Thursday, January 5, 2012
I'm glad.....
Bila aku sedang belek-belek handphone semalam, aku tengok gambar ni, lalu aku nak buat wallpaper.
Urghh..... aku menatap gambar ni buat seketika sambil bersandar di kerusi...
"Sedihnya...." kataku....
lalu aku tunjukkan kepada habibi di sebelah... dia hanya tersenyum kelat..
Aku mendoakan Wan tanpa jemu setiap masa.... semoga Allah mengabulkan...
Hari ni hari Jumaat, Wan jarang ketinggalan untuk ke Kedai Lalat/ Kota Jembal. Pada waktu sekarang, biasanya Wan dan mak dalam perjalanan balik ke rumah setelah membeli barang keperluan harian.
Dan semalam,
aku mimpi kan Wan...
ketika aku nak ambil wudhu pagi tadi, tiba-tiba aku teringat, dan terus aku recall cepat-cepat supaya aku lebih ingat.
Apa yang aku mimpi?
Aku mimpi tak ada orang nak jaga Wan kat rumah sebab mak nak pergi ke KL.
Lalu aku dengan sukarela nak jaga Wan di rumah.
Masa tu Wan sedang uzur. Aku nak gembirakan hati Wan, lalu kukatakan kepadanya,
"Wan nanti kita pegi jalan sampai rumah Mak Bah kat depan ye..."
Wan nampak gembira dan tersenyum...
"Kita pegi jalan sampai kat kedai depan lahh..."
kataku lagi sebab kedai Wan jauh sedikit di hadapan, mungkin Wan lebih gembira bila dapat jalan-jalan. Wan tersenyum gembira.....
Ya.. masih jelas di kepalaku Wan tersenyum gembira....
I am very glad...... and I am happy....
walaupun Wan tidak berkata apa-apa tapi aku gembira bila melihat Wan senyum.... I believe in Allah and I believe Allah will protect him.. amin...
4 Julai 2011-6 januari 2012
Dah 186 hari Wan pergi...
Al-fatihah...
No comments:
Post a Comment