Monday, April 30, 2012

Toner timun organik

Tadaa....
dengan kos sebanyak 80 sen, aku berjaya menghasilkan toner timun organik... hehehe bukan susah pun, blend, tapis dan simpan dalam peti sejuk. Bila pakai kat muka masa sejuk tu..fuhhhh memang refreshing!

Tiba-tiba aku dapat idea nak buat toner tomato dan carrot pulak. Toner timun ni boleh tahan selama seminggu dua. Bubuh kat tempat beku lagi tahan lama. Bila nak guna boleh cairkan.

Macam-macam...

Dah lama nak berceloteh di sini...
pedihnya mata aku mengadap projek. Baiklah.. aku dah give up dengan Plan A. Malam ni nak start dengan plan B pulak. Buang masa aku sebab tak selesai apa yang aku nak buat. Lusa aku nak mula writing insyaAllah. Nak bagi settle cepat-cepat. Serabut kepala otak aku ni. Dan dah lama juga aku tak pakai serum, tak sempat dan malas sebab cuaca panas. Aku cuma tak miss sunblock aje. Muka pun macam orang kena malaria je, dengan lebam bawah mata.

Esok hari pekerja. Lusa aku start kerja balik setelah 2 bulan bercuti... isk isk cepat pulak 2 bulan berlalu. Rasa macam sekejap aje. Malas pulak rasanya nak kembali ke tempat kerja. 

Aku dok training bawak kereta skang ni. Masa balik kampung aku bawa Kelisa. Senang bawa sebab kecik. Kereta kami dok pakai ni keta Persona. Bagi aku yang amatur ni, rasa payah sikit sebab ianya panjang dan bonet tinggi. Dahla manual pulak tu. Tak kisah manual pun, janji kecik. Lepas ni nak kena cari second car yang lebih kecik. Kelmarin survey Kancil dan Kelisa kat kedai kereta 2nd hand. Nak beli kereta baru takdak duit weh! Tapi tak desperate sangat pun lagi sebab dah ada kereta proton saga buat spare. Kelmarin aku drive balik kampung kat Sg. Petani. Hehehhe habibi cuak aje bila aku bawak keta. Aku kata, aku pun cuak bila dia drive terutamanya bila speeding. Driver confident, passenger je yang panic.

Itu aje la cerita aku seminggu dua ni. Tadi sepatutnya aku jumpa supervisor, tapi aku cancel sebab nak bagi settle dulu. Ahad depan insyaAllah aku nak tunjuk plan B yang aku nak mula malam ni.

Oh ye, malam ni aku nak ke supermarket kat Changlun nak beli timun!
ehhehe aku tengok kat dalam tv baru-baru ni. Ianya pasal kegunaan timun untuk merawat dan menyejukkan muka. Aku tengok dia blend timun batang, lepas tu tapis dan ambil airnya. Airnya dimasukkan dalam botol dan disejukkan dalam peti sejuk. Bila nak guna, boleh sapukan pada face cotton atau spray kat muka bila muka terasa kering dan tegang. Nak kena cari botol spray kecik ni, ada ke ha? Nampak best aje. Dulu zaman remaja aku penah buat pakai timun ni. Bukan blend, aku main tenyeh aje tapi best sebab sejuk dan melembutkan kulit. Bukan setakat timun. Macam-macam bahan organik yang aku pakai kat muka ni, seperti putih telur dan air kulit kayu manis. Air kulit kayu manis gunanya untuk menghilangkan parut jerawat. Tapi kena tahanla sikit sebab ianya agak panas. Macam nak terbakar je kulit.

Okla...takde idea nak tulis apa ni.


Tuesday, April 24, 2012

Rawatan Perubatan Islam Darussyifa

Tadi aku dan abang membawa mak ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa cawangan Bachok. Aku google alamatnya kat www.darussyifa.org dan dapat alamat serta nombor ustaz terlibat. Ada 3 cawangan di Kelantan iaitu Bachok, USM Kubang Kerian dan Kuala Krai. Rumah aku dekat aje dengan USM tapi klinik rawatan dibuka pada petang Khamis dan Sabtu aje, jadi kami ke cawangan Bachok yang dibuka pada sebelah malam pada kebanyakan hari (boleh rujuk jadual kat website darussyifa). Cawangan yang kami pergi tadi terletak berdekatan dengan Balai Polis Bachok. Klinik tu dok sebelah kiri sebelum sampai ke Balai Polis yang terletak di sebelah kanan (kalau dari arah Pantai Irama).

