Tuesday, May 31, 2011
Snap snap 1..random photos
My son....
Cikgunya kata Faiz cepat pickup apa yang diajar, orang lain buku 2 tapi dia dah buku 3. Aku rasa sangat gembira, walaupun mungkin orang kata, ala baru 5 tahun...tapi aku tetap gumbira, sebab anak aku dah besar! Sebenarnya sejak dari kecil memang sungguh mencabar jaga Faiz ni sampaikan mak aku kata, "takpela dia kuat nangis pun, bila besar nak jadi menteri nih.." apabila melihatkan aku yang tak cukup tidur dan kurus cikeding serta mata lebam macam beruang panda. Teringat kisah Ahmad Albab pulak...Faiz dilahirkan awal 2 minggu. Lahir secara induced sebab masa tu aku tak sakit pun tapi aku ke hospital sebab diarrhea. Aku terus ke hospital dan kena tahan terus..terkejot aku!!! Alhamdulillah walaupun sakit guling-guling tapi orang kata aku mudah beranak, rasanya tak sampai 2 jam..aku pun dah lupa..lahirlah Faiz ke dunia. Beranak kat adiknya lagi cepat, dalam setengah jam je, juga kena induced sebab aku tak sakit.
Bila lahir, dia kena jaundice yang teruk sampaikan kena masuk wad, dahla masa tu aku berpantang kat rumah mertua (OMG!! what did you say??with MIL..hahahaaa evil laugh)...Faiz ni jenis payah nak menyusu. Selama sebulan la dia macam tu, nak buka mulut punya susah, kadang-kadang aku rasa nak baling je masa tu heheee (maklumlah emosi kurang stabil), bila dah menyusu, dia nak posisi tu je iaitu aku kena duduk, tak boleh baring. Selama setahun boleh dikatakan aku tidur sambil duduk. Bila dia terlena aku letak kat bawah, boleh aku baring kejap, tapi bila letak kat bawah dia akan jaga. Kalau bab nangis tu tak payah cakaplah, memang kuat nangis. Payah nak stop. (psss....sebenarnya ni mewarisi perangai aku masa kecik, ayah aku terpaksa letak aku dalam telaga sebab nangis tak henti-henti..telaga kering). Sebab tu aku kata very challenging. Aku breastfeed dia sampai umur 18 bulan sebab masa tu aku pregnant anak ke dua. Nak cerai susu tu 2 minggu dia nangis setiap malam. Manakala adiknya menyusu genap 2 tahun..Alhamdulillah...
Alhamdulillah sekarang dia dah ok, tapi nakal tu tak payah cakaplah..seminit pun tak pernah duduk diam.. bila dia merajuk tu yang payah nak pujuk, dan dia terrrsangat manja dengan aku. Apa-apa pun semua dia nak aku buatkan. Abahnya selalu sound aku sebab aku jarang 'tibai', sebab nanti dia naik lemak katanya. Takpela, cukupla abah dia sorang very strict. Kalau dua-dua garang kang pening budak tu. Kalau dia buat kerja sekolah dengan aku, dia buat lengah-lengah. Tapi kalau buat dengan abah dia, kadang-kadang sampai meleleh air mata dan teresak-esak. Video kat bawah ni dirakam 3 hari lepas. Dia belajar baca buku Iqra' dengan abahnya pada waktu selepas solat maghrib. Kat sekolah aku tengok baru belajar menulis alif ba ta tapi sebenarnya dia dah boleh baca. Sekolah dia sekarang bercampur dengan budak Melayu, Cina dan India. Cikgu pun ada Melayu, Cina, India. Lebih kepada English school. Tukang masak Melayu. Aku nak dia bercampur dengan bermacam jenis orang, pelbagai kaum. Barulah satu Malaysia hehee.....
Faiz baca Iqra'
Adik pulak nak baca....
Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemia
Majlis makan-makan memang sudah sinonim dengan bekas polisterine. Aku selalu juga pesan kepada kawan-kawan tentang bahayanya bekas polisterine kepada kesihatan, mereka mengangguk setuju tapi mereka gunakan juga. Pada suatu hari, kawan aku order tomyam panas dari kantin kolej, sebaik sahaja makcik kantin tu menuang kuah tomyam ke dalam mangkuk polisterine, dengan serta merta gelembung-gelembung udara naik ke permukaan. Mungkin itu menunjukkan tindakbalas haba daripada kuah yang panas tu ke atas bekas polisterine tu. Bayangkan, bahan-bahan kimia tu terlarut dalam kuah tomyam dan masuk ke dalam perut kawan aku tu ntah apa jadi dalam perut dia..for long term..
Kalau aku teringin nak tapau kuey tiow sup atau kuey tiow goreng kat kedai, aku akan bawa bekas makanan dari rumah. Pernah hubby aku nak beli kuey tiow sup kat pasar malam, tapi kami tak bawa bekas dari rumah, lalu aku kata tak payah!!! Nak kena kanser ke, kata aku... Orang Melayu ni makan tak nak beringat lepas tu bila sakit tak nak ke hospital, jumpa pengamal perubatan tradisional, lepas tu bila dah kronik baru nak ke hospital...bila mati kat hospital kata ni doktor punya pasalla ni..eh..ni cerita lain ..hehehee.....
aku ada cari info pasal bekas polisterine ni kat bawah, semoga mendapat manfaat. Yang penting, eat good and healthy food, halalan toyyiba..
Bekas polisterine digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan, ia terus digunakan.
Tak gunalah mana-mana syarikat yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk membuat penyelidikan menggantikan bekas polisterina itu dengan bahan lain sebab, jika bekas gantian itu dijual dengan kos yang tinggi berbanding polisterina, ia pasti tidak akan mendapat sambutan.
Kecuali di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengharamkan penggunaan sebarang bekas polisterina melalui Kempen Tapau-Mania dan memberikan alternatif terbaik buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau bekas makanan mesra alam, Bidai dapat rasakan jika ini tidak diguna pakai di mana-mana warung, di negara ini, pastinya sambutan terhadap bekas mesra alam akan pudar.
Sama juga seperti di USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak di mana mereka juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna.
Jadi akhirnya, bagai mereka yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan penggunaan bekas polisterina.
Mengenai bekas polisterina ini, Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun bahan stirena yang berasal daripada phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan.
Kata beliau, organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta hati.
''Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,'' katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.
Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini walaupun hakikatnya ia sudah berkali-kali diberitahu dan diumumkan.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.
''Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam sistem badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,'' jelasnya.
Bidai baca kenyataan dia pun Bidai dah seram. Saban hari kita bergelumang dengan bekas polisterina itu tanpa mengetahui bahaya mengenainya yang mampu membunuh.
Walaupun belum lagi ada kajian terperinci, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.
Malah kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan mutagen yang mampu merubah genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan.
Lebih memeranjatkan, pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.
Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena.
Kalau pembaca perasan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang mampu dikitar semula.
Ini berikutan, polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman manusia, namun ia juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa hingga beratus-ratus tahun untuk terurai dengan sepenuhnya.
Jadi apa salahnya jika kita mengikut cara barat yang bagi Bidai merupakan aspek positif. Ini tidak, budaya dan kegiatan negatif barat semakin menjadi pilihan.
Bayangkan kini semakin lama semakin ramai di kalangan kita yang mengidap kanser tanpa disedari.
Tanpa diketahui penyebab utama, Bidai dapat rasakan polisterina menjadi antara penyebab penyakit itu kini semakin ramai 'ahlinya'.
Bukan untuk menyanggah kehendak Allah, namun kita sepatutnya berusaha untuk mengelakkan perkara yang sudah terang dan diketahui umum.
Jika pembaca ingat, selain kisah polisterina yang diharamkan di USM pada ruangan ini, Bidai juga pernah menulis mengenai sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang membuat kajian dan penyelidikan (R&D) menukar bekas polisterina dengan bahan bioteknologi ekstrak ubi kayu.
