Wednesday, November 22, 2017

Deactivating Facebook?

Assalamualaikum!
Lamanya tak tulis blog.
Saja nak update cerita setelah sekian lama.

Tajuk entry aku buat julung-julung kalinya adalah berkenaan deactivate facebook haha..
I've been very active in Facebook for so many years.
Semua benda nak cerita dalam tu. Letak gambar sendiri, gambar anak, semua benda nak cerita.
Check in sana sini pun nak cerita..
Kat ofis pergi kursus sana sini pun update.
Pastu segala macam mak nenek berita dan cerita aku nak share.
And I stumbled upon a video on YouTube about getting off the social media and the goodness you will get. Disebabkan oleh ketagihah Facebook ni dah macam ecstacy, I think I'd better slow down from the Fb.

Kat rumah asek pegang HP nak belek Fb saja. Bila anak rebut HP atau distract aku, mula lah nak marah. Sama ada sedar atau tidak, bila asyik dengan hp dan anak-anak distract kita, kita akan jadi nak marah sebab takleh fokus.

Selepas tu aku ada tengok ceramah Ustaz Shamsuri. Ustaz kata sudah-sudah la main game. Kan umur meningkat ni tak payah la dok ngadap tv sangat. (In my case, social medias since I don't really watch TV)

Yeah, betul pun. I have wasted so much time on these things especially smart phone. Jika kita check berapa banyak masa dihabiskan dengan smartphone, Fb dll, it is actually very terrifying!!!
Lepas tu dengan berapa banyak fitnah dalam facebook tu, komen2 kat Fb pun boleh tahan macam puaka. Ini tak masuk lagi dengan penyebaran fahaman liberal yang boleh menggugat iman. So I have decided to get rid of these things. Well at least Fb.

I have been deactivating Fb for 2 weeks. And you know what, it feels soooooooooo good to clear your mind from the craziness of Fb. Aku rasa Fb adalah pintu fitnah yang sangat besar. Bila aku deactivate, aku dah tutup satu lubang fitnah yang besar. Aku bukanla terminate terus. Ada banyak gambar2 yang aku sayang. Aku akan masuk sekali seminggu untuk cari seller online dan baca certain post yg aku minat macam post Prof Dr Imelda Balchin yang aku admire.

Seriously, I feel sooo good to not think about what appears on the wall. Anniversaries, birthdays, celebratios, etc, I don't wanna know too much about it anymore. And I don't wanna waste my time commenting on people's wall. I don't wanna know and I don't want to bother!!

All I want is to do something more beneficial and focus on what I am suppose to be doing. Decluttering from the social media is actually some sort of minimalizing of what you need to know. Don't waste your time thinking about other people's problem that won't be affecting you at all. Pendek kata, tak mau tau hal orang!! Before this I've minimizing my post on the wall and I only scroll down the wall. And after some motivations that I watched in  the YouTube,  I have decided to get away from it. I swear It feels soo good! You should try!

Another motivation for doing that is, after realizing how old I am now and I shouldn't be wasting my limited time. It's so sad if I die while browsing the Facebook! One of the trigger that motivates me to deactivate Fb is when my son said he don't play Fb anymore because there are so many bad people there. I will encourage my children to deactivate Fb too especially when they grow up.

I found out that I become more productive now. I don't take selfies to show off anymore because I can't post it on Fb as I used to. If I do, it is only for my family WA group. The rest, I don't have anything to show to the world. I have Instagram but it didn't really bother me. I never post anything. Just looking for online seller.

Let's just focus on my family, my work and to be a better servant of Allah.

See ya later!








Sunday, May 7, 2017

feeling guilty

Assalamualaikum guys....