Ketika tiba, klinik masih belum dibuka. Ianya merupakan sebuah rumah kampung yang ditampal banner Darussyifa Bachok beserta gambar pengasasnya iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tidak lama kemudian ustaz bertugas tiba dengan  menaiki sebuah kereta kancil. Masih muda orangnya, dengan berserban di kepala, aku menyuruh abang aku pergi dulu dan kami mengekori untuk masuk ke dalam rumah. Segan aku jumpa ustaz-ustaz ni hehehe, respect sebenarnya.

Tiba-tiba teringat ketika di UKM semasa aku masuk group Ikatan Studi Islam. Semuanya geng-geng tudung labuh dan ustaz yang berdahi hitam. They were so nice and caring. Sweet memories la masa dulu. Ada sekali tu ada program Qiamullail kat masjid UKM. Kitorang semua tidur kat masjid dan makan dalam talam. Pada sebelah malam ada program seperti panduan solat. Ada ustaz (student Fakulti Pengajian Islam), dia bagi tunjuk ajar pasal rukun-rukun solat. 

Tiba-tiba dia panggil aku, "Ha ustazah, apa dia rukun sembahyang yang ke (berapa ntah aku tak ingat)?

huhuu terus aku rasa nak lari keluar aje. Dah la pangge aku ustazah (semua dia panggil macam tu), mana aku nak ingat rukun semua tu, sebab bila solat, aku buat aje, mana nak ingat secara teori. Hehehe kenangan la. Ada pengalaman masuk tamrin kat dalam hutan. Aku jadi ketua kumpulan kena lalui jalan-jalan dalam hutan dan kena berhadapan dengan facie berkopiah yang akan torture di tengah jalan. Ada sekali tu facie nak ambik token yang kami bawa. Aku sebagai ketua berkeras tak mau bagi. Ala.. biasa la kalau program macam tu, mesti ada token yang kita kena jaga betul-betul. Sebab berkeras tak mau bagi, facie tu lagi la berkeras. Setelah bersoal jawab, lama-lama aku rasa tak tahan, lalu aku pusing belakang dan menangis teresak-esak. Huawahuaaa.... camna boleh nangis nih hihiiiii. Facie tu terus senyap dan cuak bila aku nangis tersedu-sedu. Hehheheh best la masa tu, nostalgia indah bila dikenang kembali. Bila malam, kena meredah hutan sambil diusik oleh facie yang menyamar sebagai hantu di tengah jalan, jadi pocong terbaring la, macam-macam. Ni semua gara-gara tengok ustaz tadi.

Hehehhe ok sambung. Maka bila sampai giliran mak aku, kami bertiga masuk ke dalam sebuah bilik. Ustaz tu duduk di atas kerusi dan mak aku duduk di bawah sambil meluruskan kakinya. Ustaz minta izin untuk pegang kepala emak. Sebelum tu kami diminta mengisi sehelai borang. Kena tulis nama pesakit, nama emak pesakit, umur, alamat, serta penyakit yang dihidapi. Juga ditanya sama ada mak pernah mendapatkan khidmat bomoh. Dan jawapannya adalah tidak pernah hehehe.

Rawatan yang diberikan adalah dengan bacaan doa dan ayat-ayat Al-Quran yang ditiupkan ke dalam sebotol air mineral yang disediakan. (sebelum tu dia tanya, ada bawa air ke tak, kalau tak bawa, kat sana disediakan). Juga dihembuskan ke ubun-ubun emak. Tak sampai 10 minit, selesai. Ustaz juga berpesan supaya mendapatkan 21 helai daun bidara. Selama 3 hari, tumbuk 7 helai daun bidara setiap hari hingga lumat dan campurkan dengan sebaldi air beserta segelas air mineral tadi. Air itu haruslah digunakan untuk membuat bilasan terakhir selepas mandi dan berwudhuk sebelum solat maghrib.Kata ustaz, berdoalah kepada Allah semoga beroleh kesembuhan, insyaAllah. Khidmat yang diberikan adalah percuma. Tapi kalau nak bagi juga, boleh masukkan dalam tabung yang disediakan.

