Saturday, September 28, 2013

jalan-jalan perabih duit

layan gambar kami kat Langkawi....had a wonderful time, alhamdulillah....
feeling Happy!!

Hampur 7 tahun tunggu sampai budak-budak ni besar, baruuu bawak naik cable car, dulu kecik tak berani bawak, ni pun aku cuak

Buffalo steak and mozarella cheese with tomato. Makanan omputih ni tapi aku paksa tekak aku telan. Fresh from buffalo farm nih

Buffalo steak at Buffalo Farm, mana nak cari ni kalau bukan di Langkawi

Ada beberapa spesies kerbau kat Buffalo Farm ni. Bagi aku tempat ni menarik, macam cow farm kat Kota Kinabalu, cuba tempatnya tak sebesar kat KK tu. Bayaran masuk murah aje, RM3 bagi dewasa, budak-budak ni free aje. Ada aktiviti menunggang kerbau tapi tadi hujan. Bolehla try special buffalo steak tu. Lepas ni nak datang lagi makan steak.

Thursday, September 26, 2013

malam jumaat

haha suspen aje tajuk entry... sebenarnya aku nak kata malam ni malam jumaat, esok malam sabtu ehhehehe..
tinggal aku sorang aje yang belum tido lagi. Hari ni semua pakat keletihan. Aku lembik sikit sebab puasa hari ni. Macam biasa balik rumah aje excited jenguk cucu-cucu aku kat belakang rumah tuh, gerammmm aku rasa nak pegang cium.
hari ni dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Azizan ex MB Kedah. Sedih rasanya.. tengok mukanya pun aku rasa tenang dan sejuk. Muka orang alim. Ada gambarnya kat hospital, terbaring dengan alat bantuan pernafasan di mulut. Sebijik macam arwah ayahku dulu. Sakitnya pun sama, kencing manis dan menjuruskan kepada kegagalan organ lain. Sayu je tengok. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan dapat bersama-sama Wan, amin. Malas nak tulis yang touching-touching ni, dah lama aku tak touching gile-gile. Peringkat awal Wan pergi,blog aku ni penuh dengan entry air mata aje.
oklah nak tido dah, esok nak bersiap-siap naik ferry.. ke mana lagi kalau bukan Langkawi!!!
aku baru lepas telan olive oil dan pati delima ni. Ready to sleep...
semalam malam daling...




Monday, September 23, 2013

orang baru!!


cuba korang teka berapa ekor anak kucing dalam gambar di atas?

akhirnya kucing angkat aku selamat beranak semalam, masa tu aku dah tido. Encik hubby jadi bidan terjun sempat sambut 2 ekor. Selebihnya keluar selepas tu. Bangun pagi tadi hubby bagitau kucing dah beranak. Excited aku dan hubby keluar tengok. Dengan mata sepet baru bangun tido, dok kira punya kira.. sekali banyak sungguh! heheheh kalau korang pandai korang kira la..
aku excited sebenarnya, tapi aku juga risau sikit, sebab dok fikir camna nanti bila besar. Paling risau takut dia berak kat rumah jiran, haru nanti jiran marah. Jadi aku plan nak beli pasir khas untuk kucing ni.
Aku anggap kucing ni rezeki aku, tak dirancang pun, dia datang ke rumah aku melilau banyak hari dah. Masa tu aku tak bagi makan lagi pun, bila nampak dia asek bertenggek kat belakang rumah, masa tu la aku mula bagi makanan sebab nampak lapar, dan perutnya pun besar. Sorry kepada jiran-jiran, aku akan cuba sediakan tempat berak dia. Tapi kat kejiranan ni ramai lagi kucing lain, tak semestinya kucing aku je yang berak kan. Tu yang buatkan aku dalam dilema ni. Harap-harap dia berak dalam kawasan rumah aku je. Keliling rumah tanah lapang, berakla kat rumah aku ye kucing, jangan berak rumah orang. Masalah pulak nanti. Kucing liar pun banyak berkeliaran kat rumah aku. Aku takut nanti bila ada taik kucing, otometik orang akan kata kucing peliharaan aku yang berak walaupun banyak lagi kucing lain. Semoga Allah permudahkan, niat aku nak tolong dia je.

Hmmm so many kittens, bagi nama apa nih, tak cukup along, angah achik ni....

