Doa pelindung...
Amalkan doa pelindung :
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ  اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ  وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ  حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ  فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :  "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya  samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha  mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan  musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika  subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga  petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ;  Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi  Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim  termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya  dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني  آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ  تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN  KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA  'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya :  Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul  Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah  aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat  Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403  ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga  ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan  lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu  apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah  dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru,  seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk  beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa  ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah  lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa  yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju  kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis  seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah  tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah  s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek  kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment