Friday, December 30, 2011

Azam berazam....

Ada banyak isi penting yang aku dapat semasa tergolek-golek depan tv menonton rancangan Forum Perdana semalam. Antaranya adalah kepentingan mempunyai diari. Kata ahli panel yang terdiri daripada Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Imam Muda Ustaz Ashraf, zaman sekarang ini orang banyak bergantung kepada media elektronik seperti facebook untuk mencatat aktiviti harian.

Kalau dulu diari hanya disimpan untuk bacaan sendiri, kini agenda yang ditulis di diary facebook atau blog turut dikongsi dengan ramai orang. Apa yang ingin ditekankan oleh panel adalah kepentingan mempunyai diari yang mencatatkan perancangan hidup kita dalam tahun hadapan. Perancangan jangka pendek adalah ditekankan kerana itu lebih realistik untuk dilaksanakan. Contohnya macam aku ni, target tahun depan adalah nak siapkan projek master yang terbengkalai. So aku kena mula merangka strategi dan jadual dalam diari, apa yang sepatutnya aku buat untuk menyiapkan projek seterusnya menamatkan pengajian aku.

Katanya lagi, manusia memerlukan perancangan dan azam untuk menghadapi tahun baru nanti. Ohh.. aku baru tau penting ye..isk isk... sebab aku cuma nak renew azam tahun lepas je. Setelah mendengar nasihat ustaz, aku akan mula merangka strategi untuk mencapai peningkatan hidup supaya lebih berkualiti. Aku dah beli sebuah diary dalam 2,3 minggu lepas untuk tahun 2012. Buat masa sekarang ni aku cuma merangka aktiviti untuk keesokan hari dengan menggunakan sebuah buku kecil. Aku cuma tulis tugasan yang perlu disiapkan atau reminder.

Okla aku nak highlight isi-isi penting ceramah semalam.

**Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati

**Imam Ghazali yang meninggal pada usia 40-an meninggalkan begitu banyak khazanah dalam bentuk kitab-kitab ilmu. Walaupun umurnya singkat, tapi digunakan semaksimum mungkin dengan bermanfaat. Err.... aku dah nak masuk 30, tapi pencapaian aku apa ye?? isk..isk.. Jadi kena banyakkan bahan bacaan berbentuk ilmuan, kurangkan kegilaan kepada keduniaan seperti facebook dan hiburan berlebihan, baca banyak bahan ilmiah dan teroka ilmu baru.

**Ketika usia muda inilah kita berkemampuan dan bertenaga untuk melakukan banyak perkara bermanfaat. Gunakan kudrat yang masih kuat ini dengan produktif. Rugi jika usia muda dipersiakan, bila dah tua, kudrat sudah tidak segagah usia mudanya. Ingatan, pemikiran, tenaga dan tak sepantas dulu. Ayuh orang muda, bangun!

**Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya. So, aku kena pulun buat projek bagi siap!!!

**Halangan untukmu mencapai kejayaan adalah dirimu sendiri ! (from a friend's fb wall)

So, mulakan tahun baru 2012 dengan perancangan yang akan merealisasikan target anda.
So, start getting a diary/planner, and start planning for our future! Good luck!

~~~~Allah is The Greatest Motivator~~~~
~~~~Love Allah The Most, and the rest will come easy~~~

Wednesday, December 28, 2011

Bila aku sudah tiada....

Aku sering melawat blog yang tuan empunya blognya sudah kembali ke rahmatullah.
Betapa besarnya kesan tulisan seorang blogger. Semoga tulisan yang baik itu dapat memberikan pahala yang berterusan buat penulisnya.

1) onebreastbouncing
2) masafzal
3) nafastari

Blog pertama tu mengisahkan seorang pesakit kanser yang menulis tentang pengalamannya berhadapan dengan kanser payudara. Tulisan terakhirnya adalah kira-kira sebulan sebelum kembalinya beliau ke rahmatullah.

Blog kedua pula tentang pesakit kanser lymphoma, yang merupakan seorang doktor. Catatannya juga berkisar tentang pengalamannya melawan penyakit yang dihadapi.

Blog ketiga paling menyentuh perasaan aku kerana beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan yang masih kecil, berumur setahun dan dua tahun. Balunya adalah Mawar Nafastari. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya apabila terlanggar seekor kuda. Kuda itu telah menghempap badannya. Kemalangan itu mendapat liputan akhbar pada Mac 2011. Sedih membaca luahan hati isterinya yang meneruskan kehidupan mereka tiga beranak. Nafastari merupakan rakan sekelas kepada seorang sahabatku di UIA.

Terasa sayu apabila membaca tulisan mereka yang telah pergi. Kita bukan tahu bila kita akan mati. Kita sendiri pun tidak pasti entah-entah entry yang ditulis adalah yang terakhir.

Emm... rasa macam nak buat pesanan pula, mana tau kan, aku pun bukan tau bila aku akan mati... amalan pun tak seberapa.

Cuma yang penting aku ingin memohon maaf kepada kepada suami tersayang atas kenakalan dan kedegilan aku sepanjang hidup bersamanya, atas rungutan, kata-kata dan tingkahlaku ku yang menyinggung perasaannya.. juga kepada anak-anakku andai aku sering memarahinya. I love my boy and my daughter soo...sooo much, I love you hubby so much :)

Kepada ibuku, maafkan anakmu kerana aku ni sering cakap lepas dan straight to the point. Emak banyak berjasa pada kami, ampunkan dosaku padamu mak!

Kepada adik beradik juga, aku memohon maaf atas segala keterlanjuran perbuatan dan tutur kata. Air dicincang tidak akan putus. Kepada ipar duai, anak-anak saudara serta sanak saudara yang lain. Maafkan aku. Juga kepada kawan-kawan. Aku hanya manusia biasa. Mulut ni kadangkala bertindak lebih pantas berbanding otakku ini.

Maaflah...aku hanya minta maaf, bukan boleh bagi harta pun ehhehe ( macam wasiat la pulak).
Kadangkala aku risau juga, sebab anak-anakku masih kecil. mati itu tidak mengira usia. Ada yang tidak sempat melihat anak membesar. Aku pernah berjenaka kepada encik habibi, kalau aku mati dan dia lekas-lekas kawen lain, nanti aku jadi hantu aku nak kacau dia hehehe....

hehehe gurau jeee... bila mati semua tu bukan jadi persoalan dah, semasa hidup ni memangla cemburu, bila mati nanti sibuk mengira amalan sendiri, sama ada ke syurga atau ke neraka. Yang hidup akan meneruskan legasi yang ada. Yang penting kasih sayang dan kebajikan anak dijaga sempurna.

Aku sendiri pun banyak hutang dengan Allah. Aku berdoa semoga Allah ampunkan segala dosaku, ibubapaku, kaum keluargaku dan semua umat Islam.
Semoga Allah lanjutkan usiaku dan suami untuk menjaga anak-anak sehingga mereka dewasa. Kami ingin meniti hari tua bersama.

Tapi itu hanya rancangan kita sebagai manusia. Rancangan Allah, hanya Allah yang tahu. He is the Best Planner.


Tuesday, December 27, 2011

Testimoni......

Adehh..... aku telan jamu Perawatan Wanita Mustika Ratu tapi tak minum air, terasa macam melekat-lekat je kat rongga esofagus ku ini....

hmmm....aku dah makan jamu ni sudah 5 hari, tapi enggak bisa mau tafsirkan hasilnya lagi, mungkin mengambil masa. Tapi aku suka jamu ni sebab hanya perlu telan sebijik aje sehari. Lagipun sekotak untuk sebulan. Jimat ongkosnya! Lepas ni bolehlah jadi duta mustika ratu kehkehkeh...

Spray Haiku Avon juga sangatlah harum dan menyegarkan. Bau macam lepas mandi, seperti bau bungaan yang tidak begitu menyucuk hidung. Sebenarnya semasa kenduri baru-baru ini, aku terhidu bau wangian lembut ni bila aku duduk dekat sepupu Habibi (nama baru hubby!!!). Aku dah agak bau wangian Avon cuma tak pasti yang mana. Lepas dia beritahu dia guna spray Haiku, terus aku cari kat kedai Avon. Harummmm sangat baunya, lembut dan segar. Bau spray dan roll on tak sama. Yang spray lagi harummm...Lagipun encik Habibi suka aku pakai harum-harum. Lepas ni boleh try spray lain pulak.

Untuk syampu Bayam Mustika Ratu pulak, rasanya ianya mujarab untuk mengurangkan rambut gugur. Sebab aku rasa rambut gugur berkurangan. Sebelum ni aku guna VO5. Mula-mula tu ok tapi lama-lama gugur juga, dan aku guna macam-macam jenis dah sampaikan aku ambik vitamin kat klinik but to no avail. Akhirnya aku jumpa solutionnyaaaa!!!! Sebenarnya aku beli lepas search kat Internet, ada orang tu mengalami masalah rambut gugur. Bila guna syampu ni memang mustajab!! Sebenarnya ni kali kedua aku beli. Sabtu lepas aku dah beli dan aku letak kat tepi kolah dalam bilik air kat kampung. Sekali tu bila aku masuk nak mandi, tengok berbuih-buih air kolah tu. Sapa punya kerja lah ni! Ramai sangat kanak-kanak, aku tak pasti yang mana satu pi tuang. Dia ingat ubat jentik-jentik ke apa. Rugi la duit aku.

Ohh...beg kosmetikku semakin berat dengan bertambahnya segala macam produk ni.

My daughter dah masuk tadika!

Pagi tadi adalah pagi yang agak kelam kabut bagi aku (bukan ke tiap hari ke?),
anakku yang kecik start masuk tadika bersama abangnya hari ini. Sepatutnya bulan Januari tahun depan tapi cikgu tadika tu, teacher Saras kata boleh dah nak hantar awal pun.

Semalam kami beli barangan sekolahnya seperti pensir warna, pensil, pemadam, berus gigi, seluar, baju dan selipar baru. Kami mak bapaknya yang excited terlebih. Beli sikat dan cekak rambut la, macam-macam.

Semalam dah pesan dah supaya jangan nangis bila bangun pagi. Tapi mungkin sebab tak biasa, dia jadi moody tak mau bekerjasama bila disuruh pakai baju. Hehee, kena la sebijik dengan abah dia hehehe... abahnya seorang yang sangat penyabar, amat-amat penyabar hehe, tapi kalau susah sangat nak bekerjasama nanti kena la sebijik.