Saturday, September 21, 2013

The Quran Project

hi guys...
saja nak kongsi The Quran Project yang sedang rancak diadakan di UK. Boleh tengok link ini.
Aku dapat lihat suasana kat sana lebih tolerant sebenarnya untuk berdakwah, tak seperti yang kita bayangkan. Street dakwah juga banyak digerakkan oleh pendakwah yang berilmu dan mahir berkomunikasi dengan non muslim. Bukan senang bagi aku kalau kita ni takde ilmu. Sebab tu la kita kena lengkapkan diri dengan ilmu nak bersoal jawab ni. Aku suka tengok pendakwah luar seperti Dr Zakir Naik, Shaikh Yusuf Estes, Shaikh Khalid Yassin, dan ramai lagi. Di Malaysia kita ada Ustaz Hussain Yee. Bukan semua orang mahir bersoal jawab secara langsung, lagi-lagi dengan soalan provokasi. Kadang-kadang ada terfikir dalam kepala aku ni nak bagi Faiz berguru dengan Dr. Zakir Naik ehhehe... remember Faiz when you read this someday, I want you to be like them! I love u!
Aku ada sorang kawan non muslim ni, tapi aku tak reti nak berdakwah. Tapi kalau dia tanya, aku bolehla explain sikit-sikit yang mudah tu yang mana aku pernah tengok Dr Zakir jawab. Dia ni kawan ngan melayu aje, tak suka kawan dengan rakan sama kaum dengan dia sebab katanya diorang sosial dan mabuk-mabuk.

Korang boleh jugak masuk www.quranproject.org ni ye

ok, have a good day..

Wednesday, September 18, 2013

origami warrior...

Aku dok seronok buat origami sekarang ni, saja nak buat aktiviti merangsang kreativiti anak-anak. Tak elok kalau asyik bagi anak-anak main tab atau tengok katun aje, apa kata kita terlibat sama dengan mereka buat aktiviti macam ni.
Semalam dok excited buat origami rama-rama. Tapi kertas tak cukup besar. Jadi hari ni aku beli kertas banyak-banyak kat mall masa lunch tadi.
Balik kat bilik tengok YouTube pasal origami. Aku dah buat dress, kucing dan bintang. There are sooo many origami arts in the YouTube. Kenapala aku tak explore selama ni. Very interesting.
Anak-anak aku memang enjoy dok main benda ni semalam, layan origami sampai mengantuk.
Bagus aktiviti macam ni sebab guna imaginasi, ketepatan, deria mata dan tangan bekerja dengan baik.
Ia juga mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun masa tu abah diorang dok tengok bola, kitorang pulak dok buat origami tepi TV hehehhe...
lepas siap gunting-gunting, sapu semua kertas kat atas lantai macam cikgu tadika.
kadang-kadang aku rasa aku ni sesuai jadi cikgu tadika pulak. Layan je la, I just want my kids to see me as a special mother and they will remember me for the rest of their lives, like the way I do remember my dad everyday.

jomm kita buat origami!!

Tuesday, September 17, 2013

hey you!

