Sunday, July 31, 2011

Aku rindukan dia.....




Kerusi kegemaran Wan....kalau aku duduk di kerusi ini, bila Wan datang, aku akan pindah ke kerusi lain. Di sinilah Wan menunggu kepulangan anak-anaknya. Di sini lah Wan duduk termenung di waktu petang, dan di sini juga tempat Wan bercukur misai buat kali terakhir....dan juga tempat duduk Wan yang terakhir pada hari Wan sakit tenat sementara menunggu di bawa ke hospital...ketika itu wajah Wan pucat lesi....gambar di atas Wan sedang makan ubat-ubatnya selepas waktu sahur pada Ramadhan tahun lepas....tahun ni Wan tak payah makan ubat lagi...aku doakan Wan aman dari segala kesakitan...amin....


Bila layan lagu Doa Untuk Ayah sambil membelek album gambar...memang feeling habis....rasa seperti choking, suffocated.........adakah aku saja cari pasal???? Ya....sebab aku rindu....you meant so much to me Wan and mak.....how much I want you by my side this Ramadhan.....bolehlah kita makan sate sama-sama kan.......

wake upp!!! Ia takkan terjadi.......
memang...ia takkan terjadi......
tapi salahkah walaupun dalam mimpi???

Produk baru?

What's new this month? Aku telah membeli produk berikut..........


Safi Rania Gold Night Cream



Secret Garden Shampoo...aku pakai yang kaler biru

Dan aku sangat sukaaaa!!!!!
Krim Safi tu adalah untuk melengkapkan set Safi Rania Gold yang aku gunakan....
Aku memang gunakan serum (memang bestttt!!), krim kecantikan dan facial wash.
Dulu pakai night cream Bio Essence tapi atas faktor ekonomi aku beralih kepada Safi...botak kepala pakai Bio Essence ni, RM40++. Aku dapat rasakan night cream Safi ni lagi ringan sebab ianya gel. Harganya pun jauh lebih murah, RM23++. Bangun pagi rasa best je kulit ni. Aku pakai je krim ni untuk siang. Night cream ni takde UV ray protector, tapi aku tak risau sebab aku memang pakai Loreal UV protector. Untuk mengatasi rasa melekit selepas macam-macam benda di tepek pada muka, aku pakai bedak baby Johnson je yang botol putih tu. Barula tak bersinar-sinar muka. Dia 'grip' lembapan krim tu. Lepas tu baru pakai face powder macam biasa. Aku pakai Maybelline Clear Smooth Powder yang RM20+ tu je.

Pasal shampoo pulak, dulu aku pakai VO5. Mula-mula tu okey, rambut kurang gugur tapi rambut jadi sangat kering dan 'rangup', jadi aku saja-saja try Secret Garden...dan ....memang besttt!!!!! Baru beberapa hari pakai tapi rambut rasa lembut je, tak macam VO5. Best bestt!!!!!

Sejak nak masuk 3 series ni aku kena lebih rajin jaga muka nih...sebab kalau tak dijaga nanti muka senang hangus, berkedut dan cepat tua. Nampak lagi tua dari umur sebenar. Tapi sejak aku rajin tepek menepek ni, aku rasanya kulit muka nampak lebih elok dari sebelumnya. Syukur muka aku tak berjerawat. Aku penah diserang jerawat yang teruk pada suatu masa dahulu. Paling terkini adalah awal tahun ini. Solution aku yang mujarab adalah krim jerawat Oxy beserta facial wash sekali. Memang jerawat kecut. Dan syukur juga aku tak gemuk, buat masa sekarang leee.....takde la aku nampak tua sangat hehehe......kadang-kadang aku rasa macam batang pisang je heheee....penah dulu aku montel macam batang nibong....tapi better keadaan sekarang.....di bulan puasa biasanya aku lagi kurus walaupun selera makan aku tak penah kurang. High metabolism sebab aku bukan jenis yang duduk diam. Kalau duduk atas kerusi pun aku bukan duduk diam, macam ayam nak bertelur heheee.......

okla selamat berpuasa kawan-kawan!!!!

Pertama Ramadhan......

Semalam aku masak nasi awal.....pukul 12 mlm masak nasi dan dibiarkan warm sampai pagi. Kalau switch off nanti nasi jadi keras. Masih banyak soto ayam yang dibuat kelmarin, makan soto tapi dengan nasi + telur goreng. Awal-awal lagi aku 'off day', harap-harap jangan 'off' lagi di hujung Ramadhan ni.

Sebelum masak nasi aku kemas-kemas rumah dulu, lipat kain dan susun baju budak-budak dalam bakul. Lepas tu mop lantai lalu mandi! Cuaca di Perlis sangat panas, aku takkan boleh tidur kalau tak mandi selepas penat dan berpeluh. Bukannya aku berendam pun tapi mandi cepat-cepat. Lagipun aku suka kemas rumah di waktu malam sebab kurang panas. Tapi budak-budak kecik ni bukannya mau tidur lagi, masih keluar masuk bilik nak tengok aku buat apa. Tengok-tengok tertidur dah si kecik tu kat ruang tamu. Sebelum tu dia dok belek-belek Galaxy tab ke sana ke mari main game. Budak-budak ni suka main game Angry Bird tu...dah lama ke game tu? Aku tak penah main.

1 Ramadhan......tapi aku belum ada 'feel' dia lagi.....mungkin lepas pergi ke bazaar Ramadhan petang ni baru rasa..oh...bulan puasa rupanya!!!

Biasanya kalau bulan puasa kami akan ke bazaar Ramadhan beli ikan bakar dan kuih-muih. Aku jarang makan kuih, hubby suka makan. Bila balik rumah masak nasi dan masak lauk atau sayur tambahan. Haaaa.....hari ni lauk-pauk atau kuih muih di bazaar adalah fresh, tapi esok belum tentu!!!!! Esok akan jumpa le kuih yang keras kematu yang telah digoreng semula...awas ya!!

Masa aku ke pasar malam malam Jumaat lepas, aku lihat para peniaga sedang bersiap sedia membuka gerai masing-masing. Peniaga keropok dan kuih jenis bergoreng telah bersiap sedia dengan kuali panas masing-masing. Ku jenguk ke dalam kuali...mai aiii.......minyak hitam gila! Berapa kali recycle ntah!!!! Patutla ramai orang kena kanser, sebab dok makan minyak recycle hitam tu. Dahla pakai minyak paket yang juga merupakan minyak recycle daripada restoran-restoran dan hotel-hotel (goreng apa ntah??). Jadi, pilihlah makanan yang terbaik setakat yang kita mampu ok! Kalau makan sate atau ikan bakar, jangan le pilih yang hangus kehitaman tu...berapa kesan karsinogen yang akan diserap badan nanti! Karsinogen adalah agen-agen yang boleh mencetuskan barah.

Hmmmm...dan juga sudah tentu...1 Ramadhan aku takkan lupa pada Wan....seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pukul 5.30pg aku akan menelefon mak di kampung untuk update cerita di rumah, Wan makan apa, boleh puasa atau tidak, kerana Wan sudah uzur sejak puasa tahun lepas. Teringat aku 10 tahun lepas iaitu pada tahun 2001 ketika aku di pusat matrikulasi. Ketika sudah bersiap-siap untuk ke surau sembahyang subuh, aku menelefon mak di public phone di bawah asrama. Mak yang menjawab telefon dengan terkejut sebab dia tak terjaga sahur sehinggalah aku telefon. Masa tu hari pertama puasa. Punyala kelam kabut makan mana yang sempat sebab dah nak habis waktu. Kena marah dengan Wan ! hehe.....Ketika di matrikulasi, aku sanggup turun beli makan sorang-sorang sebab kawan-kawan semua bukan jenis makan sahur. Yang ada kat cafe adalah beberapa orang budak lelaki. Selamba je lah...aku tapau makan kat bilik.

Aku juga banyak surf tentang alam roh. I just wanna know where he is .Sesungguhnya alam roh itu hanya Allah yang tahu. Banyak pendapat tentang kedudukan roh setelah mati. I'm just wondering, apa yang Wan sedang buat sekarang ni...hmmm... I miss you Wan....aku selalu tertanya tentang keadaan Wan...bagaimana suasananya......adakah Wan ingat aku atau tidak....kerana aku ingat pada Wan setiap saat.

Al-fatihah....dah 28 hari....pastinya jasad Wan tidak seperti kali terakhir kulihat Wan pada 4 Julai lalu....

Pada 1 Julai lalu Wan masih ada....masa tu keadaan Wan sudah semakin merosot dan aku sangat risau. Terasa seperti ingin lompat balik menemani Wan. Apakan daya aku tak mampu pulang semudah itu Wan. Kalau bekerja di sektor kerajaan takda masalah. Aku rindu nak tengok bilik Wan...nanti apabila pulang aku mau ke kubur Wan....insyaAllah.... salam Ramadhan Wan..semoga Ramadhan memberikah barakah kepada Wan dan seluruh penghuni kubur.....amin..

Saturday, July 30, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....

Esok puasa......selamat menyambut bulan Puasa....
kita belum pasti adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir atau tidak....
kita belum pasti...adakah ini merupakan Ramadhan terakhir buat insan yang amat kita sayangi...
setiap kali Ramadhan dan Syawal.....aku mesti mengajukan soalan ini pada diri sendiri apabila melihat mak dan Wan yang sudah uzur...