Masuk dalam kereta teresak-esak dok atas riba. Semalam aku dah siapkan semua kelengkapan dalam beg. Tapi disebabkan dia moody, jadi lewat jugak hari ni.

Masa dekat-dekat nak sampai kat sekolah, aku imagine dia akan meraung sambil peluk kaki aku tak mau masuk dalam pagar sekolah. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali hehehe. Ketika hampir tiba di depan pintu pagar, terus dipakainya cekak rambut, lalu bingkas bangun mencari selipar barunya di bawah. Masa aku bukak pintu kereta, aku ingatkan dia nak tutup balik, tapi rupanya dia nak buka tak sabar nak turun heheheh.. syukur alhamdulillah...

Bersama abangnya yang memimpin tangannya, aku hanya memerhatikan dari tepi kereta, mereka bersama-masa masuk ke dalam pagar dan minum susu botol depan pintu hehehe, tak menangis pun! Good girl! Sebab dari awal-awal lagi kami dok ceritakan keseronokan di sekolah abangnya. Lepas tu kelmarin ketika isi borang pendaftaran, dia dah tersengih-sengih melilau tengok gambar-gambar karakter kartun di segenap pelusuk tadika. Cuma dia tak biasa bangun mandi pagi, jadi moody. Aku harap esok dia mula membiasakan diri. Tak sempat nak ambik gambar sehhh.... dah lewat!!!!!

Both of them are adorable! Syukur, the gifts from Allah... syukur alhamdulillah for granting me happiness....

What's new this month?




Cuba tengok apa yang aku beli bulan ni?
hihiiiiii......

cer kire....cer kiree... ada berapa? hehehe

Aku telah memperabihkan duit untuk membeli barangan untuk kekal segar dan awet muda walaupun dah ketara tua wakaaaaa....

aku beli : set Haiku Avon (spray and roll on perfume, deodorant dan bedak) RM 41.30
Lotion Nivea (harga tak ingat sebab hubby bayar)
Jamu Perawatan Wanita Mustika ratu RM19.90
dan Shampoo Bayam anti rambut rontok (gugur) RM9.00

Waduh waduhhhh kalau tak ganteng juga enggak tau apa mau bilang dong......
suka benar aku membeli wangi-wangian semenjak dua menjak nih..terapi dongg.....
jamu pulak untuk kekal ganteng dan kencang kihkihkih......
shampoo itu lantaran rambut gue yang gugur, harap-harap lepas ni rambut bisa cantik macam Dian Sastrowardoyo dong....

baiklah nanti aku sambung lain dong.... daaaa...

Thursday, December 22, 2011

Entry hari jumaat....

lama tak tulis entry panjang-panjang. Tak sempat aku nak blogging lama-lama. Hujung tahun ni banyak benda nak kena settle. Nak upload gambar pun, internet slow macam cipan.
Malam ni atau pagi esok aku balik Kedah sebab adik ipar nak kawen hari Ahad. It's gonna be a busy day. Seperti biasala... traffic jammed kat toilet... argghhhhhhh!!!!!
Dan 25 hb ni genap 3 tahun aku kerja kat sini. Dan alhamdulillah I got the increment every year... rejeki rejekiii!!!!!!
Dan En Habibi pun dapat bonus sebagai kakitangan awam. Tapi aku bukan jenis meminta-minta pun. Belanja makan sudah leee.......

Nak habis dah tahun ni... selamat tinggal tahun 2011... kenangan paling pahit dalam tahun 2011... ntah apa resolusi aku untuk tahun 2012. Just wanna be a better person, wanna get closer to Allah.. wanna finish my studies......

4 julai 2011-23 Disember 2011- 172 days...al-fatihah.... just a reminder for me...

Wednesday, December 21, 2011

I just wanna help....


She's a big girl already....
selalu nak tolong buat kerja....
petang kelmarin, selepas balik dari kerja dan bila aku nak angkat kain, terus si kecik ni nak tolong. Tapi tangannya tak sampai, lalu dia ambik kerusi pulak. Sampai habis kain kat penyangkut tu. Thanks darling! Hehhee lama juga dia dok angkat. Bila sangkut, nak nangis...
last-last habis jugak dia ambik.

ok big HUG!!!

Tuesday, December 20, 2011

Dah lama tak tengok....


I miss you so much much Wan....
tiba-tiba nampak gambar ni yang kakak aku share kat facebook....
Damn I miss you terribly father!!!
al-fatihah....

**Ketika melihat wajahnya ketika ini, aku dapat rasakan kelainan.....
tak sama seperti wajahnya ketika sakit sebelum ini....
wajahnya seolah-olah menunjukkan yang dia akan pergi....
pandangannya berlainan sama sekali...
tapi ketika itu aku tetap menafikan di dalam hati......

dulu bila pulang ke kampung, aku rasa excited untuk berjumpa dengannya....
tapi kini sebaliknya.....
hanya kenangan dan bekas peninggalannya yang meruntun jiwa....
gembiranya hati ketika Wan masih ada.....

