Monday, October 31, 2011

Entry bosan......

Tak percaya rasanya, hari ni dah masuk 1 November!!! Aku rasa macam baru je sambut new year 2011 dan resolusi 2011 pun ntah ke mana...aku pun lupa dah!!
Dan yang paling ketara....semakin jauh Wan meninggalkan kami semua.... maksud jauh aku adalah dari sudut masa....

Tadi aku telan paracetamol dan ubat selesema, terus 'pengsan' bawah meja, tak tahan betul! Ubat tu memang buatkan aku mengantuk. Bila sedar, I feel better berbanding pagi tadi. Dah lama aku tak kena demam dan selesema, sebelum aku demam baik aku telan ubat. Paling teruk aku demam adalah pada tahun lepas ketika bulan puasa. Sampai tak boleh nak bangun dan tak boleh puasa! Tak pernah aku demam seteruk tu. Berhari-hari juga aku tergolek sampai kurus kering.

Kelmarin aku tanya hubby, aku gemuk tak berbanding sewaktu baru kawen dulu?
Katanya aku berisi sekarang...dan aku rasa memang pun berisi sikit berbanding beberapa tahun lepas. Keadaan sekarang is better sebab aku tidur cukup--> ni yang buatkan aku sihat sikit. Aku tak boleh tak cukup tidur nanti aku jadi kurus, seperti kata Wan. Dan muka pun nampak semacam je kalau tidur sikit. Bila cukup tidur, aku rasa kulit rasa lembap elok je bila bangun tidur. Bab lebam bawah mata tu tak boleh buat apa dah sebab ni genetik. Adik beradik, sepupu sepapat semua spesies bawah mata lebam. Anak-anak aku pun nampaknya mewarisi juga terutamanya Faiz.

Cuma aku berhasrat nak kembali ke rutin asal seperti dulu iaitu minum susu. Dah lama aku tak minum susu dan aku rasa aku dah semakin bongkok/hunchback. Ayoyo tak elokla...
Wanna look good and healthy so I must eat good food, sleep well and exercise..alamak bab exercise ni payah sikit.....

argghhh...bosannya aku tak tau nak tulis apa....

petang ni nak pegi klinik sebab rambut aku banyak gugur. Kawan aku rekmen klinik kulit tu sebab katanya nanti dia bagi ubat makan dan sapu, rambut jadi tak gugur.

okla bye...

Kenapa pilih cik pon?

Semalam aku tidur-tidur ayam sebab this flu makes me difficult when breathing. Bersandar di dinding sampai la lewat pagi baru ok sikit. Sejak kecik kalau aku kena flu, memang sampai takleh tidur la. Mak aku kata, aku ni ada penyakit lelah sikit. Tak pelikla sebab Wan pun ada lelah, kakak aku pun sama. Bila mak aku kata camtu, baru la aku perasan. When I got too scared or panic, pun boleh kena semput. Bila kena flu, I will have problem when I talk, semput den!

Pagi ni diorang bercerita pasal cik pon (pondan). Kata kawan aku, dia terserempak dengan sekumpulan cik pon di kedai makan kat Padang Besar. Tengok dari belakang, fuhhh....lentik gila, memang kalah orang pompuan. Pakai seksi gila, ketat! Tapi bila tengok depan, erkkk.....tak lalu la pulak! Diorang baru balik dari berjoget kat kelab mana ntah. Eii.....kalau aku jadi laki la, tak mau aku cari cik pon ni, tak lalu!!! Kata kawan aku, sorang cik pon ni dengan selambanya menarik his breast into the bra cup, tak senonoh betul! Kata aku, memang dia tak malu sebab dia jantan! Orang pompuan pun tak buat camtu heh! Tapi body memang solid molid la.

Penah aku terserempak dengan cik pon kat pasar malam, badan memang tip top la tapi tetap nampak kejantanannya ( cuba sendawa sikit nak dengar!). Aku tanya hubby, tak tergoda ke tengok? "Laaa...dia tu jantan!!" jawab hubby kihkihkih....

Kalau aku la yang jadi lelaki. Aku rasa aku agak cerewet la nak pilih buat bini. (pondan tu memang aku tak pandang la, tolak tepi). Aku akan cari yang bersih (selain dari yang solehah), atas bawah semua bersih tak ada daki hehehe......yang selalu harum dan fresh. Cari yang gigi bersih, rapi, dan yang paling penting, tak ada penyakit seperti siplis dan seangkatan dengannya. Tapi kalau dah cari pasal dengan cik pon ni, heeee aku tak boleh bayangkan, geli!!!!! Makan daki hari-hari kot heee!!!!

ermmm... macam-macam hal la...
okla aku nak buat kerja.

Sunday, October 30, 2011

Hari ni aku nak buat bab 3!!!!

Nak tulis sikit sebelum sambung menulis report. Aku sedang buat bab 3 sekarang ni, Methodology: SOMA (Service Oriented Modeling Architecture) yang akan aku guna dalam projek ni. Perasaan bercampur baur, aku jadi stress. Mungkin sebab tu rambut aku banyak gugur??
Lepas tu kena selesema pulak. Nasib baik tak teruk. Next week balik Kelate raya haji. Minggu satu lagi kami akan ke destinasi percutian kami yay! Tapi hati tak senang juga selagi projek tak siap. Bulan 12 pulak setiap minggu ada rancangan. Aku akan pulun buat bab 3 hari ni.

Hachummmmm........

oh ya.....dah 119 hari Wan pergi...al-fatihah. Malam kelmarin aku mimpi Wan, aku pergi sembang dengannya di kubur. He laid there and talked to me. Aku tanya camna Wan tidur nyenyak tak? Wan kata dia tidur nyenyak. Dan selanjutnya mimpi tu macam merepek sikit. Hehhehe
okla...aku nak buat kerja.....

Friday, October 28, 2011

Buat penat je...

Kami balik ke kampung di Sungai Petani semalam. Dah 2 minggu rumah ni ditinggalkan sejak mertua pergi mengerjakan haji, jadi kami pulang menjenguk rumah. Semalam dah rancang, awal-awal pagi ni nak ke bendang shooting.

Maka pagi ni awal-awal lagi budak-budak ni dah bangun nak ke bendang tokwan. Aku pun siap tepek bedak kat muka. Hubby gelak, katanya nak ke bendang je pun!!!!

Aku dah excited bila hubby berhentikan kereta tokwan di tepi jalan dekat bendang. Kami turun dan berjalan kaki ke tengah petak sawah. Berlatarbelakangkan gunung jerai, memang cantik!! Banyak burung layang-layang berterbangan. Di petak sawah, masing-masing sedang mengerjakan bendang iaitu meracun serangga. Suasana sangat cantik.

Apabila tiba di tengah-tengah sawah, aku dah standby sambil dukung adik.

"Cepatla abah!" kataku....
abahnya masih dok belek-belek kamera.
"bateri habis la..." katanya.....

terus aku muncung sedepa.....dan mengomel, membebel.....
aku membebel mengapa tak dicas awal-awal, dah tau nak shooting pagi ni...

"Tadi mama bubuh memory card takkan tak tengok...." katanya.
"Mana mama tau..bukan kerja mama!" mana aku penah cas kamera tu pun selama ni.
"Jomlah balik!"..kataku...huhh hilang terus mood nak shooting.

pastu berjalan kaki le kami kembali ke tepi jalan, jauh tuuuuu!!!! Kat tengah petak sawah weyyy!!!! Walaupun belum pun pukul 9 pagi, tapi dah mula panas. Kalau kat rumah masih syok mengerekot atas katil, tapi kat sawah orang dah nak habis kerja dah.