hai pekabo?
salam satu Malaysia hehehehe...
kelmarin cuti hari Malaysia dok melepak kat rumah aje, buat kerjarumah basuh kain secara separa manual (mesin basuh tak masuk air secara auto). Jenuh dok ulang alik masukkan air.
Habibi pulak petang baru balik, ada keje sebab nanti nak ke KL ada match robotic. Tiap-tiap tahun ada match. Dalam 2 bulan ni sebok memanjang. Tak sempat nak berpoya poya hehe..
lepas raya haji ni kena pegi jauh sikit, outstation kat Europe. Perghhh tak aci betol.
Mula-mula dia inform tu dia kata tak nak pegi, tapi aku excited suruh pegi, negara tempat dia belajar dulu. Kalau dia tak nak pegi pun aku rasa memang bos dia akan paksa pegi sebab dia tau cakap bahasa diorang sebab dulu dok belajar kat sana 5 tahun. Pergilah, janji bawak balik souvenir untukku dan anak-anak hehehe...  kalau duit banyak boleh ikut sekali, tapi takpelah, nanti kumpul duit.
Hari ni dari pagi sampai petang aku sibuk, bukan buat-buat sibuk tau, nak kena buat installation serata university ni, tapi bukan aku sorang, dah diagih-agihkan tugas. Aku suka kerja macam ni sebab boleh jumpa orang. Boleh jumpa lecturer, professor yang pelbagai jawatan. Biasanya diorang akan tanya aku asal mana. Bila aku kata orang Kelate, dia tanya camna pulak boleh datang duduk sini, aku katala aku kawen dengan orang sini. Skrip jawapan yang sama hehehe...
Ada tuh nak kena masuk install kat PC dekan berjawatan professor doktor. Jakun macam apa ntah bila aku tengok dalam bilik dia tu macam hotel, siap ada tandas dan bilik mandi lagi, kelas kau jah, apsal aku tak tau hah? aku rasa sebab bangunan baru kot design lain sikit, kalau bangunan lama takda bilik mandi kot.
Dalam hati dok tertanya-tanya, fuhh mesti dia bekerja keras seumur hidupnya untuk sampai ke tahap tu. Kat meja dia penuh souvenir daripada serata negara. Mesti pegi present paper/ research or something. Ada seorang ketua jabatan ni (doktor) tanya aku apsal tak sambung PhD, aku kata aku tak cukup ilmu, tapi dia terus bagi motivasi kat aku. Errmmmm.... minda belum terbuka sekarang ni, I'm happy doing my work right now, lepas ni kalau peluang baik punya, takkan kulepaskan insyaAllah. Tapi aku selesa sekarang ni, my dreamjob. Tapi sampai mati tak habis nak kejar semua tuh. Hmmm nak beranak pinak pulak la weh...hohooo, kakak aku kata aku pemalas sebab beranak sikit hehehe...ermm bukan malas, banyak cabaran sangat dan banyak tanggungjawab beberapa tahun kebelakangan ni. Habibi banyak tanggungjawab jaga parents dia masa kena strok hari tu, aku pulak cabaran arwah ayah dan mak aku yang kerap uzur yang mana aku kena selalu pulang ke kampong yang jauh tu, aku harap keadaan semakin reda lepas ni, fokus pada family aku pulak. Untungla siapa dok dekat dengan mak bapak. Sekarang pun masih belum reda suspennya, suspen dengan mak aku pulak. Untungla siapa mak ayah yang masih muda dan kuat tu, cabaran tak berat sangat. Bila mak ayah uzur kita akan selalu suspen tahap gaban bila diorang uzur. Masa ni la rasa nak beli helicopter supaya boleh pulang segera, mak aku selalu buat aku suspen, bila dia uzur dan dia rasa teruk, dia akan suruh balik, pastu cakap tak sempat dah nak jumpa anak-anak niii.. tapi kadang-kadang ok je, biasalah orang tua. Kena banyak sabar. Kalau nak diikutkan, aku dan habibi masing-masing kerap balik ke kampong halaman masing-masing. Dan aku pelik bila tengok anak menantu yang sangat jarang balik jumpa mak bapak masing-masing, pulang sekali setahun, tak rindu pada kampong halamankah? Masa mak bapak masih ada ni la nak balik pun, even bila diorang dah takda pun baliklah, tak rindu sama mak ayah dan adik beradik ke? hmmm curious...

okla, nak balik dah jap lagi...
bye

Monday, September 16, 2013

read and read...