Apa gamaknya terjadi dengan syarikat ini yang pada Bidai melakukan R&D dengan tujuan menyelamatkan manusia dan alam sekitar. Adakah bahan yang dihasilkan oleh mereka kini mendapat sambutan?
Jika mereka boleh menunjukkan secara live dengan memakan bekas makanan yang dihasilkan mereka, maknanya, ia juga mesra alam sekitar dan bagus untuk manusia.
Jika ia bagus, kenapa kerajaan tidak bertindak dengan menghapuskan secara berperingkat bekas polisterina dan menggunakan bahan yang dihasilkan oleh NHI atau mana-mana syarikat yang kini sudah berlumba-lumba untuk menghasilkan bekas mesra alam dan manusia?
Dengan cara itu, Bidai dapat rasakan, kos untuk menghasilkan bekas makanan mesra alam itu dapat diturunkan dan secara perlahan, polisterina tidak akan lagi wujud dan digunakan oleh orang ramai dan rakyat Malaysia akan lebih sihat.
Fikirkanlah...
Monday, May 30, 2011
Aku tak makan bebola ikan, sotong, ketam, sosej kat pasar malam dan yong tau fu
Terus terang, sakit mata aku bila melihatkan makanan tersebut apatah lagi nak beli untuk diberi kepada anak-anak aku. Suatu waktu dahulu aku makan juga makanan tu . tapi semenjak aku mendengar cerita dari ayah mertua aku, aku stop terus. Apa yang FIL aku ceritakan sampai aku dah tak makan? FIL aku ada mengenali seorang berbangsa Cina di kampungnya. Kiranya diorang memang saling mengenali apatah lagi tinggal sekampung sekian lama. Pada suatu hari, kata apek itu, semua orang melayu makan BABI. FIL aku terkejut lalu bertanya kenapa? Katanya apek itu, makanan bebola ketam, bebola udang, yang dijual di merata-rata tempat tu mengandungi daging babi! Kalau diikutkan, hampir semua pengeluar makanan tersebut adalah orang bukan Islam (mostly Chinese). Takkanlah orang Cina nak sabotaj perniagaan orang Cina kot. Tapi tanpa berselindung apek tu beritahu FIL aku. Dan sejak itu FIL aku melarang anak-anaknya membeli makanan tersebut yang dijual di pasar malam. Lainla kalau brand yang diyakini dan diluluskan oleh JAKIM yang biasa di beli di pasaraya. Yang dijual di pasar malam tu entah dari mana sumbernya.
Kat Kuala Perlis aku tengok ada banyak benda ni tapi aku tak pasti kat mana diorang ambik. Sesetengah peniaga ada jenis yang ambil yang halal saje tapi yang lain-lain tu wallahualam. Aku tengok kaler yang pink tu pun dah tak lalu dah!! Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk ambil berat berkenaan apa yang kita makan. Jangan main rembat je makanan tepi jalan bagi anak-anak makan. Nanti ia akan membentuk peribadi dia kelak.
Sama jugak macam belacan. Aku tak makan belacan yang dijual di pasaraya. Kakak aku kata kat kilang belacan orang bukan Islam, anjing berkeliaran kat dalam kilang tu. Aku hanya makan belacan yang dibuat oleh orang Melayu Islam sahaja. Kat Tg Dawai iaitu berdekatan rumah mertua aku, aku biasa beli belacan yang dibuat oleh orang kampung situ. Memang perusahaan turun temurun keluarga mereka. kalau yang dibeli di pasar-pasar Tg Dawai tu ada juga yang diambil daripada pengeluar Cina dan dipaketkan balik dalam bentuk ketulan atau bar. Sebab tu hubby aku tak bagi beli kat pasar Tg Dawai, dia akan belikan kat kedai seorang pakcik yang merupakan kawan baik FIL sejak kecil. Nama dia Pak Awang, kat tepi jalan ada signboard Belacan Pak Awang. Dia jual belacan dan pekasam. Dia buat belacan dan pekasam tu tepi rumah dia. Tapi kadang-kadang takde stok, nasibla kalau pegi beli tu dah habis. Kadang-kadang bila balik kampung boleh nampak dia jemur udang kat dataran depan rumah dia. Adik-beradik aku biasanya akan pesan belacan bila aku balik kampung. Katanya, dah tak makan belacan lain dah termasuklah anak saudara aku.