Ya....
Memang Ramadhan lepas adalah Ramadhan terakhir kami bersama Wan....
Rupa-rupanya pada malam LailatulQadar pada Ramadhan yang lalu telah tertulis bahawa Wan akan diambil oleh-Nya pada tahun ini.....tetapi tiada siapa yang tahu....hanya Allah yang Maha Mengetahui....itu adalah rencana-Nya untuk setiap makhluk-Nya.....
Siapa pula yang akan diambil-Nya pada masa seterusnya??
Yang penting, kita harus bersiap sedia.....agar tidak menyesal di kemudian hari....
Kita diberi peluang memilih...syurga atau neraka.....jadi...berusahalah!!!!!!!
Semoga Allah mengurniakan syurga kepada Wan...
Hiasilah kubur Wan sebagaimana taman-taman syurga Ya Allah.....amin.....

al-Fatihah ..27 hari

Doa Untuk Ayah-Hamdan Senario

Doa Untuk Ayah-Hamdan Senario

Al-Fatihah Wan...
mengalir air mataku mendengar lagu ini.....
Wan sudah tiada lagi di samping ku Ramadhan ini...
Ramadhan ini tanpa Wan menungguku pulang di muka pintu....
Syawal ini tiada maknanya lagi....
Ya Allah..sejahterakanlah ayahku...
Semoga Wan tenang bersemadi...

petang yang mendung......

Mendungnya petang ni......macam mau hujan....

Teringat aku 2 hari sebelum Wan dimasukkan ke wad. Pada petang Jumaat itu, aku lihat Wan sedang mencukur janggutnya.....di trim janggut di wajahnya dan dibelek-belek mukanya di depan cermin yang merupakan side mirror lori.

"Haa.....sihat dah tuuu..." kataku bila nampaknya bersemangat pada petang itu......Sebelum tu dah berminggu-minggu demam, tak dapat nak trim janggut, misai. Petang tu wajahnya jadi licin bersih, tak kusut masai seperti sebelumnya. Aku gembira melihat Wan. Rupa-rupanya.........lagi 10 hari Wan nak pergi..... :''''''-(

Sobsobsob.......

Setiap hari teringat kat Wan...terasa hati bagai dirobek-robek.....kalaulah ianya diibaratkan seperti cermin side mirror Wan tadi...ianya mungkin semakin retak....setiap hari retakannya semakin panjang...setiap kali melihat gambar Wan..atau setiap kali terbayang kenangan bersama Wan...semakin carik hatiku ini....andai dapat kuundurkan putaran dunia.....aku akan pastikan Wan lebih gembira dan bahagia....tapi itulah takdir.....pedihhhhh.....rinduu.....

al-Fatihah Wan....esok orang dah start berterawih Wan........Wan nak pegi tak....... :-(

Friday, July 29, 2011

Suatu hari di bulan puasa.....

Sungguh pantas masa berlalu....sepantas itulah Wan telah meninggalkan kami......
lusa dah nak puasa.....

Kalau ikutkan rutin tahun-tahun sebelumnya, kelmarin sudah tentu Wan ke Kedai Lalat membeli daging lembu segar, ikan tenggiri serta pisang yang merupakan favourite Wan...... Wan suka makan daging yang digoreng bersama bawang dan lada hijau yang besar...wangi baunya....
pagi-pagi ketika bangun sahur.....wangi bau gorengan daging diseluruh rumah...
Selepas bersahur Wan akan bersiap-siap lalu turun menghidupkan enjin motosikal yahama berwarna merah....bauan minyak atar juga memenuhi udara rumah....(Wan ada sebuah basikal tua tapi dah jarang digunakan, tersadai di bangsal)

prengggg....prengggg.......

bingit bunyinya serta ekzos berasap sampai ke dalam rumah.....
lalu aku menjenguk ke luar tingkap...kelihatan Wan sudahpun duduk di atas motor, berbaju Melayu serta berkain pelikat serta berkopiah putih......
Kulihat mulut Wan terkumat-kamit membaca doa...selama beberapa minit membaca doa....
Tidak pernah aku lihat Wan naik moto atau kereta anak-anak, atau kapalterbang tanpa membaca doa.....kalau naik kapalterbang tu aku pulak merasa takut bila Wan bersungguh-sungguh membaca doa macam kapalterbang nak jatuh je heheee......

Selesai membaca doa.....Wan memasukkan gear 1, lalu motornya meluncur ke laman rumah lalu naik ke atas jalan tar kampung......aku perhatikan sampai kelibat Wan hilang dari pandangan....sampai bunyi bingit motor sudah tidak kedengaran...

Biasanya aku sambung tidur balik dan bangun sembahyang subuh apabila bunyi motor Wan kembali kedengaran di hamalan rumah....Wan dah balik!!! Lebih kurang pukul 6.30 pagi Wan balik.....

Apabila masuk ke dalam rumah, Wan akan masuk ke dalam bilik kecil tempat dia biasa sembahyang, lalu mencapai Al-Quran di atas rak dan membacanya hinggalah pukul 7 pagi.

Pukul 7 pagi Wan akan standby di hadapan TV untuk menonton berita di TV1. Sambil menonton TV, sesekali Wan akan mengulas berita yang ditontonnya. Kemudian Wan bersarapan nasi bersama segelas teh panas.

Kusyuk tengok berita....Wan selalu up to date....

Ketika masih sihat, rutin harian Wan ialah tengok anak-anak ayamnya di luar rumah. Sambil memberi makan ayam, Wan memerhatikan mereka makan, atau memungut daun-daun kayu disekeliling rumah lalu membakarnya di belakang rumah. Kawasan sekeliling licin dan bersih. Rumput-rampai juga dicabutnya satu per satu. Pokok-pokok cili kesayangannya juga disiram serta mana-mana pokok yang perlukan penjagaan dan nak kena trim, Wan akan trim.

Kira-kira pukul 8 atau 9 pagi, Wan akan bersiap-siap keluar menaiki motosikal ke pasar. Biasanya dia akan membeli ikan tenggiri kegemarannya, atau pisang yang merupakan buah kesukaannya. Dia sangat suka round pasar Siti Khadijah. Kalau tak ke sana, dia akan ke Pasar Berek 12 yang lebih dekat, atau pasar Binjai yang jauh sedikit. Bila beras sudah habis, dia akan mengajak anak-anak ke pasar Wakaf Bharu untuk membeli beras Siam. Apabila pulang ke rumah, Wan akan tidur sampai tengahari.

Tetapi apabila Wan sudah semakin uzur, dia dah sangat jarang keluar rumah, banyak masa dihabiskan dengan tidur kerana badannya cepat letih dan lelah. Badannya sudah mula menyusut sedikit demi sedikit hingga kurus dan menampakkan tulang rusuknya. Perutnya yang dulu buncit sudah menjadi kempis. Dahulu aku dan Amir, anak saudaraku selalu mengusiknya..
"Ni berapa bulann?"....tokwe hanya tersenyum.

Tadi aku tertidur sekejap....ketika tidur aku bermimpi...

Wan sedang mengayuh basikal tuanya di sebuah jalan dengan memakai baju melayu, berkopiah seperti yang aku ceritakan sebelumnya. Aku yang ingin merakam videonya menyuruhnya tunggu sekejap..ketika merakam video, macam ada satu error, tak boleh on. Aku suruh Wan tunggu tapi Wan terus pergi meninggalkanku tanpa berkata apa-apa......Wan mengayuh basikal lalu berlalu pergi......

adakah itu Wan? Ataupun hanya mainan tidur?

biarpun hanya mainan...namun aku tetap gembira kerana sekurang-kurangnya aku dapat melihat kelibat Wan....

Aku sangat rindu pada Wan.....26 hari....al-Fatihah...

Thursday, July 28, 2011

Kisah Wan part 4...

Revolver magnum

Ketika menetap di Siam dari tahun 1950-an sehingga hujung 1960-an, Wan mempunyai beberapa pucuk pistol dan senapang. Pistol dan senapang berkenaan diberikan oleh tuan kebun getah, Tok Bohong (Ah Hong) kepada Wan untuk kegunaan menjaga kebunnya. Antara yang dimiliki Wan seperti yang diceritakan oleh abang aku adalah pistol revolver magnum, pistol browney, calibre 0.38 serta shortgun double barrel. Wan memiliki lesen untuk semua jenis senjata api yang dimilikinya.

Kata abang aku, pistol yang selalu disebut Wan ialah magnum! magnum! Kata mak aku , pistol tu diletakkan di alang rumah je. Mak aku pun selalu menggunakan pistol tu untuk berlatih menembak tin kosong. Bukan guna peluru kapur, tapi peluru hidup!!! Hee...aku nak pegang pistol pun ngeriiiii!!! Abang aku yang merupakan seorang pegawai pertanian juga mempunyai selaras senapang. Ia digunakan untuk menempak tupai atau musang di kebun. Aku pernah memegangnya, eiii...takutt!!!!! Takut meletup!

Kemana-mana saja Wan pergi, pistolnya memang selalu dibawa bersama untuk tujuan keselamatan. Tugasnya sebagai mandur ladang getah memang memerlukannya membawa senjata api untuk menjaga ladang getah berkenaan.

Insiden ala-ala Cowboy 1

Pada suatu hari, bapa saudara Wan yang bernama Pak Cu Ali berbual-bual dengan seorang yang bernama Pok Heng lalu tercetus satu salah paham antara kedua-duanya. Kata Pok Heng, dia nak tampar bapa saudara Wan itu. Wan yang mendengar kata-kata Pok Heng lantas membela bapa saudaranya dengan berkata, "Kalau nak tampar Pak Cu Ali baik mu tampar aku!" Maka benganglah Pok Heng itu apabila mendengar kata-kata Wan lalu dia berdendam dengan Wan.

