Wednesday, August 31, 2011

Berlalu dan terus berlalu pergi......




Kelmarin kami ke pusara Wan. Sebelum ni tak pernah ke tanah perkuburan di pagi raya...
selepas ni kena biasakan diri walaupun bukan di hari raya. Lain sungguh rasanya tanpa Wan di hari raya. Malam raya pun dah rasa bosan, sepi, sunyi, dan ntah apa-apa lagi. Tak ada feeling raya langsung. Lagipun adik beradik aku ramai yang berpakat beraya di rumah mertua masing-masing terlebih dahulu sebab selepas itu mereka akan pulang untuk majlis tahlil pada Sabtu ini. Aku dengan kakak-kakak aku tak ada. Kakak aku kat Temerloh dah mula bekerja hari ini jadi kelmarin je lah kami dapat masak bersama-sama. Kakak aku yang berada di Kelang pula first time tak dapat balik sebab dia ke Venice untuk present paper. Aku je yang ngaji tak lepas-lepas lagi nih...takpe aku ada masa lagi untuk kejar. Petang raya ke dua dan ketiga baru la abang-abang aku pakat balik.

Aku pula nak balik esok petang. Petang tadi aku sempat ke pusara Wan sekali lagi untuk cucuk batang pokok bunga ros. Aku harap bila balik raya haji nanti dah tumbuh daun dah. Ketika berdoa di pusara Wan tadi, tetiba rasa sebak dan air mata menitik huhuuu....ketika tengah feeling tu si faiz datang bercakap-cakap.." Kesian tokwe dia lapar..." katanya. Tidak jauh dari pusara Wan, ada sebuah kubur tertulis nama Che Aminah. Kata Faiz , "Che Aminah ketawa jerit-jerit sebab tu la mati!"...aaaa....oh anak! lawak apakah di perkuburan ni haaa....

Lepas ke kubur kami ke pasar siti khadijah nak cari serunding. Pasar masih lengang. Aku beli taugeh untuk makan dengan soto. Ciss mahal gila aku mintak RM2 sama kuantiti macam 50 sen. Memang ambik kesempatan sungguh. Bukannya sebab harga minyak naik, memang jenis perangi buruk betulla sesetengah peniaga ni. Bila ke pasar siti khadijah, memang mengimbas nostalgia bersama Wan. Aku tau kedai mana yang dia selalu beli barang. Wan jenis setia pada satu-satu kedai.

Wan pernah beli bawang dan cili kering di sini....tingkat 1

Main kat tangga pulak....

Al-fatihah Wan...dah 58 hari....
Raya tak best langsung tanpa Wan..tak dapat dengar dah suara Wan yang nyaring....aku rindu kat Wan....aku 'nampak' Wan di setiap penjuru rumah ini...huhuu....
Semoga Allah mengampuni segala dosa Wan yang telah bersusah payah membesarkan kami, memberi kami makan dan menghantar kami ke sekolah.


Tuesday, August 30, 2011

57 days.....

al-fatihah.....
mulai tahun ini kami kena biasakan diri menziarahi pusara Wan....
semoga Allah merahmatimu wahai ayah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin....

Kali ini tanpa Wan...

hahaaa...jarang ambik gambar berdua....

Keluarga nukleus...Selamat hari raya dari kami!

Selamat hari raya from mamafaizzati and papafaizzati!

Sunday, August 28, 2011

I miss you so much father......

Aku rindu sangat kat Wan......
selamat hari raya aidilfitri Wan....
maafkan segala kesalahanku andai pernah kulukakan hatimu....
maafkanku Wan kerana aku belum sempat menjaga Wan dengan sebenar-benarnya lantaran aku tinggal jauh...
maafkanku Wan kerana aku meninggalkanmu kesunyian di hari tuamu...
maafkanku Wan kerana tidak dapat masak makanan kegemaranmu setiap hari....terlalu sedikit masa diluangkan bersamamu Wan...

Tidurlah dengan sejahtera wahai ayahku yang tersayang.....

Terawikh terakhir tahun ini....

Malam ini last terawih.....malam esok dah mula takbir raya....
rasa kejaaappp je puasa......
aku lebih suka suasana di hujung-hujung Ramadhan sebab masa ni lebih meriah....
hari raya hanya happening pada hari yang pertama je, sebelah pagi....
selepas tu, dah tak rasa apa-apa dah....raya is over pada hari kedua...

oh...kek coklat aku menjadik je pagi tadi, cuma tekstur tak cantek sebab aku lupa sapu marjerin kat dasar tray. Rasanya pun dah ok dah hehee.....
esok percubaan seterusnya aku nak kukus tak mau bake in the oven dah...

Menu raya?
Kakak aku nak masak nasi beriani pada raya first, mak aku nak buat gulai ayam walaupun tak larat..aku pulak nak masak bihun. Selain tu ada kuah kacang dan nasi himpit.

Raya ke dua aku nak masak nasi himpit soto. Mungkin bersama mee goreng. Aku tak pasti boleh buat sate ke tak sebab tak cukup AJK ni...macam tak jadi je....

Raya seterusnya makan biskut kering je lah. Atau mungkin soto lagi sekali sebab aku order banyak gila perencah soto. Tahan setahun kot hehe...

Raya keempat mungkin aku balik Kedah.

Raya kelima family aku buat majlis tahlil Wan....

Aku masih terbayang-bayang kelibat Wan..kadang-kadang rasa macam dia dok solat kat biliknya lalu dia keluar sambil menutup pintu...

al-fatihah...dah 55 hari....

Saturday, August 27, 2011

Pada suatu malam yang sepi......

Ketika kanak-kanak sedang melayan cerita Ice Aged..maka aku memulakan misi....

Kreukkk....pintu dibuka...
"Ada apa Wan?" tanyaku kepada Wan yang sedang baring di atas katil selepas mendengarnya memanggil namaku..
"Tolong buka lampu kat sebelah.." kata Wan yang tidak suka kalau gelap gelita...
atau..
"Tolong ambil lampu suluh Wan kat meja kat luar..." katanya...

"M...tolong ambil baju Wan yang mak basuh tadi..."

Tadi aku baring di sini sambil meletakkan bajunya di atas muka....kuat lagi baunya..
Dulu, ketika Wan demam.....aku memicit-micit badannya di atas katil ini..bila Wan batuk,
satu rumah boleh dengar...
atau..
"Tolong ambilkan Wan susu...setengah gelas cukup..."

Semuanya digantung di paku...

Antara jam tangannya....jam ni masih hidup lagi...
"M...tolong ambil jam Wan dalam bilik..."

Jam Casio..yang ni tak pakai dah...dengan sebuah lighter gergasi....
"Wan...nah meceh (lighter).." kataku sambil menghulurkan sebuah lighter gergasi.
"Hoh....besarnya! Beli kat mana?" tanya Wan...
"Beli kat pasar kat Perlis..." kataku sambil melihat Wan tersenyum membelek-belek lighter kuning tersebut.

"M...tolong simpan cermin ni dalam bilik..."
kata Wan setelah selesai mencukur misainya...sambil menghulur side mirror lori dan tin rokok yang mengandungi pisau cukur.

"M...tolong ambil ridsect dalam bilik, Wan nak sembur anai-anai ni..."


********************
Al-Fatihah..54 days......

Wan manja dengan aku...lebih-lebih lagi bila dekat-dekat dengan hari dia nak pergi....bila nak apa-apa semuanya diminta dariku, tak mintak dah dengan emak...
aku akan terus menggunakan sabun Lifebuoy Active kaler merah...sebab?? sebab aku memandikan Wan dengan sabun tersebut sebelum dia meninggal...bila aku bau sabun tu, memang terus ingat saat aku mandikan dia...aku rindu untuk mandikan dia lagi...

kata-kata yang masih terngiang-ngiang sampai ke hari ni about 10 days before he passed away...

"Wan nak M...mandikan Wan pulak (lagi)..."..kata Wan sambil duduk di kerusi plastik dan aku menggosok badannya dengan sabun.