Balik rumah, makan nasik, tengok tv....

"Nanti kita pergi Tupah (air terjun) nak tak?" pujuk Mr hubby bila aku buat dekkk je.
"Boleh je...." jawabku acuh tak acuh....

tapi kalau tido ni best ni ..warrgghhh......

Thursday, October 27, 2011

Baca dan baca.....

Aku tengah mencuba tutorial on web services, dari website Oracle dan youtube. There are so many of them and I don't know which one that I'm gonna use. Perlu bantuan....perluan bantuann!!!!! I don't think that I'm working smart enough......
kalau Ultraman ni dah kelip-kelip lampu merah......
lalu aku menghantar sms kepada supervisor meminta bantuan......
aku rasa aku tak buleh keluar lunch dah lepas ni, baik aku duduk cari solution......
nak ke UUM pada hari bekerja adalah impractical la sebab ambik masa sejam dari Kangar ni.....
adoii.......

Tuesday, October 25, 2011

Ala....cuti apa camnih....

Dah pukul 12 tengahari tapi Mr hubby tak balik lagi. Dia pergi opis siapkan kerja masternya.
Ala...boring la macam ni, baik tak payah cuti... *sulking******

Tadi kawan sekelas masa sem 1 datang hantar buku SPSS yang dia pinjam. Kami sempat sembang pasal projek. Katanya, evaluator aku iaitu En. A tu memangla digeruni. Sebab dah ada budak yang terpaksa repeat projek bawah dia...heeeeee....tetiba rasa macam terkena serangan jantung argghh!!!!!

Markah proposal presentation aku 8.2 dari 10 markah. Dahla En. A tu macam buat tak dengarrr je. Nasib aku la dapat En. A yang menakutkan tuh! Kawan aku yang dapat evaluator jenis rilek (atau dengan kata lain..nak senang kerja wakakka) boleh dapat markah lagi tinggi. Nasib ko le labuuu!!

Mana encik hubby tak balik lagi ni...nak merajuk sikit nehhh!!!!!

katanya petang ni nak mancing.....bila dengar nak gi mancing, aku terus membebel,

kataku,

" ha elokla tu baik tak payah cuti...kalau nak pegi mancing baik la mama balik kampung dok lama-lama ngan anak-anak....atau pun kita buat PJJ mama dok KL ke...macam tu lagi bagus!!!" fuhh non-stop...

"La...kita semua la pi mancing!" katanya tersengih sambil memandu kereta...
ler...ye ke....apsal tak bagitau awal-awal ehhehe...

sebab dia selalu bercerita yang kawan-kawannya biasa turun mancing sampai beberapa hari. Ada sampai seminggu tinggal anak bini. Bukan apa, kalau dia pun ikut serta, mati kutu la aku. Lainla kalau kampung aku memang kat sini. Kat sini I have nobody nobody but you! Kalau buat macam tu nanti aku lari balik kampung baru tau... hehehe

setelah berjela-jela aku mengomel,

"Abah macam tu ke?" tanyanya...alahai....
"Tak pun....mama kata orang lain..." heeeeee.......

So kanak-kanak...cepat buat kerja sekolah...petang ni nak pi mancing dan shootinggg yayy!!!!

Camna ni ha!!

Mata aku jadi rabun dah sejak seminggu dua ni. Aku pasti ianya berpunca dari bilik tempat kerja aku yang malap lampunya....
isk..isk....aku harap ini hanya sementara.....boleh tak?
sebelah kiri ni dah tak nampak tulisan kecik. Sedangkan minggu lepas sebelah kiri ni sangat terang penglihatan aku. Sekarang ni aku rasa kurang selesa ni...waaaaaaaaaa....... rasa macam OKU dahh!!!!! Tak selesa sebab tak seimbang kecerahan dua-dua mata ni. Tak sanggup aku jadi rabun!! Aku juga tak sanggup pakai spek mata. Orang kata, kalau pakai spek mata nanti bertambah-tambah la rabunnya. Masa sekolah dulu teringin benor nak pakai spek, kononnya nampak nerd...chehh!!! Aku boleh je membaca buku tapi kalau tulisan kecik-kecik yang jauh tu aku nampak blur. Rabun jauh??? Tidakk...tak mungkin aku dah rabun!!!!!!

Isk....camna nak buat nih...beli eye mo? makan carrot? tengok tumbuhan hijau??.....

**sighh*******

Monday, October 24, 2011

Wajib dan ihsan?


Ketika buka facebook sebentar tadi, terpampang gambar ini yang kakakku share. Gambar raya tahun 2009 aku rasa. Wan bersama abang aku, A. Wan sangat sayangkan abang A. Pada tahun 1980, abang A mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang kejuruteraan. Wan sangat bangga dan gembira. Kat kampung masa tu tak ada lagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masa tu Wan sudah pun bekerja di warong kopinya.

Sebutlah apa saja yang Wan mahu, pasti abang A akan belikan. Atau sebutlah nak makan apa atau nak ke mana, pasti abang A takkan hampakan permintaan Wan. Bukan setakat Wan, aku pun selalu pau dia semasa kecil. Ketika besar pun dapat habuan lagi, aku tak mintak pun tapi dia yang bagi ehhehe....

Semasa abang A menyambung pelajaran di sana, dia kerap mengirimkan wang belanja. Maklumlah masa tu adik-adik semuanya masih kecil. Dan akulah yang paling kecik, diorang kata baru menetas ehehe.... Kakak aku kata, apabila membuka envelope yang mengandungi wang dari US, muka Wan sangat gembira! Maklumlah, masa tu hasil kedai kopi tak seberapa. Anak-anak ramai yang masih bersekolah. Selama ni Wan berpenat lelah bekerja sejak usia mudanya, maka apabila pertama kali dia mendapat kiriman wang pemberian anaknya dari Amerika ( sebut Amerika masa tu kira hebat dah fuhh!!) Wan pastinya sangat-sangat gembira dan bangga!!!! Bayangkan, selama ini Wan bekerja keras sehingga jatuh sakit, dan tiba saatnya anak-anaknya membalas jasanya, sudah tentu dia sangat gembira bukan? Harus diketahui, bahawa pada zaman tu, memang zaman susah. Nak makan pun tak ada. Selepas tu la baru rasa senang sikit demi sedikit. Diorang kata, aku menetas di zaman senang...heheh....

Kalau kita tak mampu dari segi kewangan, kita boleh membantu dari segi yang lain. Terdapat banyak cara untuk menggembirakan orang tua. Tolong tebas hutan di tepi rumah atau tolong membaiki atap yang bocor juga dikira berbakti kepada orang tua. Pendek kata, anak-anak haruslah sepakat dan bertolak ansur dalam menjaga orang tua mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang penting adalah persefahaman dan keihklasan. Macam mana kalau dua-dua aspek pun tak dapat nak tolong? hmmm...yang ni aku tak mampu nak jawablah.....sendiri mau ingatlah!!!

Anak lelaki wajib menjaga kebajikan orang tuanya. Aku ulang, WAJIB!!! Anak perempuan pula adalah atas dasar IHSAN. Kita tak boleh kata segala tanggungjawab ke atas ibubapa jatuh atas bahu anak lelaki sahaja, takkan anak perempuan tak ada perasaan ihsan terhadap mereka? Dan aku tak kisah jika anak lelaki rapat dengan ibubapanya...lagi-lagi hubby aku ni anak laki tunggal....kalau kita ikhlas, mereka akan turut menyayangi kita serta cucu-cucunya...

Hidup ini umpama roda, kalau kita berbuat baik kepada orang tua, Allah akan balas di atas dunia lagi, dan sebaliknya, kalau kita banyak membuatkan hati ibubapa kita meratap dan menderita, ya...di atas dunia ini dah dapat CASH lagi! Tak payah tunggu lama-lama. Tak payah tunggu di akhirat, kerana di akhirat lagi besarla azabnya. Semoga kita semua berusaha menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Lambatnya gaji!

Gaji oh gaji...
kenapa la aku rasa lambatttttt sangat nak sampai esok ni ha?
Aku dah tak sabar nak beli body shampoo baru ni. Sekarang gila dengan bau apple hijau pulak. Aku beli Ajax Fabuloso bau apple, lepas ni nak beli body wash bau apple dari brand Pureen Top to Toe. Hehehe bukan anak yang nak mandi, tapi mak! 2 hari lepas baru beli body shampoo brand Home Valley 'perasa' Cocoa Butter & Macademia....hmmmmm!!! wangi gila aku suka la bau dia! Bau macam Olay Body wash tapi ni murah je, RM6.90 kalau tak silap. Aku memang suka bau-bauan menyegarkan ketika mandi. Kerja nak mandiii je hehehe.....lepas mandi pun rasa wangi je.
Kalau ke supermarket, aku mesti akan round bahagian body wash. Dah jadi tabiat. Aku tengah cari bau Rose tapi belum ada yang berkenan...heeee seronok tau boleh hilangkan stress dok berendam macam badak air dalam bilik air hehehe...ala bukan ada tub pun....
Sebab tu la kalau aku yang turun beli barang kat pasaraya dekat rumah, mesti lambat. Tapi kalau en hubby, kejap je dia pegi. Sebab aku round merata....seronok cuci mata!!!

yang penting bagi masuk gaji dulu...... $$$$$$$$$$$$.........

Sunday, October 23, 2011

I just want to tell him that I love him so much!






Kalaulah aku berpeluang berjumpa Wan 5 minit...
aku akan peluk Wan, dan katakan yang Wan adalah ayah yang terbaik di dunia. Aku akan beritahu padanya yang aku akan jadi anaknya yang berguna, yang akan sentiasa mendoakannya. Aku akan memohon ampun darinya atas segala tutur kataku yang pernah menyinggungnya, atau tingkahku yang kurang sopan terhadapnya. Aku akan berterima kasih padanya atas segala susah payahnya selama ini membesarkan kami. Bersengkang mata, mencari rezeki di pagi hari...dan berpanas mentari membanting tulang di tengahari yang panas terik. Yang penting...aku mahu memeluknya....sebagaimana aku memeluknya di hospital dahulu.....

Raya haji 2009...raya haji terakhirku dengan Wan...

Wan suka proses kaki dan tulang lembu....his favourite part. Tapi masa ni dia dah tak larat nak proses perut lembu.

huhuuu..rindu yang semakin mencengkam. Tiada lagi Wan di hari raya haji kali ni. Wan cukup gembira setiap kali raya haji. Kerana dia suka mengendalikan proses menyiang daging lembu. Tentunya raya haji kali ni cukup terasa tanpanya. Kerana Wan la orang yang paling excited. Setiap kali raya haji Wan tidak pernah lupa meyedekahkan sebaldi daging dan tulang lembu untuk kawan baiknya,

Pakcik Husin merupakan sahabat baiknya dunia dan akhirat. Walaupun Wan sudah tiada, insyaAllah kami akan sentiasa menziarahinya apabila pulang ke kampung. Aku merasakan pokseng seperti ayah sendiri kerana sejak kecil memang pokseng selalu ke rumah.

Walaupun luka itu telah pulih....
Namun parutnya tetap ada.....

Seronok walaupun sebentar!!!!!

Semalam sebelum tidur aku berdoa....
"Ya Allah....harap-harap dapat mimpi Wan malam ni..."
lalu aku pun tidur..... dan doaku dimakbulkan....

aku mimpi aku pulang ke rumah. Lalu aku membuka pintu bilik Wan dan menjenguknya..Wan ada!!!! Aku sangat gembira kerana Wan ada di biliknya. Sukar digambarkan perasaan itu. Aku rasa seperti sediakala di mana ketika Wan ada.

Aku buka pintu bilik dan kelihatan Wan sedang mengerekot di atas katilnya seperti selalu! Dan aku sangat gembira melihatnya walaupun dalam mimpi! Serius! Aku rasa sangat lega bila melihat Wan. Walaupun realitinya Wan sebenarnya sudah pergi meninggalkanku...

Ya....Wan memang mendapat tempat yang mendalam dalam hati aku. Dia sangat istimewa. Sebab itu aku sangat terasa dengan kehilangannya. Sangat-sangat terasa! Semalam ketika aku masuk tidur, terkenangkan rumah Wan di kampung yang sunyi. Tiada sesiapa di rumah itu pada waktu malam kerana mak akan tidur di rumah abangku. Apabila pagi mak akan kembali ke rumahnya.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah dan ibu, tolonglah ambil peluang menggembirakan hati mereka. Bukan hanya bertanya kabar, tapi turut berada di sisinya. Apabila sudah tiada, terlalu banyak yang dikesalkan. Contohnya, aku terkilan kerana tidak pernah membawa Wan dan mak makan sedap-sedap di restoran ikan bakar atau ikan kukus. Sebaliknya hanya masak di rumah sahaja. Bila dah uzur, mak ayah sudah tidak larat lagi nak ikut. Ketika mereka masih kuat, bawalah ke mana saja agar mereka gembira. Belilah apa saja makanan yang mahal-mahal untuk mereka. Walaupun mereka punyai duit sendiri, tapi apa salahnya kita belikan dan hidangkan untuk mereka, lalu makan bersama-sama. Walau apa pun makanan yang Wan suka makan, tapi Wan tetap suka makan mee kuah yang aku selalu masakkan untuknya. Bila masak mee kuah, aku teringatkan Wan. Namun aku cuba yang terdaya memenuhi kehendak Wan. Biasanya Wan suka berjalan apabila anak-anak balik. Bawalah ke mana sahaja mereka mahu, jangan lah berasa resah jika membawanya. Kerana seseungguhnya hadirnya bersama kita tidak lama. Suatu masa, kita akan rindu untuk membawanya berjalan-jalan bersama kita. Seperti yang aku alami....

Oh Tuhann....aku rindu Wan....
al-fatihah..dah 112 hari..4 julai-24Okt..

Thursday, October 20, 2011

109 hari......

Tangan ini...yang pernah mengusap rambutku....

Ketika aku berumur 5 tahun. Huhuu..di tempat yang sama juga, Wan dimandikan.... :''''-(

Beli serbuk teh kegemaran, masih ada lagi kat rumah.

Rindunya kat Wan, dah lebih 3 bulan Wan pergi. Namun memori bersama Wan tetap sentiasa kukenang setiap hari. Kenangan ke Pasar Siti Khadijah buat kali terakhir pada Jun lalu masih segar diingatan. Ketika Wan duduk di warung kopi sambil menghirup secawan teh. Selepas membeli serbuk teh, Wan tidak larat lagi untuk ikut kami maka Wan tunggu di situ. (Aku ulangtayang gambar lama untuk tatapan aku sendiri.)

"Wan nak duduk dalam kereta.." kata Wan apabila aku pergi menjenguknya bimbangkan jika Wan tidak larat. Muka Wan masa tu pucat kekuningan. Dia dah tak larat duduk di atas kerusi di warong.
Lalu aku memanggil kakakku dan kami terus membawanya turun. Kami terus menghantarnya ke rumah.

