Aku sampai di stesen bas Kota Bharu pada pukul 3.53 pagi...awal gila! naik bas pukul 9, maybe bas laju kot, aku je tak perasan sebab aku tidur je. Nak telefon abang aku kesian pulak sebab masih awal, lagipun malam sebelumnya dia demam tak terbangun. Aku tunggu selama sejam dalam pukul 5 pagi baru aku suruh dia datang ambil.
Kurang daripada 10 minit, aku sampai di rumah di mana emak dah terjaga. Begitu juga abang aku dan seorang anak dia yang 'on duty' malam tu. Sayunya bila masuk ke dalam rumah..sudah tiada lagi kelibat Wan menjenguk menanyakanku. Biasanya bila aku sampai, Wan akan keluar daripada biliknya lalu duduk dan berbual-bual denganku.
Pagi itu mak kurang sihat..badannya suam-suam dan suara serak kerana batuk-batuk, sakit kerongkong. Aku pula baru boleh bercakap hari tu dengan suara yang masih rock.
Memang niat aku nak masak untuk mak. Dia dah jemu makan nasi yang dibeli di kedai. Aku masak simple je, sayur lemak bayam, ikan goreng dan ikan bakar. Dia makan berselera. Dah sebulan mak makan tak menentu sejak Wan sakit.
Ketika abangku pulang ke rumahnya...aku menyelinap keluar masuk bilik Wan....sayunya tengok bilik Wan...biasanya bila aku buka pintu akan nampak Wan sedang tidur di biliknya. Atau kalau aku di luar, akan kedengaran Wan berdehem-dehem dan terbatuk-batuk. Kadang-kadang Wan memanggilku dari dalam bilik, minta ditutup pintu reban ayam atau minta dibukakan lampu di bilik sebelah supaya biliknya tak terlalu gelap kerana cahaya dari bilik sebelah.
Kubelek-belek baju Wan dan kucium..masih kuat bau Wan...di dinding ada tersangkut beberapa helai seluar panjang yang dipakai kali terakhir sebulan sebelum Wan meninggal. Kubelek semua barang dalam bilik Wan, pemotong kuku, pencukur misai, cermin muka yang diambil daripada side mirror lori, macam-macam lagi la..semuanya di simpan dalam bekas rokok besi berpenutup. Sebelum ini aku sering menggunakan pemotong kuku Wan dan aku harus pastikan ianya dikembalikan ke tempat asal. Wan sangat berdisiplin..kesemua barangnya diletakkan setempat.. tak macam aku..
Aku baring atas tilam Wan..teringat ketika aku masih kecil, aku tidur dengan mak dan Wan..bila aku merajuk dengan mak, aku akan beralih tidur tepi Wan dan Wan pujuk aku..kata Wan "
Dok senyap....kalau tak berhenti (menangis) Wan marah nanti!"..
..kelihatan kat siling ada lubang besar..masih ku ingat ketika aku masih bersekolah dulu...kucing siam kesayangan mak bercakaran di atas siling menyebabkan siling pecah lalu kucing jatuh dan terperangkap dalam bilik Wan. Nasib baik tak cedera.
Aku memang kuat menangis masa kecik, lepas tu lambat nak berhenti hehe....selalunya bila lambat berhenti Wan akan heret aku ke luar rumah lalu pintu dikunci serta lampu luar ditutup. Serius, memang automatik senyap!! Kadang-kadang Wan gagal heret aku ke luar rumah apabila aku berpegang pada kerusi..takkan dia nak angkat dengan kerusi sekali hehehe....
Wan hanya pernah pukul aku sekali (tak sakit pun, takut je :-) ), masa tu aku umur 6,7 tahun kot...aku ikut kawan-kawan yang lebih besar berjalan ke kampung sebelah..jenuh Wan cari aku...dahla masa tu dia dok jaga warong kopinya....
Bila aku balik, Wan tanpa cakap banyak terus ke belakang kedai, lalu tibai punggung aku sampai terkencing hehehe.... (aku meniarap atas riba Wan)...bukan sakit, takuttt!!!!!! Itulah kali pertama dan terakhir aku kena tibai ngan Wan. Disebabkan aku anak yang last, Wan dah habis dah 'gas' dia...kalau abang-abang aku dulu, siap kena rotan sampai berbirat kalau tak dengar kata. Kalau difikirkan...logik juga...dahla dia kerja penat-penat, anak-anak pula main sampai tak ingat nak balik,penat la dia nak pergi cari sekor-sekor.
Sabtu sebelah petangnya aku dan abang-abangku termasuk mak melawat kubur Wan. Ada orang kata mak aku tak boleh keluar langsung, tapi ustaz kata boleh je nak ke kubur, bukannya pergi bersuka-ria. Oleh kerana selalu hujan, tanah jadi mendap sedikit. Abangku menimbus balik dan kami tepuk-tepuk tanah yang ditimbus supaya jadi cantik. Sebelum tu kami bacakan surah Yasin untuk Wan. Semoga pahalanya mengalir terus kepada Wan.
