Tuesday, September 23, 2014

Sentimental value-map


Hari ni aku rasa sentimental sikit...
Tadi masa nak datang kerja, aku singgah isi minyak kat stesen minyak.
Aku beratur di belakang seorang pakcik yang sedang mengisi minyak motorsikalnya.
Aku perhatikan dari awal sampai akhir, selesai mengisi minyak, pakcik tu mengetuk-ngetuk muncung pam minyak untuk mengeluarkan sisa-sisa minyak yang tertinggal.
Jenngggg....
terus aku teringatkan Wan...sob..sob....
sejak kecik bila aku naik motorsikal Yamaha merah Wan, bila Wan singgah di stesen minyak, aku akan perhatikan cara Wan isi minyak.
Wan bayar beberapa ringgit dan kata nak minyak merah, setau aku minyak berplumbum hehe...
masa isi minyak, sambil corong minyak berada dalam tangki, Wan akan menekan-nekan motosikalnya, macam nak bagi buih-buih/gas naik atas kot. Masih ingat lagi huhuhuh...
lepas tu bila dah selesai, Wan akan mengetuk-ngetuk muncung pam dan kemudian tutup tangki sambil mengelap dengan sehelai kain yang diletakkan di bawah pelana.
Dan aku pulak sekarang tiru cara Wan, mengetuk-ngetuk muncung pam untuk mengeluarkan saki baki minyak yang tertinggal dalam muncung.
Sedih betul rasanya,
dalam masa yang sama, aku mimpi Wan beberapa kali semenjak dua menjak ni. Kali pertama pada Jumaat lalu huhuuu... aku mimpi sedara Wan datang ke rumah sebelah, tapi muka macam Wan pulak iskk....


Bertambah sentimental bila aku tengok map dari google earth ni, memanggg sedih bila aku pegi zoom atas kampung tempat tinggal aku.
Rumah aku terlindung sikit tapi aku nak tunjuk tempat permainan aku masa kecik.
Arrow merah tu adalah rumah kedai Wan. Dulu masa kecik-kecik aku dok lepak depan kedai ni la kat atas pokok cermai, sambil tengok kereta lalu lalang.

Arrow kuning tu tempat aku main panjat pokok sampai jatuh dan patah tangan, bila kawan-kawan aku bawak jumpa Wan kat kedainya ( semasa tu Wan sedang tolak basikal nak pulang kat depan kedai), teruk kena marah dengan Wan huhuuhii...

Arrow biru tu laluan untuk balik ke rumah, masih aku ingat, kat selekoh kecik tu aku jalan kaki dengan Wan pada waktu malam untuk ke kedai Wan, keadaan gelap jadi aku takut dan jalan sambil peluk Wan yang membawa lampu suluhnya. Wan suka on lampu suluh dia sekejap sekejap sebab nak jimat bateri agaknya.

Arrow coklat tu adalah kedai hardware. Wan pernah terkurung dalam kedai tu. Pekerja kedai ingatkan takde orang, rupa-rupanya Wan ada dalam tu, aku lupa macam mana Wan boleh keluar hehehe...

Arrow hitam tu dekat dengan rumah. Kat situla masa kecik-kecik aku nampak Wan pulang dari pasar Siti Khadijah (jalan short cut) dengan menaiki basikal tua, barang penuh di carrier belakang. Barang untuk berniaga kedai kopi seperti ayam, ikan etc.

Arrow pink adalah rumah best friend Wan, pokseng.

Manakala arrow hijau adalah tempat Wan disemadikan. Pokseng baca yassin mengadap kubur ni la sebab dia sakit tak boleh berjalan masa tu. Recitation to his bestfriend.

Bila aku tengok je map ni yang aku save kat pc, memang teringat gila kat Wan.
Hari-hari ingat Wan, ntah bila ntah yang aku tak ingat kat dia...
Kata ustaz, ingatan orang semasa matinya, sama seperti ingatan semasa hidupnya.
Aku harap Wan masih ingat aku yang masih hidup di sini, yang masih mendoakannya..
aku harap Wan masih ingat mek, his luckly girl, and his grandchildren too..
I miss you Wan, insyaAllah selagi hayat dikandung badan kusentiasa mendoakanmu wahai ayah...

As expected...

Semalam balik dari kerja, nampak satu surat dalam peti surat.
Nampak di sampul tertera logo sebuah IPTA. Walaupun hati mengharap tapi harapan dalam hati tu hanya 50-50.
Bila bukak sampul, as expected.. dengan dukalaranya anda tidak berjaya dalam temuduga bla...bla...
I put the letter on the table and I lay down on the mat.
Aku dah agak dah. Mana pernah aku pergi interview yang bilamana selepas aku interview hati rasa sebak dan sedih. I felt stupid that day when I got the rejection hints. Cisss I'm not that stupid okay!
But never mind.
Aku dah mohon pada Allah, kalau Allah redha aku kerja kat tempat sekarang ni, biarlah aku di sini saja. So here I am insyaAllah my working place sampai tua kot hehehe.... letak tepi la master aku tu. Master dah tak laku sekarang ni, kecuali kalau ada PhD. Tapi aku tak larat nak kejar dah weh, aku pun dah makin tua, opss makin matang hahaha... lagipun aku dah kat IPTA dah pun, cuma profesion lain iaitu pegawai. Lupakan kerjaya sebagai pensyarah tuh. I have to think of the good things about my career. Aku tak terikat dengan jadual, aku boleh cuti bila-bila saja, dan paling penting aku tak payah study dengan susah payah untuk mengajar keesokannya seperti mana kerja aku suatu masa dahulu.
Pendek kata, bila balik rumah, aku tak payah fikir pasal hal kerja dah! Sekali sekala je aku bawak kerja ke rumah, tu pun sikit. Sebab kerja aku adalah on-site. Serve users.
Cuma harapan aku sekarang, aku berdoa agar bos besar dapat pindahkan aku kembali ke jabatan sebab kat school ni aku tak gumbira huhuuu...
sebab aku susah nak buat kerja bila mana team teknikal takde kat sini.
Ya Allah you knows best that I am not happy huhuuu...
okaylah, gotta  go, janji dengan kawan nak chit chat at lunch break.
Bye..