Masih ku terbayang di mataku ketika Wan sedang menunggu di warong. Wan nampak kepenatan.

Semasa kecil, Wan suka memegang tanganku yang kecik lalu diurut-urut jari-jariku. Apabila aku meriba Faiz, aku akan melakukan perkara yang sama, aku teringat semasa aku berada di riba Wan. Kadang-kadang Wan mengusikku dengan mendukungku lalu menghayun ke kiri dan ke kanan. " Anooook bongsu sapo?" kata Wan sambil tersengih. Ayat tu sampai sekarang menjadi ajukan adik beradik aku.

Adehh tiba-tiba kerongkongku rasa perit, mata nak berair...huhuu......
I love you Wan, always. Walaupun dah 109 hari Wan pergi, wajah Wan setiap saat terbayang di mata, suara Wan setiap detik kuterdengar. Maafkan anakmu ini seandainya aku pernah melukakan hati mu wahai ayah....sob sob....nak nangis rasanya. al-fatihah......aku berdoa semoga Allah menjaga Wan dan sentiasa memeliharanya. Aku yakin dan percaya, Wan lebih gembira di dalam jagaan-Nya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Penjaga.

nak study..sob..sob....

Kenapa buang anak?

Semalam kami sekeluarga menonton rancangan 999 di TV3. Aku lupa kat negeri mana tapi diorang cerita pasal kes seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun membuang bayi yang baru dilahirkan dalam tangki flush dalam bilik air. Mujur le kawan dia terdengar tangisan bayi berkenaan lalu segera menyelamatkannya.

Faiz yang sama-sama menonton rancangan tersebut berkata...

Faiz : Dia kata buang anak??Kenapa dia buang anak dia?
Aku : Sebab dia jahat la dia buang anak dia. Dia tak sayang.
Faiz : Mama dan abah tak buang Faiz kan......
Aku : Mama ngan abah sayang Faiz laaa...


Huhuu...rasa tersentuh pun ada, nak tergelak pun ada.....
Mesti dia rasa hairan apabila mak bapak buang anak sendiri. Faiz yang berumur 5 tahun pun reti fikir, apatah lagi perempuan tu yang berumur 23 tahun....

Orang lain berusaha untuk mendapatkan anak, mereka ni senang-senang je nak campak merata-rata. (Tiba-tiba teringatkan seorang kaunselor masa sekolah dulu. Katanya, bohsia + bohjan jadila booyott!) .

Ramai je orang nak anak, bagi je lah kat diorang ni. Tapi si boyot ni tak paham-paham dan tak boleh fikir sebab dah terdesak dan malu. Tu la orang kata tak cerdik. Orang Melayu je yang jadi cenggini. Orang cina, india, tak ada pun. Dah tau nak buat jahat tapi tak ambil langkah-langkah pencegahan. Makan le ubat ke apa ke. Tapi walau apa pun, ianya tetap salah dan berdosa. Nak kawen, masih sekolah lagi. Si laki pulak kerja pun tak ada. Dah tau tak tahan nak kawen, apa kata usaha cari kerja yang halal. Tak payah nak jadi bos, zaman sekarang ni berniaga pasar malam pun dapat duit banyak tau! Baru la mak bapak perempuan tu nak bagi kawen.

Yang pompuan pun satu...ishh....tak boleh kena ngorat langsung. Bila mat rempit buat pheewwwitt sekali je jadi teruja yang amat. Ataupun driver lori kontena bagi hon..ponnnnn....dah mula syok dah!! Kawan tu test power je pun. Kadang-kadang bangla tegur sikit je, "Adik manisss....mau pergi mana?"... uihhhh tersengih-sengih. Responsive sungguh!

Ingat! Kalau seorang lelaki tu ikhlas nak kawen, dia akan terus jumpa mak bapak perempuan tu dan cakap dengan terus terang, "Boleh ke saya nak kawan ngan anak pakcik? " , atau
" Bapak..ops..pakcik, saya nak kawen ngan anak pakcik!" atau ayat yang seerti dengannya.

Kepada anak-anak gadis semua, jangan le semudah itu anda meletakkan harga diri anda. Your dignity is priceless!

Tuesday, October 18, 2011

Bokojo lah kito......

Hujan lebat sungguh sekarang ni....
aku baru lepas makan nasik dengan ikan cencaru, beserta ulam dan sambal belacan kat Restoran Sarang Burung. Restoran ni terletak ni Jalan Kaki Bukit menuju ke Padang Besar. Aku tak sempat nak tulis entry panjang-panjang sebab sekarang ni aku dok buat literature review untuk projek aku. Aku nak upload gambar rehal yang aku beli kat Restoran Sarang Burung, tapi blackberry aku ni mereng bila aku nak send picture using bluetooth. Selama ni Faiz dok baca Iqra tak pakai rehal, guna bantal je buat lapik buku Iqra. Bagus jugak tekanan yang menjuruskan panic attack ni, at least aku tak duduk saja-saja tanpa apa-apa improvement. Oh ya, tak sampai sebulan lagi kami nak fly, aku belum study apa-apa pun pasal our travel nanti, semuanya encik hubby yang uruskan. Nanti ada masa aku nak baca. Aku tak sabar nak inform kat sini pasal destinasi kami...semestinya bestt!!!!!!!! Oklah aku nak sambung baca jurnal.

Monday, October 17, 2011

Hah panic attack!!!!

Kelmarin aku dah present dah dengan evaluator. Serius gila muka, aku dah kecut perut. Bila dah settled, banyak correction nak kena buat..waaargghhh!!!! Tajuk aku tu sebenarnya sukar dilaksanakan dalam masa berbaki 9 weeks nih! Sebab ianya pasal implementation. Implementation hapenye dalam 2 bulan. Evaluator suggest tukar jadi adoption je, instead of implementation. Adopting Service Oriented Architecture in Student Management System. Banyaknya nak kena repair.....uwaaaaaaaaaa...........
Kalau naik feri kena masuk ikut jeti.....
Kalau ramai kawan masuklah ikut jambatan...
Jumpa hidung mancung bukan semua pelancong..
Combi anak tanjung anak mami dok Jelutong....

Mailah sini..
Pulai Pinang Menanti..
Batu Feringgi Padang Kota..
Naik beca pusing Komtar
Pakat mai sini..
Pulau Pinang satu destinasi..
Tengok ular Tanjung Tokong..
Pesta Penang Sungai Nibong..

Begitulah bait-bait lagu Pesta Penang nyanyian Aris Ariwatan.
Weekend lalu kami ke Penang untuk menghantar parents in law ke Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang. Bila pergi kami naik kereta melalui jambatan Pulau Pinang, dan bila pulang kami menaiki feri. Ketika dalam perjalanan pulang, kami singgah makan masakan ketam Paksu di Juru. Katanya kalau nak makan kena telefon order dulu, tapi kami gamble je hari tu. Kami makan nasi goreng dan masakan ketam berkuah. Nasi dia biasa-biasa je, tapi masakan ketam dia memmangggg LAZAT!!! Thumbs up lah!! Nak kata macam kuah mee bandung pun boleh juga, tapi sedapp!!! Kalau tak silap aku harga sepinggan adalah RM10 bersamaan dengan 2 ekor ketam. Sebab orang belanja, aku tak teliti pasal harga, cuma macam ternampak harga dia RM10. Kata kakak ipar aku yang merupakan penggemar kedai Paksu, kedai makan tersebut akan beroperasi sehingga bekalan ketam mereka habis. Pastinya ketam fresh dari laut. Nyum nyummm!!!!


