Saturday, August 31, 2013

jom gelak!

hahaha aku sedang hirup air Vico ketika aku nyaris-nyaris tersedak dan ketawa berdekah-dekah..
hahaha nak tau pasal apa? tengok niii

https://www.facebook.com/photo.php?v=10201381536873320&set=vb.1021068941&type=2&theater

Thursday, August 29, 2013

Happy belated birthday daling....

Happy belated birthday baby girl!
dah 5 tahun..
birthday jatuh pada 3 Ogos, dalam puasa, lewat sikitla baby hehehe
LOVEE YOUU!!





a must watch video

tak payah cakap banyak, korang tengok je video yang dirakam pada tahun 2007 ni. USA yang berada di bawah telunjuk zionist dah lama dah telah merancang untuk menyerang 7 buah negara di timur tengah termasuk Syria...
doakan Mujahidin di Syria, Mesir, Afghanistan dan di seluruh dunia..

USA had planned to invade 7 middle east countries in 5 years

USA dok risau sangat takut ada kuasa besar akan timbul kat middle east untuk atasi dia..
memang paranoid dan sentiasa dalam ketakutan, biasalah tu orang jahat memang macam tu, takut-takut aje. Seperti diakui Wesley, polisi negaranya ditentukan oleh pihak lain dan diorang terpaksa akur, siapa lagi kalau bukan Zionist laknatullah...

Tuesday, August 27, 2013

lintang pukang macam tongkang

hari ni camna ntah boleh tidur mati..
semua tido tak ingat dunia..
sekali habibi kejut aku 7.17 pagi...
hah elok sangat, macam orang gila rasanya hari ni,
bangun lintang pukang. Nasib baik baju diorang semua dah bergosok, baju aku je main rembat dan pakai tudung hitam macam berkabung...
lintang pukang angkut budak-budak ni kasi mandi ala-ala kerbau..
dah lama dah aku tak lewat cenggini. Kat tempat keja baru ni tak pernah bangun lewat camni.
Tapi aku masih sampai awal kat tempat kerja, cuma aku tak biasa turun 7.30 pagi dari rumah. Biasanya 7.20 pagi.
Aku selalu sampai ofis dalam 20 minit awal atau 15 minit awal. Hari ni sampai 7.46 pagi, awal la lagi sempat aku qadha Subuh.. memang hangus Subuh aku, tak sengaja! huhu..
 moralnya, sediakan pakaian sekolah dan pakaian kerja awal-awal. Juga jangan off alarm bila ia dah bunyik sekali ehhehe.. aku rasa aku tekan snooze kot...

tapi kan, I have a really nice dream semalam.... nice one..
lepas tu sampai terbabas tidur...
kalau mimpi tu jadi kenyataan memang bestttt giler....

dan aku juga sangat lapar sekarang, is there anyone to have breakfast? nak ikott....

Sunday, August 25, 2013

heart breaking...

bila aku tengo video ni, jantung aku macam berhenti, my breath stopped....
korang boleh tak tengok video ni dengan hati kering?
kalaulah anak comel ni adalah anak USA, mesti Obama menangis air mata darah tersedu-sedu di siaran langsung TV Amerika...
tapi mungkin kerana anak comel ini adalah musuhnya, dah musuh Israel, maka dunia hanya memejamkan mata....
bila tengok video ni, aku tak boleh nak buat kerja..  :'''-(

cer tengok

mangsa gas sarin di Syria

* the toxicated gas burns the lung cells and the victims will die painfully,
but in this video, that fortunate baby survived..alhamdulillah..

Friday, August 23, 2013

Nasik lemak daun pisang

ok I know, deco tak menarik hehehe...
bagus juga ada pokok pisang kat tepi rumah ni, boleh buat nasi lemak berlapikkan daun pisang..
dari semalam lagi nak masak nasik lemak, jadi pagi ni masak nasik lemak untuk breakfast. Nasi lemak sempoi aje. Nasi macam ni la menepati selera aku. Kebanyakan nasi lemak yang aku jumpai kat sini, maaflah bagi aku tak sedap. Bukan taste aku. Tapi dah tu je yang ada kat sini. Dah alang-alang ada daun pisang nampak segar bugar aje, jadi bolehla merasa home made nasik lemak.
Macam biasa la kalau nak sedap, jangan guna cili boh. Guna cili kering yang di blend sendiri. Masa tumis pulak minyak kena banyak, lepas tu boleh la buang lebihan minyak. Aku perati mak aku masak camni la, memang sedap sambal bilis masakan omak. Sekarang mak dah tak masak, masa untuk rehat, Dia dah tak larat nak masuk dapur.
sebenarnya aku baru lepas mop lantai dengan antiseptic cap tesco, aku suka betul bau dia, kalau boleh hari-hari nak mop tapi tak larat la pulak.  Nak kemas-kemas sikit lagi...
see ya later alligator..

