Sunday, April 24, 2011

Gaji!!!!!

Yayy hari ni gaji masuk !!! Alhamdulillah.....
masih ada balance sedikit yang bulan lepas..takde la licin aku perabihkan...tadi baru lepas bayar bil celcom broadband dan PTPTN..aku bayar via RHB online banking. Tolak yuran tadika dan nursery anak, dan saving ( untuk vacation serta yuran pengajian), boleh la aku beli barang-barang untuk diri sendiri. Gaji bulan ni aku nak ini :

Serum Safi Rania Gold, tahan sebulan, pandai betul, pagi tadi baru habis heeee..



VO5 Silky Smooth Shampoo

Nivea Lip Moisturizer


Itu saja rasanya untuk skin care bulan ini.... bulan lepas- lepas dah beli Bio Essence Tanaka White Nightcream, Loreal UV Protector Anti-Dullness ngan Nivea Eye Cream..... kalau beli serentak, maunya habis serentak pokai la nak beli sekaligus..so beli sikit-sikit...mekap aku kurang sikit, lebih kepada skincare....

ok nanti sambung lain kali...

Caught in action



Dekat ngan kota A Famosa


Kelmarin di Kuala Perlis, jalan-jalan cari pasal




Bila mama dan abah kahwin?

Pada suatu hari..dalam perjalanan balik ke rumah setelah pulang ke kampung Mr Hubby pada hujung minggu...aku dan hubby berbual-bual dalam kereta pasal kisah kami ketika baru-baru kahwin dahulu.......anak lelakiku yang mendengar perbualan itu tiba-tiba menyampuk...

Faiz : Mama dan abah kahwin?
Mama : Ya la mama dan abah dah kahwin..
Faiz : Kenapa mama dan abah kahwin?
Mama : Kahwinla sebab nak kawan...
Faiz : Bila mama dan abah kahwin?
Mama : Masa tu faiz takde lagi masa mama kahwin...
Faiz : Faiz pegi mana?
Mama : Faiz takde lagi laaaa (sambil garu-garu kepala)
Faiz : ohh....esok Faiz takde..
Mama : Faiz pegi mana?
Faiz : Faiz pergi sekolah....mama dan abah kahwin la!
Mama dan abah : LOLLLL!!!!

Dari sempadan Thailand ke sempadan Singapura







Berlatarbelakangkan Singapore...
takda passport maka tak boleh la nak ke sana walaupun dekat




Minggu lepas aku ke Johor Baharu mengikuti Mr Hubby present paper kat conference di sebuah hotel di sana...perjalanan sejauh kira-kira 900km itu memang paling jauh setakat ini, bila balik tambah lagi 900km, boleh botak tayar kereta hehehe....kami telah merentasi Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan akhirnya baru sampai ke Johor.

Hari Sabtu bertolak ke sana pada pukul 8 pagi, jalan punya jalan, campur ngan singgah kat hentian R & R, sampai kat Melaka pukul 7 ptg !! hehehe tak mau jalan terkejar-kejar....bawak kereta rilek-rilek je..kat Melaka singgah tidur rumah adik ipar...keesokannya dia bawa jalan-jalan bandar Melaka....sempat melawat kota A Famosa jap...masa tu cuaca dah mula nak panas, kesian budak-budak....sebab tu la anak aku dah mula tak sedap badan kot...

lepas round-round bandar Melaka kami balik rumah jap pastu bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan.. senang nak round Malaysia sebab ada highway yang menghubungkan negeri-negeri dari utara hingga ke selatan..highway dari utara ke timur je yang tak ada...kalau ada highway kan bagus, takde la aku paranoid melalui jalan bengkang bengkok seperti kat Grik tu, cuma jimat la takde tol...jalan punya jalan akhirnya sampai la di Johor Baharu.. dekat-dekat nak sampai tu anak aku termuntah habis kena seat ngan baju aku...anak sulung aku yang tak pernah muntah dalam kereta, first time termuntah sebab tak larat. Mungkin sebab cuaca panas sama. Selama ni dah biasa jalan jauh balik kampung tak penah demam. Aku ngan hubby jenis suka berjalan jadi anak-anak pun jadi lasak kalau bab berjalan ni. Cuma minggu lepas si abang surrender..patutla asyik mengadu pening kepala., poor my boy.....dan inilah first time aku menjejakkan kaki ke JB dan wow!!!! Aku tak percaya dah sampai!!Dengan berbantukan GPS berjaya jugak mencari hotel tempat penginapan di mana berlangsungnya 2011 IEEE Applied Power Electronic Colloquium yang dianjurkan oleh UTM.