Selepas tu kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, hujan sangat la lebatnya. Mak kata, dah lama ta hujan lebat begini. Sangat lebat sampaikan tak nampak jalan. Pergi dan balik kami melalui Kedai Lalat. 

Oh ya, petang tadi aku bawa mak serta saudara sekampung ke tanah perkuburan. Kami lawat pusara Wan, makcik tersebut melawat pusara anaknya, ibunya dan saudara maranya yang lain. InsyaAllah esok nak pegi lagi.

Syukur alhamdulillah mak dah boleh tidur. Dia sedang tidur ketika aku blogging ni. Mak berhadapan dengan masalah tidur sehingga menjejaskan kesihatannya. Semoga asbab rawatan tadi, insyaAllah mak semakin pulih. Semoga Allah merahmati ustaz tadi, amin.

Dan aku rasa mengantuk la pulak......







Monday, April 23, 2012

Masih aku terasa...

 Gambar pada pertengahan Mei 2011.. i miss you.. al-fatihah...

Semalam aku naik bas dengan hanya berseluar trek dan berbaju t-shirt serta cardigan nipis. Aku tak mengambil masa yang lama untuk tidur. Aku memmanggg suka tidur dalam bas hehehe... bila aku sedar, terasa suhu sangat sejuk dengan air cond menghala muka. Aku cuba tutup tapi masih sejuk. Lalu aku mengambil kain sembahyang dan berselimut dengannya. Ohhh.... tidur dalam bas dengan air cond yang sangat sejuk merupan feveret aku sejak dulu ehhehe... orang lain tak suka tidur dalam bas tapi aku suka!

Sampai kat Pasir Mas, aku terjaga. Ohh.... ini kampung Wan. (Aku sembang dengan mak aku kejap. Katanya ayah kepada Wan orang Pasir Pekan. Ibunya orang Wakaf Merah, dalam daerah Pasir Mas). Masa tu aku masih mengantuk lalu aku tidur balik, tidur-tidur ayam. Bila bas dah mula masuk Kota Bharu, aku mula simpan kain yang aku buat selimut.

Turun daripada bas, seperti biasa akan disapa oleh driver prebet sapu. Aku hanya senyum dan menggelengkan kepala. Terus berjalan kaki sampai kat depan bangunan TM, dan duduk di situ. Sambil menguap beberapa kali, kulihat jam baru pukul 4.40 pagi. Masih awal.

Terbayang ketika dulu, aku akan menelefon Wan di rumah untuk ambil aku dengan motosikal Yahama merahnya. Tebayang kelibat Wan sampai dengan motosikal merahnya dari arah sebelah kiri pada pagi hari.Oh... bayangannya sangat jelas....

Aku tunggu kejap, kesian untuk tepon abang aku supaya ambil aku kat situ. Dalam pukul 5 lebih, abang aku hantar sms tanya dah sampai ke belum. Aku kata dah sampai. Tak sampai 5 minit dia tiba dengan Kelisa nya.

Sampai di rumah, kelihatan anak buahku yan berusia setahun setengah, terkebil-kebil dalam kelambu. Dah bangun rupanya, patutlah ayahnya bangun awal. Terus aku ke bilik di mana emak sedang tidur. Terus aku tidur di sisinya yang dah terjaga bila aku masuk. Katanya aku sampai awal. Mujur keadaan mak lebih baik berbanding kelmarin. Hehhehe kalau aku kecik, aku tidur peluk mak aku sambil tangan masuk dalam bajunya hahahhaa..... nak buat lagi sekarang ni memang buang tabiat la huhuuii.....

Aku tidur sampai pukul 8.30 pagi (cuti daaaa). Abang aku suruh aku naik saja keretanya memandangkan aku dah boleh drive. Huhu suspen jugak tapi syukur alhamdulillah aku dah berani drive. Dah bertahun-tahun aku ambik lesen tapi jarang bawa. Tapi beberapa minggu ni aku dok bawa setiap petang. Jadi aku bawa Kelisa dari kuarters hospital terus ke rumah. Fuhhhh pencapaian hebat tuh aku masuk bandar hahahaa. Biasanya aku bawak kat jalan yang tak sibuk. Emak dok baca doa je dalam kereta. Aku hanya tergelak sambil bertanya, takut ke naik kereta dengan aku? ehhehehhe...