On the way ke pulau..

Masa balik.....

Warung Pak Su...cetepon..cetepon..ceciter ceciter!!!

Rugi tak ambik mee ketam....bila makan nasik ni rasanya tak kick sangat..
Meh la kite singgah ke Kedai Paksu di Juru, Penang, terbaikkk!!!

Saturday, October 15, 2011

Farewell mak dan bapa mertuaku

Ayah dan mak mertuaku dah selamat berlepas ke tanah suci Mekah petang tadi. Kami bertolak dari Sungai Petani pada pagi tadi ke Kompleks Haji Pulau Pinang. Betul kata orang, yang nak pergi haji seorang dua, tapi yang mengiringi habis sekampung hehehe...

Sebelum turun dari rumah tu ada tok iman yang bacakan doa. Ntah nape ntah aku rasa sayu dan sedih. Tengok muka bapa mertua aku, aku teringat kat Wan. Bapa dan mak mertua aku sangat baik orangnya. Syukur alhamdulillah kerana aku dapat keluarga mertua yang baik yang tak kacau aku hehehe... Maksud aku bukan jenis yang kepoh. Bapa mertua aku ni kaki masjid dan orang yang dihormati di kampungnya. Walaupun aku ni menantu perempuan tunggal (ehemm) tapi aku tak rasa ianya menyusahkan jika hubby aku banyak membantu keluarganya, sebab aku imagine dia adalah seperti Wan. Sudah tentu dia harapkan anak lelakinya untuk menolong mana yang patut. Biasanya orang kata kalau kawin dengan anak lelaki tunggal, habislah kau Jah! Tapi pada pendapat aku, kalau kita ikhlas dan rendahkan kita punya ego, insyaAllah kita boleh masuk dalam keluarga mereka. Aku bersyukur kerana Wan sangat menyenangi ibubapa mertua aku, dan Wan juga sangat menyayangi hubby aku. Nak ambil hati mertua kenala rajin masak walaupun hanya sardin heheh. Kat umah mertua aku mesti masak untuk lunch, dinner. Tapi untuk breakfast, mintak maaflah sebab aku biasanya tidur balik lepas subuh kehkehkehhh...nasib baik bapa mertua aku selalu beli nasi lemak siap-siap. Jangan marah ye bapak, memang aku suka tidur di hujung minggu hihiii!

Oh..sambung cerita haji tadi. Selesai berdoa dan azan, maka kami pun bertolak beramai-ramai ke Penang. Aku tak kira pulak berapa buah kereta tadi. Tapi aku tak terus ke Penang, sebaliknya kami ke Gurun, Kedah untuk hantar atuk saudara hubby aku pulang ke rumahnya. Dia tak larat nak ikut, dah tua dah dalam 80-an. Namanya Tok Tam, eh aku tak taula nama penuh dia. Aku suka tengok Tok Tam sebab muka dia sejuuuuk je aku tengok. Tok Tam kerjanya sebagai tok siak masjid. Dia suka bagi nasihat. Tapi most of them aku tak paham sebab lorat Kedah pekat heheheh....lupa pulak aku nak snap gambar dia. Tahun lepas Tok Tam kena langgar motor ketika balik dari masjid. Mujur tak teruk dan dia dah sihat macam biasa. Masa hantar Tok Tam di rumahnya, kami turun jap salam-salam dengan anak-anak dia. Oh ya, jangan jadi sombong kalau kita pegi rumah orang, at least kalau tak mau masuk dalam rumah pun, salam pun jadilah. Huuu hebakk mu kalau setakat berhenti tepi jalan tak mau singgah salam ngan orang tua! Lainla kalau dah kerap sangat jumpa, ni jumpa setahun beberapa kali je.

Lepas tu kami pun terus ke Penang. Nanti la aku upload gambar in my next entry sebab skang ni pakai line GPRS kat kampung, slow. Kat kompleks tabung haji tu dah jem dengan orang ramai. Aku dok bising suruh hubby berhenti tepi jalan beli makanan sebab budak-budak ni kelaparan sebab tadi tak breakfast ( aku yang lapar sebenarnya hehe). Lepas singgah beli bihun dan kuih muih, aku suap budak-budak ni makan dalam kereta. Bila kenyang, tak ada le nak meragam sangat.

Dipendekkan cerita, maka tibalah masa untuk bersalam-salaman dengan ibubapa mertuaku. Dulu masa aku hantar mak dan Wan pergi haji, aku tak rasa sedih pun. Tapi ntah kenapa kali ni aku rasa macam nak nangis. Lagi-lagi tengok adik-adik ipar dok nangis sampai merah muka. Aku ingat nak pesan, "Tolong doakan Wan ya.." tapi tak terkeluar pulak sebab aku rasa perit kerongkong. Maka mereka pun masuk ke dalam bangunan kompleks dan we went home. Aku doakan semoga ibubapa mertuaku selamat mengerjakan ibadah haji di Mekah dan selamat kembali ke tanah air. They are nice people, semoga Allah mengurniakan mereka haji mabrur. Balik dari komplekas tabung haji, kami singgah makan nasi goreng ketam. Aku yang bukan penggemar ketam ni mengiktiraf kesedapan masakan ketam tersebut. Nanti aku cerita lain kali ye beserta gambar. Esok aku singgah kat UUM nak ambik buku log dan jumpa supervisor.


Thursday, October 13, 2011

Pisang

Tadi singgah kat kedai buah, kat tepi tu ada jual kuih-muih. Sambil tunggu kawan aku, aku jenguk kedai buah..zassss.....teringat Wan suka makan pisang......otak aku ni macam flashback filem je....
Sebelum tu lalu kat masjid, orang baru keluar daripada masjid sembahyang jumaat. Ada yang muda ada yang tua...zaassss....nampak Wan lagi....

Balik opis, makan dan makan lagi. Tadi dah lunch laksa. Makan banyak macam rimau. Aku rasa macam dah montel sikit.

Ohh...baru aku teringat, semalam aku mimpi Wan tunjukkan arah kiblat masa aku nak solat.

I love You Wan....always...

PhD????

My ex-schoolmate tengah buat PhD kat US!!!!
Dia kelas bersebelahan kelas aku tapi kami tak pernah berkawan pun. Jumpa gitu-gitu je.
woww kagum!!! Aku ni master pun tak habih lagi. Mampukah aku melangkah ke peringkat ke seterusnya? It really needs hardwork...wow aku tabik spring pada dia! Bukan apa, sebab muda lagi. Kalau umur 30-an, 40-an aku tak pelik sangat.

Aku yang belajar dalam Malaysia ni rasanya kurang berdikari dengan suasana di sini. Bukan salah suasana, tapi salah aku. Everything is easy. Jadi manja la sikit.

Bolehkah aku ikut jejak langkah kawan aku? Ikut laki pun boleh hehehe..berangan sekejap. Tapi aku tak sanggup tinggalkan mak aku. Sebenarnya hubby aku dah dapat tempat buat master kat Germany 3 tahun lepas, tapi di sebabkan masalah teknikal, maka tak jadi la fly. Aku yang frust nak mengekor masa tu berasa kecewa. Rupanya ada hikmah yang besar di sebalik kejadian itu. Pertamanya, aku dapat berada di samping Wan ketika dia memerlukanku. Dan aku berada bersamanya disaat dia pergi. Kedua, aku pun boleh sambung master kat sini. Kalau aku ikut dia sambung belajar, bila balik Malaysia aku belum ada apa-apa progress pun. Sekarang at least aku dah berada di semester akhir, insyaAllah. Kita merancang, tapi Allah is The Best Planner.

hari ni hari Jumaat, hari Wan selalu ke pasar pagi iaitu Kedai Lalat dengan mak aku. Namanya pelik kan. Tapi ianya sama macam pasar pagi. Bukannya jual lalat. Tadi terbayang Wan di bilik CCU..ahhh...painful!!!

al-fatihah, dah 102 hari. 4 Julai-14 oktober.

aku mimpi Wan tapi selalu lupa, takleh nak recall.