Sampai kat hotel dah dekat senja....lepas check in kemas-kemas barang...dah rasa si abang ni badan dah mula nak panas...terus cari ubat kat farmasi sebab klinik semua tutup dah sebab weekend....sepanjang malam tu aku tidur-tidur ayam je sebab dia asyik jaga dan termuntah...abis kena tilam, bila dia tersedar sikit aku pun turut tersedar, bukan apa takut muntah dan lemas kalau badannya tak dibangunkan......

pagi esoknya kami gilir-gilir breakfast kat bawah sebab si abang memang dah tak larat sebab tak lalu makan....abahnya sempat pegi register kat conference tu dan dengar beberapa slot presentation lepas tu kami terus ke klinik. Syukur alhamdulillah selepas tu dia semakin ok, dah mula nak bercakap dan lompat sana sini maknanya dia dah sihat hehehe....

petangnya sempat ke Stulang laut..makan rojak petis kat tepi laut...boleh nampak pulau Singapura, dekat je...orang-orang Johor ni baik-baik dan peramah...aku masih ingat kakak yang jual rojak petis tu " Nak beli rojak ye sayang?"...."Air botol yang sejuk kat situ sayang.."..."Terima kasih sayang" hehehehehhe......berapa kali sayang daa....aku hanya tersenyum....rasa malu pulak sebab muka aku serius masa tu, penat sama sebab tak cukup tidur...

Pada sebelah malamnya sempat bawak budak-budak ke Danga Bay...ada taman tema mini dan kami juga pegi makan kat food court kat situ....harganya boleh tahan jugak, tomyam campur RM8 dan nasi putih RM2, teh o ais limau RM3 !!!! haaaa boleh kayap la kalau 10 kali makan kat sini.....tapi sekali-sekala boleh la kot....maklumla ni first time....memang orang kata makanan kat situ mahal....tapi bila dah nama pun vacation ni (presentation sambil ber vacation), memang kena spare duit siap-siap la....sepanjang perjalanan ni pun beli mainan budak-budak pun dah dekat seratus hengget...buka boleh beli satu tapi kena beli dua.....singgah beli makanan kat hentian R&R dan petronas pun dah berapa dah...ni pun aku tak shopping pun, beli makanan je di samping beli jersey arsenal kat pasar malam RM15 sebab baju aku habis kena muntah...dah tak ada baju nak pakai.....

oklah stakat ni dulu nanti sambung lain....aku tak reti sangat lagi nak edit blog ni, kan aku baru mula :) slow sikit





Saturday, April 23, 2011

hantu ulam

Semalam aku tanya hubby, hari ni pergi ofis tak? Sebab kebiasaannya dia akan ke ofis sebab nak siapkan kerja master nya kat lab…projeknya dah siap cuma tinggal writing je.....katanya kena pegi jugak sebab ada training untuk handle machine baru...spontan aku mencebik bibir....pagi tadi dia belikan nasi lemak siap-siap, breakfast ngan nasi lemak.......

lepas dia ke ofis aku ingat nak sambung tido seperti yang dirancang tapi si kecik ni macam nak bangun je....tak sempatla nak lena kejap....sambil buat kerja-kerja rumah, basuh kain yang berlonggok, aku masak laksa untuk makan tengahari...biasanya makan nasi tapi rasa lama pulak tak makan laksa. Kat pasar malam semalam dah beli ikan kembung siap-siap beserta bahan-bahan yang lain termasuk untuk masak mee sup semalam. Aku panggilnya sebagai mee kuah tapi kat sini diorang panggil mee sup...nanti ada masa aku upload gambarnya. Gambar belum transfer ke laptop. Makanan berkuah ni cepat kenyang. Sesiapa yang rasa nak kuruskan badan tu boleh la makan benda yang berkuah ni termasuklah tomyam. Masa kat U dulu aku suka makan tomyam, hari-hari tomyam, kalau nampak muka aku tu memang ingat tomyam la, aku makan banyak tapi badan aku tak naik dengan ketara berbanding ngan bila aku jarang makan berkuah tu..tak tau la kot-kot berkenaan ngan metabolisma badan sama kot dan perubahan umur. Laksa ni pun bukannya kena tumis pun, oil free. Nak buat pun senang je.

