Sunday, July 20, 2014

hihi this is funny

Tersenyum kambing aku dibuatnya...
ada lagi ke orang pompuan lemah lembut senyum jalan longlai sekarang ni?
alahai longlainya ler, mana nak kejar anak yang aktif, mana nak angkat tong gas camni haaa





orang lelaki nak pompuan yang lemah lembut macam sotong, tapi realitinya orang perempuan banyak kerja yang menggunakan kudrat.
Lemah lembut senyum longlai ni pada imagination aku, macam terhegeh-hegeh buat kerja lambat hehehe...
longlai sungguh camna nak protect diri sendiri di kala kecemasan..aduhhh...
tengok wanita Palestine di atas, siap angkut tong gas lagi, korang boleh? hehehe

Saturday, July 19, 2014

Ramadhan hampir berlalu pergi...

Hai guys....
tak sempat berblogging....
camna 10 ramadhan terakhir ni?
banyak ujian yang melanda sejak akhir-akhir ni....
isu MH17 belum selesai, entah berapa lama boleh selesai. Walaupun tahu tempat nahas, tapi nak ke sana pulak terhalang oleh puak pro-Rusia.
Macam mana ntah agaknya perasaan keluarga mangsa.
Aku tak boleh imagine saat diorang jatuh tu, so sad, semoga Allah merahmati mangsa yang telah pergi.
Ermmm...persiapan raya tak complete lagi, aku macam biasa la tak la terlalu beria-ria sangat. Asal ada sudah la kan... dengan banyak ujian yang melanda di seluruh dunia termasuk di Gaza, kadang-kadang nak over sangat pun tak tergamak, sederhana sudah...
okay...
catch ya later...

Monday, July 14, 2014

what am I doing lately?

ohhh....
dah seminggu tak update....
Sejak isu di Gaza sedang hangat diperkatakan sekarang, aku juga rancak mendapatkan informasi terkini berkenaan pengeboman di Gaza dan tindakbalas pejuang bridget Al Qassam ke atas Israel.
Kawan aku tanya, tak ngeri ke tengok gambar mangsa perut terburai semua tu, aku kata, aku tengok setiap hari jadi aku boleh tengok semua tu tanpa takut.
Kita di Malaysia ni boleh mainkan peranan share as much as possible dengan perkembangan terkini di Gaza sebelum page yang memperjuangkan rakyat Palestine ni di shut down oleh facebook.
Page rasmi Al-Qassam sendiri pun dah 5 kali di shut down oleh Facebook, maklumlah Facebook kan yahudi punya. Tapi kita masih boleh sebarkan seluas-luasnya keadaan rakyat Gaza yang dibom setiap masa.
Sedangkan di Israel sendiri, diorang beri upah kepada pelajar-pelajar universiti mereka untuk sebar propaganda di internet/ facebook, sebab tu tak hairanlah banyak posting mengutuk dan memfitnah Hamas di page pro-Palestine.
Jadi, don't say you don't know what to do, spread as much as you can or you can do the online donation to the Palestinian people. Many NGOs are taking part in spreading the truth and helping delivering aids to the Gaza people.
I can see that israel are no longer secure anymore, everyday Al Qassam keeps giving surprise and even more surprises. The devil israel never expect that Al Qassam are capable of having their own home made drone!! But now you can see that our Palestinian brothers are capable and so genius though with minimum resources. Nothing is impossible in Allah's hands! May Palestine achieve victory and the israel will be kicked out of the Palestinian land, amin..
Al Qassam is now my idol!