Pada waktu yang lain selepas kejadian itu....disebuah lorong di kebun getah ketika Wan sedang dalam perjalanan ke suatu tempat....tiba-tiba.....ternampak kelibat Pok Heng yang berjalan di lorong yang sama menuju ke arahnya..tiba-tiba langkah terhenti berjarak beberapa meter di hadapan.....dengan suasana ala-ala Cowboy....masing-masing dengan perasaan tidak puas hati di dada....dengan serta merta menyeluk saku masing-masing.....(bayangkan babak dua orang cowboy yang berdendam kesumat bersua muka di depan bar dalam cerita Young Guns)...

Wan menyeluk sakunya memegang pistol di dalam poketnya.....
Pok Heng juga meraba-raba pistolnya....
masing-masing sudah bersedia untuk mengeluarkannya dari poket masing-masing ...
sambil mata bertentang mata dengan sebelah mata mengecil sedikit....
"Aku akan hapuskan kau!!!" mungkin itu la ayatnya kot kalau diluahkan dengan kata-kata....siapakah yang paling cepat keluarkan pistol dan siapakah yang akan tertembak?????

prepare for the worst......3....2...1......

eh.....tak keluar-keluar pun pistol....

mungkin belum masanya lagi....atau mungkin kita tak payah berbalas tembak.......salah seorang mungkin terkorban atau kedua-duanya sekali......

masing-masing ada keluarga yang harus dijaga......
masing-masing memendam perasaan.....dan membatalkan niat tersebut.....

syukur........

dan mereka berlalu dari situ.....

(kalau dalam cerita Young Guns, mungkin kelibat sheriff atau heroin yang mematahkan semangat cowboy-cowboy berkenaan)

Insiden ala-ala Cowboy 2

Di Golok pada masa itu, memang kegiatan samun, rompakan serta tembak menembak berleluasa. Tak puas hati sikit, pomm!!! Tak puas hati sikit..slashhhh!!!!! (tetak). Modus operandi adalah dengan menunggu mangsa di jalan yang sunyi serta bergerak dalam 2,3 orang. Biasanya mereka akan menetak mangsa lalu merompak barang-barang berharga.

Pada suatu hari, Wan sedang menaiki motosikal di suatu lorong di kebun getah yang sunyi sepi..tiada orang....

Ketika sedang melalui lorong tersebut, Wan ternampak kelibat dua orang lelaki di tepi lorong yang menepati ciri-ciri seperti yang diceritakan di atas tadi. Dua orang lelaki tadi berpura-pura seperti menunggu seseorang di tepi jalan (tunggu sapa ntah dalam kebun sunyi sepi tuhh)....

Lantas....Wan memberhentikan motosikalnya tidak jauh dari lelaki-lelaki tadi......
Dengan gaya ala-ala Cowboy sambil menghisap rokok.....Wan menyeluk poketnya....
Sepucuk pistol dikeluarkan.......

Sambil mengangkat pistol itu supaya dilihat oleh perompak tadi....Ketapp.....ktappp.....bunyi pistol....dengan peluru telah tersedia diisi.....Wan membelek-belek pistolnya sambil menjeling-jeling ke arah suspek-suspek tadi......

Melihatkan Wan dengan konfidennya memaparkan aksi seorang Cowboy bermain pistol....perompak-perompak tadi jadi kecut perut....mereka membatalkan saja hajat untuk merompak Wan...dia tak tau ayah aku ada pistol!!!!! Lalu mereka beredar dari situ.....

kehkehkeh...tau pun takuttt!!!!!!


Kisah ala-ala Red Indian

Pakcu Roni merupakan kawan baik Wan di Golok. Dia mempunyai seorang anak saudara perempuan yang tinggal bersamanya di berek pekerja ladang getah.

Pada suatu hari, seorang penoreh yang bernama Pak Mat telah 'bergurau' secara berlebihan dengan budak perempuan tersebut menyebabkan budak perempuan tersebut menangis. Pak Mat berasa sangat takut lalu meminta budak perempuan tersebut agar tidak menceritakan perkara tersebut kepada Pak Cu Roni. "Matila saya kalau bagitau kat orang.." kata Pak Mat. Namun cerita itu sampai ke pengetahuan Pakcu Roni juga. Ini telah membuatkan Pakcu Roni menggelegak kemarahan lalu mencapai sebatang parang tajam. Kuk..kuk....ditakirnya, di test nya muncung parang itu di sebatang kayu...lalu..kukkkk!!!!! ditetaknya kepala Pak Mat umpama membelah buah kelapa muda.

"Kawe ajar dio..." Bagitau Pakcu Roni kepada Wan.
"Macamana?" tanya Wan...
"Sikit jah..pergi la tengok"..jawab Pakcu Roni....

Lalu Wan bergegas mendapatkan Pak Mat yang ketika itu masih boleh bangun terhoyong-hayang di jalanan sambil darah meleleh membasahi mukanya. Wan membawa Pak Mat menaiki basikalnya untuk menghantarnya ke hospital Golok. Ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pak Mat meninggal dunia.

Tragisss..........

Moral of the story...jangan main dengan anak dara orang!!....tapi tidak 100% sahih sama ada budak perempuan tersebut telah dicabul atau sekadar diusik...

TAMMAT


Budi yang baik dikenang jua....

Hancur badan...dikandung tanah....budi yang baik...dikenang jua...

Wan....segala budi baik Wan dan mak bersusah payah membesarkan kami 10 beradik, sampai mati akan kami kenang....

al-Fatihah.......25 hari...

rindu pada suasana ketika di waktu pagi Wan pulang dari masjid lalu menonton berita di TV1.....bunyi motosikal yahama yang bingit tu dah lama tak kedengaran d waktu pagi....
aku rindu Wan....so heart wrenching....

Ramadhan terakhir....

Berbuka puasa buat kali terakhir bersama Wan tahun lepas.....sudah tertulis itu adalah Ramadhan terakhir....

24 hari dah...Al-fatihah Wan.....my love will never fade away......
Doa kami setiap hari untuk Wan agar Wan sejahtera di sana.....dan kami tidak akan berputus asa....

Wednesday, July 27, 2011

Happy birthday son!!! Umur saya 5 tahun!!

Happy belated birthday my lovely son ! We love you so much!
Sebenarnya birthday Faiz jatuh pada 16 Julai lepas tapi masa tu aku kat KB pulang tengok mak aku....so lewat 11 hari......

You were so small when I saw you on 16/7/2006, Sunday (alamak aku lupa pukul berapa, 2.40ptg kot) .Berat 2.55 kg je. Sekarang ni dah besar, makin cerdik dan nakal!

Kat sekolahnya pula diadakan birthday party pada hari ni...jadi kami kena bawa la souvenir untuk kawan-kawannya di sekolah. Seronok diorang ni dok isi makanan dalam beg souvenier tu...tapi lama-lama diorang jemu kot sebab banyak.....lepas tu diorang pun excited nak makan kek....makan kek kecik je, yang besar bawa pergi ke sekolah hari ni....


Teruskan menyanyi.....abah mau ambik gambar dulu.....yeah nyanyi 4 round....

Si abang merajuk melarikan diri sebab dia tiup lilin awal sangat








Hugs and kisses......for both of you!!!

Tuesday, July 26, 2011

Sebulan lintang pukang.....

Boleh dikatakan sejak sebulan yang lalu iaitu sejak Wan sakit hingga Wan meninggal, kami semua makan main rembat mana yang sempat dan segala urusan harian memang tak ikut jadual dah..... sebab tumpuan utama adalah hanya untuk Wan sahaja. Selepas Wan pergi, kami mengambil masa juga untuk melawan perasaan dan membiasakan diri serta menerima takdir. Memandangkan ini adalah kali pertama kami sekeluarga kehilangan orang yang tersayang...maka ia merupakan suatu tamparan yang hebat.

Alhamdulillah....anak-anak Wan semakin mendekatkan diri dengan Allah..... kalau dahulu sekali sekala ke masjid, sekarang dah jadi rutin buat anak-anak lelaki Wan. Yang mana mengaji Al-Quran masih 'slow dan merangkak' kini semakin gigih mempelajarinya dan memahami maksudnya. Kerana kami semua mahu menjadi anak-anak Wan yang soleh....yang doanya sampai kepada Wan...yang dapat memberi manfaat kepada Wan supaya Wan beroleh syurga-Nya. Kami mahu jadi anak-anak yang mengutungkan Wan, bukannya merugikan Wan. Kami anak-anak perempuan mahu jadi pendinding Wan daripada api neraka.

Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Syukur Alhamdulillah anak-anak Wan takde pun yang jadi 'hantu' setakat ni...cuma bukanlah kategori ustaz seperti keluaran Universiti Al-Azhar. Terima kasih Wan kerana bersusah payah membanting tulang mencari rezeki yang HALAL sebagai rezeki anak-anakmu...dan ianya telah membentuk diri kami hari ini.

Tempias kesibukan sejak sebulan yang lalu juga terkena kepada hubby dan anak-anakku juga. Mereka juga sering kutinggalkan serta kepenatan kesana kemari. Weekend bersama mereka juga terhad sebab aku kerap pulang. Thank you Mr. N, terima kasih kerana merestui.

Dan selama sebulan juga aku tak jaga muka aku ni huhuuu.....tak sempat la nak tepek menepek....nak tepek apanya hati banyak susah wehhh.........

Gradually aku harap keadaan kembali normal...cuma mak je yang terpaksa mengharungi hidupnya tanpa Wan di rumah.....dan dia takkan mahu tinggal di rumah anak....bukan dalam jangka masa terdekat ni....tak boleh nak paksa mak ikut kehendak kita....kita yang harus lebih memahami mak sekarang..ini adalah soal pengorbanan....anak-anaklah yang kena berkorban demi ibu tersayang...hanya dia yang tahu kesedihan yang dialami....Wan adalah partnernya selama lebih kurang 60 tahun!!! Bukan 6 tahun!!! We should understand her grieve and understand her feeling that she wants to live in her own house....their house.....


Persiapan posa dan persiapan raya?

Raya lambat lagi..tapi kat supermarket dah mula tepek ketupat dan gambar raya.....
aku takde selera mau raya pun.....baju raya pun belum ada.....tengok la last minit dekat dengan raya boleh beli kot...kalau tak beli aku pakai yang mana ada je....

aku ni bila raya aku pakai baju raya kejap je ...sebelah pagi....lepas tu mula la tukar pakai seluar trek....

buat kuih raya? hehe aku tak pandai buat kuih raya dan aku tak pernah buat kuih raya!!! alamakkkkk fakta menakutkan!!!! kihkihkih.......sebab dari kecik aku tak penah buat....selalunya dok beli je.....adik beradik aku pakat beli jadi banyakla stok kuih raya kat rumah....aku tukang makan je...sampai le aku besar dan berkahwin ni...adusss...jangan pandang serong kat aku heheee......

tadi aku ikut kawan-kawan aku ke kedai peralatan membuat kek....aku tak pernah ke kedai tu....
"Whoaaa bestnyaaa...." kataku......

aku tak ada alat-alat nak buat kek ni sebab aku kan mana penah buat....bila tengok alatan-alatan tadi rasa nak try pulak hehe...tapi tunggu aku masuk rumah baru dulu....rumah sekarang ni kecik takda tempat nak letak barang-barang....tungguuuuu....kalau jadi laa...

lepas tu bila dok belek-belek barangan yang ada, aku ternampak deretan mentega Golden Churn. Sebelum ni jadi isu jugak produk ni..tapi semalam kawan aku kata dalam paper jakim kata halal produk ni...so.....bolehla guna tanpa was-was.

Untuk menyambut puasa...kena get ready la bangun awal pagi....
aku ni memang jenis kena bangun sahur..kalau tak bangun, memang kebuluran la aku di siang harinya......ketika aku kecik-kecik dulu aku mengamuk kalau mak aku kejutkan aku lewat...pernah sekali aku mengamuk tendang pintu hehe..bagus punya perangai.....lepas tu terus kena jerkah dengan Wan jadi senyap tak terkata hehe....ketika aku tinggal dengan mak, aku jadi tukang makan je di waktu pagi, punyala mengantuk masa bangun makan. Aku pernah tanya mak, tak mengantuk ke bangun masak untuk sahur...kata mak." Dah tanggungjawab.."..bila aku dah umur 20-an baru la aku tolong masak nasi sekali sekala, kesian kat mak aku sebab dah uzur. Tapi kat umah mak mertua aku bangun makan je..heheee.....sebab aku rasa kalau aku tak ada pun memang diorang akan masak nasi juga untuk sahur :-p Tapi untuk berbuka memang aku actively mengambil bahagian la.

Aku ni kalau bukan bulan puasa memang mengantuk tahap kronik punya....bulan puasa pun mengantuk juga tapi aku masih usaha bangun...kalau nak bangun buat kerja rumah atau study atau qiamullail tu..aduhhh.....memang takde disiplin langsung...tak macam Wan...Wan selalu bangun awal pagi sembahyang sunat hajat untuk anak-anaknya..selalu aku terjaga lalu terdengar Wan berdoa....sayunya bila teringat Wan sanggup bangun pukul 3 pagi mendoakan anak-anaknya.....tapi aku tak pernah boleh bangun pukul 3 pagi berdoa kepada kesejahteraan Wan di dalam kubur setakat ini....hmmm...jahil kan aku....padahal itu saja untuk aku balas jasa Wan...insyaAllah akan kucuba di bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni....

Selamat menyambut bulan puasa Ramadhan.....tahun-tahun sebelumnya aku akan mengambil cuti dalam bulan puasa untuk pulang berpuasa bersama mak dan Wan....nampaknya tahun lepas adalah kali terakhir aku dapat berpuasa sehari dua dengan Wan......

Al-fatihah ayahku yang amat kurindui dan kusayangi......selamat menyambut Ramadhan Wan....Ramadhan pertama tanpa Wan...dan Hari Raya pertama tanpa Wan....kali ni Wan tak dapat solat sunat hari raya bersama anak-anak lagi.....it's gonna be hard without you...

Monday, July 25, 2011

My mom is lonely.....

Hmmmm....macam mana aku nak buat ni...

bencinya sebab aku tinggal jauh.....
mak aku jadi kemurungan dan low appetite.....
walau apa pun yang terjadi dia nak duduk di rumahnya juga....rumahnya dan rumah Wan..rumah yang banyak menyimpan kenangannya dengan Wan...

Sebagai anak yang paling 'kecik', I can say that I am very sensitive to her feeling..yup...I am very sensitive...Aku ada instinct dan sensor yang boleh memahami perasaan mak dan Wan. Ada sesetengah orang tidak pandai mengambil hati dan memahami perasaan orang tua..they don't even care!!! Ada sesetengah orang yang tak ada sensor langsung...opsss.......

aku rasa sangat tidak berguna sebab tidak berada di samping mak aku sekarang...it's a very hard time now....

sepatutnya aku berada di sisi mak dan Wan ketika mereka masih sihat lagi...apatah lagi sekarang apabila mak tinggal sendirian tanpa Wan......ruginya tidak dapat berbakti kepada kedua orang tua lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua....



semoga mak tabah.....
sudah 22 hari Wan pergi..al-Fatihah....

what are you doing now father?

It's getting more difficult.....how I wish he could be here during bulan puasa...I remember when we woke up serta bersahur bersama...biasanya Wan bangun awal, makan pukul 5 pagi...aku pula bangun lewat sedikit....ketika berbuka puasa bersama, macam-macam makanan dihidangkan....sebelah malamnya aku berbasikal dengan kawan-kawan ke masjid berterawih....Wan pula menaiki motosikalnya....di tengah jalan kita berselisih.....kadang-kadang Wan mengikutku di belakang.....

sedihnya Wan..sedih gilaaa!!! sekarang Wan sudah tiada...ketika bulan puasa tahun lepas pun Wan sudah uzur....

aku berasa sungguh sedih......Wan sudah tiada di sisiku....ketika aku telefon mak, selalu aku tanya " Wan sedang buat apa? "..terdengar Wan menyampuk disebelah katanya mahu cakap dengan Faiz....nama Faiz tu pun Wan yang bagi....

Kata Faiz..."tokwe dah mati...dah tak boleh usik Faiz dah..."...

I love you Wan....it's very painful living without you and without listening to your voice....

al-fatihah

Sunday, July 24, 2011

dah 3 minggu......

21 days.....al-fatihah....

Ahad bulan lepas, 26 Jun 2011, Wan dimasukkan ke wad bendahara HRPZ (HKB)....iaitu kelmarin genap 3 minggu Wan dimasukkan ke wad....Wan keluar dari rumah tak pulang-pulang..yang pulang hanya jasadnya.... I miss you father....so much! Your face keeps appearing in my mind in every microsecond......Ya Allah rahmatilah ayahku...amin....

Saturday, July 23, 2011

how to perform CPR?

Disember tahun lepas, abang aku tiba-tiba collapsed ketika sedang bergelak ketawa.....terus mukanya jadi kebiruan...kami hanya mampu memerhatikan dan menggosok badannya...mujurlah abang aku yang merupakan seorang physioterapist pantas bertindak dengan melakukan CPR ke atas abang aku yang rebah tadi. I thought he was gonna die! Aku rasa cardiac arrest tapi abang aku yang collapsed tu kata dia choking sebab bila check kat hospital jantung ok.....tapi cardiac arrest ni kan bukan ada tanda-tanda pun...it's a silent killer!

Jadi adalah perlu untuk kita mempelajari teknik-teknik melakukan CPR ni...aku upload beberapa video je..the rest you may find it in the youtube hehe.... CPR boleh membantu menyelamatkan nyawa...daripada kita tengokkk je kan....

My other brother pulak kena heart attack pada Khamis lepas...alhamdulillah sekarang dah keluar wad. Maklumlah umur 40-an....zaman sekarang ni bila umur 40-an senang nak kena heart attack....20-an pun boleh kena...gaya hidup kurang aktif, sedentary lifestyle menyebabkan badan kurang cergas. Lemak dan kolesterol pula menimbun dalam badan. Selalu aku bebel kat hubby supaya makan ulam macam aku....yang pahit-pahit tu la ubat nak bagi neutral racun-racun tu....Tapi secara genetiknya, orang lelaki lebih senang diserang heart attack. Tapi gaya hidup dan pemakanan juga aspek yang penting. Semoga Allah memberi kesihatan kepada abang aku...semoga dengan kejadian ini kita akan lebih beringat.....

Chest compression to compress the heart when it's not contracting



Conscious child choking



Unconscious Child choking



Conscious adult choking



PS: Video ini hanya untuk rujukan....kita perlukan professional guide untuk buat CPR..takut silap teknik sebab penulis juga tidak pernah melakukan CPR....so find someone to teach you ok!