Pada sebelah malamnya hanya tinggal aku dan emak. Mak kata tak mengapa...asalkan ada orang teman je. Sunyi sungguh rasanya. Aku dan mak tidur di luar. Terasa seperti Wan masih ada di biliknya. Biasanya bila aku tidur di luar, Wan akan turut serta bersembang. Kemudian dalam pukul 10 malam Wan akan masuk ke biliknya. Dari dalam bilik, "J
angan lupa kunci pintu-pintu tu..." kata Wan. Kalau aku tak dengar, aku akan buka pintu biliknya "
apa dia Wan?".."
Kunci pintu dapur tu, tingkap dapur...buka lampu kat sebelah.." kata Wan..
Malam itu aku tidur dekat pukul 2 pagi sebab aku kumpulkan kesemua gambar-gambar lama dan baru yang ada. Banyak gambar yang rosak sebab jadi cair dan melekat. Kertas gambar kurang berkualiti. Mak aku hanya tidur-tidur ayam. Sekejap dia terjaga...sekejap dia tidur...teringatkan Wan la tu.
Pada hari Ahad, sebelah paginya mak meminta aku masakkan nasi goreng. Mak kata sedap nasi goreng yang aku masak. Tengahari pula aku masakkan sayur pedas kangkung dan pucuk ubi+ ubi keledek...tu selera mak aku. Lepas tu goreng ikan dan bakar ikan. Selera dia sekarang lebih kepada ikan bakar cicah budu hehe...takda budu tak sah la...ibarat nasi tanpa sambal belacan la kalau kat Utara ni. Banyak betul dia makan. She was so happy that I came home. Petangnya aku kemas-kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, cuci toilet...abangku yang masih mc kerana demam sempat mengemas sekeliling rumah dan menebang pokok-pokok di belakang rumah.
Petangnya abang-abangku yang lain datang. Mak nampak ceria sikit bila ramai orang datang dan buat aktiviti. Rasa happening sikit bila ada orang buat bising dan bergelak-gelak. Setelah pokok-pokok ditebang dan ditumbangkan oleh buldozer, nampak terang-benderang je kawasan di tepi rumah. It looks better actually.
Abang aku menebang pokok guna chainsaw
Dah clear kawasan tepi rumah
Sebelah malamnya abang aku bercerita kisah hidup ketika Wan bekerja di Siam. Nanti insyaAllah aku tulis Kisah Wan Part 2 tentang keluarga kami ketika Wan bekerja di ladang getah di Thailand. Abang aku yang berusia 7 tahun ketika tu masih ingat bagaimana kehidupan seharian di sana. Wan membawa mak serta 4 anak-anaknya ke Thailand dari tahun 1959-1968.
Dekat pukul sembilan abangku menghantarku menaiki bas di stesen bas berdekatan Tesco. Bas sepatutnya bertolak pukul 9.30 malam, tapi dekat pukul 10 malam baru bergerak.
Sayu sungguh dalam hati ketika bas menelurusi jalan raya meninggalkan Kota Bharu menuju ke Utara tanah air. Setiap mikrosaat aku teringatkan mak dan Wan..lebih-lebih lagi Wan ketika aku menjaganya di hospital. Masih kuingat bagaimana aku menangis teresak-esak sambil mengajar Wan mengucap di CCU...masih ku ingat pandangan sayu Wan buat kali terakhir ketika Wan masih sedar...pada Rabu 29 Jun...5 hari sebelum meninggal....I can still remember how I cried and wept on the stairs at the hospital...thinking that I'm gonna lose him as my brother said "B
iasanya kalau masuk wad beberapa hari...patutnya dah makin baik...tapi...ni lain...
dapat tak apa aku cakap ni..(he was giving me a clue).."
And I still remember the day when we lost him...in the ambulance....when I was just standing and watching hopelessly....the day when he laid on his death bed and I kissed his cheek and forehead repeatedly knowing that I won't be able to kiss his cheek and smell him again....the day when I kept staring on his face knowing that he won't ever wake up again and ask me "
Balik sini sampai bila?"...
I can still remember how they bathed you for last time that reminds me the day when I scrub your back and massaged your head and then you said that was sooo nice. I remember the last time I touched your face, kissed your cheek and forehead for the last time ever....your face was very calm and peaceful. And then...they covered your face...that was the last time we saw you Wan....
I also remember how your sons and grandchildren carried you into the hearse van and mom accompanied you...
and then...I watched they buried your body and suddenly...you were out of sight!! Forever!!!
All I have know is the memories.....memories that always remind me that you are the best father ever...and I am very proud to be your child...and I'm not gonna let you down...I promise Wan!
Al-Fatihah Wan..I love you and I miss you soo....sooo much....that was so painful Wan...missing you is the most painful thing in my life...
14 hari sudah berlalu...kasihku tidak pernah padam Wan...