Ketika aku menjaga Wan di hospital, Wan okey je dengan aku. Selepas aku naik bas ke Perlis, Wan terus bertanyakan aku. Abang aku yang menjaganya pada malam itu dimarahinya. Esoknya dia bertanyakan lagi aku pergi mana...
Wan....if I only knew that you were leaving...I wouldn't have left you that night :''''-(

isk..isk....how much I miss you father....
how I wish you could be with us during Ramadhan and Syawal...
life is hard without you...
it's not the same anymore...
I will always be your lucky girl....
huhu nak nangislahhhh.....

Friday, August 26, 2011

Round pekan Kangar....

Pecah guinness world of record....first time ni nak buat kek hahahaaa......

Being crazy of Angry Bird....Angry birds are everywhere!

Masa awal-awal ronda cergas gila, lepas berjalan ke sana sini..mula la battery low....aku jadi makin kuruih...puasa ni aku banyak minum air je....

Thursday, August 25, 2011

Esok balik kampung!!!!!!!

Hari ni semua pakat dok sembang pasal raya, biskut raya, baju raya, ops sikap, speed trap,etc.....
aku akan balik ke Kedah malam ni. Sebelum balik, kemas dulu mana yang patut. Buat checklist barang, takut telupa. Sejak malam kelmarin hujan tak berhenti...ni baru slow sikit....alhamdulillah takde la dahaga sangat kalau hujan.

InsyaAllah esok aku akan bertolak pulang ke Kota Bharu. Plan nak turun selepas Subuh esok. Hajatnya nak terus ke kubur kalau sempat. Walaupun Wan tak tunggu aku di rumah, aku anggap je Wan 'tunggu' di kuburnya.

Sebenarnya aku dah beli siap-siap barang-barang yang aku nak guna untuk masak di hari raya nanti. Dah beli dah beras nasi himpit segera, kordial ( tak jadi air gas), kacang tanah, kiub ayam, bahan perap sate ( kalau jadi buat la) kain lap meja, etc. Bukan sebab kat sana tak ada kedai, tapi sebab jalan JEM!!! Di musim perayaan ni nak keluar dari rumah aku sama ada ke kiri atau kanan, memang jalan sesak. Kalau nak ke Kubang Kerian atau menuju ke Billion atau KB Mall memang jem gila la on both directions. Dan aku juga dah ambik duit siap-siap. Petang ni nak ambik lagi kot. Kebarangkalian mesin ATM kehabisan duit adalah tinggi pada minggu depan.

Kalau nak ke pusat bandar nak cari ayam kat pasar siti khadijah tu memang kirim salam je lah. Padahal kat pusat bandar tu la paling meriah. Nak keluar simpang depan Balai Islam Lundang dekat rumah aku pun dah jem teruk. Kalau setakat nak beli bahan mentah seperti ayam, ikan, udang, sayuran, aku boleh beli kat Pasar Seringgit je. Tapi kalau aku takda kerja dah saja nak meredah jem, boleh je aku try masuk pusat bandar. Nak tengok kemeriahan dan mengimbas nostalgia. Tapi awas, anak kena kendong elok-elok. Tercicir kan haru biru nanti.

Semalam pegi ke kedai borong, aku beli pelita minyak tanah. Sebatang RM1.30. Aku tanya hubby, nak beli berapa. Dia kata ambik 2,3 je..hohh....pelita apa 2,3 batang je. Aku ambik dalam 8. Macam sikit je. Nak balik cucuk kat rumah KB. Tapi kat mana nak beli minyak tanah? Takkan nak beli minyak tanah kat sini kot.

Oh..jangan lupa ikan sepat pekasam dalam peti sejuk, bersama buah mempelam yang hubby tanam. Lepas tu minyak gamat, kuih raya. Jangan lupa juga aku nak beli belacan kat Tg Dawai nanti. Kakak aku kata aku ni pembekal makanan eksotik, belacan la, pekasam la..sebab aku kan tinggal area yang berdekatan sumber manakan berkenaan. Ohh....aku kena tulis atas kertas ni. takut lupa. Ohh....lagi satu...daging rusa masih ada dalam peti sejuk. Petang ni aku nak goreng kering bagi kat mak aku heheee.....Daging rusa ni dapat dari ladang ternakan rusa UiTM Arau. Ana punya beras (biras) staff UiTM Arau, jadi dia senang dapat. Sekilo RM30. Kat luar rasanya lagi mahal.

Petang ni balik kerja terus ke pasaraya dekat rumah aku, round-round tengok nak beli apa lagi buat balik. Sebab aku malas keluar dah nanti dan aku nak tunggu kat rumah serve orang datang beraya je.

Hari ni dah 53 hari Wan pergi. Dah dekat 2 bulan dah aku tidak mendengar suaranya. I miss you for the rest of my life, and I love you so much, with all my heart. Tidur lah dengan aman my dear father. Al-fatihah.

Wednesday, August 24, 2011

Aku batuk dan aku minum ais!

Dah beberapa hari aku batuk-batuk selepas terkena selesema. Batuk kering kadang-kadang macam nak termuntah rasanya. Kalau nak tidur lagi la..
Tapi walau macamana teruk pun batuk, aku tetap berbuka puasa dengan air batu! I can't help it tapi aku suka minum air batu! Kalau minum air kosong tak sejuk, rasa macam tak hilang dahaga. Hubby tak larat nasihat..nak buat camna, tekak aku memang diprogramkan untuk minum air sejuk sahaja hehe.....

Bila aku batuk sampai tak dapat tidur, aku teringat pada Wan yang batuk berkali-kali ganda lebih teruk daripada aku...bukan setakat batuk, malah tak dapat bernafas sebab tak cukup oksigen kerana paru-paru tak dapat mengembang dengan baik. Nak baring pun tak boleh, hanya terduduk sahaja sambil tercungap-cungap bernafas. Kasihan Wan. Wan memandangku dengan sayu, aku masa tu tak tau nak buat apa.....hmmm....kadang-kadang ada ketikanya kita jadi bodoh dengan tiba-tiba dan tak tahu bertindak. Selepas tula baru ke hospital.

Wan pernah menghidap penyakit TB pada tahun 70-an. Akibat daripada itu, paru-parunya senang diserang kuman. Ianya berlaku setiap tahun. Dalam tahun-tahun terakhirnya, semakin kerap diserang pneumonia.

Aku cuba bayangkan bagaimana rasanya kalau tak dapat cukup oksigen, dengan menahan nafas atau menarik nafas pendek-pendek. Uhuuu...seksa...tak dapat aku bayangkan penderitaan Wan selama ini. Kata kawan aku yang menghidap asma, bila diserang penyakit asma, rasanya umpama bernafas dalam straw. Memang seksa sebab tak dapat tarik nafas dalam-dalam. Semoga Allah memberikan keampunan kepada Wan setelah mengharungi ujian kesakitan yang berpanjangan yang tidak sanggup kulihat dan bayangkan.

Hmmm....sebenarnya hari ni aku nak ke UUM jumpa supervisor untuk master project aku. Janji nak jumpa pukul 11 pagi. Hubby dah on the way nak ambik aku. Tiba-tiba dia email mengatakan yang dia mc. Terus telefon hubby kata tak jadi. Nasib baik tak sempat ke UUM. Dia email pun lambat dah. Kali ni aku kena bayar yuran RM450 je (tak termasuk yuran sampingan seperti library etc.) Semester lepas aku dah register projek tapi aku drop projek ni sebab rasa tak mampu siapkan. 50% yuran dibayar kembali kerana aku withdrawn awal. Jadi aku hanya top up RM450 je lah. Tolak melalui duit KWSP. Lepas raya ni nak kena ambil borang kat KWSP, lepas tu nak ambil borang kat postgrad office dan hantar sekali. Nasib baik boleh claim duit KWSP.

Kali ni nampak jalan sikit dengan projek ni sebab tajuk aku sendiri. Dan aku juga tau Sequel Language sedikit sebanyak. Software dah memang ada kat netbook aku ni. Kawan aku pun boleh assist sebab dia pun buat database untuk projek dia semester lepas. Aku drop projek sem lepas sebab tajuk tu sangat asing bagi aku. Aku bukan budak networking. Sebab nak kena explore banyak benda dan aku tak ada masa nak explore. Dahla aku ni buat part-time.