Sampai di rumah, seperti biasa aku akan meminta kunci bilik Wan.

Masuk dalam bilik Wan dan buka lampu. Bau Wan masih ada dalam bilik tu. Kemudian aku sapu sampah seluruh rumah. Sesekali sambil berjalan di atas lantai papan, aku akan cuba meniru cara Wan berjalan. I still can hear his footsteps sound. Bila berjalan, aku boleh cam caranya berjalan dan menyeret kaki sedikit. Ada rythm nya tersendiri. Aku selalu cuba meniru.... rinduuu huhuuuu....

Pada tengaharinya aku memasak tomyam atas request mak. Sambil mengoyakkan daun limau purut. Aku teringat ketika dulu. Wan berpesan agar jangan masukkan banyak sangat daun tu sebab baunya kuat sangat. Masa tu tidak kuhiraukan sebab aku suka bau daun limau purut...degil sungguhlaaa.... Wan makan jugala tomyam yang aku masak dengan daun limau purut yang banyak tu.

Bila petang dekat pukul 7 petang, aku tutup semua tingkap. Teringat dulu Wan akan membebel sebab katanya, rajin nak buka tingkap, tapi tak rajin nak tutup (sebab dia yang selalu nak kena tutup sebab takut nyamuk masuk). Bila aku nak buka tingkap, Wan akan sound sebab katanya tak payahla nak buka tingkap kalau tak mau tutup. Semua yang aku buat akan teringat kat Wan.

Malam ni aku dengan emak di rumah. Sunyi betul.

Esok nak ke kubur.

Saturday, April 21, 2012

Termanggu-manggu...

Dalam sedar tak sedar, rupa-rupanya aku makan nasik sambil menongkat kepala dengan siku di atas meja...
adededeeee.....

********

Semalam aku tidur pukul 3.30 pagi sebab try selesaikan programming error untuk projek aku. Masa tu dah pening-pening lalat dan give up. Lalu aku tidur.

Aku rasa aku tidur nyenyak dan lama apabila aku rasa macam mamai-mamai bila mendengar lagu Permata Ayah Bonda dendangan kumpulan Firdaus yang menjadi ringtone handphone ku....

Tertera nama abang aku.... ini mesti berita kurang baik...
Kata abang aku, mak sakit tak boleh bangun. Uzur benar nampaknya sejak semalam. Abang mengesyorkan agar aku balik memandangkan emak menyebut-nyebut namaku.

Aku yang masih pening-pening lalat ketika itu.... terasa jem pulak kepala otak aku ni...
Sempat aku bercakap dengan emak..

"Emak sakit...balikla...."..... kata mak sambil menangis....


Tiba-tiba aje aku rasa badan aku penuh suspen sampai sejuk kaki tangan dan aku terasa sangat sejuk sampai menggigil. Aku call kakak aku, ntah kenapa ketika bercakap dengan kakak gigi aku berlaga-laga sebab sejuk menggigil. Uhuuu penyakit apa ntah, sebab aku terkejut kot ditambah pula aku baru aje tidur. Masa tu aku tengok jam pukul 5.40 pagi.

Termenung aku sejenak di kerusi.... ini adalah senario biasa bila aku terkejut. Duduk dan termenung sambil termanggu-manggu. Thinking what to do. Senang je kalau nak tau bila aku susah hati. Bila aku duduk diam termenung ke lantai dan tak tau nak buat apa. Kejap-kejap aku belek telefon. Tu tandanya hati risau.

Teringat aku ketika aku bercakap dengan Wan tahun lepas di telefon..

"Tak mengapalah.. tak payah balik. Wan takpa dah (dah ok)..."

dan aku patah balik ke rumah, tak jadi balik Kelantan malam tu.
Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir aku bercakap dengan Wan...huhuuuuu.... panggilan bertarikh 3 Julai, 11.07 itu adalah perbualan terakhir aku dengan Wan, sebelum Wan nazak 4 jam selepas itu dan pergi meninggalkan kami pada sebelah petangnya.