Today I came to work with a bit of regret and guilt.
Nowadays I easily become godzilla at home, with the factor of tiredness of the chores.
And you look at the mirror and see yourself looking ugly, fat and dark, as if you were a maid. And I think a maid is even prettier.
Yesterday I nagged to my hubby because of the excessive load of the trash bin. When I nagged, my daughter interrupted my conversation, asking, " apa dia? apa dia?"
Well I wasn't in a good mood when fastening the trash bag and I cant't help but raising my voice and yelling at her for asking something not related to her.
I rarely yell at her, but when it happened, it hurt her a lot.
After putting the trash outside and cleansed my hand, I got into the room and found her sleeping. I knew she was upset and she wasn't really sleeping. Now I understand why our mom and dad warned us to jangan menyampuk when we were a child, because sometimes the situation is inappropriate for you to menyampuk, nak marah benda lain, and suddenly you became the victim, kan dah kena, huhu!!!!!
I apologized to her and told her don't interfere into our conversation next time because it is not suitable to ask many things because things could go wrong sometimes. Most of the times I am okay, but it seems that I was having my PMS yesterday hahaha... everyone in the house become the victims ehhehe..
I try my best to do the best to my children, to make them happy everyday but sometimes it turned the other way round since I am not perfect. Then blame yourself sob..sob..
Every morning when the children get up for school, I always give them some jokes to make them laugh in the morning. To give them a good mood as a kickstart of the day so they can begin their day with positive vibes. It is good to see her smile again this morning and I hugged both of them before they went to school.
To my children, I love you so much and forgive me for my wrongdoings, sorry for having this crazy mother. To my hubby, thanks for being patient.
Maybe this is the sign of aging
uwaaaaaaaa......



Monday, February 20, 2017

It's the end of February!!!

Assalamualaikum semua,

ayyohhh lama tak menulis..
tiap kali nak masuk ni aku terpaksa regenerate password sebab lupa hahaha....
apa khabar korang semua?
alhamdulillah aku dan family baik2 sentiasa...
Aku tulis entry ni atas permintaan anak2 ehehhehe, they want me to write again, so now I write for them.

Nak tulis pasal apa ye?
ehhehe aku rasa nak tulis pasal lambakan produk kecantikan yang berlambak di pasaran.
Kalau tengok sekarang ni, business jual produk kecantikan sangat menguntungkan. Tokey dia boleh jadi jutawan, stokis semua berpendapatan sampai 5,6 angka. Masyukkkkkk.....
Tapi aku ada sedikit rasa skeptikal dengan produk2 ni especially yang terlalu mahal. Kalau perhatikan, produk2 ni mahalnya lebih daripada produk yang well known dan dah establish.
Kalau produk L'oreal jual dalam RM40, produk depa ni kadang2 tu sampai sekali ganda harganya,.
Good thing is that, boleh menjana pendapatan, dan menggalakkan kaum wanita menjaga body, jaga rupa, dan jaga dalaman.
Cuma bagi aku, aku berasa kedekut kadang2 ehhehe. Kedekut tu nombor dua. Tapi nombor satu tu sebab aku risaukan kesan sampingannya.
Kakak aku specialist bahagian radiology, dia ada kawan2 pakar kidney. Katanya, kawan2nya dah bising-bising dengan kes kerosakan kidney yang naik secara mendadak ni. Lagi-lagi golongan muda.
Kebanyakan kes ni bila disiasat, diorang ni ada consume produk macam2, telan macam2. Kalau korang tak caya, try pegi tanya doktor-doktor kat hospital.
Jangan terpedaya dengan iklan, kononnya nak membantu orang tua sakit lutut dan macam-macam, suruh beli produk keluarannya supaya mak ayah boleh beramal ibadat dengan baik. Tapi hati2 ya, jangan kerana iklan, nanti mak ayah kita jatuh sakit sebab makan produk macam2 ni ya!
Patient kakak aku sendiri, ada masalah kerosakan hati. Tanya makan apa, tak mengaku, Korek punya korek rupanya ada makan produk rupanya.
Aku juga ada tengok kawan2 yang jual pil kurus. Bila makan pil ,terus takde selera nak makan, dan jadi kurus cantik molek, putih melepak. Pil kurus ni kebanyakannya mengandungi sibutramine, yang merangsang otak korang, sebab tu korang tak rasa lapar.