Kat rumah memang no way la nak buat benda ni. Tapi semester yang sebelum ni memang aku terpaksa bangun awal pagi untuk study atau siapkan assignment. Sebenarnya aku paling tak suka bangun awal pagi untuk study! Rasa mengantuk dan stress yang amat. Tapi bila dah terpaksa, bangun le jugak pukul 3 pagi which is I hate the most! Nasib baik anak-anak aku dah ok bila tidur malam. Kalau awal-awal sambung belajar dulu, memang sambil study sambil hayun buaian la. Sekarang ni diorang tidur nyenyak melainkan jika diorang balik kampung main tak ingat dunia. Malam lenguh-lenguh sendi mula la mengigau dan menangis.

Sekarang aku tengah cuba mengumpul momentum untuk menyiapkan proposal projek. Otak masih dalam mood slow. Feeling pun masih belum 100% ok. I need a trigger so I can start running. Bila malas, aku akan ingat Wan yang sangat tekun bekerja. Kenapa aku tak boleh jadi macam Wan? Aku akan coba Wan. Aku ingatkan Wan boleh la datang ke majlis konvo aku....tak sempat rupanya....huhuu....tak apa lah, yang penting kena siapkan tesis ni...come on girl you can do it!

I love you to death!

I love you so much!
diorang ni dok pasang lagu raya non-stop,hampehh!!!!! nanti aku tergheyak nanti huhuuuu...
al-fatihah..52 hari dah

puasa di kutub utara?

Selepas round bazaar raya kat Alor Setar pada Sabtu lepas, aku berasa sangat penat dan dahaga.
Di dalam kereta duduk terjelepuk kepenatan....

"Bestnya kalau dapat puasa di Jerman...." kataku
"Best apa nya, sekarang ni musim panas, boleh mencecah lebih 40 darjah celcius.." kata hubby sambil memandu kereta...

"Kalau macam tu, nak puasa kat kutub utara la, salji best!!!" kataku lagi...
"Puasa la kat kutub utara tu, siang dia 3 bulan!" kata hubby lagi sambil tersengih....

habih tu takkan orang puasa 3 bulan kot....maybe tak ada orang Islam kat sana kot jadi tak ada siapa yang puasa di sana....

"Kalau macam tu, nak puasa kat kutub selatan la...malam 3 bulan...hihi.." kataku tak mau mengalah......

"Kat Malaysia ni dah ok dah, dalam 14 jam..." pintas hubby pula...

iya juga....hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..baik di negeri sendiri....

Tuesday, August 23, 2011

seribu bayangan......

semakin dekat raya...semakin kuat bayangan Wan di mataku....
semakin aku teringat pada Wan..huhu....pedih dan pilu......
sesekali air mata bergenang di depan laptop...tapi aku cover nanti kawan-kawan nampak...
sesekali mata berkaca-kaca di dalam kereta ketika pulang dari kerja.....
sedihnya......aku rindu Wan yang amat.....aku tak sangka aku dah kehilangan Wan...aku tak sangka kali ni Wan betul-betul sudah tiada....tiada lagi di dunia ini...takkan dapat kucari lagi...
Dan aku takkan jumpa Wan sampaila kiamat.... :'''''-(
Wan....aku akan berusaha agar kita dapat berjumpa lagi dan bergembira...

al-fatihah...dah 51 hari....



Weekend @ Bazaar Raya Pekan Rabu, Alor Setar

Lepas parking kereta, lalu kat sini.....klinik Tun Dr M dulu....klinik orang Melayu pertama kat Kedah kalau tak silap...

Bazaar depan bangunan Pekan Rabu....mahal la baju kat sini, RM150-200??? Aku nak yang murah-murah je, tiga singgit..eh...tiga : seratus ringgit hehe..

Ni dalam bangunan Pekan Rabu...aku tak larat jalan dah, tunggu kat depan kedai jamu...hariyang sungguh memenatkan dan dahagaaaa.....

Beli minyak gamat Langkawi, RM12 sedozen...,nak minyak apa, semua ada...

Aku beli baju kurung RM95, dah try dah masa beli tu..bila balik macam besar gedabak...heee..tak sukaa!!! Tak larat nak jalan, aku jenis kuat minum air bila keluar, jadi di bulan puasa bila banyak berjalan memang tak tahan betul!!

nak jumpa supervisor lusa!

Khamis ni nak ke UUM jumpa supervisor untuk projek aku.....
hmmm....otak dah berkarat sebab lama sangat rilek ni...
konon-kononnya aku nak buat kerja bulan 6-8 untuk final project...
tapi nak buat camna....banyak dugaan yang aku tempuhi sebulan dua ni...
ni baru ok kot....

aku nak buat sistem maklumat pelajar untuk kolej aku ni...
pakai MS SQL Server, interface guna dreamweaver...
semoga dipermudahkan dan aku dapat habis belajar....
tak larat la lama-lama....aku pun tak mau kerja kat sini lama-lama....
harap-harap dapat habis belajar tahun ni dan cari kerja lain InsyaAllah....
Wan sebagai sumber inspirasi.....


Monday, August 22, 2011

it won't be the same again......

Pada masa begini.....
aku pasti sudah belikannya baju baru....
tidak sabar kubawa pulang....
sebaik melangkah ke muka pintu...
terus kuberikan baju itu....
lalu plastik itu dibuka dan baju dibelek-belek...
dia tersenyum dan mencuba baju itu....

Pada waktu ini.....
bila kutelefon emak...
pasti terdengar suaranya.....
bertanyakan bila ku kan pulang......

Pada raya yang lalu....
sungguh teruja mau pulang ke sana....
bertemu emak dan dia.....
hatiku tidak sabar mau bersua....

Dulu....
bila terdengar lagu raya.....
aku yang paling gembira....
menyanyi riang ria....
terbayang wajah emak dan dia....
sungguh tak sabar rasanya.....

Dulu....
ketika pulang ke desa....
ku telefon di tengah perjalanan.....
terdengar suaranya, katanya aku sudah sampai dimana?
Jawabku...di puncak titiwangsa....
tak lama lagi kami tiba......

Pada raya yang lalu.....
Wan gembira menyambut kepulangan anak menantu...
di muka pintu dia menunggu....
seperti biasa dia duduk di kerusi itu....

Dulu....
kita berbuka puasa bersama-sama....
dan esoknya...kita bersahur bersama-sama.....
malamnya....
kita bersama-sama ke masjid....
berterawih di sana....
lalu kita pulang bersama....
bingit motosikalmu masih kedengaran....

Pada raya yang lalu....
seperti biasa dia mengusik anak-anakku....
dipanggilnya mereka duduk diribanya....
dan dia bercakap-cakap dengan mereka....
kadang-kadang dia tertawa....
dan kadang-kadang dia terbatuk....

Kini....
aku hanya perhatikan baju-baju Melayu....
yang bergantungan dan masih baru....
namun tidak kubeli seperti dulu....

Kini...
bila ku telefon emak...
tiada lagi suaranya menyapa....
bertanyakanku pulang bila....
atau anak-anakku sedang buat apa....

Kini....
aku sudah tidak gembira.....
pulang ke desa tidak begitu teruja....
kerana dia tidak menantiku seperti biasa.....
kerana di kerusi itu tiada siapa....

Malam raya nanti.....
tidak semeriah dulu...
tiada lagi suara nyaringmu......
atau kelibatmu...
atau bayanganmu....
atau derapan tapak kakimu....
yang ada hanya takbir raya yang pilu...

Pagi raya nanti.....
bukan makanan yang menggamitku....
bukan sate yang memanggilku....
tapi pusaramu yang setia menunggu.....
pasti aku kan ke sana.....
jika dia tahu ku ke sana....
ingin kusampaikan...
salam sayang dari anakmu...
beserta doa yang tidak pernah jemu....
buat dia yang banyak berjasa....
semoga Allah ampunkan dosanya....
semoga syurga menjadi destinasi mu....