Selamat pagi ahad.....

hari ni hari Ahad biasanya aku ke pasar pagi....tunggu dalam pukul 9 pagi kot...semua tengah lena dalam selimut...bila lagi nak tido macam ni kan....

setiap hari aku akan mengira berapa hari Wan telah pergi....sudah 20 hari!!!! Ketika masih ada, tidak pula aku mengira hari....kalau aku kira dari dulu, mungkin aku lebih menghargai masa bersama Wan...

apabila terbayang saat-saat Wan hendak meninggalkan kami semua...aduhh....sooo heart breaking!!!! It was so heart breaking watching him dying!!!!Hancur luluh hati aku ketika melihatnya sudah tidak mampu berkata-kata tatkala bertarung dengan maut....

tapi...apabila mengenangkan wajahnya yang putih bersih dan tenang semasa pergi...ianya sedikit sebanyak mengubati hati anak-anakmu yang masih terbayang saat-saat itu Wan...

kadang-kadang aku tertanya-tanya...kenapakah mati sungguh menyakitkan? dan ianya selalu berlegar-legar di fikiran aku....yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...itu pasti! Wan sedang melalui fasa alam kubur....yang pasti, kita juga akan menyusul.....it is sooner or later.....kita harus bersedia untuk menghadapi kesakitan itu....semoga Allah mempermudahkan sakratulmaut kita dan menghindari kita dari azab kubur....

al-fatihan Wan....setiap detik kami senantiasa mendoakan Wan.....semoga kami menjadi saham Wan di akhirat.....

Tahniah kepada Qari dan Qariah Malaysia...

Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa yang baru selesai sebentar tadi telah mengumumkan kemenangan peserta dari Malaysia yang mengungguli gelaran Johan bagi kategori Qari dan Qariah. Qari Malaysia, Hj Amirrahman dan Qariah Malaysia yang cun lagi cantik jelita Hjh Suraya mengharumkan nama negara pada majlis tilawah kali ini.

Teringat aku ketika aku masih bersekolah di mana ketika itu majlis tilawah diadakan ketika bulan puasa.....mak dan Wan la yang menjadi juri awam bagi peserta-peserta yang mengambil bahagian...hehe. I am gonna miss that moment so much.....

Petang tadi aku masak kari ayam....ketika aku sedang membelek-belek plastik kari tu, terkenang aku pada awal Jun lalu ketika aku dan kakakku keluar dengan Wan ke pasar siti khadijah..semasa pulang ke rumah kami singgah membeli kari tersebut. Terasa sayang pulak mahu gunakan rempah kari tu. Ketika sihat, Wan selalu ke kedai rempah tersebut dengan motor untuk membeli rempah untuk kakakku yang memesan dari Kuala Lumpur.

Aku rindu pada Wan...Wan rindu kat aku tak.....19 days....al-fatihah.....

Friday, July 22, 2011

oh.....memang aku serius.....

Muka aku nampak serius? ada sesetengah orang ingat aku marah bila aku cakap dengan diorang... sebenarnya aku biasa je....kadang-kadang muka aku nampak serius....tapi I am not that serious ok..for a certain thing, I should be serious, but there were many times I became hilarious !

Thursday, July 21, 2011

Wan part 4.....

sambungan bahagian 3:

Ketika berjumpa dengan kawan Wan yang juga merupakan seorang penjual daging di Golok, Wan telah diberi peringatan oleh peniaga berkenaan bahawa ada orang mahu tembak Wan. Katanya lagi, yang mengugut tu bukan orang lain, tapi musuh dalam selimut. Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerani Po.

Kerani Po telah merancang suatu rancangan jahat agar Wan dan keluarga lari balik ke Kelantan. Ugutan pertama diterima apabila Wan menjumpai beberapa biji peluru hidup dalam mangkuk susu getah namun Wan tidak gentar dan meneruskan kerja-kerjanya di ladang getah seperti biasa.

Ugutan yang kedua pula berlaku ketika Wan dan anak-anaknya sedang tidur di tingkat atas rumah kongsi. Penembak upahan telah memanjat pokok rambai berhampiran lalu melepaskan tembakan bertubi-tubi mengenai bumbung rumah sehingga berlubang menampakkan langit. Ketika itu kata abang aku yang berusia 7 tahun ketika itu, Wan sambil meniarap telah memegang anak-anak dan mak di atas lantai agar tidak terkena tembakan rambang tersebut. Ketika tembakan reda, kedengaran suara daripada luar menjerit "Mat...jangan keluar mat!!"....memberikan amaran kepada Wan supaya jangan keluar kerana penembak masih berada di luar. Kata abang aku, sejengkal lagi nak kena kepala. Memang mereka berniat mahu membunuh Wan dan keluarga. Ugutan tembak berlaku sebanyak dua kali. Setelah dua kali tembak barulah Wan tekad untuk pulang ke Tanah Melayu, itupun kerana mak yang ugut mahu pulang seorang kalau Wan masih berkeras mahu tinggal di Golok. Akhirnya Wan akur. Ketika pulang ke Kelantan, mak aku sedang mengandungkan kakak N iaitu anak yang ke 5. Keempat-empat orang abang dan kakakku dilahirkan di sana cuma 2 orang kakak dan abangku dihantar bersekolah di Kelantan. Mereka tinggal di rumah dua pupu Wan yang dikenali sebagai Pakcu Lah. Apabila cuti sekolah mereka akan kembali ke Golok.

Ketika mahu pulang ke Kelantan, motor yang Wan gunakan di sana dijual, basikal skuter diberi kepada orang, ayam-ayam pun tinggal bagi kepada orang. (Jangan tak tahu Wan ada membela seekor beruang di Golok!) Dengan berbekalkan duit sebanyak RM600, Wan dan keluarganya pulang ke Kelantan dengan menyeberangi Sungai Golok. Antara barang yang diangkut menyeberangi Sungai Golok termasuklah mesin jahit antik ni.


Ia masih ada lagi di rumah mak dan masih boleh digunakan. Berat tau mesin jahit ni! Lalu pulanglah Wan ke Tanah Melayu gara-gara perasaan tamak haloba dan dengki kerani bernama Po. Wan bersama keluarganya berada di Thailand dari tahun 1959 sehingga pertengahan tahun 1966. Tempoh ini dikira setelah Wan berkahwin dengan mak. Telah diceritakan sebelum ini bahawa memang Wan bekerja di Thailand sejak kecil lagi.

Apabila pulang ke Kelantan, Tok Bohong datang mencari Wan di rumah dengan menaiki beca. Ketika itu jalan di depan rumah masih lagi tanah merah kering. Tok Bohong telah memujuk Wan agar kembali bekerja dengannya di Golok. Sambil menangis-nangis dia merayu Wan agar kembali bekerja dengannya, dia sangat sayangkan Wan. Tapi keputusan muktamad telah dibuat demi nyawa anak bini, iaitu Wan takkan kembali lagi ke Golok walaupun gajinya lumayan pada ketika itu. Lalu Wan mengeluarkan buku catatan yang merekodkan bukti penyelewengan Po kepada Tok Bohong. Tahulah Tok Bohong bahawa selama ini kerani Po merupakan duri dalam daging yang telah menyonglap hasil getah di kebunnya sejak bertahun-tahun lamanya. Kata Tok Bohong, "Mari Mat..kita pergi tembak dia! " sambil menangis-nangis. Seperti yang dikatakan tadi...Wan takkan kembali ke Golok...

Di Kelantan, dengan duit yang berbaki sebanyak RM600 tadi serta setelah digadai segala barang kemas mak, maka Wan telah membina sebuah bangsal kecil sebagai tempat berteduh mereka 6 beranak. Bangsal tersebut berbentuk segiempat tepat dan hanya mempunyai satu bilik sahaja. Untuk membina bangsal itu, 6,7 ratus ringgit telah digunakan.

Maka bermulalah episod kehidupan yang sangat sukar dan miskin yang telah dilalui Wan dan keluarganya.....kata abang aku "kehidupan pada masa tu (1968 ke atas) adalah terrrsangatla miskin nak mampos!!"...daripada gaji Wan RM250...Wan mendapat gaji RM 3 sahaja sehari!!!

to be continued....(part 4 (reversed) : Wan ada pistol, senapang ala-ala cowboy!!!-soon)



He was so happy on that day....

I still remember how happy he was during my wedding day...

He was watching me and smiled....

18 days....al-Fatihah....

17 days......

17 days ago...you left us Wan...Al-fatihah.....
my du'a and prayers are for you dear father....
the best father ever.....
the most caring father on earth....
may Allah bless your soul and grant you Jannah....amin...

Kisah Wan Part 3...

Bahagian 2 : Wan sebagai mandur

Pada mulanya, Wan hanya menjaga kebun getah yang kecil sahaja. Kemudian jadi mandur dan menoreh. Selepas beberapa tahun, Wan berpindah ke ladang getah yang kebih besar yang mana tugas Wan hanya jaga orang menoreh je. Selepas kahwin dengan mak memang full time mandur dengan gaji RM250 pada masa tu. Macam pengurus ladang la lebih kurang. Contohnya, Wan akan pergi round semasa orang menoreh getah, kalau penoreh tu toreh dalam-dalam, Wan akan suruh penoreh tu supaya jangan toreh dalam-dalam, pisau toreh kena diangkat sedikit...nanti pokok getah rosak. Apabila tiba hari raya, orang lain semua balik ke kampung halaman masing-masing..tinggalkan Wan dan anak-anak serta mak di ladang getah yang sunyi sepi kerana tugas Wan yang harus menjaga ladang getah tersebut. Selain daripada itu, Wan juga ditugaskan untuk menguruskan jika penoreh mahu berhutang dengan Tok Bohong. Wan menjaga maklumat dalam buku hutang tersebut. Apabila ada sesiapa mahu berhutang duit Tok Bohong, Wan harus menurunkan tandatangan tanda membenarkan orang berkenaan meminjam duit Tok Bohong. Kalau penghutang tidak membayarnya, maka Wan lah yang terpaksa membayar hutang mereka. Kiranya seperti penjamin la. Ada yang bayar..dan ada yang tak bayar...maka Wan lah yang terpaksa melangsaikan hutang mereka. Pendek kata, gaji Wan sebanyak RM250 banyak juga dihabiskan untuk melangsaikan hutang orang atau orang yang datang direct pinjam duit Wan. Kalau tak bagi...bimbang....poomm!!!! asyik tembak orang je....