Wednesday, September 17, 2014

Assalamualaikum!!

Hai guys apa khabar?
Lama tak menulis panjang-panjang.
Aku rasa macam tak sempat pulak nak menulis panjang-panjang skang ni.
Ermm.. mak aku datang duduk dengan aku selama dua minggu, baru kelmarin mak aku balik Kelantan. Sedih pulak rasanya bila mak balik. Mak happy duduk kat rumah aku. Apa dia nak makan aku buat, dia nak beli baju baru aku bawak dia pegi kedai. Lepas tu bawak dia pergi ekspo, pergi pasar, ronda-ronda, dia seronok! alhamdulillah mak happy dok dengan aku.
Mak aku ada pattern rutin harian dia sendiri. Kena boleh baca bila dia sihat, bila dia larat, apa dia nak makan (walaupun dia kata tak payahhh... tak payahhh ehhehe).
Sedih  pulak pagi tadi bila bangun pagi tengok katil mak kosong huhuuu...
Macam sekejap aje 15 hari mak di rumah aku. Syukurlah mak sihat dan berselera makan. Bila dia happy, dia berselera makan, begitulah sebaliknya.
Lepas ni bila balik KB insyaAllah nak bawak dia duduk sini lagi.
Rumah aku pulak pagi tadi masa nak pergi kerja, aku cakap dengan habibi,
" ni rumah ke macam ni...huhuuu tak macam rumah!"
habibi kata, rumah la ni...
huhuhuhu bz betul aku sejak kebelakangan ni. 2 hari lepas aku join larian dalam kampus, lepas tu bertambah sengal la kaki tangan aku yang dah sedia sengal ni.
Rumah teruk betul, nak kemas tak larat, lepas kemas pun semak lagi. Ada ketika rasa nak merajuk sebab I am exhausted huhuuu...
I grumble and mumble sebab badan aku letih, kat tempat kerja banyak berjalan, huhuuuu, I don't really think I am an officer, I am an officer and technician and kuli batak! Telinga pulak kena bersedia kena marah dan jerkah (well aku jadi jengkel dengan sesetengah lecturer yang emo marah-marah orang, disgusting betul! No manner at all though so well educated huh!)
Aku rasa nak bercutiiiiiiiii!!!!!! Aku nak bercuti dan relax dan bersantai tepi pantai, makan sedap-sedap tak perlu terkejar-kejar.
Rasa macam malas nak bekerja pun ada, hadoi.....

nak balik dah, can't wait to go home!
my muscles are aching!

Saturday, September 13, 2014

Feeling tired

*sighhhhh*

Hari ni masuk kerja di pagi Ahad dengan perasaan yang malas.
Rasa nak lepak kat rumah dan buat apa yang patut.
Rasa nak tido sampai puas,
makan dan mengunyah, tengok cerita Tanah Kubur, atau dokumentary, atau layan cerita Maruko Chan.
There are times when I get bored with my work, and when there are a feeling of uncertainty or insecure...
I'm tired of my work when the reward is not worth of what it seems. This demotivates me and wash away the joy and fun that I wish I have at workplace. I feel bored when my career stays static and plain. *sighh*

I want to do something else such as joining the humanitarian NGO, traveling around the world, serving poor people and animal (instead of end user computer service arghhhhhh!!!) and have a roller coaster ride.

feeling blue on this Sunday.....

Saturday, September 6, 2014

Busy busyyyy

hai
lama tak update kat sini....
banyak kerja semenjak pindah school ni.
Macam-macam berlaku semenjak dua menjak ni.
Minggu lepas kami satu family ke Muar Johor, si adik ada pertandingan nasyid wakil negeri.
3 hari 2 malam kami travel ke Muar, lepas tu singgah KL on the way balik.
Memang perjalanan jauh tapi kami transit bermalam kat hotel. Kiranya semalam kat Muar, semalam lagi kat KL.
Seronok travel sambil singgah-singgah macam ni, aku tak suka jalan direct, letih. Driver needed rest, anak-anak dan aku pun perlu tido cukup.
Mak aku ada kat rumah aku sekarang ni, so I feel much happier now. Tak payah aku nak risau sangat.
Tak sempat nak update panjang-panjang, aku banyak kerja la pulak.
Kaki aku pun sakit-sakit sejak pindah school ni sebab kena jalan kaki cari orang sampai jumpa adoihh...
okla..
see ya later....