Kenapa harga babi tak naik-naik????

Aku beli ayam Jumaat lepas, sekilo RM11!!!!
Main beli je, tak tanya harga sekilo berapa. Lepas tu baru tau. Cissss wakenabeb!!!!!
5 tahun lepas sekilo RM4.70 je. Akibat ketidakbijaksanaan pihak tertentu yang menaikkan harga minyak dengan drastik maka rakyat menanggung beban, naik lagi dan lagi!
Yang aku nak marah tu, bukan reti naik sikit-sikit, semua barang naik paling koman pun naik 50 sen.

Nasi ayam pun dah jadi RM4 daripada RM3.50, gilo apo? Orang yang berpendapatan tinggi tak ada masalah, sebab mahal macam mana pun diorang beli. Kuasa membeli ada pada pengguna, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Kalau semua pakat boikot ayam tu, aku rasa tokey ayam boleh nangis. Dan aku tertanya-tanya, harga ayam asyik naik dan naik, kenapa tidak harga babi???? Mau meraung golongan yang makan babi. Pembekal-pembekal ayam ni faham-faham sajalah siapa kan. Cuba tengok daging lembu, tak ada la nak naik secara drastik pun, sebab Melayu yang handle kan??

Cuba kerajaan penaik harga siling babi aku nak tengok, ada berani??? Gerenti tak berani huh!

Lunch!

Makanan orang tua-tua nih, baaaagus untuk kesihatan hehee....

Asek tayang makanan je...aku tak sempat nak mengarang. Isnin ni kena present proposal..takuittt!!!! Dah tau dah nama evaluator. Diorang kata, evaluator aku tu suka tanya macam-macam in detail...waarrggghhh!!!!! Beberapa hari ni aku dok buat tutorial je. Malam ni nak baca dan buat slide. Heeeee..bila suspen aku jadi sakit perut!

Hari ni ada birthday girl belanja makan. Aku punya la nak jimat, order air kosong je. Dah siap order baru tau ada orang nak belanja, rugi tak ambik banyak-banyak kehkehkeh! ehehhe sebenarnya kalau makan nasik banyak, aku akan minum sikit je sebab tu order air kosong. Kalau makan sikit, minum banyak, sebab nanti nak bernapas pun tak buleh. Oklah bye!

Wednesday, October 12, 2011

Farewell encik Crab!

Well...what do we have for dinner tonight?

I just went into Bikini Bottom....and guess what I saw?

Mister Crab is dead! Mati lemas? hahaaa! tak dapek nak nolong! I've told you Mr Crab, money isn't everything hahahaa.....
Nampaknya Spongebob kena cari kerja lain.

Mungkin buka kedai tomyam instead of crabby patty!

This is how I prepared the ingredients....tumbuk semuanya! Dan tumis dalam periuk.
dan makan dengan mee kuning...yummy!

Tuesday, October 11, 2011

Eeeee...comelnyaaa!!!!!

Comel tak budak pompuan ni? Ni lah cucu saudara aku...iaitu cucu kakak aku yang sulung. Comel kan! Namanya Mia....comel sungguh Mia ni, manis! Yang aku geramnya, susah nak 'tangkap' dia ni..mesti lari bila aku nak pegang,..hehehe...no wonder la sebab mak dia (bini anak saudara aku) pun sangat cantik orangnya....orang Pasir Mas...

Monday, October 10, 2011

99 days of pain........

Kali terakhir Wan melihatku.....
I kissed his cheek and hugged him...
He was looking so sad when I was about to leave him..
With my backpack on my back, I walked away....I turned my head a few times looking at him...
he was looking at the other side....
I bit my lips.....tears came down..It was difficult to breath with choked throat....
a week later...I came back.....
with the same backpack on my back, I ran to him crying....
he didn't even recognize me....
I was the only person by his side a few minutes before he went unconscious.....
"Wan....it's me...M"......I cried and cried...
I swear....that was the hardest, the scariest and the saddest moment in my life!
I teach him the shahadah....until my brother came holding my shoulder... and we went out....

After the life machine was set up....I waited by his side until evening..
reciting yasin and teaching shahadah repeatedly.....until I lost my voice...
until now, my voice is still husky....

and that evening...he left this lucky girl....
I am your lucky girl father....
I will be missing you in every blink of my eyes....
I love you so much....
and I need you so much...
al fatihah.....

Dear father....
It has been 99 days since we said good bye.....
Tapi kadang-kadang aku merasakan seperti Wan masih ada....
Bila aku sedar yang Wan sudah tiada lagi, aku merasa kecewa....

Semalam....aku tengok berita Buletin Utama TV3....
aku terbayang yang Wan sedang menontonnya di rumah....
aku lupa...Wan sudah tiada......

Tadi...aku melintasi sebuah kedai kasut.....
kelihatan kasut hitam seperti palas jazz di atas rak...
aku teringat yang Wan suka pakai kasut tu...
tapi aku lupa....Wan sudah tiada....

Semalam...ketika aku membuka peti sejuk...
kelihatan buah nanas yang telah dipotong....
aku teringat yang Wan suka makan nanas....
tapi aku lupa....Wan sudah tiada....

Semalam...ketika aku sedang membasuh sotong segar...
aku teringat yang Wan suka membeli sotong...
sotong itu dibasuhnya dengan cermat....
tapi aku lupa....Wan sudah tiada...

Segala apa yang aku lihat...
pasti kelibat Wan turut terbayang....
kadang-kadang..bila bersembang dengan kawan-kawan...
aku sering menyebut pasal Wan...
kata aku.." ayah aku suka makan itu..ini...."
atau " ayah aku selalu buat begitu...begini.."
bila tersebut nama Wan, hatiku tersentak...
kerana Wan sudah arwah.....
dah jadi Allahyarham Ahmad bin Mat Amin.....

ketika Wan pergi....
aku lebih banyak berdiam diri....
ketika orang lain rancak menyanyikan lagu raya...
aku hanya mendengar dan melayan perasaan....

ketika orang lain sibuk membuat persiapan raya....
yang aku mahu hanyalah pulang menziarahi pusaranya.....
aku mahu pulang melihat pusaranya.....
rasa macam tak percaya....
jasadnya sudah hancur di bawah sana....
matanya, senyumnya....
ohh....aku rindukan gelak tawanya.....

4 Julai-11Okt- 99 days of sorrow

Mujahadah! Come on baby!

Tadi pada pukul 10 malam, si Faiz dah ajak aku tidur. Diorang bertiga dah nak masuk tidur. Aku yang mengantuk gila ni ingatkan nak tido dulu dan bangun solat isyak kemudian. Tapi bila diorang dah tido, aku tak jadi nak join. Aku solat dulu, sapu sampah, basuh kain. Hmmm jadi banyak benda yang aku boleh buat kalau tak tidur. Bestnya tengok diorang tidur. Aku suka menyelit di celah-celah budak dua orang tu and hug them. Tidur berhimpit-himpit dengan udara sejuk air cond memang la syiok! Bila tengah malam sikit..dushhh...kaki diorang terkena muka aku ni.