 
Written by a Pre-School Teacher – It says it all!
I was on a parenting bulletin board recently and read a post by a mother who was worried that her 4 1/2 year old did not know enough. “What should a 4 year old know?” she asked.
Most of the answers left me not only saddened but pretty soundly annoyed. One mom posted a l...aundry list of all of the things her son knew. Counting to 100, planets, how to write his first and last name, and on and on. Others chimed in with how much more their children already knew, some who were only three. A few posted URL’s to lists of what each age should know. The fewest yet said that each child develops at his own pace and not to worry.
It bothered me greatly to see these mothers responding to a worried mom by adding to her concern, with lists of all the things their children could do that hers couldn’t. We are such a competitive culture that even our pre-schoolers have become trophies and bragging rights. Childhood shouldn’t be a race.
So here, I offer my list of what a 4 year old should know.
She should know that she is loved wholly and unconditionally, all of the time.
He should know that he is safe and he should know how to keep himself safe in public, with others, and in varied situations. He should know that he can trust his instincts about people and that he never has to do something that doesn’t feel right, no matter who is asking. He should know his personal rights and that his family will back them up.
She should know how to laugh, act silly, be goofy and use her imagination. She should know that it is always okay to paint the sky orange and give cats 6 legs.
He should know his own interests and be encouraged to follow them. If he could care less about learning his numbers, his parents should realize he’ll learn them accidentally soon enough and let him immerse himself instead in rocket ships, drawing, dinosaurs or playing in the mud.
She should know that the world is magical and that so is she. She should know that she’s wonderful, brilliant, creative, compassionate and marvellous. She should know that it’s just as worthy to spend the day outside making daisy chains, mud pies and fairy houses as it is to practice phonics. Scratch that– way more worthy.
But more important, here’s what parents need to know.
That every child learns to walk, talk, read and do algebra at his own pace and that it will have no bearing on how well he walks, talks, reads or does algebra.
That the single biggest predictor of high academic achievement and high ACT scores is reading to children. Not flash cards, not workbooks, not fancy preschools, not blinking toys or computers, but mom or dad taking the time every day or night (or both!) to sit and read them wonderful books.
That being the smartest or most accomplished kid in class has never had any bearing on being the happiest. We are so caught up in trying to give our children “advantages” that we’re giving them lives as multi-tasked and stressful as ours. One of the biggest advantages we can give our children is a simple, carefree childhood.
That our children deserve to be surrounded by books, nature, art supplies and the freedom to explore them. Most of us could get rid of 90% of our children’s toys and they wouldn’t be missed, but some things are important– building toys like lego and blocks, creative toys like all types of art materials (good stuff), musical instruments (real ones and multicultural ones), dress up clothes and books, books, books. (Incidentally, much of this can be picked up quite cheaply at thrift shops.) They need to have the freedom to explore with these things too– to play with scoops of dried beans in the high chair (supervised, of course), to knead bread and make messes, to use paint and play dough and glitter at the kitchen table while we make supper even though it gets everywhere, to have a spot in the yard where it’s absolutely fine to dig up all the grass and make a mud pit.
That our children need more of us. We have become so good at saying that we need to take care of ourselves that some of us have used it as an excuse to have the rest of the world take care of our kids. Yes, we all need undisturbed baths, time with friends, sanity breaks and an occasional life outside of parenthood. But we live in a time when parenting magazines recommend trying to commit to 10 minutes a day with each child and scheduling one Saturday a month as family day. That’s not okay! Our children don’t need Nintendos, computers, after school activities, ballet lessons, play groups and soccer practice nearly as much as they need US. They need fathers who sit and listen to their days, mothers who join in and make crafts with them, parents who take the time to read them stories and act like idiots with them. They need us to take walks with them and not mind the .1 MPH pace of a toddler on a spring night. They deserve to help us make supper even though it takes twice as long and makes it twice as much work. They deserve to know that they’re a priority for us and that we truly love to be with them.

Friday, September 13, 2013

buat baik dibalas baik...

short movie Thailand tidak pernah gagal menyentuh perasaan aku..
kalau dulu aku pernah tengok sambil nangis teresak-esak, hehehe giler betoii!!
yang ni pulak buat aku perit kerongkong. Aku panggil Faiz suruh tengok, sambil tu aku dok ulas sambil suara tak berapa nak keluar, huahuaaaa feeling habis...
pengajaran untuk kita, selalulah menghulurkan tangan buat yang memerlukan, kerana hidup ini ibarat roda.. 

korang tengok ni short movie Thailand

selamat hari sabtu,
oh ya, aku baru lepas masak gulai ikan dan rendang ayam...
have a nice weekend!

Thursday, September 12, 2013

housekeeping

shared from someone on Facebook...