Awas ya, korang boleh google sendiri, antaranya adalah tulis Dr Zubaidi

http://drzubaidi.com/blog/kesan-menggunakan-pil-pelangsing/

Aku ada terbaca, kalau diambil berlarutan, pil kurus yang mengandungi sibutramin ni boleh menyebabkan gila. Korang tak takut ke, bila makan pil tu, terus tak lalu makan. Lepas tu kat botol tu bukan tulis pun kandungan pil tu. Cantik, putih, gebu, tapi rosak buah pinggang, korang nak??
Sebab tu sekarang aku berbalik kepada home made jamu saja. Kakak aku memang marah kalau tau aku beli produk2 macam2 ni. So aku dengar kata dia la heheheh...
Sekarang ni aku buat sendiri jus asam kunyit tu. Rasanya dah cukup femes dah resepi tu. Lain kali aku update. Kesibukan dengan family kadang2 aku tak sempat nak buat, tapi kalau buat satu balang tu, boleh tahan berminggu-minggu letak dalam peti ais. Aku rasa jamu asam kunyit sedap dan kurang horrible berbanding jamu yang pahit tu.
Oklah, nanti aku tulis lain.
Ehh anak aku boleh faham ke ni entry pasal jamu hahahahha

take care of your health uolsss......





Saturday, October 22, 2016

Holaaa

Hola!
Assalamualaikum!!
Lama gila tak update blog ni...
dah setahun setengah...
I was having trouble to sign in because I have forgotten the password haha...
Apa yang dah berlaku sebenarnya?
Alhamdulillah baik-baik aja, me and my family sihat-sihat alhamdulillah.
My mom pun ada kat rumah aku sekarang.
Anak bongsu aku pun dah besar, umur nak dekat setahun dah, next month boleh sambut birthday pertama.
Kenapa aku menyepikan diri sekarang ni?
hehe mungkin aku rasa aku dah tua, malas nak meng ekpose diri dan family sangat. Tua buat cara tua, ye dak ehhe...
Ermm... aku pun dah rasa tak sempat nak blogging lelebih dah, kerja aku pun agak busy sekarang ni, nak sambung belajar tu kelaut, tapi hasrat masih ada. Nak atau tak nak je, nak kata takda masa tu, memang sampai bila takde la, bagi hubby buat dulu.
Hubby aku pun pesan jangan dok lelebih sangat kat Fb tu, tak payah la nak share2 dan like sangat, fitnah zaman sekarang ni senang sangat nak tersebar... huhuuu insaf jap. Aku share yang penting2 je, bab2 rumours aku ignore aje.
Aku nak balik kampung weekend ni, lama tak balik kelatey. Abang aku ada game futsal kat perlis, jadi aku suruh mak aku ikut sekali. Duduk sini dalam seminggu, kitorang balik sama2 raya deepavali ni, err bukan aku celebrate, alang2 cuti sekolah daaaaa...
Sejak ada baby ni, rasa syokkk je walaupun sibuk. Lama takda 'mainan', abahnya suka sungguh dapat budak kecik ni, dok kelek aje. Sepatutnya hari ni boleh hantar nursery, tapi sebab dia off ahad, dia ngasuh kat rumah la. So setiap ahad memang dia mengasuh kat rumah walaupun boleh hantar kat nursery sebelah rumah.







Oklah,
aku nak balik rumah tengok mek kecik ni jap.
bye..