Aku baru lepas install .NET Framework 4. Bila install yang ni, boleh buka pulak MS SQL Server 2005. Maybe dia nak .NET terbaru kot. Aku pun tadi main download je sebab otak dah jem, tak larat dah nak try and error. Lepas solat dan baca yasin untuk Wan, aku rasa segar sikit. Biasanya selepas baca yasin, aku akan hembuskan ke ubun-ubun anak-anakku. Tadi diorang tidur aku tiupkan kat kepala diorang. Kalau diorang tak tidur, automatik budak dua orang tu akan datang selepas aku selesai mengaji dan suruh tiup kat kepala diorang hehe. I blew on their heads and kissed them.

Oklah, aku nak buat tutorial Web Services guna Netbeans ni. So many things to learn. Bila get stuck I'd better seek for my supervisor's help.

Bestnya kalau boleh tidoq, but.... NO PAIN, NO GAIN!

ps: alamak...mata kanan aku dah mula nampak blur je...nehiii aku tak mau pakai spek!!!

Sunday, October 9, 2011

Installing IIS without WinXP service pack 2 and registering .ASP with IIS

Fuuhhh..berpeluh-peluh aku dok buat benda ni seharian. Berbantukan Mr google maka aku melayari forum-forum untuk mencari solution. Masalah aku adalah komponen IIS tak di install kan dalam komputer aku. Bila nak install MS SQL Server, komponen IIS diperlukan. Bila nak install IIS (Control Panel->add/remove program->add/remove component), tandakan IIS component, maka dia mintak CD WinXP Service Pack 2. The problem is aku tak ada CD, so kita buleh install dari Internet. Go to this link. Kemudian ikut step dia, copy file IIS dan extract ke dalam hard disk. Kat situ ada 2 steps, sama ada copy service pack 2 files, atau copy hanya IIS file. Aku download IIS file je. Ikut step dan it will work. Masa insert item dari file IIS yang di extract, kita hanya perlu klik kat item yang muncul dan klik ok je...setiap kali keluar mesej error terus je select item yang muncul dan klik ok sampai selesai. Klik lagi dan lagi. Pada mulanya mungkin kita merasakan ada yang tak kena, tapi jangan risau!

Kemudian, bila nak install MS SQL server 2005, ada error message saying that :

SQL Server Setup failed to obtain system account information for the ASPNET account. To proceed, reinstall the .NET Framework, and then run SQL Server Setup again.

Aku nyaris-nyaris nak uninstall .NET tadi. mujurrrr aku sempat browse more forums. Bukan masalah tak ada .NET, tapi .ASP dan IIS tidak di register kan. So ikut step di link ini.

Kena guna command prompt. Tadi aku dah lupa guna DOS.


Change directory di mana .NET tu ada. Aku lupa command DOS tadi, mujur kawan aku ada tadi. Thanks friend!

cd..
cd windows\microsoft.net\framework\v2.0.50727..
aspnet_regiis.exe -i

and......succeed!!!!!!!
adeh pedih mata aku seharian buat benda ni....Oh ya, kalau ada problem, kena browse forums dan cari solutions yang commenter prove kata berjaya. Kalau ramai kata it works,memang it will work la.
Ok la nak lunch...byee

Friday, October 7, 2011

Macam-macam pesen....

Adehh....lenguhnya kaki aku....
dari pukul 8 malam lagi aku dok berdiri, sampaila pukul 10 malam...
apa yang aku buat hah?

Hehe sebenarnya aku dok try pakai selendang yang aku beli petang tadi hahhaaa!!!!

Aku tak pernah pakai selendang pesen zaman sekarang nih. Aku rasa 'terliur' untuk mencuba setelah sekian lama pakai tudung indon segera tu. Nampak comel je tengok kawan-kawan aku pakai. Ada juga yang aku rasa agak aneh, iaitu jenis yang main letak atas kepala macam hood tu. Yang tu aku rasa aku tak pakai kot. Lagipun aku bukannya muda lagi nak pakai terlebih aneh ni. Penah aku suarakan nak pakai selendang yang terlalu banyak batu-batu berjuntaian tu (saja je nak provoke mr hubby)..

"Pakai tudung tu untuk apa? Tujuan pakai tudung?"....tanya hubby.

hehee terkena sebijik....
ataupun..

"Pakai cantik-cantik nak tunjuk kat sapa?" hah amek kau!! hehehe

Mungkin selendang yang aku beli tadi tu biasa je dan tak over sangat jadi dia tak banyak komen hehe...lagipun murah je selendang ni, RM8 boleh dapat dah. RM5 pun ada. Aku dah boring pakai tudung indon sebenarnya, tapi ianya cepat, main sarung je.

Dari segi pakaian, aku sebenarnya outdated juga heheee...

"Untung kawen ngan mama, maintenance murah je, makan nasik ngan ikan kering pun boleh!" kataku kat hubby hahhaaa......

Tengok orang pakai cantik-cantik aku teringin juga, tapiiiii.....aku tak sanggup nak habiskan duit banyak untuk beli baju yang mahal-mahal, Sayang duit weyy!!!!! Dahla aku suka jalan dan sentiasa nak melancong sana sini. Duit banyak disalurkan untuk berjalan dan makan.

Aku selalu ke kedai pakaian ala-ala Hari-Hari, namanya Indah Ceria. Nama spesen dengan kedai pakaian Cina. Kat situ aku beli baju anak-anak aku murah je, less than RM10 boleh dapat. Elok je aku tengok. Setakat nak beli seluar trek, baju T pakai dalam rumah, bolehla kan. Kalau baju untuk berjalan-jalan, baru le aku beli yang elok sikit. Macam juga baju pergi kerja, huhuuu semua dah nak expired dah hehee....aku tunggu bulan 12 ni nak buat baju baru secara besar-besaran. Biasanya setahun sekali aku buat banyak-banyak pasang. Tapi dok tempat panas ni, pakai cantik-cantik pun buat penat je, sebab berpeluh! Selekeh je aku ni hehee....tapi sempena nak masuk 3rd series tahun depan, rasanya aku kena ubah sikit, pakai comey comey sikit boleh tak? Takkan makin tua makin selekeh kot?

Huarrgghhh....
Ngantuk la pulak....esok aku ada workshop kat UUM.


Thursday, October 6, 2011

Bila bersendirian.....

Bila sendirian.....
terbayang wajahmu....

Ketika aku duduk sorang-sorang kat bilik ni....
aku teringat pada 4 Julai 2011, Isnin...
di mana ketika aku menerpa Wan yang sedang nazak sambil aku menangis teresak-esak...
sambil menahan esakan, aku membisikkan kalimah Allah pada telinga Wan...
sungguh...tak sanggup aku melihat Wan gasping for breathing.....
bila teringat saat itu, hati aku rasa hancur! Terbayangkan saat-saat itu pun dah cukup buatkan mataku berair.....

"Wan...ini M ni.....kata Allah.....jangan lalai Wan!!! Tak boleh sebut di mulut, kata dalam hati....."

misi-misi hanya melihat aku teresak-esak....kata-kata itu aku harap Wan faham dan ikut....

al-fatihah Wan..rindunya kat Wan, hari ni hari Jumaat. Selalunya Wan akan ke kedai Lalat kat Kota Jembal. Tiada lagi tarikan untuk ke Kedai Lalat, sebab Wan sudah tiada... :(

Quran by Heart



Sebelum ni aku bagi link video Quran by Heart dari YouTube kat sini tapi dah di remove dari YouTube. Layan yang ni pulak.

Macam mana nak jawab hah?

Faiz selalu suruh aku nyanyi lagu Haji Menuju Allah, by Raihan. Katanya dia suka dengar. Dan aku selalu jadi penyanyi jemputan menyanyikan lagu tu.