Wan telah diamanahkan urusan kumpul kepingan getah, tukang timbang kepingan getah, serta muatkan ke dalam jip lalu dihantar ke bandar. Di ladang berkenaan, terdapat seorang kerani berbangsa Cina bernama Po ditugaskan untuk membayar duit getah kepada penoreh dan juga membahagikan nilai pawah kepada Tok Bohong. Wan akan menerima duit daripada Po bagi pihak Tok Bohong lalu menukarkan matawang Thailand masa tu, Kot kepada matawang Tanah Melayu. Biasanya Wan akan menaiki motosikal menjemput Tok Bohong yang datang dari Kelantan dengan menaiki keretapi. Sekali sekala Tok Bohong akan melawat ladang getahnya di Thailand. Tok Bohong akan bermalam di rumah tumpangan sepanjang tempoh dia berada di Thailand. Duit tadi akan ditukar keesokan harinya lalu diserahkan kepada Tok Bohong.

Tok Bohong umurnya lingkungan 70-an. Kata mak, dia suka 'mengada-ngada' dengan Wan...selalu Wan disuruhnya menyisir rambutnya..rambutla ala-ala Tunku Abdul Rahman kata mak...hehe...Suka pakai seluar di atas perut dekat dada. Di waktu pagi biasanya dia akan suruh Wan sisir rambutnya sambil mak memegang pelita telur sebab pagi-pagi masih kelam, tak nampak. Wan malas sebenarnya tapi kena buat jugak sebab disuruh. Tok Bohong tak kedekut orangnya, diupahnya Wan duit 40,50 ringgit. Pada zaman tu, memang banyak sangat dah nilai sebanyak tu. Ketika datang dari Kelantan, Tok Bohong akan membawa makanan , buah-buahan dan sayuran kepada Wan sekeluarga.

Bahagian 3 : Ada orang dengki!!

Kerani Po merupakan kerani yang ditugaskan untuk membayar gaji pekerja serta membeli getah daripada penoreh lalu menjual getah tersebut kepada pihak lain. Kata mak, kalau getah yang dibeli 100 pikul, kerani Po akan songlap 2,3 pikul untuk dirinya. Sudah lama dia songlap hasil getah tu..sebab tu dia hidup mewah dan lebih kaya daripada Tok Bohong. Wan tahu segala kegiatan kerani Po tetapi tidak berani bersuara kerana takut kat kerani Po. Maklumlah kat Siam ni, kerja tembak orang je kalau tak puas hati. Dalam diam, Wan telah merekod segala aktiviti songlap kerani Po ke dalam buku catatan. Bilangan pikul getah yang disonglap kerani Po Wan catat dengan terperinci.

Oleh kerana hubungan rapat Wan dengan Tok Bohong serta kepercayaan yang diberikan kepada Wan, maka kerani Po jadi tidak senang duduk. Dia telah merancang untuk melakukan sesuatu agar rahsianya tidak terbongkar. Untuk memastikan perkara itu tidak terbongkar, kerani Po telah merancang untuk mengusir Wan, mak serta anak-anak keluar daripada ladang getah berkenaan.

to be continued...

Kisah Wan part 2....

Wan memang sudah lama bekerja di seberang Golok, Thailand sebagai penoreh getah..sejak kecil lagi iaitu setelah ibubapanya meninggal dunia, Wan mengikut bapa saudaranya yang bernama Pak Da Isa bekerja menoreh getah di Thailand. Wan seorang yang cekap menoreh. Menoreh getah ni memerlukan kemahiran...bukan hanya tahu toreh saja. Kalau main toreh je, pokok boleh rosak dan sudah tidak boleh ditoreh lagi. Kalau pokok ditoreh dengan cermat, hayat pokok getah untuk mengeluarkan getah adalah panjang. Pernah tuan kebun getah mengadakan pertandingan menoreh paling cantik dan ada skill hehe....dan Wan telah memenangi tempat pertama. Di sana, pekerja-pekerja mendapat hasil upah berdasarkan pawah..iaitu sebahagian di perolehi oleh tuan kebun dan selebihnya dapatlah kat penoreh getah tu.

Di Thailand, Wan menoreh di ladang getah seorang lelaki berbangsa Cina..Tok Bohong namanya. Tob Bohong orang Cina Tanah Melayu tetapi mempunyai kebun getah di Golok. Oleh kerana Wan bekerja dengan penuh amanah dan rajin, Wan telah mendapat kepercayaan oleh Tok Bohong untuk menjadi mandur di ladang getah berkenaan. Ketika berkahwin dengan mak, Wan sudah pun menjadi mandur.

Bahagian 1 : Wan menoreh getah

Mak cakap, Wan keluar menoreh getah pada pukul 10 malam. Selepas menoreh, Wan bersama penoreh-penoreh yang lain akan keluar mengutip hasil susu getah pada pukul 5 pagi sampailah matahari naik. Biasanya mereka akan menelan pil tahan mengantuk supaya dapat menoreh sampai selesai. Ketika pergi menoreh, masing-masing akan memakai lampu karbaid di kepala masing-masing. Maklumlah ladang getah ni gelap, bukannya ada lampu elektrik macam sekarang. Ada ke sekarang ni? hehe..

Kata mak, kutip getah ni lagi penat daripada menoreh. Aku ingatkan kutip ni senang je..rupa-rupanya tidak!! Ketika mengutip getah, susu getah yang masih cair akan dimasukkan ke dalam tong yang dibawa dari pokok ke pokok. Makin lama tong tu makin berat. Kalau hari hujan lagi teruk...memang takda rezeki la jawabnya kalau tak sempat kutip. Sia-sia je la menoreh semalaman. Sebab tu apabila nampak hari nak hujan, masing-masing pakat melaung dalam kebun getah memberikan isyarat dan amaran supaya kutip getah cepat-cepat. Kata mak, semua pakat lari lintang pukang kutip sambil bawa tong susu getah yang berat...kasihan kan mereka, termasuklah Wan...punyala susah payah nak mencari rezeki memberi makan anak bini masing-masing. Ketika musim hujan apabila penoreh-penoreh tidak dapat keluar menoreh getah, mereka terpaksa berhutang dengan sebuah kedai runcit milik saudara seorang pekerja ladang iatu kerani Po. Barangan seperti telur dan sardin dibeli secara hutang. Kerani Po akan memotong nilai hutang tersebut daripada hasil jualan getah setiap penoreh. Apabila sampai masa terima duit getah, setelah ditolak semua hutang kedai runcit, dapatlah gaji bersih. Kalau terlebih boros, nanti asyik bayar hutang sahaja. Kalau berjimat cermat dapatlah merasa duit getah.

Selepas getah dimasukkan ke dalam tong dan dimasukkan ke tempat pengumpulan, ia akan dimasukkan ke dalam tray besi dan dimasukkan cuka getah untuk dibekukan. Nak test sama ada dah beku atau tidak, kena pegang dan tekan-tekan dengan tangan...bila dah betul-betul beku, nak kena gelek pula dengan mesin supaya jadi kepingan. Terdapat 2 jenis mesin gelek..mesin licin dan mesin bunga. Kata abang aku, mesin licin ni nak bagi kepingan getak tu licin.Mesin bunga pula nak bagi kepingan tu bercorak sedikit. Penat tau nak gelek kepingan getah ni...imagine mesin tebu tapi getah ni kan liat. Setiap orang akan menyusun tray getah masing-masing di atas simen dalam bangsal getah dan dinomborkan 1,2,3 dan seterusnya.

 Mesin gelek getah

Kata mak, biasanya kalau laki bini menoreh getah, boleh dapat 12 kepingan. Tapi Wan seorang boleh 12 keping getah. Kuat kan Wan bekerja semasa mudanya. Lebih kurang pukul 9 pagi selesai la menggelek dan kepingan itu disidai pada batang buluh. Bila dah kering, penoreh-penoreh akan membawa pulang kepingan getah masing-masing untuk disimpan dirumah..takut orang curi!!!Cukup 15 hari, setiap orang akan timbang berapa pikul getah keping yang diorang dapat. Semasa Wan menjadi mandur, salah satu kerja Wan adalah menguruskan timbangan kepingan getah disamping memastikan perjalanan di kebun getah adalah lancar. Sepikul harganya RM70 di mana pada ketika itu sekilo getah harganya 70sen. Kalau getah sekerap harganya lebih murah kerana kurang berkualiti.

to be continued....

Tuesday, July 19, 2011

Surah Qiyamah (Judgement Day) Mishary Rashed Alafasy

Our fingerprints are mentioned in this Surah....subhanallah....

"Does man think that We cannot assemble his bones?" 75.3
"Nay....We are able to put together in perfect order the very tips of his fingers." 75.4

Allah is Almighty...

apa khabar Wan...

sudah 16 hari Wan meninggalkan kami...apa khabar Wan?

Kami tidak pernah putus-putus berdoa untuk Wan...adakah jasad Wan telah menjadi tanah? Wan yang selalu mendukung aku dan mengusik aku, menghantar aku ke sekolah, mengekori aku apabila pertama kali aku ke sekolah dengan basikal, Wan yang selalu menyikat rambutku ketika kecil...Wan yang akan meletakkan tangannya di dahiku apabila aku demam....yang akan membelikanku kacang kuda panas dan buah epal apabila aku demam....yang akan memujukku apabila emak marah padaku....yang membawaku menaiki basikal tuanya ke sekolah ketika aku darjah satu...yang membawa aku mengelilingi sekolah untuk menujukkan di mana kelas...di mana bilik air..