Tapi walaupun aku makan mee, laksa, bihun, spaghetti..tapi aku tak boleh lari dari makan nasi...perut melayu sungguh..lepas tu makanan kasik semua aku bedal, apa itu makanan klasik? ehhehe ni kakak aku la yang bagi istilah...makanan klasik yang dimaksudkan adalah ulam seperti petai, jering, genuak (kenal tak buah ni? yang kaler itam kecik-kecik tu), you name it apa saja jenis ulam semua aku bedal, bagi aku ulam-ulaman ni lagi bagus dari sayur yang dijual di kedai tu, takde racun perosak...organik la katakan..

kata mak aku, ketika aku berumur setahun aku dah makan jering!! hehehe ada kan jering muda yang lembut tu aku makan macam tu je...bila keluar makan ngan kawan-kawan, diorang tak heran dah bila aku ambil ulam selonggok dalam pinggan asing dan aku makan sorang aje...kalau orang tak pernah tengok memang dia akan pandang dua kali heheheh...tapi kalau nak makan ulam yang berbau seperti petai atau jering tu aku biasanya fikir beberapa kali sebab nanti bau dia power sangat, kalau ke pasar tani aku akan beli pelbagai jenis ulam yang kadang-kadang aku sendiri pun tak tau nama dia...ada pucuk ubi, ulam raja, pucuk gajus, pucuk cemumar, dan ada lagi yang aku tak tau nama pun..pucuk cemumar tu rasanya pahit, dulu aku tak suka tapi lama-lama jadi favourite..ada pokok dia kat belakang rumah mertua aku, ibu mertua aku kata, bila dah lama aku tak balik dan pokok cemumar tu dah semakin berpucuk, katanya kalau ada aku tentu tak sempat tumbuh pucuk cemumar tu ehhehe...tak heran la kawan aku kata aku makan macam kambing hehehhe....

Ulam ni memang banyak khasiatnya, tengokla orang-orang tua zaman dulu, maintain sihat dan slim sebab amalkan makan ulaman disamping pada zaman diorang tu mana nak ada makanan berperisa sangat pun...lagi-lagi bila dah beranak, memang kena jaga makan la, kena jaga semua la nanti saham menjunam pulak..isk..isk....sekarang pun aku dah mula serius ngan skincare ni...almaklumla makin lama kita ni makin tua...tapi yang tu aku cerita lain kali pulak.....


Friday, April 22, 2011

Tidurla anakanda....

mataku dah pedih, dah menguap beberapa kali....budak-budak dua orang ni masih belum mau tidur...rasanya dah dekat sepuluh kali ulang tengok VCD Boboi Boy tu....abahnya sudah lama lena diulit mimpi....selagi diorang tak tidur maka tak bolehlah aku tidur.....maunya nanti dia terjun dalam kolah kat bilik air..kan naya...tahukah wahai anakku tido itu sesuatu yang sangat best??? kenapakah tidak mau tido?? sedangkan bonda mu ini kempunan mau tido seperti zaman-zaman mudanya...ermm....takde la tua sangat bondamu ini, belum pun 30 hehehe.....

alkisahnya masa bujang dulu memang aku ni terkenal sebagai hantu tido.....masa kat U dulu aku lebih rela tido daripada outing, tapi ada pekdahnya juga, jimat duit...kan..kan...tapi keburukannya adalah otak menjadi lembab dan kemalasan yang melampau-lampau...penah lecturer aku suggest makan ginkgo biloba untuk mencerdaskan minda...aku beli seperti yang disuruh tapi lepas makan supplement tu aku akan terus landing dan Zzz....isk..isk....
penah ibuku memarahiku yang mana sampai sekarang aku masih ingat "Tido ni sampai mati pun takkan puas!'' bebelnya setelah kain di jemuran basah akibat aku tido mati sampai tak sedar hari hujan...(.tiba-tiba teringat bonda di kampung pulak..sob..sob...)

masa matrix pulak best friend aku lagi hantu tido...aku goyang katil double decker bagai nak runtuh dia makin lena pulak macam dalam buaian...azmar...buat apa kau sekarang ye? ada lagi orang yang lagi kuat tido daripada aku......

tapi yang pastinya tido ni (bagi aku ler) adalah faktor terbesar yang menyumbangkan kepada kegemukan.....buktinya memang aku jadi montel masa tu...bila dah kahwin, ada anak kecik dan aku tak cukup tido ( aku tido malam sambil duduk selama setahun korang tau!!), membuatkan badan aku jadi kurus kering.....

esok adalah satu-satunya hari (satu-satunya!!) yang aku boleh bangun lewat (lepas subuh tido balik le) sebab hari ahad kelas aku start pukul 9 pagi.... tapi biasanya kalau bangun pukul 9 pagi pun aku dah jadi pening-pening lalat...kalau zaman bujang dulu maunya sampai 12 tengahari...bangun je terus makan....banyak cantik muka aku ehheheh...sorry mak....hampeh betul anakmu ini......

hmmm..okaylah....nampaknya nak kena rotan dulu budak-budak ni sedas dua baru nak tido ni.....

babaii....

Yeah Here I am!!!!

Assalamualaikum...

dah lama teringin nak ada blog sendiri tapi keadaan tak mengizinkan.....kat facebook pun kadang-kadang tak larat nak tengok...rasanya best jugak ada blog ni..fun!! rasa nak berkongsi apa saja idea dan pendapat dengan readers di luar sana....I can claim that this can be my diary where I can express my thoughts and my feelings...

I am currently teaching at a private college in the north part of Malaysia....graduated from the local university and being married at a very young age and blessed with a wonderful son and daughter, they cheer up my life! Not forgetting my dear husband, you are my life!

Hmmm...nak cerita apa ya hari ni, sebenarnya ada banyak benda nak di buat tapi nak tulis jugak my first entry..

I'm currently furthering my masters in UUM, sekarang dah semester 4, sepatutnya dah berada di semester akhir, tapi separuh jalan aku dropped the final project..huhh rasa tak sempat nak siap, lagi-lagi bila satu semester dah dipendekkan jadi 12 minggu je..final project in 12 weeks? mana sempat beb lagi-lagi aku juga bekerja, belajar part-time mode, alkisahnya burnt la 50% of the fees, they will return 50% of the project fees....rasanya daripada hangus terus RM900 sebab tak sempat siap project, baik hangus separuh...ohh..duit..duit...

semester depan pulak akan bermula pada bulan 9, hmmm...harapnya I will have time to work on my project.....nak install Ubuntu kat laptop tu pun dah makan masa, nak install NS2 lagi, pastu nak study NS2 lagi.....my project title was given by the supervisor, I am not familiar with networking but I want to learn so I took the challenge....even though it is quite hard.....

masa di rumah sangat berharga, i wouldn't want to spend my time doing my work at home.....tapi bila urgent seperti dekat-dekat nak exam, terpaksa la stay up at night....kalau hari biasa liat nak bangun pukul 5 pagi, tapi bila exam boleh pulak jegilkan mata study di dinihari...kalau diikutkan, hampir setiap hari kunci jam pukul 5 pagi kononnya bangun nak buat kerja, tapi buat penat je sebab asyik bangun off the alarm....

hmmmm....tidur itu satu nikmat, bila dah tido nyenyak sepanjang malam, esoknya boleh kekal bertenanga sepanjang hari......syurkurla anak-anak dah besar sikit, yang sulung 5 tahun, yang kecik 3 tahun....dah lepas dah zaman tak tidur malam tu, skang ni nak rest puas-puas...nak jalan-jalan sana sini....ganti balik zaman anak-anak kecik dulu hehehe....

esok cuti yayy!!!! nak buat apa eh!!! hanya sabtu je boleh bersenang lenang sebab ahad pagi aku ada kelas......alamak.....tak study satu apa pun, dah chapter 8, last week tak ke kelas sebab aku satu family ikut husband present paper kat conference di JB....bila la aku nak present paper jugak.....rasa macam ilmu ni cetek sangat......

weekend depan pulak nak kena turun ke Putrajaya sebab ada wedding anak saudara, anak saudara aku ni beza umurnya setahun saja, sebab aku ni anak bongsu, anak saudara pula anak kepada kakakku yang nombor 2, (kami 10 adik beradik) hehehhe mak aku kata dia dulu berlumba-lumba beranak dengan kakak ehheheh...anak sulung kakak pulak sebaya ngan aku.....
gosh I have so many things to share....but enough for now.......masa zaman sekolah dulu aku suka menulis diary dan ianya terhenti seketika.....sekarang ni akan bersambung kembali.....
yeah excited to write!!!!!

signing off.......

wassalam.....