" Dulu masa sebelum kawen mak selalu bebel antaranya ;
- kalau jalan tu jangan langkah atau biar je barang yang jatuh atau bersepah kat lantai terus amik dan kemas.
- kalau dari ruang tamu nak ke dapur nak mkn @ minum terus fikir ape yang benda kena bawak bersama.
- bila masak terus basuh perkakas yg guna dan kemas terus
- Bila masuk dapur nak masak pertama terus bukak api dapur letak periuk @ kuali baru cepat siap masak sebab periuk dah panas
- jgn tido @ tinggal dapur dgn sink penuh dgn pinggan tak basuh
- jgn tido lepas subuh..lepas solat terus masuk dapur..
- jgn buat stock baju kotor pastikan sebelum tido, basuh baju
- buat lebih dari satu benda dlm satu masa ( masak & basuh baju)
- masuk dapur je terus jerang air.
- jgn buang makanan..panaskan selagi boleh. Jgn membazir
- bila tengok tv tangan mesti lipat baju..
- jgn tido bila anak tido - itu je masa nk buat keje rumah.
- jgn tinggal mkn supplement utk jaga kesihatan..rajin mkn ubat..
- jgn banyak tido.
- sentiasa upgrade peralatan kat rumah yg boleh cepatkan keje rumah.."


nice one... aku pun kena ikut jugak nih, maklumlah tak berapa nak sistematik...




 

Monday, September 9, 2013

ya maulanaaa

mak ai sejuknyaaaaa......
sejuk sungguh aircond ni aku rasa macam nak beku dah..
hari ni aku banyak duduk tolong kawan aku kat kaunter. Tadi saja-saja je aku duduk lepak jap, sekali datang segerombolan pak arab nak berurusan. Dah la lama tak cakap omputih ni, tersesasul terbelit lidah aku. Ada sorang tu sesat nak cari lecturer. Aku pun tolong la cari nombor bilik dan bagi dekat dia. Lepas dia keluar baru aku perasan yang nombor tu sebenarnya nombor pekerja lecturer tu, bukan nombor bilik...alamakkkk aku mintak maaf ya pak sheikhhh.... nak tolong tapi last sekali tolong menyusahkan hehhehe....sampai tahun depan pun tak jumpa dah bilik lecturer tu kalau dia tak tanya orang lain.
Hari ni jugak aku puasa ganti. Orang lain berbondong-bondong ganti dalam bulan syawal, tapi aku baru terkedek-kedek nak mula. Okay jugak aku puasa, sebab weekend lalu makan macam rimau je, dah mula rasa montel, rasa berat semacam aje. Memang patut aku puasa.
Okay lah, jumpa lagi, nak balik dah...

Sunday, September 8, 2013

pegi jauh jauh!

