihatan sedih dan mengajaknya ke kubur, tapi abang aku memberikan alasan bahawa sudah lewat petang, tak sesuai nak ke kubur. Barangkali Wan mahu kami anak-anaknya menziarahi kuburnya selalu.. setiap kali aku pulang InsyaAllah aku akan sentiasa menjenguk Wan di tempatnya bersemadi. Kadang-kadang rasa rindu itu seperti menjerut, aku jadi hiba seolah-olah nak cari Wan. Sambil dok makan nasi kat meja dapur aku rasa dia akan datang terpacul di muka pintu bertanyakan aku sedang buat apa. I miss him...i miss him.  :''''-(

Aku belum masuk ke dalam bilik Wan.. malam ni aku nak bersihkan...

Thursday, February 7, 2013

Tips kulit licin :)

Hahah macam best aje tajuk entry ni heheh....
saja nak berkongsi dengan korang, dah lama tak bagi tips penjagaan diri, ewahh macam bagus pulak...
perasan tak, orang pompuan ni pantang jumpa cermin, kat mana-mana saja mesti belek muka, dan ada ketikanya bila kulit muka tak elok, jadi tak suka tengok muka kat cermin.
Bila kulit aku kusam tak bermaya, waktu basuh tangan kat sinki bercermin, muka toleh ke arah lain hehehe, tak sanggup nak tengok sememeh semacam...
tapiii.... aku ada jalan penyelesaiannya, asalkan RAJIN!
hehehe nak buat macam mana untuk dapatkan kulit muka yang halus mulus gebusss?
hehe aku rasa aku dah selalu cerita kat blog aku ni pasa bedak rambai tu kan,
tapi yang ni lulur MABS powder dalam paket kaler biru, boleh refer
Mabs powder
Caranya adalah sebelum tidur, pakai lulur tu kat muka yang telah dibasahkan. Sapu rata kat muka, biarkan dan tidur sehingga pagi esoknya. Bila nak basuh tu, basahkan sikit-sikit dan gosok bagi ianya tanggal lalu basuh bersih. Trust me trust me kulit korang akan jadi gebu dan halus mulus giler!!insyaAllah hehe...
bila nak apply make-up nak pegi kerja, fuhh senang aje apply dan nampak mulus gile muehehheh....
kalau takda MABS powder tu, bedak rambai biasa pun boleh.
Teknik sama juga boleh digunapakai untuk badan, sapukan ke keseluruhan badan. Gilababas punya mulus lah kulit korang bila bilas keesokan hari tu hehehe... aku dah cerita pasal lulur ni for several times tapi kali ni aku cerita pasal tepek kat muka pulak. InsyaAllah ia dapat mengatasi masalah kulit muka kusam dan menggerutu sebab ia dapat singkirkan kulit mati yang terkumpul di kulit.
Sebenarnya dah lama aku tak buat, tapi minggu ni dah beberapa hari aku pakai kat muka berturut-turut, memang syok sangat, halus. Oh ya, elakkan bahagian mata sebab nanti bila lulur tu kering kulit akan jadi cekang, tak sesuai untuk bahagian bawah mata yang lembut.
oklah selamat mencuba.. sebelum tu korang kena kirim lulur tu kat sapa-sapa yang balik KB la hehe...

Wednesday, February 6, 2013

Bz lagi

hai semua,
agak busy minggu lepas sampai hari ni...
terlibat dalam penganjuran program Maulidurrasul...
alhamdulillah hari ni berjalan lancar... thanks to Allah....
dan weekend lepas kami ke Hatyai sekali lagi hehe...
kali ni kami sekali lagi ke pasar terapung Songkhla, dan tempat baru iaitu Zoo dan Ice Dome. Kat Ice Dome tu rugi sebab masuk 5 minit aje huhuu..seriously memang sekejap sangat masuk sebab aku rasa nak pitam sebab terlalu sejuk hahaha....patutnya pakai baju berlapis-lapis sebelum ke sana, dan juga kasut. Ini hanya bergantung kepada baju sejuk yang disediakan. Kebas dah kaki ni. Faiz pun mengadu tak tahan. Gila lah lari-lari cari exit door sambil dukung Faiz, aku rasa lemas sebab sejuk sangat, suffocated camna ntah haha, teruk betul sebab orang lain cool aje. Rugi tiket RM100 (RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak). Dalam tu banyak ukiran ais seperti istana dan beberapa lagi yang aku tak sempat tengok.
Layan je le gambar-gambar ni.. nanti esok-esok aku cerita lain. Nak kena sidai baju, gosok baju.. mata dah kuyu.. esok nak kerja...








layan je le....

Friday, February 1, 2013

Almanak Astronomi 2013


dah Februari....

sekejap aje dah masuk bulan Februari...
rasa macam baru aje masuk tahun baru.
kelmarin masa aku balik dari kerja, ada accident dengan highway. Dari jauh tengok orang berkumpul di kiri kanan jalanraya. Aku yang bawak kereta tak tengok kiri kanan, cuma jeling gitu-gitu aje dan syak mesti kemalangan maut sebab tengok ada jentera bomba yang orang ramai mengerumuni.
Bila balik kerumah (dan tengok kereta habibi ada depan rumah.. fuhh lega), aku tanya habibi yang terlebih dahulu melalui jalan tersebut, dia kata kereta langgar motor. Penunggang motosikal mati ditempat kejadian.

Pagi tadi bila aku nak ke tempat kerja dan melalui jalan yang sama, masih kelihatan kesan darah ditepi kiri lebuhraya, dan juga kesan brek di lorong kanan. Mengikut analisis ikut kepala aku ni, mungkin kereta tu nak mengelak moto lalu terlanggar dan terjunam ke dalam longkang di sebelah kiri.
Tadi bila aku balik kerja, kelihatan sebuah kereta, mungkin saudara mara arwah, yang sedang meninjau-ninjau tempat mayat terbaring kelmarin. Dalam kepala aku, pagi kelmarin masih segar bugar di rumah, siapa tau yang pagi tadi dah berada didalam liang lahad. Innalillahiwainnailaihirjiun.
Aku terbayang-bayang, alangkah sakitnya hentakan kereta ke atas badan arwah sehingga cedera parah dan menyebabkan kematiannya. Aduhh ngerinya. Sakit sungguh mati dengan cara macam tu. Macam mana pun mati tetap sakit tidak terperi, cuba keadaan yang berdarah-darah tu nampak menakutkan dan agak mengejut.
Dan sudah semestinya aku teringatkan Wan.
Minggu lepas, kakak aku sms kata dia mimpikan wan. Namun dalam mimpinya itu, wan tidak berkata apa-apa cuma mak yang berkata bahawa wan memiliki sepasang penyu. Wan sangat sayangkan penyu itu yang selalu bertelur/mendatangkan hasil.

lalu aku membalas sms kakak,

"aku rasa mimpi tu simbolik, penyu telurnya banyak, tak macam ayam...."

"ha ah, betul juga, aku pun pelik sebab kenapa penyu, penyu telurnya beratus-ratus. Semoga Wan aman di sana...."
balas kakak.

I love Wan.....