Aku : Nanti tokwan dan tok nak pergi ke Mekah la, naik haji.
Faiz : Mekah tu kat mana?
Aku : Kat dalam tv yang tunjuk Kaabah tu
Faiz : Yang kotam hitam dan oren tu ke ?
Aku : Ya, tu la kaabah.
Faiz : Buat apa kat Kaabah?
Aku : Solat kat sana la

Lalu aku sambung nyanyi....

Pergi haji...
ertinya menuju Allah yang Esa..
membawa hati dan diri yang hina...
memberi hadiah..
kepada Allah....
berhati-hatilah menghadapnya...

Faiz : Bawa hadiah kepada siapa?
Aku : Kepada Allah la..
Faiz : Allah kat mana?

(lalu aku menyiku abahnya...psstt..nak jawab camna ni abahnya?)

Abah : Allah kat langit, kita tak nampak
Faiz : Mana? Tak nampak pun!
Abah : Tinggi, kita tak nampak
Faiz : Allah naik roket ke? Macam angkasawan?

Aku dan abahnya: ??????????

Macam mana nak jawab ntah??? Jawapan kami pun salah, Allah bukan di langit. Rujuk di sini, tapi nak explain tu kompleks sikit la.

Tuesday, October 4, 2011

Visa dah siap.....

Alhamdulillah..visa dah siap, we are getting closer!!! Tak lama dah, bulan depan! Dan aku seperti biasa gasping for air bila nak save budget untuk duit poket. Selama hampir setahun aku dok berjimat cermat ni. Tahun lepas aku berjimat untuk ke Sabah, tahun ni kita pergi jauh sikit. Nanti dekat-dekat nak fly aku announce our destination. Yezzaaaa aku tak percaya!!! InsyaAllah mudah-mudahan selamat. Passport kami valid untuk 2 tahun. Tahun depan kena cari destinasi lain pulak baru berbaloi. Dan awal tahun depan kena saving lain pulak. Tapi tak pasti la buleh fly lagi ke tak sebab rumah baru dah nak siap, nanti nak kena potong duit rumah pulak. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami. Hehe macam nak pergi esok lusa dah..hahaaa....

Hmmm untuk master project aku pulak, esok nak kena hantar proposal kat pejabat am sebab nak kena present dengan evaluator pula. Aku harap dapat evaluator yang baik dan bukan killer. Syukur aku dah buat awal-awal lagi sejak bulan puasa. Kelmarin kawan aku called kata ada notis kat FTM, katanya kena submit minggu ni. Tapi kat portal diorang tak update pun, so apakah gunanya portal??????? Ramai kawan aku tak tau jadi diorang dok panik buat proposal sehari dua ni.

Oh ya..semalam aku mimpi Wan ketika dia sakit, aku mengurut-ngurut badannya. I hope I will keep dreaming of Wan.
al-fatihah..4 Julai-5 Okt. 2011 , dah 93 hari

Okla aku nak study ni...

Sunday, October 2, 2011

What's new this month?


Sebenarnya tak new sangat pun tapi aku lambat update. Aku suka guna Oral B mouthwash tapi hari tu tak sempat beli sebab kena pergi ke Watson baru jumpa. Aku beli Plax Gentle Care. Sebenarnya aku nak elakkan rasa 'pedas' sebab tu aku beli Oral B, tapi Plax Gentle Care ni kira ok juga sebab tak le kuat sangat rasa mint dia tu..aku tak pasti la, yang rasa sengal-sengal tu mint ke? Atau bahan aktif lain? Dan aku juga beli Safi Rania Gold Serum yang aku dah pakai sejak beberapa bulan yang lalu. Tangan aku ni juga rasa gatal-gatal nak beli benda lain tapi aku tahan-tahan..sabarrr...sabarrrr...bulan depan banyak nak pakai duit...bulan 12 buleh la enjoy balik setelah hampir setahun aku menahan diri dari membeli sesuka hati...

91 days....

4 Julai - 3 Oktober 2011
Dah 91 hari....al-fatihah.....
malam kelmarin aku mimpi Wan...
aku cium pipinya and I can smell him....
I love you ayah....
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati......

Change the tradition..can't you?

Ketika sebelum kahwin dahulu, aku ada perasaan bimbang tentang satu perkara...
perkara apa? Bila dah kahwin dan beranak pinak, aku tengok orang perempuan nampak dah tak terurus dan gemok!!! Alamakk!!! Mesti begitu kahh???
Kemudian rambut kusut masai, kalau pakai tudung pun senget-senget serabai, hingus anak melekat kat tudung...bau hanyir dan...eeeee...macam tu lah yang aku nampak...

Ya...memang la penat, tapi tak semestinya kena jadi rugged mum...yang perlu hanyalah KEBERSIHAN! Change your cloth regularly, ikat rambut kemas-kemas, pakai bedak wangi-wangi..bukan susah pun! Budak-budak mandikan bersih-bersih. Anak-anak aku dah pandai mandi sendiri tapi di bawah pengawasan aku, tapi aku mesti akan gosok badan diorang. Kalau diorang mandi main-main, sekurang-kurangnya sebelum tidur aku sental la bersih-bersih. Budak-budak ni kalau mandi sendiri ni bukan bersih sangat, sebab tu la kena tonyoh-tonyoh sikit. Aku pulak suka beli mandian bermacam-macam jenis bau. Aku suka rotate ikut selera. Ada bau buah, bunga, susu, dan tak lupa Lifebuoy. Kalau budak-budak ni mandi kerap sangat, aku bagi pakai sabun bau buah-buahan, kalau diorang main comot aku mandikan dengan Lifebuoy. Kalau ikut diorang, nanti habis semua sabun tu diorang picit je. Aku sendiri pun mandi dengan 2 jenis sabun. Mula-mula dengan Lifebuoy, lepas tu dengan Johnson milk bath tu. Aku suka bau-bau fresh ketika mandi. Lepas mandi pun bau fresh je, tak payah pakai perfume pun dah wangi dah. Kalau rajin aku sental dengan bedak rambai.

Dan aku juga tak paham orang yang hanya tau tempek kat luar je tapi sebenarnya, kulit tak bersih. Nombor satu, kulit kena la sihat dan bersih, lepas tu baru la nak tepek segala macam kosmetik. Ini terbalik pulak, kulit tak jaga tapi dok tepek segala macam kosmetik yang plastik huhuuuu.....

Lagi satu, jangan bagi gemuk sangat!!!! Kalau anda pun tak selesa melihatkan badan yang montel, begitu juga orang di sekitar anda lebih-lebih lagi suami anda!! Berisi is ok, jangan gemuk sangat je. Bukan apa...takut sakit heheee....lepas tu we may look unattractive to mr hubby if we are fat. Memang le laki kata dia sayang, tapi untuk diri sendiri pun mesti nakkan badan yang ideal kan. Aku dah penah rasa gemuk, dan kurus sekeping. Sekarang ni aku dok di tengah-tengah. Dan aku tau macam mana rasanya bila gemuk, dan bila kurus kering..semua tak kena heh!! Cuma sekarang aku nak ubah tradition yang sekian lama berlaku iaitu bila dah beranak pinah akan jadi gemuk dan unattractive. Bukan nak attract sapa-sapa pun, cuma nak bagi konfiden. It's up to you to choose. Nak bergerak pun malas lepas tu kata tak nak gemuk..hishhh!!! Kemudian dok tergolek macam tong drum heheee.....Jom jadikan cabaran! Kena usaha sikit, be hygiene, clean and active!!!