Saturday, May 30, 2015

Farewell Hachiko

Hai ....
lama tak update...
sadly I just wanna inform you that my adorable cat died last week, on Tuesday, 26/5/2015.
Hachi kena penyakit jaundice, yang menyebabkan badannya kekuningan, sebelum tu Hachi hilang selera makan dan menjadi semakin kurus, tinggal tulang.
Pada hari Jumaat 15 Mei, aku bawak Hachi jumpa vet kerajaan kat Arau, tapi vet tak bagi ubat apa-apa, cuma suggest supaya beri dia minum air, force feed. Katanya tak boleh bagi ubat sebarangan.
Aku cuma bagi dia minum saja, tapi mana boleh pulih sebab dia tak ada selera.
Pada Ahad 17 Mei aku bawak Hachi jumpa Dr Sovong kat Jejawi, Kangar. Dr Vong ni vet kat klinik kerajaan Kangar, tapi after office hours dia buka klinik kucing kat rumah dia kat perkampungan siam kat Jejawi.
Dr Vong kata Hachi ada peluang pulih, dan suggest aku hantar dia masuk wad sebab Dr Vong tak ambik kucing sakit, dia hanya sediakan boarding service kat rumah dia.
Keesokan harinya pada 18 Mei aku bawa Hachi ke As Ecovet kat Jalan Langgar, Alor Setar.
Masa tu vet kata Hachi ni 50/50.
Aku dah google memang jaundice kucing ni kalau lewat berubat, harapannya tipis.
Tapi aku usaha juga, aku tak tau pun boleh jadi seteruk ni, masa aku nampak mulut Hachi kuning, aku tak tau nak buat apa, sebab aku tak tau mana vet nak tuju, aku cuma nampak vet Arau je, kalau aku tau awal2 lokasi vet private tu, awal2 lagi aku hantar.
Kat vet Ecovet, Hachi diberikan ubat hati, vitamin dan dimasukkan drip ke dalam badannya. Sebab Hachi dan dehydrated.
Hachi menunjukkan improvement apabila mula makan. Pekerja klinik tu sms aku dan juga call untuk beritahu improvement Hachi sebab aku tinggal Hachi kat sana.
Pada hari Ahad, 24 Mei, staff tu kata kuning Hachi makin teruk dan harapan pulih makin tipis. Masa tu aku beritahu kalau teruk nanti beritahu la aku pegi ambil, tapi selagi boleh rawat, teruskan. Sebab kalau aku bawa balik ke rumah pun lagi teruk sebab tak boleh drip dia.
Akhirnya dalam pukul 11 pagi, 26 Mei staff tu call aku kata Hachi dah tak ada, bila dia masuk tengok Hachi dah already gone, badannya masih lembik, maknanya Hachi baru pergi pagi tu.
Berair juga mata aku masa tu, dahla kat ofis.
Balik rumah, terus aku beritahu budak-budak ni, si Faiz terus nangis teresak-esak sebab dia sayang sungguh Hachi. Kami semua pegi ambik Hachi kat vet sebaik balik kerja.
Dalam kereta Faiz nangis, masa tanam nangis, selepas tanam pun nangis tersedu-sedu.
 



 Nangis on the way selepas ambik Hachi

Sedih sebab Hachi manja dan suka mengekor aku. Kalau aku dok mandi, dia tunggu depan pintu bilik air. Kalau aku masak, dia tunggu kat dapur, kalau aku mop lantai, dia ikuttt aje.
Cuma ralat sebab aku lambat dapatkan rawatan.
Sebab utamanya ialah aku tak tau mana nak tuju, google punya google bukan banyak pun info pasal vet swasta kat Kedah Perlis ni, tu yang aku ralat sangat. Vet swasta ni bukan ada Fb official page pun, no telefon pun tadak. Kena tanya orang.
Atas bantuan kawan-kawan baru aku jumpa dua vet. Dr Vong rekmen Ecovet kat Jalan Langgar, dan Surgeri Haiwan (India) kat Pumpong. Tapi aku terus ke Ecovet (Melayu) sebab bila aku call vet Pumpong tu, dia jawab acuh-tak acuh saja bila ditanya pasal rawatan kucing aku ni.
Di sini aku nak bagi info kat korang area kedah perlis ni.

1) Selain klinik veterinar Arau, untuk mendapatkan rawatan dan ubatan termasuklah vaksin, boleh ke rumah Dr Sovong kat perkampungan siam di Jejawi, Perlis.


Boleh whatsapp Dr Vong 019-4546989

Dr Vong ni orang Siam, dia sangat friendly orangnya. Kalau whatsapp tu kalau dia lambat reply mungkin dia bz. Tapi insyaAllah dia balas.