Tapi apa yang penting di sini, kita mesti ambil berat makanan kita. Tapi bila dah makan kat kedai makan takkan nak tanya sambal belacan tu ambil belacan tu dari mana. Makan je la tanpa was-was. Janji kita dah usaha pilih yang halal dan suci. Begitu juga gula-gula yang ada di kedai-kedai runcit, kadang-kadang jumpa yang ada tulisan siam dan made in China. Aku akan bagitau kat anak-anak aku, tak boleh makan sebab tu orang Cina punya...
Walau apa pun, apabila memilih makanan, tepuk dada, tanya iman!
Sunday, May 29, 2011
Alhamdulillah it's over now!!
I began my studies at the end of December 2009 when my daughter was 16 months old and my son was 2 years and 5 months old...I want to thank my dear hubby so much for taking care of the children when I wasn't around on every Saturday from 9 am to 6 pm. I wouldn't forget his sacrifice, driving to UUM sending me to class, and went back home with the kids which were very small...and at the evening he came back to fetch me at around 6 pm. If the kids were asleep, he will put the pillow and the comforter in the car so the kids will stay asleep. Usually we will stop at the restaurant at Changlun having dinner, and reached home at around 8pm or 9pm...it seems hectic doesn't it?The house were so messy and toys were everywhere..but I can't do anything instead of went to sleep...all of us !! The next day, daddy went out at around 8am heading to his office..he has to finish his masters project too...since he's doing a research unlike mine which is coursework, he took a longer time to accomplish his work...
Can you imagine we didn't have time for ourselves during weekend? Now my daughter is almost 3 years old and his brother is 5. But the time is moving so fast, although there were pains and difficulties during my studies...the hardest moment was when my father and mother got sick and I can't come home to see them and I had tonnes of works to be finished..and what made me sick and stress was when I can't just easily take a leave. The other hard time was when my children got fever and couldn't sleep at night when I had to send my project or assignment tomorrow morning! I breastfeed my daughter so it was very difficult when I was running in and out of the room to finish my work. During exam, while breastfeeding, I read books! There was one night when my daughter got fever and I stayed up the whole night finishing my project, what touched my heart was when my hubby woke up and helped me doing my work! I wasn't be able do it that time because I was carrying my daughter on my shoulder.
I am glad it is over now..Alhamdulillah....now I have much time preparing for the project that I had withdrawn in April...I am soooo relieved that I don't have to sacrifice my weekend anymore!!! Here we go kids we'll gonna have fun again!!!
Tuesday, May 24, 2011
Dr. Zakir historic debate at Oxford University
http://www.youtube.com/watch?v=QClA6S2eKlg&feature=related
A medical doctor by professional training, Dr. Zakir Naik is renowned as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. Dr. Zakir Naik clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur'an, authentic Hadith and other religious Scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts.
Dr. Zakir is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks. In the last 6 years (by the year 2002, Dr. Zakir Naik has delivered more than 600 public talks in the U.S.A., Canada, U.K., Saudi Arabia, U.A.E., Kuwait, Qatar, Bahrain, South Africa, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Guyana (South America) and many other countries, in addition to numerous public talks in India.
He has successfully participated in several symposia and dialogues with prominent personalities of other faiths. His public dialogue with Dr. William Campbell (of USA), on the topic, “The Qur’an and the Bible in the light of Science” held in city of Chicago, U.S.A., on April 1, 2000 was a resounding success.
Sheikh Ahmed Deedat, the world famous orator on Islam and Comparative Religion, who had called Dr. Zakir, "Deedat plus" in 1994, presented a plaque in May 2000 awarded to Dr. Zakir Abdul-Karim Naik for his achievement in the field of Da'wah and the study of Comparative Religion with the engraving "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah."