Dia...ayahku...
dia yang kupanggil Wan....
nama itu sering meniti di bibir...
walau di mana aku pergi...
apa-apa berita gembira....
kusampaikan kepada mak dan Wan...
Wan penyokongku....
senantiasa memberi semangat..
ketika yang lain putus harapan...

wahai ayahku....
yang amat ku sayangi....
yang selalu kurindui....
yang sering kuingati...
yang sentiasa di dalam doaku....
damailah dikau di sana Wan...
semoga kita bertemu di syurga-Nya...
amin...


sebelum azan berkumandang.....

sempat lagi online sebelum azan subuh.....baru lepas makan sahur....
kadang-kadang kalau ngantuk sangat aku tidur balik...tak tahan beb!!!
sebab semalam aku tidur awal, dalam pukul 10 mlm, jadi aku rasa ok la pagi ni....
tadi aku minum banyak air 100 Plus, sebab kelmarin memang tak tahan, panas dan dahaga. Jadi aku bantai minum air banyak. Kadang-kadang bukan lalu sangat pun nak telan air banyak-banyak di waktu pagi ni. Lepas makan nasik kalau minum air banyak, perut rasa tak best.
oklah....see ya later...

50 days....al-fatihah..i miss u Wan...kelmarin lepas berbuka puasa, aku duduk di kerusi....aku 'tercari-cari' Wan in my mind.....aku terbayang-bayang wajahnya dan kelibatnya....i miss you so deeply father...

Sunday, August 21, 2011

49 days...

sedar tak sedar dah 49 hari Wan pergi....
ketika ke bazaar Raya sabtu lepas, ketika hubby sedang memilih baju untuk ayahnya, aku teringat kat Wan. Bila terpandang kain pelikat Mangga, terus nampak Wan. Tahun lepas aku belikan baju Melayu buat Wan untuk raya. Tahun sebelumnya aku beli jubah. Aku sering membeli baju untuk Wan sejak aku di universiti lagi. Dapat duit PTPTN aku beli baju untuk Wan setiap kali raya. Bila aku berjalan ke mana-mana, mesti aku belikan baju. Tapi jarang dipakai, sebaliknya disimpan sebab sayang. Rindu nak beli baju kat Wan dan tengok reaksi gembira Wan bila menerima buah tangan anak-anak.

al-fatihah...semalam rasa macam mimpi Wan tapi tak ingat...

Thursday, August 18, 2011

video paling sedih pernah aku tengok....huwaaa......

tak pernah aku nangis teresak-esak sambil tengok video....tapi video ni betul-betul menyentuh perasaan...sedihhhhhh......

video sedihh

raya dahulu..raya sekarang??

ketika bersembang dengan kawan-kawan, macam-macam cerita yang keluar ketika zaman kecik-kecik...betapa rindunya suasana ketika kecik.....

daripada cerita pasal makan-makan di bulan puasa, persiapan raya, aktiviti di hari raya dan selepas raya....

begitu juga perihal kanak-kanak zaman sekarang yang lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding zaman dulu-dulu di mana kami semua berjalan ke serata tempat berhari raya...

anak-anak zaman sekarang? Bukan nak kenal sangat pun dengan sepupu sepapat, saudara mara, makcik pakcik, maklang paklang etc...bila berjumpa di hari raya boleh buat tak tahuuu je!!! Bila jumpa atuk dan nenek, seolah-olah macam jumpa jiran di hujung kampung sebelah!! Tak ada pun perasaan kasih dan sayang..tiada pun rasa belas dan ihsan....poor!

bila ada orang datang beraya, cuma salam dan terus mengadap tv, bukan nak salahkan diorang saja, mak bapak la yang ajar macam tu....so blame their parents because mereka yang didik anak jadi macam tu sejak kecik....(geleng-geleng kepala sambil dahi berkerut..ish..ish...)..

Cerita pasal persiapan raya ketika kecik pulak....

korang perasan tak kat kedai kasut Bata...ada sejenis selipar yang tapaknya leper seperti sekeping getah...warnanya coklat dengan bahagian atas kaler merah atau coklat....
selipar ni klasik gila, sejak aku kecik-kecik dah ada dah.

Ketika aku masih kecil, ketika dekat-dekat nak raya, Wan akan memanggil aku dan abang aku...
Wan minta kami hulurkan sebelah kaki lalu Wan ukur dengan menggunakan tali rafia...lalu tali rafia dipotong mengikut ukuran tadi. Tali itu Wan simpan ke dalam poketnya...lalu Wan mengayuh basikal tuanya menuju ke bandar Kota Bharu.

Di kedai Bata, Wan membelikan kami selipar tadi mengikut ukuran tali yang dibawanya. Wan berbuat demikian kerana mana mungkin nak bawa kami semua menaiki basikal tuanya. Wan bukannya ada kereta. Hanya basikal tua yang menjadi kenderaan Wan apabila ingin ke pasar.

Bila pulang, Wan membawa selipar baru dan menghadiahkan kepada kami. Bukan main seronok dapat selipar baru, selipar raya!!!! Kat dalam rumah pun aku pakai sebelum di bawa turun ke tanah. Bila sehari sebelum raya, sekali lagi Wan akan ke pasar siti Khadijah dan membeli barang mentah seperti ayam, daging dan sebagainya. Masih kuingat Wan menyangkut plastik ayam di handle basikal kiri dan kanan, di samping barangan lain yang diikat di tempat duduk belakang. Wan masih kuat ketika itu....mengayuh basikal sahaja melalui jalan paya di belakang kampung. Rasanya umur aku ketika tu dalam 4,5 tahun sebab aku dah boleh ingat suasana ketika itu, di mana ketika pulang, aku akan mengekori Wan yang mengayuh basikalnya sampai ke depan rumah. Kadang-kadang Wan belikanku kacang kuda rebus.

Zaman sekarang ni bukan boleh naik basikal macam dulu, jalan sangat sibuk dengan kenderaan serta jalan-jalan pun makin bersimpang siur, bangunan semakin banyak...sesakkk!!! Bahaya kalau naik basikal. Bila abangku membelikan kereta Nissan Sunny warna kelabu, Wan senang sikit sebab boleh mengajak abangku ke kedai dan of course, aku akan mengekori hehee.....kalau tak silap aku, start naik kereta tu masa aku darjah tiga.

Wan memang suka ke pasar. Habis di round nya satu pasar tu sehingga dapat barang yang dia betul-betul berkenan dan murah. Wan memang cekap tawar menawar. Dia takkan beli kalau peniaga tu tak bagi harga yang diminta. Aku pulak jenis tak pandai tawar.

Wan cukup seronok apabila anak-anaknya pakat berkumpul dekat-dekat nak raya. Dia memang seronok bila semua pakat nak cucuk sate ramai-ramai. Bab beli bahan-bahan mentah, serah je kat Wan. Abangku hanya perlu jadi driver je. Wan tahu kat mana nak dapatkan daging lembu tempatan yang terbaik. Abang aku hanya jadi tukang bawak barang je. Sebelum ni, acara menyucuk sate merupakan tradisi keluarga aku. Malam raya kami akan pakat-pakat bakar sate. 50% sate habis di makan malam tu jugak huhuuu....

Bila semua dah kawen dan beranak pinak, dah jarang sangat buat sate. Masing-masing kalut dengan anak-anak kecik. Lagipun diorang prefer beli.. ( lalu aku menghantar sms kepada abang aku mengusulkan cadangan membakar sate tahun ini..teett...tett...) .Aku rasa aktiviti ini patut dihidupkan kembali untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mak pun tentu seronok apabila mendengar suara riuh rendah. Mak aku tak larat nak buat dah, hanya boleh jadi instructor je. Dan aku plan nak masak soto Johor pakai perencah ORI tu.....senang sebab makanan berkuah ni sekali buat je, letak je atas meja...hmmm...idea menarikkk!!!! Dan untuk minuman pula, kawan aku cadang aku letak je botol-botol air 100 plus ke, Sarsi ke apa-apa la, kat atas meja. Then the kids will choose the flavour they want. I knoww...i knowww.....air gas tak elok...tapi untuk raya ni je ok kan heheee.....