Monday, December 19, 2011

Doa pelindung...

Amalkan doa pelindung :

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Thought of the day......

Allâh's help is 24/7, you can call Allâh at anytime !!!

♥ ✔- “Call upon Me; I will respond to you.” [The Quran, 40:60]

Sometimes ALLAH does not give you what you desire, not because you dont deserve it but because you deserve more! Trust Allah & His decisions! ♥

No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be thankful for life. There's someone somewhere else fighting to survive. ♥ A L H A M D U L I L L A H !!! ♥

Rasulullah shallAllaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Apa urusanku dengan dunia ? Sesungguhnya perumpamaanku dan perumpamaan dunia adalah seperti pengembara yang tidur siang hari di bawah naungan pohon. Ia istirahat, lalu meninggalkannya...."

[HR. Ahmad 1/391 dan At-Tirmidzi no. 2377; shahih]

••► Tetaplah menjadi Pengembara di dunia, yang berharap akan pulang satu saat nanti ke Rumah Yang Abadi... di Syurga... InshaAllaah !!!
Fruits are squeezed to get juice. Flowers are crushed to get fragrance. Diamonds are extracted to make jewels. So if you're being pushed in life, fear not !!! It's just Allâh trying to get the best out of you. ♥

THINK before you POST on Facebook, or any other social sites... Because all your posts will be there on the Day of Qiyamah as well, to testify FOR or AGAINST you!

Sunday, December 18, 2011

168 days....

Setiap kali melalui hospital ini....kenangan lalu datang kembali....


Aku masih tercari-cari gerai favourite Wan...
kali terakhir Wan minum teh about a month before he left us, di sebuah kedai kat sini....aku lupa

Pokok ros makin segar....hujan yang sentiasa mencurah-curah menyebabkan kawasan disekitarnya cepat ditumbuhi rumpai dan rumput...



Aku sempat ke pusara Wan pada pagi kelmarin...
dah 168 hari Wan pergi.....
aku teringat sangat kat Wan...
kat sekitar rumah, segala apa yang aku lihat, aku pasti terkenangkan Wan...
melihatkan motosikalnya, melihatkan pokok-pokok cili dan kari yang ditanam....
melihatkan tali ampaian yang pernah digantungnya....atau paku yang dipasakkan pada tiang...
melihatkan tangga di pokok cempedak yang dibuatnya... atau galah buluhnya....
melihatkan segala barangan seperti reban ayam, cangkul, segala macam barangannya di stor tepi rumah....
melihatkan tin dedak ayam yang sering ku dengar bunyi Wan mengetuk penutupnya dengan tangan untuk menutupnya dengan kedap...
melihatkan anak-anak ayam peliharaannya....
melihatkan kerusi di sisi reban ayam di mana Wan selalu duduk sambil memerhatikan ayamnya makan....

bila aku berada di dalam bilik, aku sering menjenguk Wan dari tingkap.. nampak kelibatnya bersama ayam-ayamnya...
macam-macam perkara yang dibuat Wan dikeliling rumah...
mengutip daun-daun....membakar sampah....
membaiki reban ayam yang rosak.....
menyiram pokok-pokok yang ditanamnya....atau mencabut rumput di sekitar rumah....
semua yang aku lihat di dalam dan di luar rumah.. semuanya mengingatkan Wan....
bil-bil air dan elektrik, semuanya dikepilkan dengan cermat.....
sejadahnya...
kopiahnya...
juga helmetnya yang masih kuat dengan baunya....
sungguh....
aku rindu pada Wan... :(

di pusaranya aku sempat berdoa semoga Allah menempatkan roh Wan bersama-sama orang yang soleh....
aku memegang batu nisan yang tercatat namanya....
rasa macam tak percaya Wan berada di bawah sana....sendirian....
Wan yang pernah memelukku semasa aku merajuk dengan emak ketika kecil...
kini bersemadi di pusara yang sunyi...
dan jasadnya sudah menjadi tanah....
semoga roh Wan berada dengan selamat di sisi Allah..amin...

soalan yang sering kutanya : Wan sedang buat apa sekarang?
I wonder....
rindunya....

Baru sampai....

semalam kami bertolak pulang dekat pukul 3 petang. Sampai kat Perlis pada 12.30 tengah malam semalam..
kesian mr hubby bawa kereta jauh...
aku yang jadi penumpang ni pun boleh tertidur...
tapi aku mesti akan tanya, mengantuk ke, ok ke tak......
nanti aku update lain....

Thursday, December 15, 2011

Nak balik kelate weee!!!!!!

Aku dok kemas-kemas, bubuh baju dalam beg...
nak balik kampunggg!!!!
esok kenduri....
kakak aku bernazar sembelih lembu sekor......
dah balik ni, aku nak jenguk kubur Wan......
kelate aku datanggggggggggg..........

Wednesday, December 14, 2011

Layan lagi....

Sehari selepas balik haji....

Semua berjubah..

Beza 3 bulan je tapi sepupunya lebih tinggi hehee...

aaaa...bosannnn.....