Dr. Zakir Naik appears regularly on many international T.V. Channels in more than 100 countries of the world. He is regularly invited for T.V. and Radio interviews. More than a hundred of his talks, dialogues, debates and symposia are available on video cassettes, video CDs and audio cassettes. He has authored books on Islam and Comparative Religion.
His Contact Info:
Dr. Zakir Abdul-Karim Naik
President, Islamic Research Foundation (IRF)
56/58 Tandel Street (North), Dongri, Mumbai - 400 009 (India)
Tel: (0091-22) 23736875 (8 lines). Fax: (0091-22) 23730689
source www.ilovezakirnaik.com
Monday, May 23, 2011
What must you do if you love a girl so..soo much??
Question and answer session with Shaikh Khalid Yassin
Shaykh Khalid Yasin, a former Christian, is the Executive Director of the Islamic Teaching Institute (ITI); a premier organisation dedicated to the work of Dawah. He has studied the Arabic language in Madina, Saudi Arabia and Cairo, Egypt and has had many mentors and teachers who tutored him in Fiqh us-Sunnah, Fiqh us-Seerah, Islamic History and the memorisation and recitation of the Holy Qur'an. In the past ten years, the ITI has delivered more than 5000 persons to Islam and an additional 1,476 since the September 11 Attacks. Shaykh Khalid Yasin delivered a lecture in Saudi Arabia in 1994 titled "The Purpose of Life", which resulted in 43 persons accepting Islam on that very night. Khalid Yasin constantly tours the world delivering lectures aimed at removing distortions about Islam and Muslims, conducting Dawah Training Courses, and providing new Muslims with a specially designed Islamic Training Program. Khalid Yasin is committed to raising the consciousness of the Muslims to fulfil the responsibility of Dawah and the establishment of Islamic revival, Insha'Allah.
source www.kalamullah.com
Pusat Sains Negara Zon Utara
http://www.mykedah.org/Destinasi/pusat-sains-negara-wilayah-utara.html
Menarik jugak PSN zon utara walaupun tak sebesar PSN KL. Minggu lepas kami berkesempatan ke PSN yang terletak berdekatan dengan Muzium Padi. Mungkin disebabkan lokasinya yang terpencil, maka ramai yang tidak mengetahui kewujudan PSN wilayah utara. Ketika sampai di perkarangan PSN, keadaannya sangat lengang. Tidak ramai pelawat yang datang. Mungkin kerana Kedah tidak cuti pada hari tersebut (Rabu). Ruang pameran berada di tingkat satu. Selama sejam berada di PSN, budak-budak ni seronok dan macam tak nak balik pulak sampaikan nak kena ligan!! Tapi tak banyak gambar yang kami snap hari tu.
Sunday, May 22, 2011
Gambar yang sempat dirakam sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat
Saturday, May 21, 2011
Sepetang di bendang
Friday, May 20, 2011
Soto segera!
Buleh contact nombor telefon tu kot
Soto istimewa!!
Thursday, May 19, 2011
The previous post
Geburtstag
Nicht im Gestern,
nicht im Morgen,
leben und erleben wir.
Nur der Augenblick ist Leben,
nur das Jetzt und nur das Hier.
Laßt uns ganz bewußt erkennen,
was wir unser Leben nennen.
Gesund und munter geht sich's leicht,
bis die 100 ist erreicht,
Geburtstag ist, wie jeder weiß,
Shaikh Yusuf Estes answering question : Where is Allah?
Wednesday, May 18, 2011
Nanas batu?
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.
CARANYA MENGGUNAKANNYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.
Perin.gatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)
(minum byk2 takut panas!)
Nanas batu yang kering
Air nanas batu + teh boh + gula
Okla selamat mencuba!