"Yang ni bilik air...."kata Wan."...."Yang ni bilik air juga...."kata Wan (aku masuk kedua-dua bilik air tu, rupa-rupanya salah satunya adalah bilik air lelaki hehe) Setelah semua pelajar masuk ke kelas.." M duduk sini ya...nanti pukul 12 tengahari Wan datang lagi.."...kata Wan memujukku sambil tersenyum di celah-celah tingkap ketika hari pertama aku di sekolah...aku tidak menangis sedikit pun...lalu Wan pulang dengan mengayuh basikal tuanya untuk membancuh air di kedai kopi demi mencari rezeki untuk anak-anaknya...

Apabila tengahari..Wan datang lagi dan mengambilku pulang......kami pulang berdua dengan Wan mengayuh basikal....ingat lagi tak Wan? Kalau Wan tak hantarku ke sekolah...sudah tentu aku tak tahu membaca dan menulis....dan sudah tentu aku takkan masuk universiti.....kalau Wan tak bagi duit poket padaku...sudah tentu aku tak dapat membeli makanan di kantin sekolah.....Wan mengikat poket skirt ku dengan getah supaya duit aku tak jatuh apabila berlari...ingat lagi tak Wan.....I love you so much Wan.....Aku berdoa agar Wan ditempatkan di syurga-Nya......aku berdoa agar Wan berbahagia di sana....

Monday, July 18, 2011

we love you nenek!!!




We love you so much nenek.....we still have you!!

Alhamdulillah....anak-anak aku tidak takut pada nenek dan tokwan...mereka tidak merasa janggal dengan nenek....tidur dan makan di rumah nenek Kelantan atau Tok Kedah tidak menjadi masalah bagi mereka...insyaAllah aku akan terus mengajar mereka supaya tidak merasa janggal apabila berada di rumah atuk nenek mereka. They should be able to adapt to the kampung environment, they can also eat what their grandparents eat, and they can sleep the way their grandparents sleep...lagipun lifestyle aku pun memang kampung....no big deal..kita harus tahu asal usul kita...walau tinggi mana pun kedudukan kita...asalnya tetap sama...comot juga.....lagipun kita harus menjaga hati kedua ibubapa kita..apa nanti yang mereka rasa kalau anak cucu merasa jijik dengan mereka....kasihan kan....harus diingat!! atuk nenek bukanlah orang asing...dari atuk neneklah juga anak cucunya datang....

Walaupun di mana kami berada, aku selalu menyebut-nyebut tentang nenek dan tokwe ketika berbual-bual dengan anak-anakku...apabila menelefon nenek dan tokwe, sudah menjadi kebiasaan untuk mereka berbual-bual dengan nenek dan tokwe mereka. Dengan cara ini, walaupun sekali sekala berjumpa, mereka akan menjadi dekat dengan atuk nenek dan menyayangi mereka. Selalu juga Faiz dan adiknya mengajakku pulang ke KB..katanya nak balik rumah nenek dan tokwe...anak-anak akan meniru apa yang kita buat dan amalkan, nanti kita juga akan tua...tidak mustahil anak cucu kita akan merasa jijik dengan kita apabila tua kelak sekiranya kita pun awal-awal lagi tak boleh sesuaikan diri dengan cara hidup mereka....it's all up to you!

I miss you....

Baju belang-belang tu masih ada bau dia masa aku balik baru-baru ni

Wan pakai jam Omega yang kakak aku beli 15 tahun lepas..dia repair kat kedai

Kat belakang tu katil kecil Wan di ruang tamu...It was also his deathbed....


sudah 15 hari Wan pergi.....

everyday I miss you even deeper and sometimes I wanna cry but I can feel that Allah holds my heart so that I won't cry and weep....He knows you are in a better place and you are so happy there....May Allah have His mercy on Wan as Wan loved and cared on us when we were a little child...

Al-Fatihah

Jam tangan ini.......


Abangku memegang jam tangan Wan sambil menangis...apabila jam ini ditunjukkan kepada mak, mak turut menangis...katanya dia tak boleh tengok, teringatkan Wan..

sebulan sebelum 4 Julai 2011, always wearing the watch.

Apabila ia sudah rosak pada tahun 2009, Wan mengajak abangku mencari jam baru di KB Mall. Round punya round...tak ada satu pun yang berkenan di hati....

Lantas abangku memberitahu kepada abangku yang berada di KL tentang itu....abangku kemudian menelefon Wan dari KL menanyakan jam yang bagaimana Wan mahu...kata Wan... dia nak jam yang mahal sikit hehe......lalu abangku membelikan seutas jam baru jenama Seiko di sebuah kedai di KLCC. Apabila pulang ke KB, jam itu dihadiahkan kepada Wan. Kalau tak silap aku, ia dihadiahkan sempena hari bapa. Wan sangat gembira memakai jam baru. Memang Wan seorang yang suka memakai jam. Sehinggakan tengah bagi makan ayam pun pakai jam. Jarang nak tengok Wan tanpa jam, kecuali ketika mandi dan tidur.

Ketika Wan sakit di hospital, dia sering bertanyakan pukul berapa...pukul berapa sekarang.....Wan menyuruh kami mengambil jam tangannya di rumah lalu kami pulang mendapatkannya dan segera menghantarnya ke hospital.

Ketika Wan sedang sakit tenat dan tangannya membengkak kerana sembab, Wan masih tetap memakai jam tersebut. Abangku menyuruh Wan menanggalkan sahaja jam tersebut kerana tangannya yang bengkak menyebabkan jam tertolak ke pergelangan lalu menolak jarum yang dicucuk di tangannya dan berdarah. Akhirnya jam tersebut ditanggalkan, iaitu sehari sebelum Wan meninggal.

Abangku sangat sayangkan jam yang dihadiahkan kepada Wan pada 2 tahun lepas. "Wan pakai jam ini sampai ke hujung hayatnya.." kata abangku sambil menangis. Dia meminta izin untuk menyimpan jam tersebut buat sementara waktu untuk melihatnya bila terkenangkan Wan...bila tengok jam itu dia teringatkan Wan...betapa Wan sayangkan jam itu....

Al-Fatihah...

Sunday, July 17, 2011

Balik kampung 2 hari.....still missing you.....

Mak aku hidup dengan Wan lebih daripada 50 tahun....sudah tentu dia lagi sedih...

Dah kena 'sodok'...clear..

Rasanya tahun lepas kali terakhir Wan naik motor...minyak masih hampir penuh...Wan sentiasa bersedia...tak pernah minyak motornya kering, selalu aku tengok full je kat meter..motor ni Wan guna untuk hantar aku ke sekolah masa darjah 3


Saudara mara datang menemani mak di waktu pagi sampai tengahari, sepupu dan nenek sepupu mak aku

Aku sampai di stesen bas Kota Bharu pada pukul 3.53 pagi...awal gila! naik bas pukul 9, maybe bas laju kot, aku je tak perasan sebab aku tidur je. Nak telefon abang aku kesian pulak sebab masih awal, lagipun malam sebelumnya dia demam tak terbangun. Aku tunggu selama sejam dalam pukul 5 pagi baru aku suruh dia datang ambil.

Kurang daripada 10 minit, aku sampai di rumah di mana emak dah terjaga. Begitu juga abang aku dan seorang anak dia yang 'on duty' malam tu. Sayunya bila masuk ke dalam rumah..sudah tiada lagi kelibat Wan menjenguk menanyakanku. Biasanya bila aku sampai, Wan akan keluar daripada biliknya lalu duduk dan berbual-bual denganku.

Pagi itu mak kurang sihat..badannya suam-suam dan suara serak kerana batuk-batuk, sakit kerongkong. Aku pula baru boleh bercakap hari tu dengan suara yang masih rock.

Memang niat aku nak masak untuk mak. Dia dah jemu makan nasi yang dibeli di kedai. Aku masak simple je, sayur lemak bayam, ikan goreng dan ikan bakar. Dia makan berselera. Dah sebulan mak makan tak menentu sejak Wan sakit.

Ketika abangku pulang ke rumahnya...aku menyelinap keluar masuk bilik Wan....sayunya tengok bilik Wan...biasanya bila aku buka pintu akan nampak Wan sedang tidur di biliknya. Atau kalau aku di luar, akan kedengaran Wan berdehem-dehem dan terbatuk-batuk. Kadang-kadang Wan memanggilku dari dalam bilik, minta ditutup pintu reban ayam atau minta dibukakan lampu di bilik sebelah supaya biliknya tak terlalu gelap kerana cahaya dari bilik sebelah.

Kubelek-belek baju Wan dan kucium..masih kuat bau Wan...di dinding ada tersangkut beberapa helai seluar panjang yang dipakai kali terakhir sebulan sebelum Wan meninggal. Kubelek semua barang dalam bilik Wan, pemotong kuku, pencukur misai, cermin muka yang diambil daripada side mirror lori, macam-macam lagi la..semuanya di simpan dalam bekas rokok besi berpenutup. Sebelum ini aku sering menggunakan pemotong kuku Wan dan aku harus pastikan ianya dikembalikan ke tempat asal. Wan sangat berdisiplin..kesemua barangnya diletakkan setempat.. tak macam aku..

Aku baring atas tilam Wan..teringat ketika aku masih kecil, aku tidur dengan mak dan Wan..bila aku merajuk dengan mak, aku akan beralih tidur tepi Wan dan Wan pujuk aku..kata Wan " Dok senyap....kalau tak berhenti (menangis) Wan marah nanti!"..