2) Klinik AS Ecovet pulak ni alamatnya;
77B Batu 3 1/4, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah.
TEL: 019-4717429 / 019-4784079


3) Klinik Dr Megat Iskandar
Mergong, Alor Star, no telefon 04-7307923

Dr Vong kata, klinik Dr Megat ni dekat deretan rumah kedai berdekatan Petronas Mergong. Korang tryla tengok sebab aku tak sempat bawa Hachi ke sana. Dekat Tesco katanya. Kalau bz diorang tak angkat telefon, so korang cubalah ye.

Pesanan aku pada korang, lagi-lagi kalau kucing kena jaundice, dapatkan rawatan awal. Aku sendiri terpinga-pinga cari vet swasta, frust betul sebab information tak cukup kat internet ni. Kalau aku tau lebih awal klinik tu, mesti aku hantar awal sebaik pulang dari kerja, terus pecut ke alor star.
Walaupun Hachi tak dapat diselamatkan, dan aku tidak bersama-sama Hachi during her last hours, at least aku cuba bagi Hachi berasa lebih selesa bila dia boleh makan, cuma jaundice tu teruk sangat.




 Ini malam terakhir Hachi tido kat rumah, on her favourite spot. Sebelum tu aku mandikan Hachi sampai terkencing keluar kuning pekat. Malam tu aku tido kat ruang tamu dengan Hachi.


 Bila kena jaundice, Hachi suka bersembunyi di tempat gelap, tak aktif dan monyok


Aku perasan Hachi mula sakit selepas dia kena gigit dengan kucing liar, mungkin ada kuman masuk ke dalam badannya dan menjangkiti sel darah merah dan memusnahkan sel itu. Ada banyak faktor jaundice di kalangan kucing ni, korang boleh google sendiri. Tapi simptomnya selalunya kucing hilang selera makan dan manjadi kurus kering, dan paling ketara telinga, mulut jadi kuning. Cara rawatan adalah force feed dan drip. Kalau google ada banyak lagi kaedah nak mengesan punca sebenar penyakit ini termasuklah mengambil sampel hati kucing untuk dianalisis.
Tapi masa tu Hachi dah terlalu kritikal, Maafkan aku Hachi, I should have known earlier. I'm sorry dan maafkan aku jika ada ada khilaf semasa membela Hachi, we miss you Hachi.

 Gambar ni masa kat vet Arau.


 On the way balik dari vet ambik Hachi yang dah pergi, Faiz buat note ni kat Hp aku, lepas tu dia nangis, sambil nangis dia kata, " tak boleh tengok.....(gambar hachi yang last di atas kat ecovet sebelum tinggal dia kat sana)"

 Hachi semasa sihat, 22 Mac 2015.


Gambar 26 Jun 2014.

Aku perasan Hachi mula kurus selepas dia kena gomol dengan kucing liar. Sakit hati aku.
Asalnya Hachi aku letakkan kat luar rumah, ini menyebabkan ramai kucing liar datang makan ke rumah aku dan berak merata. Kemudian aku letak Hachi dalam rumah dan buka tingkap untuk keluar masuk, it ended up bila kucing jantan tak guna tu masuk kencing dalam rumah, memang geram gila. Tak guna punya stray cat. Last sekali aku tak dapat letak Hachi dalam rumah, dia duduk di luar dan kena buli. Nak kurung kesian pulak, dan moralnya aku patut kurung dia walaupun dia tak happy. Aku ada sekor lagi anak kucing baru nama Dino. Dino secara kebetulan masuk dalam enjin kereta aku masa aku parking kat tempat kerja. Nasib baik tak mati, dan nasib baik juga aku ada Dino. Boleh main dengan Dino.

Faiz dan Dino, kecik lagi Dino ni, mungkin usia 3 bulan.
Aku rasa lega ada Dino sebab kalau takde pet, rasa kosong je takleh nak gomol-gomol. Mamameow pulak garang sikit, tak boleh nak peluk cium walaupun malam-malam dia suka tido dengan orang.

Oklah, itu saja perkongsian kali ni. Nak simpan gambar-gambar kat blog dan juga nak share dengan korang nombor di atas, sebab aku ralat sangat pasal ni.
ok bye.