Sighh....

dalam pukul 6 aku pergi mengadap habibi yang masih tidur. Sambil memerhatikannya tidur, masa tu macam dah nak sedar bila ku dok mengadapnya sambil bersila.
"Boleh tak mama balik naik bas pagi ni?"
lalu dia terjaga...
"nenek sakit..." kataku...

Maka dipendekkan cerita aku buat temujanji nak jumpa supervisor pada pukul 8.30 pagi dan selepas tu terus ke kaunter tiket untuk tengok bas pukul berapa ada pada pagi ni.
Tengok-tengok kaunter tak banyak yang buka. Ada sebuah kaunter, bas pukul 9.00 pagi. Sambil termundar mandir depan kaunter tiket, aku telefon abang.

Kata abang, mak dah ok sikit selepas makan sedikit nasi. Aku kata aku nak balik malam ni.

Maka aku terus ke UUM. Seperti biasala I was like an idiot when facing my supervisor. We had a discussion on my project and he suggested some solutions.

Selepas itu aku ke stesen bas sekali lagi sebab tadi belum buka masa nak beli. Aku beli tiket malam pukul 9.30 malam. Yeah memang hati terasa berat nak meninggalkan budak-budak ni bersama abahnya. Tapi alasan akan sentiasa ada. Takkan habis. Semua orang ada hal masing-masing yang takkan selesai sampai mati. Semua orang ada tanggungjawab yang takkan habis sampai bila-bila. Aku tak mau memberikan banyak alasan, nanti menyesal seumur hidup kerana banyak sangat alasan dan halangan dan dugaan dan pancaroba untuk tidak pulang menjenguk emak. Ya memang banyak alasan. tapi biarla aku simpan. Susah payah kita harungi dengan bantuan Allah, insyaAllah.

Dan aku nak masak pulak ni. Tadi dah seterika baju habibi untuk beberapa hari.

Oh... rindunya nak jenguk kubur Wan. Kata mak, dah tumbuh dua kuntum bunga.

I miss you Wan..... I wish you were here....

Thursday, April 19, 2012

Rutin.....

6.45 pagi : mandikan kanak-kanak, siap-siap nak ke tadika

7.10 pagi : siapkan bekal roti telur untuk si abang, dan roti jem untuk adik. Lepas tu abahnya terus hantar ke tadika.

sehingga 9 .30 pagi : sidai kain, basuh kain, sapu sampah, basuh pinggan, panaskan lauk, makan.. lepas tu sapu sampah lagi, kemudian mandi, lepas tu sidai kain lagi, sapu sampah kat luar sambil cari penyapu satu lagi (isk isk mana peginya!), lepas tu masuk tengok Sami Yusuf LIVE kat TV Alhijrah. Wah wah hensem wehhhh!!!!!

aku tunggu nak tengok Nanny 911 pukul 10 pagi ni lepas tu nak continue my work.

Wednesday, April 18, 2012

sakit kaplaaa.....

adui masih tak berjaya lagi ni....
dah banyak percubaan aku buat...
masalah bahagian client ni....
i won't lose hope....

Tuesday, April 17, 2012

What new this month?



Takdela new sangat pun, aku beli awal bulan ni kat sini . Aku memang lama dah cari produk beraskan tawas ni. Eh jappp.... apekemende nih?

Ia adalah deodorant berasaskan tawas yang digunakan untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan. Aku biasa dok guna deodorant macam-macam termasuklah Nivea, Avon, Adidas etc. Tapi bau deodorant tu sendiri lama-lama berubah ( bau aku tapi tak ngaku!). Ala macam pakai perfume la, bila dah tengahari lama-lama bau dia macam hapak je bila sembur kuat sangat bila bercampur peluh.

Tapi deodorant berasaskan tawas ni best. Cara nak guna adalah spray aje kat armpit korang tuh. Oleh sebab ianya adalah air tawas, maka sesuai spray selepas mandi sebab kalau korang dah pakai baju, nanti basah pulak. Tak pasal-pasal dapat title ketiak basah hehee...

Aku pakai dah 2 minggu.. dan memang best sebab rasa macam odourless je. The only smell I have is the smell of the shower foam that remains on my skin.

Aku beli online je. Produk tu made in Sabah.

okla aku nak buat koreja.... stress ni wehh tapi sempat buat entry pasal deodorant.