Thursday, August 22, 2013

Serangan bom kimia di Syria

apa yang berlaku di Syia dan Mesir sangatlah menyedihkan.
Di Syria, sebanyak 26 butir senjata kimia telah digugurkan di beberapa daerah ni Syria yang membunuh kira-kira 2200 insan tidak berdosa dalam sehari, 30 % daripadanya adalah kanak-kanak.
Sedih aku tengok berderet mayat kanak-kanak terbaring kaku..
ada yang berbuih hidung dan mulut...
serangan gas sarin membunuh mereka dalam senyap ketika mereka sedang tidur.
Semoga Allah tidak sia-siakan kematian mereka ini dengan mengurniakan syurga buat mereka, amin..
lihat video bagaimana kesan gas beracun kepada kanak-kanak comel ni

serangan gas beracun di Syria

teringat anak-anak aku bila tengok mereka...
sedihlah...
jangan lupa kita sebagai saudara mereka, derma kepada wakil Malaysia ke Syria...

Monday, August 19, 2013

Raya laaagiii.....


Layan gambar jamuan hari raya kat tempat kerja. Jabatan aku kena buat laksam, jadi kami jaga gerai laksam, ehhehe jagalah sangat padahal dok melilau cari makanan di booth-booth yang lain.


 
Dok susun laksam.... mari mari mariiii makann


Lambat tunggu VVIP nih, tunggu nak bedal dah laparr...

gambar sebelum makan je snap gambar, selepas tu muka comot momot dok merayau di tengah dataran di tengah panas, hidangan seperti satay, rendang daging rusa, kabing bakar adalah di antara menu yang jadi rebutan. Tapi aku tak minat kambing.

oklah, bye


Sunday, August 18, 2013

it's sunday

adoih berpinar-pinar butir mata nih, dok kejar dateline buat modul...
hari ni capai target dah untuk hari ni, jadi rehat sambung esok pulak, sambil makan kueh raya.
Masih ada beberapa balang kueh raya kat rumah, semuanya untuk anak-anak makan.
Kelmarin 2 open house, jalan sehari suntuk la kelmarin.
Hari ni takleh jalan sebab aku kerja, diorang bertiga la pergi berjalan pun, bukan jalan-jalan tapi pegi ambil bil si adik kat hospital. Di manakah diorang bertiga ni membawa diri agaknya ye....
pagi tadi aku masak nasik ngan sardin aje tinggalkan untuk diorang.
Sorrylah sardin ajelah yang aku sempat hehehhe...
aku kesian sebenarnya sebab kemarin aku marah si abang,
ohhh bad mom, bila aku marah aku tend to scream..genetik garang ni nak buat camna hehehe...
bad momm!!! i knoww!!!
tapi aku geram serba dia tak nak makan kat open house kelmari, asyik nak main aje dengan kawan-kawan dia. Bila balik ke rumah, masa aku tengah ngantuk nak tido tu dia kata lapar.
Bila mengantuk orang kacau ni perangai aku jadi buruk sikit sebab jadi macam singa lapar...hehe..
selepas tu aku menyesal tak sudah bila teringat muka dia yang innocent tuh kena marah...
dia selalu macam tu, bila aku nak bagi makan dia tak mau, lepas tu dia mintakla pada masa-masa yang mengganggu ketenteraman aku...
sedih pulak ingat mamat tuh....
salah aku jugak, sebab tak masak makanan dia, kelmarin aku masak sup siam tak menjadik sebab terlebih cuka, jadi dia tak makan...
kadangkala makanan dia tak susah mana pun, nasik ngan telur pun jadi...
oh rasa nak balik cari budak-budak ni....
*baddddd mommm*****