Mr Hubby pegi KL pagi tadi, balik esok.
Aaaaaaaaaa...boringnyaaaaaa.......
kanak-kanak pulak berlari-lari sesama diorang.....
bosannyaaaa.....tak cukup korum malam ni....
walaupun hubby seorang yang tak banyak cakap, bila tak ada, tau pun sunyi huuuu......
malam ni masak nasik dengan sardin je.....
petang tadi balik naik teksi Uncle Yeap.
Baik juga uncle tu, dia ambik tambang murah je, RM12. Dulu aku naik teksi orang lain, tambang RM15.
ok nanti aku tulis lain.....

Tuesday, December 13, 2011

Thank you Allah!

Ketika aku sedang memikirkan apa nak jadi tahun depan bila kami berpindah rumah...
tiba-tiba Allah tunjukkan jalan...
alhamdulillah.....
kelmarin father in law offer suruh ambik keretanya, sebab katanya dia bukan boleh bawak kereta. FIL aku diserang minor strok selepas menunaikan fardhu haji. Buat masa sekarang, dia terpaksa menggunakan wheelchair. Jadi dia suruh aku gunakan keretanya. Sebenarnya kereta proton saga tu hubby beli ketika bujang dahulu. Selepas beli Persona, kereta lama tu diberi kepada ayahnya memandangkan ayahnya hanya menggunakan van usang untuk ke mana-mana.
Ketika aku sedang memikirkan kesukaran menggunakan sebuah kereta pada tahun depan, alhamdulillah Allah has made it easy for me...thank you Allah, I love You!
Tapi kami masih sedang memikirkannya terlebih dahulu.

Teringat aku pada kata-kata ustaz dalam rancangan tv minggu lepas. Katanya, kalau kita berdamping dengan orang kaya, mesti kita juga akan turut merasai tempiasnya. Begitu juga kalau kita berdamping dengan orang cerdik pandai, kita akan turut mendapat ilmu dan manfaatnya.
Katanya lagi, bukankah Allah itu Maha Kaya, jadi, bila kita berdamping dengan-Nya dan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, sudah semestinya kita akan turut mendapat kurniaan dan rezeki dari-Nya. Allah itu Maha Luas pengetahuan-Nya, jika kita berharap kepada-Nya dan yakin kepada-Nya, insyaAllah kita turut mendapat kurniaan-Nya.

Ketika 'mengekor' mak mertua ke rumah makciknya weekend lepas, dia bercerita tentang pengalamannya di Mekah. Ketika itu FIL jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Ketika itu katanya, semua kawan-kawan menguruskan hal masing-masing. Setiap orang mahu ke masjid membuat ibadat masing-masing. Dia berasa sangat resah kerana bersendirian, tanpa sesiapa menemaninya menguruskan FIL.
Ketika sedang resah dan runsing, seorang petugas tabung haji menasihatinya.
Kata petugas tu...

"Kawan-kawan akan tinggalkan kita, saudara-mara akan tak pedulikan kita, masing-masing buat hal sendiri....
susah payah tiada siapa nak tolong....kawan-kawan semua pentingkan diri masing-masing di sini...kawan-kawan akan tinggalkan kita...
tapi makcik nak susah hati buat apa....
bukanlah kita ada ALLAH??
Allah yang ciptakan kita...
Allah yang atur kehidupan kita..
Allah yang beri makan kepada kita..
minta lah pertolongan kepada Allah..
Dia yang jaga kita...
berdoalah dan yakinlah kepada Allah...
makcik kena bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, bukan kepada manusia...
makcik nak susah hati buat apa...."

begitulah lebih kurang kata-kata petugas tabung haji tu.
Sejak dari hari itu, MIL tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusannya di sana bersama FIL,
dan alhamdulillah...
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar...
Allah perkenankan doanya dan alhamdulillah.....FIL dan MIL dapat balik dengan selamat, walaupun dengan menaiki ambulans.

Moral of the story : Kita kena yakin Allah itu sentiasa melihat kita, dan menjaga kita.

"Allah gives and forgives....but human gets and forgets...."......

Kena naik teksi?

Aku ada lesen kereta tapi aku tak terer bawak keretaaaaa!!!!!
Sebab ada driver la jadi cenggini, aku jadi penumpang.
Esok mr hubby ada kerja kat KL, jadi aku kena naik teksi la.
Bukannya aku tak pernah bawak kereta, masa Faiz kecik aku dah bawa pergi kerja sebab hubby pergi BTN. Dah bertahun-tahun rilek jadi penumpang, aku jadi takut nak bawak. Jadi aku naik teksi je la.
Ramai yang suruh aku bawak kereta, belajar, masalahnya tak sempat!!
Nanti aku akan curi masa belajar. Kalau aku bawak sorang-sorang tak apa la, ni aku nak kena bawa budak-budak.
Aku kata kat hubby, bila kami pindah ke Bukit Kayu Hitam next year, aku nak bertolak awal-awal lagi drive ke tempat kerja, ketika kereta tak banyak atas jalan. Kata hubby, nak tunggu kereta tak ada atas jalan tu ntah bila ntah. Nanti aku kena hantar hubby ke tempat kerja dia dulu, lepas tu aku hantar kanak-kanak ribena ke tadika, lepas tu baru aku pergi kerja sebab tempat kerja aku paling hujung. Heeeeee mencabarnyaaa!!! Kami ada kereta sebuah je, proton persona manual. Dah le manual, nanti kat traffic light aku jadi panic heehhe....