..kelihatan kat siling ada lubang besar..masih ku ingat ketika aku masih bersekolah dulu...kucing siam kesayangan mak bercakaran di atas siling menyebabkan siling pecah lalu kucing jatuh dan terperangkap dalam bilik Wan. Nasib baik tak cedera.

Aku memang kuat menangis masa kecik, lepas tu lambat nak berhenti hehe....selalunya bila lambat berhenti Wan akan heret aku ke luar rumah lalu pintu dikunci serta lampu luar ditutup. Serius, memang automatik senyap!! Kadang-kadang Wan gagal heret aku ke luar rumah apabila aku berpegang pada kerusi..takkan dia nak angkat dengan kerusi sekali hehehe....

Wan hanya pernah pukul aku sekali (tak sakit pun, takut je :-) ), masa tu aku umur 6,7 tahun kot...aku ikut kawan-kawan yang lebih besar berjalan ke kampung sebelah..jenuh Wan cari aku...dahla masa tu dia dok jaga warong kopinya....

Bila aku balik, Wan tanpa cakap banyak terus ke belakang kedai, lalu tibai punggung aku sampai terkencing hehehe.... (aku meniarap atas riba Wan)...bukan sakit, takuttt!!!!!! Itulah kali pertama dan terakhir aku kena tibai ngan Wan. Disebabkan aku anak yang last, Wan dah habis dah 'gas' dia...kalau abang-abang aku dulu, siap kena rotan sampai berbirat kalau tak dengar kata. Kalau difikirkan...logik juga...dahla dia kerja penat-penat, anak-anak pula main sampai tak ingat nak balik,penat la dia nak pergi cari sekor-sekor.

Sabtu sebelah petangnya aku dan abang-abangku termasuk mak melawat kubur Wan. Ada orang kata mak aku tak boleh keluar langsung, tapi ustaz kata boleh je nak ke kubur, bukannya pergi bersuka-ria. Oleh kerana selalu hujan, tanah jadi mendap sedikit. Abangku menimbus balik dan kami tepuk-tepuk tanah yang ditimbus supaya jadi cantik. Sebelum tu kami bacakan surah Yasin untuk Wan. Semoga pahalanya mengalir terus kepada Wan.



Pada sebelah malamnya hanya tinggal aku dan emak. Mak kata tak mengapa...asalkan ada orang teman je. Sunyi sungguh rasanya. Aku dan mak tidur di luar. Terasa seperti Wan masih ada di biliknya. Biasanya bila aku tidur di luar, Wan akan turut serta bersembang. Kemudian dalam pukul 10 malam Wan akan masuk ke biliknya. Dari dalam bilik, "Jangan lupa kunci pintu-pintu tu..." kata Wan. Kalau aku tak dengar, aku akan buka pintu biliknya " apa dia Wan?".." Kunci pintu dapur tu, tingkap dapur...buka lampu kat sebelah.." kata Wan..

Malam itu aku tidur dekat pukul 2 pagi sebab aku kumpulkan kesemua gambar-gambar lama dan baru yang ada. Banyak gambar yang rosak sebab jadi cair dan melekat. Kertas gambar kurang berkualiti. Mak aku hanya tidur-tidur ayam. Sekejap dia terjaga...sekejap dia tidur...teringatkan Wan la tu.

Pada hari Ahad, sebelah paginya mak meminta aku masakkan nasi goreng. Mak kata sedap nasi goreng yang aku masak. Tengahari pula aku masakkan sayur pedas kangkung dan pucuk ubi+ ubi keledek...tu selera mak aku. Lepas tu goreng ikan dan bakar ikan. Selera dia sekarang lebih kepada ikan bakar cicah budu hehe...takda budu tak sah la...ibarat nasi tanpa sambal belacan la kalau kat Utara ni. Banyak betul dia makan. She was so happy that I came home. Petangnya aku kemas-kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci toilet...abangku yang masih mc kerana demam sempat mengemas sekeliling rumah dan menebang pokok-pokok di belakang rumah.

Petangnya abang-abangku yang lain datang. Mak nampak ceria sikit bila ramai orang datang dan buat aktiviti. Rasa happening sikit bila ada orang buat bising dan bergelak-gelak. Setelah pokok-pokok ditebang dan ditumbangkan oleh buldozer, nampak terang-benderang je kawasan di tepi rumah. It looks better actually.

Abang aku menebang pokok guna chainsaw

Dah clear kawasan tepi rumah

Sebelah malamnya abang aku bercerita kisah hidup ketika Wan bekerja di Siam. Nanti insyaAllah aku tulis Kisah Wan Part 2 tentang keluarga kami ketika Wan bekerja di ladang getah di Thailand. Abang aku yang berusia 7 tahun ketika tu masih ingat bagaimana kehidupan seharian di sana. Wan membawa mak serta 4 anak-anaknya ke Thailand dari tahun 1959-1968.

Dekat pukul sembilan abangku menghantarku menaiki bas di stesen bas berdekatan Tesco. Bas sepatutnya bertolak pukul 9.30 malam, tapi dekat pukul 10 malam baru bergerak.

Sayu sungguh dalam hati ketika bas menelurusi jalan raya meninggalkan Kota Bharu menuju ke Utara tanah air. Setiap mikrosaat aku teringatkan mak dan Wan..lebih-lebih lagi Wan ketika aku menjaganya di hospital. Masih kuingat bagaimana aku menangis teresak-esak sambil mengajar Wan mengucap di CCU...masih ku ingat pandangan sayu Wan buat kali terakhir ketika Wan masih sedar...pada Rabu 29 Jun...5 hari sebelum meninggal....I can still remember how I cried and wept on the stairs at the hospital...thinking that I'm gonna lose him as my brother said "Biasanya kalau masuk wad beberapa hari...patutnya dah makin baik...tapi...ni lain...dapat tak apa aku cakap ni..(he was giving me a clue).."

And I still remember the day when we lost him...in the ambulance....when I was just standing and watching hopelessly....the day when he laid on his death bed and I kissed his cheek and forehead repeatedly knowing that I won't be able to kiss his cheek and smell him again....the day when I kept staring on his face knowing that he won't ever wake up again and ask me " Balik sini sampai bila?"...

I can still remember how they bathed you for last time that reminds me the day when I scrub your back and massaged your head and then you said that was sooo nice. I remember the last time I touched your face, kissed your cheek and forehead for the last time ever....your face was very calm and peaceful. And then...they covered your face...that was the last time we saw you Wan....

I also remember how your sons and grandchildren carried you into the hearse van and mom accompanied you...
and then...I watched they buried your body and suddenly...you were out of sight!! Forever!!!

All I have know is the memories.....memories that always remind me that you are the best father ever...and I am very proud to be your child...and I'm not gonna let you down...I promise Wan!

Al-Fatihah Wan..I love you and I miss you soo....sooo much....that was so painful Wan...missing you is the most painful thing in my life...

14 hari sudah berlalu...kasihku tidak pernah padam Wan...


Friday, July 15, 2011

Thank you darling......

You are the best hubby in the whole world!!!!
thanks kerana sangat memahami...thanks for being so gentle :-)
You are a gift from Allah!


Gambar zaman muda....ketika masih slim hehe....anakku yang kecik sebijik muka hubbyku, cuma versi pompuan hehe....

Thanks kerana membenarkan aku pulang ke kampung....plan nak beli tiket balik jap lagi..insyaAllah....dalam hati 50/50 sebab kesian nak tinggalkan diorang 3 branak ni.....dalam beberapa minggu ni memang kalut tak sempat nak bersantai ngan diorang. Thanks hubby kerana tolong jaga budak-budak. Ketika aku ke kelas di UUM sepanjang setahun setengah yang lepas, mr hubby banyak membantu dengan menjaga budak-budak. Terima kasih kerana sentiasa sanggup membantuku dan memahami keadaan aku sekarang....ich liebe dich auch!

Thanks for being patient with me....
Thanks for never let me down....
Thanks for being nice...
Thanks for being my hubby :-p
Thank you...for loving me....(layan lagu Bon Jovi pulak...)
May Allah bless you and our family....amin..

Oh ya..untuk pulang malam ni, seperti biasa aku hanya berseluar trek dan t-shirt, dengan backpack je yang mengandungi baju sehelai dua..kadang-kadang orang ingatkan aku student UiTM Arau atau Unimap..chesss perasan muda hahaaa....doakan aku selamat pergi dan pulang.......
basss...tunggu akuuuu.....

** kali ini aku pulang tanpa Wan menanti kepulanganku di muka pintu..for the first time :,-( ...sedih nak tinggalkan anak-anak (ngan abah dia sekali )..dan sayu nak balik tengok 'bekas' Wan...Al-Fatihah...

Thursday, July 14, 2011

arghhh maluuuuuu.......

Bila tengok gambar masa engagement aku dulu..teringat satu peristiwa...ahhhhh...maluuuuuu....

masa mak mertua aku (masa tu bakal) tengah buka kotak cincin..aku awal-awal lagi dah hulur tangan...waaaaaa....malu gilaaaaaa gelojoh budak ni....lepas tu takkan nak tarik balik....ishh malu wehhhh sampai sekarang aku masih malu.....kepada yang bakal bertunang atau nak menikah...jangan gelojoh macam aku tau.....tak sabo-sabo ye heeeee harap-harap takda sesiapa pun yang masih ingat...aib...aib.....

dah le tu pulak....dalam bilik ada sarang tupai...tengok kat belakang aku tu ada sarang dia..perasan tak..nasib baik le bakal mak mertua tak masuk tengok bilik...nanti rombongan lari balik ke Kedah....takut pulak nak bagi menikah dengan ala-ala crocodile hunter ni hehe...