Happy birthday to me!
aku tak kisah pun kalau orang tak ingat, atau tak bagi hadiah..yang penting hubby aku ingat...tapi masalahnya dia buat-buat macam tak ingat!!!...wishes would be great (tetiba dapat sms dari kakak aku wish happy birthday!)...seingat aku dia hanya pernah bagi hadiah sekali je, masa dok bercinta-cintun dulu! seekor teddy bear yang di beli kat luar negara (masa tu dia masih belajar kat sana) , siap pos ke Malaysia..aku gumbira tak hengat masa tu ! lepas tu masa tahun pertama kawen dia masih wish..lepas tahun seterusnya dah tak wish dan tak ada apa-apa, cuma sejak 2 tahun lepas je dia beli kek...
This year aku tak dapat apa-apa hint lagi hari ni, kalau tak ada jugak rasa nak muncung jugak sikit-sikit....birthday is nothing but when someone remembers it, it means that he cares! There's nothing to lose to make someone happy right! Tapi kan...takpe lah, sebab aku pun tak pernah celebrate birthday dia...dan aku jugak sama sebab pernah bagi hadiah sekali je yang dipos ke Germany masa tahun pertama bercinta cintun hahahaa!!! so dua kali lima....
Sunday, May 15, 2011
Kenangan
Gambar tahun 2009, Faiz 3thn, Izzati 1 thn
Dec, 2010
Faiz umur sehari, 2006
Faiz, 7 bulan, 2007
Faiz, 5 tahun
Izzati umur sehari, 2008
Friday, May 13, 2011
mandi dengan sabun je?
kebiasaannya kita akan mandi dan bersihkan kulit kita pakai sabun, betul tak? dan terdapat pelbagai jenis sabun, krim mandian dan pelbagai haruman....maka..mandi dan sabun dan mandi la kita.....
ok..apa yang berlaku selepas itu? baiklah..cuba anda sental kulit anda kat mana-mana part seperti tangan atau bahu atau part yang mudah berpeluh..what happened? akan ada daki yang keluar..see...sabun sahaja tak cukup ok! so nak buat macam mana? jawapannya adalah sentalla badan anda dengan lulur....alamak...mahal sehhh nak pegi spa!!! hahaa jawapannya adalah..tak payah pegi spa...buat sendiri....
favourite lulur aku adalah bedak bunga rambai...kenal tak? yang kaler kuning dan ada juga putih..aku suka yang putih sebab tak lekat warna kuning kat kulit.
bila nak mandi tu ambik la agak2 satu cawan, lepas tu campurkan dengar setengah cawan beras (blend ngan blender kering)...campurkan dua-dua tu baru best sebab bagi dia kasar sikit...campurkan dengar air bagi sebati..jangan cair sangat...
bila mandi sapu kat badan dan sental la sampai kering......dan bila bilas...fuhhhh memang kulit terasa licin, tanggal segala macam daki kat kulit, kulit rasa bercahaya je..boleh jugak sental kat muka..tapi tak perlu buat selalu...2 kali seminggu atau sekali seminggu dah ok...aku dok biasa buat ni sejak sebelum kawen...bila dah kawen memang rutin aku dah ni...dalam 20 minit kat bilik air, tak payah la sampai berjam-jam kang tanggal pulak kulit tu nanti huhuuu....
kalau muka je licin tapi kalau kulit berdaki, fail juga..isk..isk...lagi-lagi bila tengok part kaki..jemmmm.....so kalau jaga, biar jaga semua ya!!!
selamat melulur di hujung minggu!!!
ps : abang aku jual lulur bedak kulit rambai ni, boleh contact abang aku Imran 012-2521043
exam tak jadi...
apabila daddy nya dah parking kat tepi bangunan Fakulti Teknologi Maklumat UUM, baru aku ambil beg nak keluar kereta, bila check handphone tengok lecturer aku yang tepon...aku call balik tak jawab..tiba-tiba dapat sms berbunyi "saya baru balik dari Sarawak, tak sempat ke kelas, kelas tangguh hari ni, see the portal on monday/tuesday for update on mid term exam and project"...