Tahun depan anak aku yang kecik akan masuk tadika sebab nak masuk 4 tahun. Kami akan hantarnya bersama si abang. Aku le yang akan menghantarnya next year. Kalau nak beli second car, aku rasa tak mampu dari segi ekonomi sebab gaji aku ni ciput je. Yuran tadika anak-anak, aku yang bayar. Selebihnya hubby yang uruskan. Kalau aku beli kereta aku rasa tak sempat tengok duit gaji aku ni. Yuran tadika RM350 seorang termasuk daycare. Kami mintak discount dapatla RM680 untuk 2 orang tapi belum isi borang. Nanti kena bayar termasuk yuran tahunan dan buku sekolah. Aku rasa dekat RM1000 kot. Kalau aku beli second car, tak dapekla nak melancong dan membeli barang peribadi aku. Jadi, kami gunakan satu kereta sahaja buat masa ni.

Hari Khamis malam hubby balik. Pagi esoknya kami terus bertolak ke KB sebab ada kenduri kesyukuran, tumbang seekor lembu. Ahad terus balik sini sebab Isnin hubby ada competition, dia jadi juri. Tengok jadual aku, macam artis gitu, sejak raya haji, setiap minggu ada agenda, sungguh padat!

Minggu yang lalu sibuk dengan konvo. Disebabkan sibuk, kami makan di luar dan kadangkala tak menentu. Badan aku ni, bila sibuk sikit dan makan tak menentu, aku cepat kurus, susut. Nak tengok muka aku cengkung senang je, makan kat luar ala kadar beberapa hari jadi la susut. Kalau nak bagi berisi, aku kena masak dan makan di rumah. Aku ni jenis kuat makan, setakat makan nasi goreng di kedai, itu tidak mencukupi hehehehe...

oklah aku nak sembahyang asar, nanti nak balik.

Sunday, December 11, 2011

161 hari dah...

Dulu...2009

Kini....2011

4 Julai-12 Disember 2011- dah 161 hari Wan pergi...
I miss him so much! When I miss him, I'll kiss the wallpaper in my handphone.
Aku boleh rasa ketika aku tidur yang aku mimpikan Wan, tapi biasanya aku lupa.. tapi aku boleh rasa he is very close to me.
Gambar kat atas menunjukkan bangsal tempat korban lembu dilakukan pada hari raya Haji, tahun 2009 dan 2011. Bangsal yang sama.......without him.
I pray for him in my 5 times prayers, never missed!
Aku tak pernah mimpi yang tak elok pasal Wan.
Minggu lepas aku mimpi Wan duduk di atas kerusi melihat ke arahku. It was very fast, but I thank Allah for giving me the chance.
I love him and miss him soo...sooo much!

Kelmarin aku ikut mak mertua pergi ke rumah makciknya. Makciknya cuma tua 2 tahun daripadanya. Turut tinggal bersama makciknya adalah mertua makciknya yang sangat tua dan uzur. Katanya berumur 87 tahun tapi aku rasa lagi tua. She was so skinny. Masih boleh berjalan slow-slow tapi selalu mengadu sakit dada. Ketika dia terbaring di kerusi panjang, aku duduk di hujung kakinya. Lalu aku memegang tangannya. Rasa tulang je. Melihatkan aku yang memegang tangan Toknek tu, Faiz meniru dengan turut sama memegang tangan Toknek. Bila aku pegang paha Toknek, Faiz pun pegang juga.

"Kenapa tulang je?" tanya Faiz....
aku hanya tersengih.

Sebenarnya aku saja nak ajar Faiz ni supaya jangan takut atau geli. Nak ajar dia supaya kasih kat orang tua. Bila salam dengan Toknek, aku teringat kat Wan. Mana tau itu merupakan kali terakhir aku salam dengan Toknek sebab dia tak larat sangat dah aku tengok.

Moralnya, kasihanilah orang tua, agar anak-anak akan kasih kepada kita apabila kita tua kelak....

What's new this month?


Aku baru beli Maybelline BB Cream, Silky Girl LashPrism dan Safi Balqis hand & body lotion.
Terliur aku tengok iklan BB Cream tu.
Dan rasanya sangat best sebab texture lembut dan ringan, macam pakai bedak biasa je. Lepas tu gatal-gatal beli mascara ehhehehe...
BB cream dan mascara tu total RM29++. Harga BB Cream tu RM19++ tapi ada less, jadi RM15++.
Hari tu kawan aku pakai losyen Safi Balqis, wangi baunya. Aku pun beli la kat kedai, RM5.20.
Saja nak menambah koleksi kosmetik. Maklumlah tahun depan umur semakin tua dan peningkatan nombor sangat significant, isk isk.....

Saturday, December 10, 2011

Today's event

Kerja aku berlari-lari ke sana kemari.....

D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ada kat tengah-tengah....sporting betul!


Aku tak bawa kamera, guna hp je, blur sikit....
gambar hari ni dan satu gambar kelmarin sebelum backdrop ditukar..

Friday, December 9, 2011

Merajuk tak jadi.....