Masa raya tahun 2009 ketika giliran aku balik kampung KB, aku beli pinggan kertas untuk bubuh makanan. Pinggan kertas hanya sesuai untuk makanan kering je, kalau sup-sup ni kena basuh pinggan mangkuk jugak la sebab aku tak suka pakai bekas polisterine. Raya kali ni aku lapang sikit sebab anak-anak aku dah besar. Sebelum ni yang kecik masih bertempek kat aku. So banyak benda yang aku boleh buat kali ni. (abang aku reply sms dia kata ok je nak buat sate...so..ok la macam tu!)

Hmmm...bab baju raya aku tak kisah pun...aku tak excited bab pakai-pakai ni, yang paling penting bab makan-makan nanti. Plannya esok nak ke Alor Star tengok baju budak-budak dan baju mak bapak budak. Tahun lepas boleh beli untuk mak dan Wan..tapi tahun ni untuk Mak sorang je..hmmm....Tadi masa aku telefon mak, dia tanya aku nak balik bila sebab dia kata nak naik kereta jalan-jalan ngan aku hehee.....ok...no problem mak! InsyaAllah aku balik hari Sabtu depan dan return on Thursday or Friday.

Walau apa pun aktiviti yang dirancang pada raya kali ini......terdapat satu venue baru yang akan dilakar dalam senarai aktiviti kami.....iaitu........pusara Wan.....dalam pada kami menyambut hari raya, kami takkan lupa pada Wan yang telah meninggalkan kami.....Wan tidak dapat bersama kami lagi pada pagi raya kali ini...dan sebenarnya feeling nak raya tu bukan ada sangat pun, tanpa Wan yang excited ke pasar membeli barangan keperluan raya.....Wan yang excited mencuba baju raya hadiah anak-anak....

aduhh...pahit kurasakan di pagi itu nanti.....tahun lepas Wan bersama-sama kami makan sate selepas solat hari raya....tapi tahun ini, selepas mengerjakan solat raya, kami akan terus ke pusara Wan.....segalanya sudah tidak sama seperti dulu....Wan..aku rindu Wan...aku sayang gila kat Wan...you are the best father in the whole world! How much I miss you!

Ketika bersembang dengan kawan-kawanku tadi...kata kawanku..
"Bapak mertua aku suka makan kuih....kalau beli biskut raya tu habih kat dia la..."

lalu aku mencelah...

"ohh..ayahku suka makan sate di pagi raya....tak suka kueh..".aku terlupa akan hakikatnya...
"eh...arwah ayah aku....huhuuuu.." rasa nak nangis.....

dah 46 hari...al-Fatihah Wan.....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Wan...tempatkanlah roh Wan bersama hamba-hamba-Mu yang dijanjikan syurga...kurniakanlah syurga-Mu kepada Wan..dengan rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah....amin....

blended ice moccha

alamak......
terliur blended ice moccha/chocolate la pulakk......oh tidakk.....
buat sendiri pun boleh ni, beli ais, blend....
sebenarnya aku terlelap tadi...ingat nak nap kejap je tapi terbabas hehe......membuatkan aku jadi mereng dan pening-pening lalat...
sedar-sedar terus teringat moccha (eja cenggini ke?) freeze....

cuaca di Perlis sangat panas.....ketika aku mula-mula datang sini, memang komplen memanjang sebab panas gilaa!!!! Panas kat tempat lain, lain caranya. Masih ada bayangan pokok, kat sini area sawah mana nak ada pokok banyak sangat pun. Yang paling tak tahan tuh, udara dia bahang macam dok tepi pantai di waktu tengahari! Kalau ke Langkawi time panas-panas tu memang macam kena salai la....

kali terakhir aku ke pulau Langkawi adalah hujung tahun lepas....senang je nak ke sana sebab dekat. Parking kereta kat jeti kuala perlis, here we go, 45 minutes sampai le. Dah selalu sangat ke sana, tak tau nak beli apa dah. Aku setakat pergi sana santai-santai main pasir tepi laut je. Bila nak balik beli kain batik untuk mak aku dan coklat. Aku memang nak kesana lagi tahun ni tapi takut nanti lari bajet sebab aku nak ke destinasi lain hujung tahun ni. Jadi terpaksa la tunda dulu. Aku saving sejak dari awal tahun lagi. Tercungap-cungap aku saving, nak berjalan punya pasal.

kalau kat bazaar ramadhan, juadah yang wajib dijumpai adalah sayur batang keladi. Mula-mula dulu punnn aku protes jugak, hehe,,,asyik batang keladiiii je, lepas tu takde ke ayam percik dan ikan percik yang best-best macam kat Kelate, sebab aku tengok percik kat sini kaler je merah tapi rasa dia kosong. Bukan semua la, ada juga yang sedap. Hehe nanti marah orang perlis, aku kata macam tu ..lain orang lain taste kan. Tapi lama-lama aku suka sayur batang keladi tu. Cuma aku mesti rindukan masakan tradisional kampung ambo....percik yang mak aku buat sedappp!!! dah lama gila tak buat percik, weekend ni kalau tak balik kedah boleh juga buat, rancangan baikkkkk punya!!!!!

Nasi lemak pun aku suka nasik lemak mak aku, tak buleh nak compare..terbaikk!!
Hubby aku suka makan kari mamak...sedangkan aku tak biasa....
kat Kelate gulai dia bukan jenis kuat bau rempah...
kari kat sini memang kuat gila bau dia.....kalau aku masak gulai, memang ikut style aku la...
genap 3 tahun kawen baru aku masak gulai kari sini heheee...
dan sekarang mak mertua aku dah boleh harap kat aku dah....dia takyah assist kalau aku masak gulai, cuma dia tolong mesin kelapa sebab aku tak pandaiii!!!!hahaa.....
oh yang ni pakai mesin, bukan pakai kukur..kalau pakai kukur kiranya kita makan gulai tahun depan je lah...

aku memang tak sempat masak di bulan posa ni, sebab aku balik 5.30 petang, lepas tu nak ambil anak-anak kat nursery dan tadika. Si ayahnya balik awal tapi terpaksa tunggu aku yang balik lewat. Dia ambik budak-budak dulu then he'll fetch me.

Pernah aku masak gulai kari ayam masa minggu pertama puasa, ketika azan berkumandang, gulai masih di atas dapur....so memang tak sempat. Aku cuma masak nasi je bila sampai di rumah dalam pukul 6.30 petang.

Hmmm....dah lama tak makan mee, bihun, spaghetti......semuanya terasa sedap bila puasa ni.....dan soto...heee.....mana satu ntah aku nak buat weekend ni.....

hmmm..keep counting...45 days...


Wednesday, August 17, 2011

miss you like crazy...



28 June 2011, nobody knows that he'll gonna leave us 6 days later...he ate a lot that day! Masih kuingat aku menyuapnya dan menyapu sisa dimulutnya dengan tanganku..

Pada 26 Jun 2011, Ahad, admitted to ward..sangat kurus..hey..bentuk jari aku sama macam jari Wan! Anak bapak...

The last time I hold his hand, that evening he left us forever...tangan inilah yang telah banyak berjasa mencari nafkah membesarkan 9 org anak-anaknya....tangan yang pernah menoreh getah, memikul guni beras, mengangkat besi keluli, bekerja buruh kasar, menanam padi, dan membancuh air di kedai kopinya sebagai pekerjaan terakhirnya...tangan yang pernah mengusap rambutku.....menyikat rambutku sambil sebelah lagi memegang dagu supaya aku tidak bergerak..



ayat yang selalu Wan usik aku ketika kecil....