lepas tu singgah tengok our future house not far away from UUM, rumah dah siap cuma tunggu nak buat jalan ngan longkang je...insyaAllah bulan 8 kalau takda apa2 boleh masuk...
lepas tu kami singgah kat pasar tani, orang kat sini panggil pasar pagi sebagai 'nat'. Oleh kerana diadakan dalam kebun getah maka jadilah Nat Pokok Getah (kat Pauh, Perlis). Aku suka suasananya, ramai orang tua-tua dok beli barang mentah nak masak hidangan tengahari. Aku ni bukan boleh tengok orang tua, nanti mula la sentimental teringatkan mak bapak di kampung..kadang-kadang rasa semua orang tua yang aku jumpa tu macam muka ayah aku...pastu bila naik kereta berselisih ngan orang tua mesti aku akan perhatikan dan kata, "sian tokwan..hati-hati ye tokwan bawa motor"...bukan tokwan dengar pun tapi aku cakap kat anak-anak aku, biar dia rasa kasih dan sayang pada orang tua..
kat Nat tu macam-macam ada, kalau aku pegi Nat of course aku akan cari segala macam rumput rampai dan dedaunan heheee..actually ulam-ulaman dan cili padi...tudung pun banyak dan murah tapi payah sikit aku nak belek2 tudung ni, anak-anak aku ni bukan boleh duduk diam, nanti dia lari ke tengah jalan atau pun hilang celah-celah orang ramai kan nangis aku nanti...lepas tu kalau aku belek2 tudung jap, bila tengok abahnya muka tensen dok pegang budak tu maka aku pun takde mood nak beli..ye la kan tergesa-gesa..lepas beli barang keperluan kami pun balik la..matahari dah mula meninggi so dah start panas...
hmmm....tadi kan lecturer aku kata tengok portal pada monday/tuesday,..hari-hari aku buka portal tengok kalau dia update apa2 tapi tak ada, aku hantar sms dia tanya, katanya dia tengah buat....pastu tunggu punya tunggu sampaila kelmarin, belum ada apa2..pukul 11 pagi kelmarin dapat sms berbunyi "This sunday class, each group will present their progress report on the project that they have done. Present it in power point form. I will give my input. You will present again later after my input. Consider your project as your mid term exam".
...hahhh...pulakkkkk....dahla aku tengah kalut sebab ada internal audit...nak check fail pengajaran dan pembelajaran...sambil siapkan fail tu aku kata kat kawan2 aku " ha ok jugak kalau aku yang kena panggil, boleh la aku tau tang mana nak kena baiki"....kawan-kawan aku hanya tersengih.....tup tup memang betul nama aku kena pangge..hahaaa....kawan aku gelakkan aku katanya masin mulut aku dah nak sangat orang check..ada 4 fail semuanya..nahh..ambikla nak check.....ada la sikit yang nak kena betulkan seperti logo lama dan nombor revision kat lesson plan.
lepas diorang check fail aku tu, apa lagi aku pulun buat projek untuk presentation ahad ni....dalam kalut2 tu groupmate aku telefon, katanya dia nak buat powerpoint, dia mintak aku email dia petang tu....finally aku buat la apa yang patut kena buat dan email...fuhhh.... legaaaa....bole tido lenaaa...tapi malam ni aku kena baca balik.....aku part presentation ni memanggggg aku suka!!!! aku suka present walaupun aku seorang yang nervous pada mulanya..bila dah cakap tu aku macam tak nak berhenti pulak...aku suka cakap because that is me!
oklah nanti sambung lain kali pulak..aku kat rumah mother in in law ni, anak2 aku ikut abahnya amik MIL aku kat kursus haji....
Wednesday, May 11, 2011
nak exam!!!
bab 2 ni : Basic Encryption and Decryption : i am on monoalphabetic subtitution....
baru nak mula...bismillahirrahmaanirrahiim.....
Friday, May 6, 2011
Mee Kuah
Sebelum ni aku ada cerita pasal mee kuah....my favourite dan nak buatnya adalah as easy as ABC heheh......