mengantuk gila tadi, aku tido atas kerusi hehehhe...
tunggu masa nak balik je nih, kalau kat umah kan best bila tersengguk-sengguk mengantuk terus ambik bantal dan Zzzzz.....
ermmm.... minggu lepas dok dengar kisah masalah rumahtangga orang.
Dengar dan bagi nasihat yang mana patut, ermm nak nasihat lebih-lebih pun tak berani sebab tak kena kat batang hidung sendiri.
Satu kes tu pasal laki 'nakal', suka usik-usik perempuan cun walaupun bini sendiri dan cun melecun dah..
satu lagi kes masalah dengan mak mertua di mana si isteri dan suaminya PJJ. Si suami duduk dengan ibunya.
Hmmm...
zaman sekarang ni PJJ dah jadi trend. Atas desakan ekonomi, kadang-kadang terpaksa terus PJJ sebab nak kukuhkan kewangan keluarga. Ada yang PJJ sekejap sementara tunggu salah seorang dapat tukar tempat kerja.
PJJ akan menjadi susah bila keluarga campurtangan. Dalam kes yang aku dengar tu, ibu mertuanya tak suka apabila suaminya datang berjumpa isterinya.
Hmmm....
aku tak pastilah ini adalah menantu pilihan atau tidak, kalau menantu pilihan biasanya mak mertua tak kata apa-apa.
Biasanya aku tengok, kalau PJJ jenis si lelaki dok jauh dan si menantu duduk dekat dengan mertua, biasanya ok aje. Tapi bila PJJ di mana si lelaki dok sekali ngan mak, dan bila lelaki nak jumpa isterinya dia terpaksa tinggalkan ibunya, then it will be a problem!
Bagi aku lah, keluarga mertua janganla tergopoh gapah, biarla mereka mulakan hidup baru, baru aje kawen kot. Jangan la kacau.
Tapi dari satu sudut yang lain, ibu mertua juga mungkin risau bila melihatkan anaknya yang setiap minggu berulang-alik berjumpa isterinya. Mungkin dia risau dari segi keselamatan sebab dok drive jauh-jauh. Dan juga risau bila banyak duit dihabiskan untuk kos pengangkutan. Jadi, benda-benda ni ni mak mertua tengok, dia jadi serabut kepala otak kot sebab dok depan mata. Kalau tak nampak lain cerita. Boleh jadi ibunya kesian tengok anak lelaki kesayangannya, ada isteri tapi macam takde isteri sebab lifestyle dah macam orang bujang.
Hmmmm.. aku banyak dengar je la bila diberitakan konflik yang melanda. Bagi aku, kes berat nanang jugak nih, bukan senang nak tackle hati mak mertua ni, silap haribulan kena blacklist selama-lamanya. Ibu mertua tentu tak suka bila tengok anak lelakinya menguruskan hidupnya sendiri, bila maknya yang nak kena basuh kain baju anak lelakinya, sedikit sebanyak mesti dalam hati ada terlintas, "huh patut bini dia buat semuanya ni"...
aku nak aje suggest agar duduk sekali iaitu salah sorang kena sacrifice. Tapi tak terkeluarlah, nanti kata aku tau cakap je, tak merasa susah payah PJJ.
Tapi kalau tanya pendapat aku la, bini kena ikut laki dia la. Awal-awal tu mungkin tengah adjust nak duduk bersama. Tapi kalau family tak kacau, aku tengok okay aje PJJ. Hmm okay tak okay sangatla tapi dah itu saja pilihan yang ada.
Kalau bagi mereka yang belum kawen tu, aku rasa baik plan betul-betul sebelum kawen, takkan nak PJJ sepanjang hayat. Kadang-kadang rezeki dari segi kerjaya tu datang kemudian bila kita ikut suami.
Tapi, hmmm pandai-pandai koranglah! Kena ada strategi masing-masingla sebelum kawen tu. Kalau bini belum dapat kerja okay aje nak kawen dulu, senang sebab lepas tu bini akan ikut duduk bersama dan cari kerja yang tak berapa jauh. Kalau masing-masing dah kerja jauh-jauh di negeri berbeza, ermm camnatuh? takleh nak pikir aku. Bukan senang nak adjust. Cakap memangla senang, dah ditakdirkan bertemu jodoh begitu, pandai-pandaila nak hidup hehehehe...
aku doakan kawan-kawan aku dapat tackle masalah dengan baik, bukan apa, bukan senang bila dah terkena dengan mak mertua jenis macam tu...best of luck..

okay la nak balik dah byee

Friday, September 6, 2013

hari makan-makan


pagi nidah siap masak nasi ayam koboi...
lepas tu sambung masak laksa dan petang ni spaghetti....
hari ni makan je kejenye. Sebenarnya aku ajak beberapa orang kawan datang kerumah. Main dish adalah spaghetti, tapi nasi ayam ni untuk breakfast.
hari ni rajin terlebih pulak..
korang makan apa pagi ni?

Thursday, September 5, 2013

dah Khamis dah yeyee....

ermmmm kat ofis aku ni hari-hari jumpa pak arab, pak afrika, dan bermacam-macam bangsa...
bila aku keluar bilik je nampak diorang dok berurusan, rasa macam dok kat Middle East aje, mau aje aku laung Morsi!! Morsi!! ehhehehe buang tabiat pulak sekali syiah atau tamarood huhuu...

saja tulis entry sementara tunggu masa nak balik. hari ni Khamis balik 3.30 petang. Dalam kepala ni plan nak singgah beli mainan lego kat budak-budak ni. Kalau aku rajin aku singgah, kalau malas atau panas aku balik la.

Aku dan si adik berpakat demam pulak sehari dua ni. Hari ni aku dah okey, dia pulak demam sejak kelmarin. Harap-harapnya dia okey. Risau jugak sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi.
Masa dok kena selsema dan semput tu aku dok surf pasal penyakit paru-paru berair. Risau jugak sebab aku suka mandi malam. Tapi aku takde pulak batuk-batuk cuma bila selesema rasa tak selesa.
Surf punya surf aku jumpa ni secara tak sengaja;

kisah pesakit kanser

bila baca tu rasa sayu pulak, perkongsian seorang pesakit kanser yang akhirnya meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Cuma dari segi tulisannya aku dapat rasakan ketabahannya menghadapi penyakitnya. Dan juga bukan senang cabaran seorang pesakit kanser, kena buat rawatan kemoterapi yang menyebabkan kesakitan sampingan yang teruk.