" anok bosu sapo?? (anak bongsu siapa)".

sambil mendukung aku dan menghayun ke kiri dan ke kanan....

petang-petang, aku mengikut Wan mengambil lembunya di padang....atau Wan cuma memotong rumput lembu...

untuk ke padang kena lintas jalan raya...Wan memimpin tanganku erat-erat...
sambil menunggu Wan mengambil lembunya, atau menunggu Wan memotong rumput dengan sabit untuk lembunya....aku bermain seorang diri sambil berguling-guling di atas rumput...
kupetik daun-daun rumput atau kemuncup...atau menangkap belalang....

kadang-kadang Wan mengajak Pokseng untuk sama-sama ke padang....
setelah rumput dipotong, Wan akan mengisinya ke dalam guni....lalu diangkat ke atas basikal tuanya dan diikat dengan getah cangkuk....

kemudian Wan menolak basikalnya pulang....

banyak kali dah publish pic ni...Wan, me and my brother

jika Wan mengambil lembu, aku akan mengikut di belakang sambil merotan badan lembu dengan lidi kalau ia tak mau jalan....

bila aku dah besar sedikit, aku pergi cari Wan dengan basikalku....aku dah tau kat mana Wan biasa pergi...

kalau dari rumah ke kedai kopi Wan, aku selalu membonceng basikal tua Wan...ketika aku kecik biasanya aku duduk atas palang kat depan...sebab kat belakang Wan ikat tong yang mengandungi nasi yang akan dibawa ke kedainya...

kadang-kadang pukul 8-9 malam Wan ke kedainya untuk tengok-tengok atau ambil barang yang tertinggal...dengan bertemankan lampu suluh, aku mengikut Wan menaiki basikalnya melalui jalan kampung.....ingat lagi tak Wan? kadang-kadang kita jalan kaki dan aku berjalan sambil memeluk Wan...aku takut sebab jalan gelap...

Kat kedai kopi, aku biasa mengambil upah membeli gula di kedai runcit atau tolong basuh pinggan...hehe aku mintak 20 sen je heheee.....

apabila aku demam, Wan belikan aku mi maggie, kacang kuda rebus, atau buah epal...bukan senang nak makan buah epal...rasa macam mahal je masa tu...aku makan kat kedai...

kat depan kedai Wan ada sebatang pokok cermai....aku selalu panjat dan lepak kat atas pokok tu sambil tengok kereta lalu lalang....

kadang-kadang Wan minta tolong aku tulis bilangan kuih dan harganya dalam buku catatan...nak tengok kuih yang orang letak tu habis berapa dan kena bayar berapa...
hutang pun direkod di dalam bukunya.....ramai je yang tak bayar hutang, bila dia makan kat kedai Wan, dia panggil semua kawan-kawannya makan minum sama...dalam pada tu dia blah cepat-cepat tinggalkan mereka...so siapa yang nak bayar? taktik kotor betul....dah arwah dah pun orang tu...

Wan...banyak kenangan bersama yang aku kena tulis di sini....kalau tak tulis, lama-lama boleh lupa.....

I miss you like crazy Wan, rindu nak dengar suara Wan menanyakan perihal anak-anakku di telefon...segalanya masih segar dalam ingatan....
miss you soo much dear father....segala jasamu takkan terbalas dan tak ternilai olehku...
pengorbananmu sangat agung wahai ayah....

al-fatihah



@ bazaar Ramadhan Kodiang

Parking kereta tepi balai Polis Kodiang, kat area hentian teksi...sila baca betul-betul!

Dah lama tak makan daging, meh sini sekati

Makan kuih keria

Katanya nak buat muka lawak.....

Air mata ___________ (guess what?)

Wajib beli kuih untuk kanak-kanak ribena

Ikan bakar...ikan kembung boleh dapat RM2.50 sekor yang besar, kalau kat stadium Kangar RM5! cisss

I didn't talk much today sebab merajuk kena tinggal 3 beranak je kat rumah walaupun cuti, sekali sekala nak merajuk takkan tak buleh heh!




Tuesday, August 16, 2011

azan subuh....

5.58 pagi....azan subuh berkumandang di udara.....
tapi kenapa ia tidak seperti azan subuh pada pagi Isnin, 4 Julai 2011?
azan subuh pada pagi itu adalah azan yang paling sayu penah aku dengar.....
sayu dan meresap ke dalam hati....
azan subuh terakhir buat Wan.....
al-fatihah, 44 days since Wan had left us...

Monday, August 15, 2011

erkkk...tak buleh dengar!!!

diorang sekeliling aku ni dok pasang lagu raya....
aku buka lagu raya kat youtube....tapi tak boleh dengar wehh...
pedihhhhhh......
tahun lepas masih bersuka ria lagi dengar lagu raya....
tapi tahun ni....
aku tak mau raya pun!

pada suatu hari....

Di kampung aku ketika itu...backhoe sedang meratakan satu kawasan untuk dibuat rumah...segala pokok-pokok ditumbangkan...bagi clear....abih semua pokok-pokok terbalik dan tercabut....

haaa...apa lagi....aku yang ketika tu berada di darjah dua, bersama-sama kawan aku, terus menjadikan kawasan tu port yang baikkk punyaaa.....

kami bermain berlari-lari dan berkejaran di atas batang pokok getah yang tumbang tu.....
sorang jadi buaya dok acah-acah dari bawah...yang lain dok mengelakkan diri meniti di atas.....punyala seronokkk!!!!!

tempat tersebut terletak di tengah jalan kampung antara kedai kopi ayah aku dan rumah. Setiap hari, ayah dan mak aku akan berulang alik melalui jalan tersebut menuju ke kedai kopi. Ayah aku akan ke kedai dengan basikal tuanya seawal pukul 6 pagi untuk menghidupkan dapur arang yang digunakan untuk menjerang air. Kalau aku ikut Wan, boleh hidu asap arang yang memenuhi kedai Wan. Kalau bau arang mesti aku teringat Wan di pagi hari di kedai kopinya.

Mak aku pula akan menyusul kemudian dengan membawa periuk gulai dalam plastik. Jalan kaki aje...ketika aku kecik-kecik sehingga umur 5 tahun, aku selalu suruh mak aku dukung ke kedai kopi..dahla mak aku kena bimbit plastik periuk gulai, nak kena dukung aku lagi!!! kadang-kadang mak ikat aku dengan kain dok kat belakang... bertuah punya budak kan...tapi mak memang selalu cakap aku adalah anak bertuah dia sampai aku besar heheee......kalau check balik...anak aku yang sulung pun macam tu jugak...erkkk......

oh sambung balik....

pada petang tu ketika kami sedang bermain di atas batang getah, aku yang nak melarikan diri daripada 'buaya' terus terjun ke bawah (ketinggian 2 meter kot), lepas tu ada sorang budak pompuan ni pun ikut sama terjun lalu terjatuh atas belakang aku...aku yang ketika itu masih dalam posisi mencangkung selepas landing sambil tangan menongkat tanah, terus tersembam sedikit.

tiba-tiba...aku nampak tangan kiri aku macam huruf Z je..bengkang bengkok...ayyooo.......tangan kiriku dah patahhhhh!!!!!!!!

mampus aku kali ni....series matii!!!!!!! dan aku pun menangis....bukan sakit pun tapi takuttt!!!! takut Wan marahhhh!!!!!!!

lalu aku duduk di atas dahan kayu sambil memegang tangan kiri sambil teresak-esak.....
tidak lama kemudian mak aku yang dalam perjalanan pulang ke rumah melihat kelibat kami....kami semua hanya mendiamkan diri....
mak tak nampak sebab jaraknya kira-kira 500 meter...lalu mak pulang sambil membimbit plastik periuk gulai yang dah kosong....

hahhh....camna nak buat ni...aku dan kawan-kawanku terus menuju ke kedai Wan....Wan ketika itu sudah siap mengunci pintu kedainya dan menolak basikal tuanya naik ke atas jalan mini....
lalu kuberitahu Wan tangan patah sebab jatuh pokok!!

kepannngggggg!!!!! dummm dammmmmm!!!!! ( bayangkan bunyi guruh berdentumm!!!)

nak terkeluar biji mata Wan....teruk aku kena marah...heeee takut gilaa!!! masih kuingat reaksi Wan yang sangat marah pada ketika itu....

lalu kami pun pulang ke rumah.....aku berjalan di belakang Wan yang menaiki basikalnya...