Hahahha lawak betul....
disebabkan penat ni, mula la nak sensitif, nak merajuk kihkihkih.....
lepas tu bila sama-sama merajuk, bila berpaling tengok muka masing-masing, buleh pulak tersengih dua-dua kahkahkahh...... payah nak gaduh!

sebenarnya aku dok teringat kat sorang student aku yang aku jumpa siang tadi. Lama tak jumpa, aku dapati badannya sedikit susut berbanding dulu, berisi.
"Saya kurang sihat.." katanya apabila aku menegur bedannya yang kurus.
"Sakit apa?" tanyaku ingin tahu.
"Kanser.." jawabnya sambil melihat aku yang berada sedikit tinggi di atas stage.
"Sakit apa?" tanyaku lagi minta kepastian.
"Kanser..." jawabnya perlahan.
Terkejut aku dibuatnya.

Dia mengidap kanser pangkal hidung stage 3....
gulp.....
tak terkata aku dibuatnya....
dan aku tanya camna boleh detect...
katanya, dia rasa sakit telinga dan leher membengkak. Bila check kat hospital pada April lalu, masa tu kat tahap 1. Cepat juga merebak ke tahap 3.
Aduhhh...aku berdoa semoga dia tabahkan hati dan menjalani rawatan terbaik untuk pulih...
walaupun kanser itu sangat digeruni kerana 'sukar' dipulihkan, aku berdoa agar ubat-ubatan yang diambilnya mampu memanjangkan hayatnya serta menjadikannya lebih sihat dan bertenaga. Dia seorang budak yang baik dan pandai.

Speechless aku sekejap dibuatnya....


(setelah sejuk, aku delete entry yang lalu hihiiiiii)

Thursday, December 8, 2011

Mau lihat bintang di langit

Huargghh...ngntuknya....
nanti nak update juga...

bulan cantik betul kat luar, ada lingkaran macam pelangi...
sebenarnya aku sangat suka memerhatikan bintang-bintang dan bulan di langit, sejak kecil lagi...
kadang-kadang nampak tahi bintang...
bila mendongak ke langit, terasa kebesaran Allah yang menjadikan angkasalepas dengan penuh misteri.....
aku bercita-cita untuk mendapatkan sebuah teleskop suatu hari nanti....
nak mencerap bintang, terasa betapa Allah Maha Berkuasa yang menjadikan planet-planet dan bintang-bintang yang sangat besar serta tidak terkira jumlahnya, yang berada di angkasa yang sangat luas, seolah-olah saiznya infiniti....

aku tak dapat update blog pada waktu siang sebab aku ada kerja kat Dewan 2020 Kangar sampai Sabtu.

good night, nak tidur dan peluk si comel Izzati nih...

Tuesday, December 6, 2011

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Nama Ustaz Don Daniyal kini semakin meniti di bibir makcik-makcik, adik kakak, malah kanak-kanak juga. Pengajaran agama secara bersahaja dan kadangkala mencuit hati benar-benar mencetuskan suatu fenomena di kalangan penonton, terutamanya golongan muda. Tambahan pula ustaz ni hensem dan tinggi lampai orangnya.

Biodata :

Nama : Don Daniyal bin Don Biyajid
Asal : Penang mari
Education : Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Umur : 27
Status : Sudah bertunang dengan pelajar perubatan Universiti Kaherah ( ramaila yang frust hehehe)
Pekerjaan : Pensyarah Muda KUIS
(boleh check Fb daniyalbiyajid.)

Layan video Ustaz Don di Youtube.


Video 30 Minit Ustaz Don

Monday, December 5, 2011

Dugaan lagi.....

Hmm....
Mak aku admitted to ward hari ni selepas pulang dari sini....
Doktor nak check sebab demam berpanjangan....
Dari kelmarin lagi aku terpikir nak defer....
apa nak jadi dengan projek aku ntah....
kalau aku defer, baru la aku dapat bernapas sikit....
ntah....
tak mampu aku buat 2, 3 benda dalam satu masa.....
sekarang aku diduga lagi...
semoga mak aku cepat sembuh....


Ps : update : alhamdulillah mak aku tak jadi masuk ward....

Kuala Perlis....

Hari ni broadband laju pulak, jadi aku bubuh gambar-gambar weekend lepas.

Depa kata, Kedai Mona ni glemer!

Senarai harga...
kami beli ikan gerut bakar 2 ekor, 1.8kg, ketam berempah sekilo (3 ekor) RM33, campur petai bakar dan terung bakar, total RM89, not bad kan..

Pilih pilih piiilihh!!!!

Pada petang Ahad selepas pulang dari Langkawi, aku dan abang aku ke Kuala Perlis sekali lagi untuk beli ikan bakar. Sebelum ke jeti kami round ke Sungai Berembang beli belacan fresh. Kat Sungai Berembang tu terdapat deretan kedai belacan yang terletak di pesisir pantai. Belacannya masih fresh dan murah pulak tu. Ketika balik, kami singgah beli kerang gergasi di tepi jalan.

Cuba korang tengok saiznya, mak ai 2 inci!!! Memang kerang gergasi. RM10 dapat 3 kilo. Masalahnya ialah bila nak cuci. Kami guna 3 jenis berus. Berus besi yang ketiga baru tanggal bulunya (macam lumut). Rasanya macam kerang biasa cuma ianya sangat besar. Hubby aku kata, namanya kerang bulu.