Korang baca sendiri ye...
jaga kesihatan sama byee

Monday, September 2, 2013

pendaftaran pelajar baru


hari ni kena pantau system kot-kot ada masalah..
Alhamdulillah semua ok...
nak balik dah byeee

Sunday, September 1, 2013

kisah benarrr...

kelmarin hujan sangatla lebat waktu nak balik kerja, masa tengok kat tingkap dah rasa risau, camnaaa la aku nak balik nanti..
patutnya aku tak payah risau kan sebab naik kereta, tapi aku risau jugak..
sebabnya kereta kesayangan aku takde air cond, well aircond nya ada tapi tak pernah bukak, habibi kata nanti takut enjin takleh nak support sebab enjin lama, jadi aku tak pernah bukak. Kalau bukak pun gas pun dah takde kot dah lama sangat dah..
bila tak boleh pasang aircond, bila hujan lebat akan jadi wap la kat cermin kereta dan aku tak berapa nak nampak. Biasanya aku akan bukak tingkap sikit, masuk air pun masuklaaa...
kadang-kadang air tu membasahi baju aku, macam naik moto pulak..ohhhh tak kisahlah, aku tetap sayang kereta aku ini hehehhee mmuahh..
kereta ini adalah rezeki aku, dengan kereta ni aku tak payah berhabis duit ratusan ringgit untuk dapatkan kereta baru. Tak terlintas dan tak terliur pun untuk beli kereta baru buat masa sekarang. Aku dapat jimat sejumlah besar duit kerana kereta ini, bukankah itu dinamakan rezeki? Allah permudahkan urusan aku, Alhamdulillah... sebab aku tengok kawan-kawan seangkatan yang beli kereta baru, RM700 hanyut macam tu je. Tu kalau kereta biasa-biasa je termasuk minyak. Kalau taste tinggi sikit maunya seribu lebih hanyut. Cuma aku tengok kebanyakan budak-budak muda yang baru dapat kerja, diorang terlalu excited nak beli kereta baru. Ok tak apa, sebab tu satu keperluan. Bagi aku tak salah nak beli, tapi tengok jenis kereta jugak la, kalau mahal sangat dan it eats most of your salary, baik beli yang kita mampu tanggung. Kalau ikutkan kepala otak aku yang kedekut ni, baik beli kereta second hand (ermmm make sure ianya masih elok) sementara nak stabil dalam karier. Bila dah stabil takpelah... tapi kalau harga kereta second hand pun mahal macam kereta baru, baik ambik yang baru terus. Kereta aku ni pun kereta second hand. Masa mula-mula beli memang ada beberapa masalah nak kena ganti itu ini, tapi selepas tu Alhamdulillah dah ok tak ada masalah.
hehehe cuma kelmarin aje aku terlebih confident, pegi redah dalam lopak air..
selamba badak aje redah splash sana, splash sini hehehhe....
akibatnya jadi short circuit..
heheh ni yang aku nak ceritakan sebenarnya,tapi aku dok bagi kata-kata nasihat wakakka...
semalam kereta aku masuk air!!!
confident sangat pegi masuk dalam air, sedangkan kereta belakang aku tu tak jadi follow aku sebab air hujan tu melimpah sebab lebat sangat.
Nasib baik pomen dekat. Dia kasi cuci mana yang patut, petang ni boleh ambik.
hehehe tau la kereta aku ni kebal, tapi tak boleh redah dalam air macam tu je..naik keta enjoy macam turun gelongsor air kat Sunway Lagoon la konon hehehehe....
tapi dia bukan rosak , tapi salah aku yang tak bawak slow-slow kat lopak tu.
hari ni habibi yang hantar aku...
awal gila pukul 7 pagi aku tercongok kat opis..
lepas tu kad masuk tertinggal, kunci pintu bilik pun tertinggal..
haa baguss, awalla sangat!!!
tapi nasib baik aku pernah tengok cerita McGyver, aku guna kad untuk bukak pintu. Berjaya juga masuk dalam bilik. Sebelum tu untuk masuk opis utama aku terpaksa tunggu kawan aku datang sebab tak boleh masuk tanpa kad.
oklah, nak buat keje...
tata...