mak kepada budak pompuan yang terjun atas belakang aku tu rasa bersalah lalu dia membawa aku jumpa tok bomoh...alamakk...tok bomohhh???? bukan pilihan aku atau Wan, makcik tu yang bawa....kalau tanya aku sekarang, mesti la aku nak pegi spital...

setelah selesai tanganku dibalut ...maka jadilah aku handicapped kejap....

beberapa hari kemudian...di kedai kopi Wan....

aku sedang bermain dam (aji) dengan kawan aku.....tiba-tiba biji dam tu jatuh di celah-celah papan pelantar....lalu aku pun turun ke bawah untuk mengambilnya...maka aku pun merangkak...
tiba-tiba....krakkkkk........
haaaa...mati akuuuuu!!!!!! patah balikk!!!!

apa lagi kena marah lagi dengan Wan buat kali kedua....

lepas tu kira tak buat apa-apa treatment dah...tapi ia sembuh sendiri...mungkin sebab tulang masih lembut...

tapi kalau diamati betul-betul, lengan kiri aku tak sama dah allignment dia dengan lengan kanan...diorang panggil aku komeng!!!!

tu la kisahnya kira-kira 21 tahun lepas.....
walaupun kena marah, aku tetap rindukan saat-saat tu, sekarang Wan dah tak boleh marah aku lagi.....
sebab tu la bila mak bapak kita marah...sabar je lah...sebab suatu hari nanti kita akan merindui suaranya memarahi kita....

macam aku yang masih tidak pernah berhenti merindui Wan.....
Wan marah kerana sayang.....kalau tak sayang takkan dipedulikan kalau tangan nak tercabut ke, terkehel ke......

thanks Wan kerana memarahiku....al-fatiihah...dah 43 hari....
bila teringat Wan aku akan hadiahkan bacaan Al-Quran padanya...dan I will feel better....

adehh mencengkam jiwa....

Ketika buka facebook tadi tiba-tiba ternampak gambar ni yang kakak aku share....
adehhh...serta merta mencengkam jiwa.....
dan kalau dilayan lebih-lebih buleh berair mata tapi aku keraskan hati....
aku rasa gambar ni diambil dalam setahun dua ni kott..sebab Wan dah kurus
dan dia memakai baju favourite dia...
baju ni la aku ambik kat aku dan aku simpan dalam plastik supaya baunya tak hilang.....
masih kuat baunya....
Wan..aku rindu gila kat Wan...
walaupun aku buat-buat tak ingat..
tapi aku teringat gila kat Wan....
saja aku keraskan hati.....
rasa tercekik kerongkong aku bila tengok gambar Wan...
Wannnn...huhuu... :'''''''-(

dah 42 hari Wan....sudah tentu jasad Wan sudah menjadi tanah...
jasad yang pernah menghantarku ke sekolah dan menyikat rambutku...
al-fatihah


Sunday, August 14, 2011

Sepetang di kampung.....


Petang kelmarin sempat ke bazaar Ramadhan kat Merbok. Kecik je bazaar ni. Seperti biasa si abang minta donut.

Ada burger malaysia, beraneka jenis kuih..hmmm aku kurang makan kuih..bagi aku makan nasik dan aku akan duduk diam-diam hehee..

Ayyooo...penatla macam ni nak kena dukung...

Selepas balik dari bazaar Ramadhan Merbok, terus tengok cerita BoboiBoy tanpa bergerak-gerak, senang je nak umpan bagi diam..ataupun bagi main game Angry Bird

Saturday, August 13, 2011

Balik kampungg!!!!

Ohh...bukannya aku balik Kelantan, tapi aku balik rumah ayah bonda mertua ni Kedah...
Budak-budak ni suka balik kampung, diorang suka main keliling rumah sampai comot..aku biarkan je...just let them enjoy...

Teringat aku ketika mula-mula ditinggalkan di rumah ni 6 tahun lalu...huhuuu nak nangis bila rombongan family aku tinggalkan aku sambil berpesan supaya jaga diri baik-baik...rasa macam mau lari ikut balik je nak tiru cerita hindustan...lorr...bukan kahwin paksa pun hehee...saja feeling terlebih...aku tak pernah sangka akan kahwin dengan orang Kedah...dah jodoh aku...kata Wan sebelum aku kahwin (tapi dah tau calonnya), bolehla dia kenal Pulau Langkawi nanti....rupa-rupanya tak sempat :( Wan tak pernah kenal pun rumah aku tak perlis, sebab dia dah mulai uzur tak larat jalan jauh.

Hubby kata aku selalu tak dengar bila dia cakap..masalahnya bukan aku tak dengar, tapi aku tak paham atau kurang paham!! Sampai sekarang pun aku kurang paham kalau kawan-kawan cakap slang utara cepat-cepat heheee...kadang-kadang aku tak paham apa pun bila mak mertua aku sembang, aku cuma angguk dan gelak-gelak aje..padahal aku tak paham apa benda pun heheee...
Slang utara ni pada pendapat aku dia bunyi dalam kerongkong aku susah nak catch up melainkan cakap slow-slow sikit..bukannya aku slow, tapi otak aku sedang proses, maklumlah..frekuensi lain, dan aku masih pakai amplitude modulation.

Pernah sekali hubby aku tolong masak kat dapur, dia mintak aku tolong ambikkan "daging"...lalu aku hulurkan le daging dari dalam freezer, "Laaa....bukan daging....udang kering!" lor....."abis tu kenapa cakap bunyi yang hujung-hujung je, cuba cakap bagi terang"..protesku sebab yang aku dengar adalah "dang ...rging"..bukan daging ke ?hehee

Kalau "bancuh ayaq" yang aku dengar hanya "cuh yak" je aduuuu patutla aku tak paham-paham! :)

Aku menantu pompuan tunggal sebab hubby aku anak laki tunggal...so takdela persaingan hehee...kalau ada biras perempuan abihla aku, dahla aku tak pandai buat biskut raya hehee....ada masalah kawin dengan anak laki tunggal? Nope, no problem sebab aku jenis tak kisah, dan mertua aku pun ok dan ipar duai pun ok...rezeki aku la...syukur...bila hubby ajak balik kampung, aku imagine kalau anak lelaki Wan balik bersama family, mesti dia suka...so kena la ikhlas...kadang-kadang ada juga bila aku rasa malas, tapi bila dah balik sini aku enjoy je sebab aku suka makann!!!!....bila balik sini boleh makan sedap-sedap hehee....dan juga boleh lepak-lepak kat tepi laut di Tanjung Dawai yang jaraknya cuma 5 minit perjalanan.

Tadi bapa mertua aku baru balik dari masjid bawa gulai daging dan makanan dalam plastik. Aku yang tengah blogging ni terus bingkas bangun mengambil lauk pauk tadi lalu panaskan dalam kuali..eceeee....mithali gila kihkihkih....sebab kalau kat rumah mak aku masa aku bujang-bujang dulu, selalunya tak sempat aku ambik, mak aku ambik dulu hehee....bertuah punya anak...
hahaa....nak tau apa pesan mak aku kat hubby lepas aku dikahwinkan? "Dia ni manja sikit.." ayyoooo ammaa.......anakmu dah boleh berdikari dah sekarang...tak caya??

Walau apa pun...aku bersyukur atas segala yang aku terima dan aku tempuhi...Alhamdulillah this is the best for me, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku....

oklah nak tido, hari ni genap 40 hari Wan pergi..al-Fatihah....adakah aku dah kurang merindui Wan? oh tidak...aku masih mengingati Wan setiap masa..cuma aku sedang belajar supaya jangan terlalu melayan perasaan....cuma beberapa hari lepas aku saja cari pasal dengar lagu raya yang sedih-sedih sambil tengok gambar Wan, akibatnya air mata berjuraian..cari pasal la tu dengar lagu sedih...

Thursday, August 11, 2011

Wait for me Ramadhan!!!

OMG! Dah 12 hari puasa!! Tungguuuu!!! Don't leave me too soon!!! There not so much good things I have done in this blessed month....