oklah bye...nak balik dah

Tuesday, August 13, 2013

selepas raya

hai apa khabar?
lama tak tulis panjang-panjang,
tak sempat nak mengarang lama-lama depan komputer.
Hari ni datang kerja dengan perut memulas, ini adalah sindrom lepas raya yang biasa berlaku. Tengahari kelmarin aku ke kenduri rakan sekerja kat Kuala Perlis. Makan tak ingat dunia. Yang aku ingat, aku banyak makan jambu dengan asam yang disediakan. Kawan-kawan lain yang pegi kenduri Ok aje sebab diorang tak makan banyak sangat jambu asam tu. Haa kan dah kenaa...
selepas raya ni ramai yang dok belek-belek poket yang dah tengah kering hehehe...
tapi aku tak berboros-borosan sangat pun, kebetulan dapat imbuhan duit raya. Guna duit tu la beli barang-barang ketika balik kampung hari tu. Aku takdela joli sakan sangat bulan nih, beli biskut raya pun tak extreme macam tahun-tahun lepas, sebab aku tau akhirnya tak termakan bila banyak sangat beli. Nak tinggal kat rumah kat kampung pun tak perlu, sebab kat rumah kat kampung dah jadi macam homestay dah. Sayu juga bila hari nak bertolak balik ke sini, sebab aku orang terakhir keluar rumah. Sebelum tu say good bye kepada emak yang bertolak bersama kakak ke KL. Sedih betul jadi orang last nih, macam tu lah agaknya perasaan Wan dan mak bila diorang wave goodbye bila anak-anak kembali ke rumah masing-masing selepas raya.


I miss this look so much... setia menunggu sampai kereta anak-anak hilang dari bayangan macam dalam gambar ni. Kakak aku ambil gambar dari dalam kereta. Part ni yang paling sedih bila habis cuti. Tapi sekarang ni, sebelum balik kampung dah sedih dah.

Bila mak aku bertolak ikut kakak, tinggallah aku, hubby dan anak-anak. Angkut segala bahan makanan seperti beras, bawang dan segalanya sebab tak boleh tinggal nanti tikus makin besar taiknya. Masa mula-mula balik tu terkejut aku sebab taik tikus merata-rata di dalam rumah. Untuk mengatasi masalah ni, kakak aku mengupah jiran untuk mencuci rumah ni secara berkala. Jadi takdela rasa tensen sangat bila bukak pintu nak masuk rumah. Ayam peliharaan Wan pun hampir habis disembelih sebab takde orang nak jaga, abang aku hanya ambik 2 ekor aje nak bela buat baka. Selebihnya bagi jiran bela. Ada 2 ekor tu aku dok bagi makan semasa raya baru ni. Lastly masa nak balik terpaksa sembelih, aku tak tengok pun sebab sedih rasanya. Ketika Wan masih ada dulu, meriah aje keliling rumah dengan ayam-ayamnya. Sekarang ni sunyi sepi aje. Mak aku pun bila dah lama duduk rumah anak-anak, dia pun dah ok dah, tak macam dulu asyik nak balik. Sekali sekala aje dia balik jenguk. Ermm.. macam ni eh akhirnya bila orang tua sudah tiada. At least kami masih boleh balik duduk di rumah ni. Kata kakak aku, biasalah ni, yang mula akan berakhir, dan yang hidup akan mati. Cuma memori bersama insan tersayang yang membuatkan hati jadi hiba.
Dalam tempoh 2 tahun sejak pemergian Wan, hari raya pertama kali ni aku sedikit teresak-esak di pusara Wan ketika adik beradik membacakan doa. Sebelum ni aku buat hati kering je, mungkin mendengarkan bait-bait doa yang dibacakan oleh abang ipar membuatkan aku berasa sedih dan teringatkan Wan. Doa semoga Wan diampunkan dosanya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman dan diredhainya. Tahun ni merupakan raya ketiga tanpa Wan, tapi mana mungkin aku boleh melupakannya, baunya pun masih boleh aku ingat. Bangun tido ingat Wan.
Bila balik ke rumah masing-masing, macam biasalah semua meneruskan hidup masing-masing. Mengulangi semula kitaran kehidupan selagi masih bernyawa. Lumrah hidup, beginilah. Cuma aku cuba juga menemuhi kehendak emak jika dia perlukan apa-apa. Kadang-kadang kita sebagai anak-anak kena usaha sedikit agar ibubapa gembira. Sebab untuk diri sendiri pun, bila kita nak, kita boleh usaha sampai dapat, jadi kalau emak nak merasa itu dan ini, apa salahnya ditunaikan.
oklah, nanti jumpa lagi...

Sunday, August 11, 2013

selamat hari raya aidilfitri!

assalamualaikum apa khabar? selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa sepanjang blogging ni. Lama tak update blog, baruuuu aje balik dari kampung, cuti seminggu!
Gambar pun tak sempat ambik banyak-banyak, ada yang kena paksa baru nak bergambar. Bergambar macam tema ala-ala rimba gitu ehehehe, nak ambik gambar dalam rumah nampak bersepah, jadi ambik tepi rumah Tokwe ehhehe....