Bahan-bahan :
1 peket mee kuning-bilas dengan air dan toskan
Udang 15 ekor (terpulang la nak bubuh byk lagi pun)
sotong 8 ekor, dipotong-potong ( terpulang jugak hehee)
telur 4 biji (cukuplaa)
kobis 1/2 bahagian
sawi
brokoli/bunga kobis
bawang putih 2 labu- tumbuk bagi pecah-pecah je
serbuk lada hitam 1/2 sudu besar cukupla, kalau nak pedas boleh tambah
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya
limau nipis yang dipotong-potong
bawang goreng (goreng sendiri lagi best)
cili api yang dipotong
cili sos Thai Life (yang lain tak best!)
oh itu saja bahan-bahannya...
so jom kita masak sekarang !!
1) panaskan minyak dan tumis kesemua bawang putih tadi
2) bila dah kekuningan, masukkan sotong (sotong je tau..udang belum lagi!!)
3)kacau-kacaukan, masak selama 2,3 minit, masukkan 5 gelas air, tunggu sampai mendidih
4) masukkan lada hitam tadi
5)masukkan kiub ayam serta garam
6)masukkan telur (pecahkan telur dulu of course la isk..isk..)
7)bila dah masak dan dah secukup rasa...dah nak makan dah ni...sabarrr...tunggu jap
ayah aku suka makan mee kuah ni, aku tau bila dia tak lalu makan sebab demam atau uzur, bila aku masak ni dia akan makan :)
senang dan sedapp!!! selamat mencuba!!
Sirah yang best- Sultan Muhammad Al-Fateh
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Wednesday, May 4, 2011
Belajar dan bekerja?
perghh...banyak pulak benda yang nak dibuat dalam beberapa minggu ni.....urusan di tempat kerja serta pengajian aku sendiri....
15 mei ni peperiksaan pertengahan bagi subjek Network Security...dan aku belum study apa pun lagi!!! projek untuk subjek ni pun nak kena submit jugak, untuk bahagian aku, aku kena buat literature review bagi projek bertajuk Web and Information Security. Groupmate aku dah buat part analysis...aku kena bubuh literature review dan touch up certain parts...
bulan ni agak sibuk, Isnin lepas baru balik dari Putrajaya menghadiri majlis akad nikah anak saudara aku...kenduri yang sebetulnya adalah pada Oktober depan... aku turun ke KL pada hari Sabtu, tersesat silap masuk KL, jalan punya jalan baru jumpa jalan ke Putrajaya, sesat sebab tak ikut Garmin (GPS). Kereta banyak jadi konfius jalan yang mana satu. Bila sampai kat rumah kakak aku, aku la orang paling last sampai...sempat tengok pengantin dengan mekap seminit je pastu dia solat Zohor, cuci mekap, tak sempat aku nak bergambar....gambar yang ambil pun setelah mekap dicuci...rugi sehhh.......
nasib baik aku dah drop projek...nanti aku jadi pening dan mereng sebab teringat projek akhir tak siap-siap....dahla SIRIM nak datang bulan ni...so bulan ni dan bulan lepas agak kelam-kabut... bulan 6 pulak aku ingat nak balik kampung....dah lama aku tak balik...so setiap bulan memang ada agenda berjalan jauh...bulan lepas dah turun JB....
Final exam aku pun hujung bulan ni jugak...argghhhh....bila aku nak study nih...penat jalan jauh pun belum abis lagi ni...malam-malam asyik mengantuk awal.....pagi tadi aku bangun awal sebab sahur, puasa ganti....ingat nak tidor balik tapi teringatkan kain yang bertimbun-timbun..aku lipat dulu separuh, lipat kain baju budak-budak dulu dan letak dalam bakul...baju diorang ni kecik-kecik sebab tu aku lupat baju diorang dulu, nanti senang nak ambil...
skang ni mata aku dah mula pedih-pedih, mengantuk, kawan aku pulak bawak buah mempelam harumanis...adussss......dahla aku puasa..hehehe....
ok see ya later.....