Tuesday, April 21, 2015

I am still alive

Assalamualaikum!!!
wah lamanya menghilang.....
oh... aku masih hidup hehehe, tak ke mana-mana, cuma aku sibuk dan tak sempat belek blog.
lepas tu aura nak update blog tak berapa nak ada heheh, macam dah habis dah idea aku ni nak tulis.
Sebab tu ada blog yang tiba-tiba senyap sepi terus, sampai masanya jadi malas kot.
Apa jadi dengan hidup aku sebenarnya semenjak dua menjak ni?
ehheeh aku makin bz dengan kerja aku, penat sikit. Melalui ups and downs dan alhamdulillah rezeki selalu ada. And I am also 3 months pregnant now alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.
Aku lalui morning sickness juga, alah juga seperti tak boleh bau pelik-pelik nanti nak termuntah ( tapi aku tak muntah). Seperti mengandung yang sebelum ni, aku lalui simptom sama je. Keletihan, lost appetite, dan jadi gatal-gatal pada kaki. Aku garu hingga berbirat. Tapi dah hampir semakin hilang dah nak masuk 3 bulan ni.
Perut takdela buncit sangat sekarang ni, tambah lemak sedia ada haha.... ada time nampak buncit, ada time tak. Tapi dah rasa kembung.
Semoga Allah permudahkan. Dan aku juga sambil-sambil tu dok survey bidan urut sebab aku nak beranak kat sini je. Dari antenatal checkup, nak beranak dan upah bidan, semuanya nak kena duit. Sebab kali ni aku mengada-ngada sikit sebab nak buat check up kat private. Sebab utama ialah flexible dari segi masa. Kerja aku ni orang selalu dok call cari, aku rasa susah nak keluar waktu kerja. Kalau kat swasta aku boleh pergi after office hour. Saja ngengada kan. Sebelum ni dah rasa beranak dua-dua kat gomen, termasuklah checkup. Kali ni special sikit nak branak kat gomen, kebetulan ada rezeki lebih insyaAllah. Rezeki anak.
Lama dah tak beranak ni wey, 7 tahun dah. Alhamdulillah memang aku plan ni pun sebab anak-anak semua dah besar dan bersekolah, dah boleh urus diri sendiri cuma nak kena kerah.
Bolehla lepas ni kalau aku nak mandi, nak masak, diorang tolong tengok adik kecik.
Dan kali ni juga first time preggy di bulan puasa, fuhhhh aku harap aku dapat laluinya dengan bertenaga.
Aku harap trimester pertama ni dilalui dengan baik agar selera aku kembali pulih hhehhe..
 oklah, see you later, lepas ni at least aku boleh bercerita pasal my pregnancy pulak sebab lama dah takde idea heheeh,...
tata...


Tuesday, January 20, 2015

Hai there

Assalamualaikum....
lamanya tak update cerita.
Kalut sikit kebelakangan ni, hari ni bos tadak, pergi umrah heheheh.....
korang follow tak Caliph Buskers?
aku dok gila tengok video Caliph Buskers dan Mojo. Dah beratus kali dah aku dok tengok tak jemu-jemu hehehe....
I'm proud of Edry for thinking and acting out of the box. Bukan calang-calang orang juga nak ambil risiko sepertinya, untuk mengangkat street buskers untuk lebih dikenali. By the way, power gila suara Azmi Saat tu, terlopong aku dibuatnya hahaha....
Ermmmm.... nak cerita apa lagi eh...
mak aku ada dengan aku sekarang.
Minggu lepas balik KB ambik mak datang sini, duduk dengan aku. Duduklah selama mana sampai dia nak, aku tak kisah, takdela aku risau nak balik kampung sebab dia ada dengan aku. So far mak aku ok, alhamdulillah berselera makan, aku masak apa yang dia nak. Dengan aku dia tak segan nak mintak makan apa pun hihi...
Anak-anak aku pulak selamat bersekolah semula. Si kecik ni dah masuk darjah 1, si abang darjah tiga. Dan aku jugak tahun ni semakin matang la ( jangan kata tua arghhhh haha).

Layanla gambar-gambar ni... chill out!