Monday, July 7, 2014

everything in an entry

hai guys....
banyak benda nak kena pikir dan buat pulak semenjak dua menjak ni, pasal kerja la apa lagi...
kena jumpa orang sana, jumpa orang sini...bincang itu ini....
bila serabut camni aku tengok video anak aku nyanyi kat bawah ni, jadi chill aje rasanya...
it's like a therapy, ahh I miss them la pulak!
Semalam bila sedar tengah malam, tengok si kecik ni tido bertempek dengan aku, bila masa dia masuk dalam bilik ntah. Walaupun dah besar, best cium budak ni. Si abang bila aku nak cium dia dah segan-segan hehehhe....
so macam mana puasa korang?
ramai gak masuk website aku ni cari resepi percik kelate.
Aku pulak kerap bakar ikan skang ni untuk juadah berbuka.
Bakar dalam pemanggang ajaib yang aku beli kat Langkawi dulu.
Dah lama beli tapi bulan puasa aku activate hehehe...
bakar ikan pastu buat air asam, tu lagi mantopp dari ikan bakar pasar malam.
petang ni nak panggang ayam pulak.
Aku pegi jugak ke bazar Ramadhan cuma main dishes tu aku masak. Yang sampingan je aku beli. Tersilap beli boleh terkena mahal macam hape....
Kat rumah aku pulak ada beberapa ekor tetamu berekor yang tidak diundang selalu datang rumah aku, makan makanan kucing aku, siap masuk ke dalam dapur tuh.
Aku bukan marah kat kucing, tapi aku marah kat tuan dia! Aku memang jenis kesian kat kucing, tengok kucing tu kebulur kurus kering macam tak cukup makan (memang tak cukup makan atau memang tak diberi makan??)
Bela kucing satu batalion, lepas tu tak jaga betul-betul sampai beranak pinak dan kurus kering macam rangka. Memang aku pissed of betul!!
Setiap hari datang minta makanan, ya memang aku kesian tengok kucing lapar, tapi kenapa engkau wahai tuan kucing, nak bela kucing tapi tak bagi makan kenyang-kenyang?? Macam tak ambil tahu langsung. Lepas ni kalau beranak kali kedua tak tau la aku...
Tadi masa aku bukak lampu dapur nak masak sahur, terus bunyi ngeoww ngeowww kat pintu dapur, bunyi banyak ekor pulak tuh. Memang soheh tuan kau tak bagi makan!! Bila aku bukak pintu terus masuk makan. Hachiko hanya buat-buat kembang bulu tapi tak halau pun.
Aku letak dekat luar jauh-jauh, ambik kibbles whiskas bagi jauh-jauh. Whiskas kau, dah la kucing orang!
Aku boleh je buat evil tak mau bagi makan, tapi anak kucing tu kurus nak mampuz dah, mak dia pun perut kempis gile tak terisi makanan.
Lepas tu berak atas simen bawah jemuran kain aku! Apa nak dikato dah aku bagi makan kan, kalau aku tak bagi, anak-anak aku yang bagi, aku kata tak payah bagi, dia kata kesian. Kalau terus menerus berak kat bawah ampaian aku, memang aku tak boleh bagi makan lah, sebab kucing aku sendiri pun dah tak berak kat atas simen kat luar.
Ustaz Azhar Idrus kata, bila kita bela kucing, wajib bagi kita menyediakan makan dan minumnya.
Moral of the story, jangan bela kucing kalau tak mau bagi makan, bagi je kat orang lagi-lagi kucing tu kategori bukan kucing kampung... huhh!!! aku menyampahhh!!!



Friday, July 4, 2014

Wednesday, July 2, 2014

berbuka apa hari ni?

emmmm...
petang ni korang masak apa untuk berbuka?
aku tak rasa nak memasak hari ni, badan letih dan lapar....
nak ajak habibi ke bazaar ramadhan la hari ni.
Kat bazaar kalau tak tak bernasib baik, terkena yang mahal dan tak sedap.
Kalau nasib baik, jumpa yang sedap. Banyak juga yang sedap.
Kelmarin aku beli nasi tomato, ayam masak merahnya sangatla kecik. (aku berdua je dengan boboy, habibi ke KL dengan adik jadi aku beli nasi bungkus la)
Bila makan, lauk dah habis tapi nasik masih banyak.
Acar timun pun sikit.
Dalam hati aku, peniaga ni ikhlas ke tidak dalam berniaga ni...
kita kalau berniaga, nak suruh pelanggan yang makan tu kenyang dan gembira.
Kalau tuan kedai tu sendiri makan, rasanya dia tak makan ayam cinonet macam tu.
Dalam erti kata lain, kedekut dan nak untung banyak. Siapa yang tak nak untung banyak, tapi biarla pelanggan tu kenyang.
Dulu aku ada order ayam masak kicap kat sebuah restoran.
Aku rasa bila cantum isi ayam yang dicincang tu, lagi banyak lagi isi seketul drumstick!
Sorry wahai peniaga, awak sangat tamak dan tak fikirkan perut pelanggan yang berkeroncong.
Memang makan tak cukup macam tu, selepas makan masih lapar.
Patutnya peniaga ni dia boleh bajet, sepinggan hidangan tu cukup untuk seorang.
Lepas tu aku boikot kedai tu, dah lama tak ke sana.
Tak ikhlas betul serve pelanggan! Bila pelanggan kutuk dan doa macam-macam, kan nanti terkena!
Biasanya aku akan tanya harga dulu la, kalau sepadan dengan kuantiti aku akan beli.
Okaylah, nak balik dah, balik awal bulan puasa ni...
tata!