Kerang purba??

Meh 5 kilo!


5 cm!

Nanti aku sambung lain ok....

Sunday, December 4, 2011

Sampai juga.....

"Nanti boleh la kenal Pulau Langkawi.."

kata Wan sambil tersengih bila aku engaged dengan Mr Hubby kira-kira 6 tahun lalu.
Kata-kata tu memang terngiang-ngiang di fikiran aku ketika membawa emak ke Langkawi.
Alhamdulillah sampai juga mak aku ke Pulau Langkawi.
Cuma agak terkilan kerana hajat Wan tak tertunai...
Ketika breakfast di hotel pada pagi Ahad, termenung emak sejenak...

"Wan tak sempat merasa makan di hotel macam ni.." katanya...

ahh.....sentimentalnya...
mak masih melayan perasaan....kami juga...
ketika dalam feri menuju ke pulau,
kata mak, "Wan mesti suka naik feri.."
lalu mengambil telefon yang tersangkut di lehernya, dan menunjukkan gambar Wan yang diambil dalam awal tahun ini.
"Mak tak pernah lupa kat dia..."..kata mak...
"Kalau teringat, mak tengok gambar ni..", sambil menunjukkan gambar Wan sedang duduk dikerusi favourite nya.

adusss.......pedihnyaaaa......

terasa sungguh bila wan sudah tiada...
tersentak aku sejenak bila tiba-tiba mak menunjukkan gambar Wan di telefon bimbitnya....
arghh......

Mak sangat rindukan Wan, his life partner since she was 18 years old. Now she is 70. I can imagine her grieve....
Sejak Wan pergi, kesihatan mak kurang memberangsangkan. Di Langkawi, mak asyik demam kerana keletihan. Kami pun bukannya berjalan jauh sangat pun, cuma kat Padang Matsirat tu panas sangat. We were worried.

Alhamdulillah sampai juga mak. Sekarang mak dalam perjalanan balik bersama abang aku ke KB, dan kakak aku bersama keluarganya terus ke Kelang.

Kepada kawan-kawan semua,

tolongla appreciate ibu bapa anda ketika mereka masih ada. Ketika mereka masih sihat, bawalah mereka berjalan-jalan, atau makan sedap-sedap di hotel, atau naik kapal terbang melancong. Kalau nak tunggu kita ada duit, atau nak tunggu anak besar, atau nak tunggu kita habis kerja, atau nak tunggu kita tak sibuk, atau nak tunggu bila dapat keje best2, atau kita nak tunggu masuk rumah baru.....takut tak sempat, dan memang aku tak sempat :(.

Seperti aku yang tak sempat bawa Wan ke Pulau Langkawi.....kerana alasan yang takkan habis. Menyesal sejuta kali pun tak berguna lagi. Korang jangan menyesal macam aku tau! Kerana bila sudah tiada, barulah timbul idea macam-macam, nak bawa jalan la, nak bawa dia bersama kawan baiknya lah, macam-macam! Tapi dah terlambat!!!!

Aku masih ada emak, aku akan cuba gembirakannya...

al-fatihah...
dah 154 hari Wan pergi (4 Julai-5 Disember)
Hari ni, genap 5 bulan Wan dikebumikan....

ps : asalnya aku tak jadi ke Langkawi sebab mak aku kurang sihat, tapi bila melihatnya bersemangat mau turut serta, jadi kami kembali ke plan asal untuk membawanya.

Thursday, December 1, 2011

Capati Labu Sayong

Pagi ni kami breakfast kat kedai Capati Labu Sayong kat Bintong, Perlis. Kata kawan aku, kedai capati ni famous kat sini. Tapi tadi aku tak makan capati sebab aku makan nasi lemak. Aku suka makan Capati Beseri yang terletak di tepi jalan dekat dengan traffic light di jalan Beseri, Perlis. Kalau korang ke Padang Besar mesti lalu depan kedai dia di sebelah kiri. Aku suka capati dia sebab kepingan capati dia nipis. Tak rasa berketul-betul tepungnya.

Aku suka perhatikan cara diorang buat capati.
"Kalau dia (pembuat capati) demam, siapa nak buat capati?" tanyaku sambil memerhatikan abang capati tu buat kerja.
"Tak makan capati la kita.." jawab kawan aku.
Sebab aku tengok dia sorang je dok buat. Kalau kat Beseri dia ada assistant yang membantu.

Jadi sesiapa yang datang ke Perlis boleh la singgah ke kedai capati mereka ni.

Mak, abang dan kakak aku akan sampai petang ni. Rumah aku masih bersepah sebab tak sempat nak kemas lagi. Kemas pun macam tak kemas jee.....tengahari ni nak balik sembunyikan kain yang berbakul-bakul tu. Petang ni aku nak bawa diorang beli buah durian kat pasar malam. Kat sini durian berlambak-lambak. Tiket feri boleh beli petang ni atau awal pagi esok. Kalau petang ni boleh la sambil jalan-jalan tengok sawah padi dan tengok suasana tepi laut. Ni boleh dikira diorang balik kampung le jugak hehehhe.....

okaylah....