I am sorry for myself...I always feel tired and couldn't do much at night when all the people out there staying up the whole night of Ramadhan doing the Qiamullail....tadarus etc....

urghhh..help me.....I just need energy to boost up my work...I already felt sleepy as early as as 9 pm, I couldn't sleep earlier either because the kids got too much energy(excessive!!) to go to bed early...what should I do...rugiiii.......

it has been 39 days since Wan had left us...al-Fatihah......
you always woke up in the middle of the night praying for me...but me.....hopeless.......

Happy belated birthday my baby girl!

I am 3 years old mama!


You are a big girl now, semoga jadi anak yang solehah! You are so beautiful from the first time I saw you 3 years ago....

Wednesday, August 10, 2011

I got new lip pallette yeahh!!!


Weeee....aku baru dapat lip pallette ni a few a minutes ago!
I got this from here
harga RM55 plus postage RM8 = RM63. Pos kelmarin dapat hari ni. Thank you Kak Ann from Krayolan In Malaysia. Tapi lip pallette ni bukan brand Kryolan, yang tu lagi mahal la. Kak Ann ni dealer Kryolan.
Pro Lip Pallette ni ada 50 colours. Check out the website for details. Sori gambar ni tak berapa nak clear kaler dia, tapi sebenarnya memang cantek!!!
aku suka kaler-kaler neutral, bukan yang striking tu.
Bolehla buat raya weee.....

Tuesday, August 9, 2011

Quran by heart.....

Al-Quran by Heart video

Dokumentari ini sangat menyentuh hati....
Dokumentari berkenaan pertandingan tilawah Al-Quran di Mesir yang menyaksikan penyertaan dari seluruh dunia termasuklah Nabiollah Saidov, peserta dari Tajikistan.
Nabiollah yang buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis, malah tidak tahu berbahasa Arab namun telah menghafal Al-Quran pada usia 10 tahun. Dasar sekularisme kerajaan Tajikistan menyebabkan sekolah agama tempat Nabiollah belajar menghafaz Al-Quran terpaksa ditutup. Ada beberapa segmen dalam YouTube. Anda boleh layari. Semoga video ini memberikan kita motivasi untuk lebih mendalami Al-Quran dan menerapkan Al-Quran dalam hati kita semua.

ps: the link has been removed, go to this entry.

Surah Al-Tariq




Selalu aku perhatikan bintang-bintang di langit....
bila kulihat bintang, terasa betapa hebatnya kuasa Yang Menciptakannya...
Wan telah pergi menemui Pencipta bintang itu....
Semoga Allah mengampuni segala dosa mak dan Wan...
cucurilah rahmat ke atas ibu bapaku dan kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasihani dan menyayangi kami ketika kami kecil

al-fatihah..dah 37 hari...di manakah Wan sekarang....

Monday, August 8, 2011

Lirik Doa Untuk Ayah

He was there before.......

Doa Untuk Ayah-Hamdan Senario

Sehening suria pagi yang bersinar
semerdu kicau burung yang sedang berlegar
yang pasti menjanjikan damai
harmoninya alam semesta

Tidak seperti aku yang sedang melara
di hatiku terasa pilu dan hiba
aku yang telah kehilangan
aku yang sedang kesunyian
di saat bahagia di hari mulia

kau pergi meninggalkan kami dengan sekelip mata
di saat kami memerlukan kasih sayangmu ayah...
Ya Tuhan sampaikan doaku
Ya Tuhan sejahterakan dia
di pagi hari mulia ini
moga rohnya tenang bersemadi

PS :
Kepada yang masih punyai ibu dan ayah...
ambillah kesempatan ini untuk berbuat baik kepada mereka...
Your mum and your dad are there for you!
What do you waiting for?

Before this...
my dad is always there for me...
waiting on his chair looking at the door if his child's coming home...
terlalu sedikit kesempatan yang diambil when he was still there...
now..he wasn't there anymore...
he is in somewhere else...
I don't even know where he is now...
he wasn't there where I can find him...
But he WAS there for me...waiting for me... :-(

9 hari puasa...

Sedar tak sedar dah 9 hari puasa....pejam celik pejam celik...sekejap je Ramadhan...semoga sebulan Ramadhan ni kita dapat manfaatkan sebaik-baiknya.....

Ketika di dalam kereta menuju ke stesen bas beberapa minggu lepas,kata abangku.. "Balik la selalu....bila diorang (mak ayah) dah tak ada, dah tak guna dah balik pun.." sambil memandu kereta Kelisanya.

pukul 3.44 pagi di bandar Kota Bharu

Alhamdulillah, aku balik lagi weekend lalu untuk menjenguk mak...aku sampai di stesen bas KB pukul 3.44 pagi. Terus call abang aku supaya mengambilku. Dalam 5 minit, abangku sampai.

Ketika dalam perjalanan ke rumah mak, kami melalui bangunan hospital Kota Bharu.... "Teringat ketika dok ulang alik jaga Wan, kat wad tu la Wan duduk.." kataku sambil menunjuk ke arah blok bangunan hospital yang bertentangan dengan bangunan Wisma Persekutuan.

syukur, mak is getting better...bila ramai orang berkumpul di rumah, mak sangat gembira dan makan pun banyak...dan seperti yang dijanjikan....pagi itu aku ke pusara Wan...ketika nak masuk di pintu pagar kubur, kami berjumpa Pak Husin, kawan baik Wan yang sedang mengheret anak-anak kambingnya...syukur..Pak Husin dah boleh berjalan...Selepas menambat anak-anak kambingnya, Pak Husin turut sama ke perkuburan. Kebetulan ketika itu, berlaku satu lagi kematian, maka ada proses menggali kubur baru berdekatan kubur Wan.

Assalamualaikum Wan....anakmu datang lagi....apa khabar Wan?

Hanya bacaan Al-Quran yang mampu kukirimkan buatmu ayah......

Aku dan pokseng....semoga pokseng sihat sentiasa hendaknya...bila tengok pokseng, aku teringat Wan...

Pokseng dan Wan ibarat isi dengan kuku.....akrab sungguh mereka berdua...


Sempat posing dengan atuk sepupu yang datang tengok orang gali kubur...atuk sepupu aku ni merupakan seorang kadi dan juga guru tajwid.

Buat yang merindui bonda......

Aku hanya sempat tidur semalaman bersama mak, hari Sabtu kami ke kubur, hari Ahad tak kemana-mana cuma ke airport hantar kakak aku bersama anaknya. Kakak aku juga pulang 2 hari, kami sepakat untuk balik bersama. Ahad petang aku bakar daging sebagai juadah berbuka...mak seronok apabila ada orang bising-bising sekeliling rumah, dia rasa ceria. Mak juga request supaya aku masakkan bihun goreng..kata mak, bihun goreng yang aku masak tu sedap hehee...
Yummmy...

Malam itu aku naik bas pukul 9.30 malam dekat dengan Tesco. Seperti biasa, abangku yang menghantarku. Ketika di dalam bas, seperti biasa, itu merupakan saat-saat yang paling sayu apabila aku terus terkenangkan mak dan Wan....

Sambil bas meluncur laju, kuperhatikan langit yang penuh dengan bintang....banyak sungguh bintang di langit....ketika aku masih bersekolah dahulu, ketika dalam perjalanan ke masjid untuk berterawih, sambil mengayuh basikal aku akan memerhatikan bintang di langit. Selalu kulihat tahi bintang kecil melintasi langit. Ketika pulang, biasanya Wan mengekoriku dengan motosikal atau aku mengejar Wan hehe...siapa yang sampai dulu? hehe...

Tak lama setelah menaiki bas, aku tidur. Dalam pukul 4 pagi aku terjaga dari tidur dan terus memandang ke langit, cantiknya bintang..cantik lagi Penciptanya...tiba-tiba aku ternampak sebutir tahi bintang melintasi angkasa....cantik!! Teringat aku saat-saat indah suatu waktu dahulu....terasa keindahannya itu bagai sudah hilang.....

I miss you ayah.....sudah 36 hari Wan pergi....al-fatihah...
raya ini anakmu akan kembali menemani mak....