Wednesday, July 18, 2012
Susur galur...
Tak banyak yang kami tau tentang Wan dan keluarganya.
Wan bukan yang jenis bercerita sangat pun, sekali sekala aje dia cerita sikit-sikit. Yang banyak bercerita ni adalah mak.
Selepas Wan meninggal, kami rasa terkilan sebab tak banyak yang diketahui pasal susur galur keluarga Wan. Alangkah bagusnya kalau semasa hayatnya kami banyak bertanya dan berkongsi kisahnya semasa kecil.
Sehari dua selepas Wan meninggal, aku menyelongkar laci yang mengandungi barangan aku dalam sebuah beg kain pelikat.
What a surprise, aku terjumpa khazanah berharga yang aku hampir lupa!
Kertas tu bertarikh 24 Oktober 2004. Masa tu aku baru konvo di UKM. Maklumlah tengah menganggur, aku punyai banyak masa dan banyak bertanya pada Wan tentang sasilah keluarganya. Masih kuingat, aku meniarap di lantai sambil meng interview Wan yang duduk dikerusi favourite nya.
Ok aku mulai dengan moyang Wan, namanya Wan Leka. Wan Leka (nama suaminya Wan tak tau) merupakan ibu kepada Wan Supiah. Wan Supiah adalah nenek Wan. Wan Supiah berkahwin dengan Bulat (atok Wan). Melalui perkahwinan di antara Wan Supiah dengan Bulat, maka lahirlah 7 orang anak iaitu Siti Pura, Pakda Isa, Meksom, Leba, Makngah Timoh, Sakmoh dan Mohamad.
Meksom adalah mak kepada Wan setelah berkahwin dengan Wan Mat Amin. Meksom kerjanya adalah membuat raga daripada buluh untuk dijual.
Ok kita ke keluarga Wan Mat Amin pula.
Wan Mat Amin adalah anak kepada Wan Minah hasil perkahwinannya bersama Wan Salleh.Wan Minah menyara keluarga dengan membuat bakul dan dijual.
Selain Wan Mat Amin, anak-anak lain adalah Wan Deraman, Wan Jusoh, Wan Halus serta Wan Selamah. Mengikut rentetan tulisan aku, Wan Mat Amin adalah anak bongsu.
Meksom dan Wan Mat Amin telah bertemu jodoh lalu mereka mendapat 5 orang anak. Mereka adalah Wan Yaakob, Wan Ahmad (Wan), Wan Semek, Wan Ismail dan Wan Yah. Pekerjaan Wan Mat Amin adalah seorang petani yang mengusahakan tanah padi di Tendong, Pasir Mas. Anak beranak Wan ni semua asalnya dari Pasir Mas.
Mengikut cerita satu-satunya mak sedara aku yang masih hidup iaitu Wan Yah, Meksom mengalami keguguran ketika mengandungkan seorang lagi adik Wan, masa tu kandungan berusia beberapa bulan gugur kerana Meksom tergelincir ketika sedang menjunjung air dari sungai. Klasik kan kehidupan zaman dulu, serba susah, nak minum kena angkut air dari sungai.
Aku tak kenal Wan Semek sebab dia dok kat Pahang, aku tak pernah kenal pun tapi anak-anak dia ada yang aku tau tak berapa rapat. Wan Semek meninggal beberapa tahun lepas. Pada tahun 2008, Wan Ismail yang kupanggil PakCu Mail pula meninggal dunia. Aku agak sedih bila PakCu Mail meninggal sebab PakcuMail sangat baik orangnya. Ketika kecil, aku sering kerumahnya. Dia akan memberikan macam-macam hasil kebunnya seperti buah rambutan untuk dibawa pulang. Pakcu Mail juga pernah memberikan aku seekor anak itik serati yang kuberi nama Kaka, waktu tu aku berumur 10 atau 11 tahun kot. Aku suka ke rumah Pakcu Mail sebab sangat la kampung, sebab kat tepi sawah. Kadang-kadang dia masih berpakaian orang masuk bendang. Aku kan suka style kampung hehehe. Aku masih ingat pesan Pakcu, katanya kalau kita tangkap burung hutan atau ayam hutan pada waktu pagi, dia ada potensi untuk hidup berbanding kalau tangkap waktu malam. Kat rumah pakcu selalu terdapat anak-anak burung hutan yang ditangkap dan dibela. Kehidupannya sangat sederhana, maklumlah petani.
Pakcu meninggal akibat stroke. Masih aku ingat ketika melawatnya ketika sakit, Pakcu jadi sensitif dan asyik menangis.
Sekarang baru aku rasa menyesal sebab kurang menitikberatkan hubungan dengan makcik pakcik. Bila mereka sudah meninggal, alangkah ruginya rasa. Bagi mereka yang masih punyai makcik pakcik atuk nenek, janganlah menyombongkan diri. Memang kita masih boleh hidup tanpa bergaul dengan sanak-saudara, tapi lama kelamaan hubungan itu akan terputus begitu saja kalau tidak dititikberatkan.
Oh ya sambung,
kedua-dua orang tua Wan meninggal dunia ketika Wan masih kecil. Setelah kehilangan tempat bergantung, Wan mengikut bapa saudaranya Pakda Isa dengan bekerja menoreh getah di Thailand. Susahnya hidup Wan, kecik-kecik dah kena cari makan sendiri. Kiranya dari kecik sampai besar la Wan bekerja menoreh ni sampailah Wan berkahwin dengan mak.
Aku dah lama nak tulis kisah Wan datang menoreh ke Kedah ni tapi asyik tertangguh-tangguh.
Ketika Wan dah kembali ke Tanah Melayu, hidup susah gilababas sampaikan takde makanan. Wan pun mencuba nasib dengan membuat kerja memukul padi (dulu mana ada mesin, pukul je bagi keluar bijian) di Kodiang Kedah. Pada hari untuk bertolak ke Kodiang menaiki keretapi, Wan bersama rakan-rakannya bertolak awal dari rumah, dalam jam 3,4 pagi turun jalan kaki dari rumah untuk ke stesen keretapi Wakaf Bharu. Jauh tu weh kalau naik kereta pun 30-40 minit. Siap kena cross sungai lagi tapi aku tak pasti masa tu dah ada jambatan ke belum. Ohh.. aku rasa dah ada sebab masa tu pertengahan tahun 70-an.
Naik keretapi turun kat stesen Arau Perlis. Bila aku lalu kat stesen tu skang, mesti aku teringat kisah ni. Kemudian Wan terus ke rumah tuan padi yang bernama Haji Jamaluddin di Kodiang. Wan bekerja kat situ selama beberapa minggu dan mendapat upah beberapa puluh ringgit sahaja. Kerja punya la penat demi mencari makan untuk anak-anak yang setia menunggu di kampung. Macam mana la agaknya mak dan adik beradikku kat kampung masa tu kan...kerja punya la teruk sampai sakit-sakit, pulangannya cuma RM70 kalau tak silap aku, kerja selama 2 minggu di bawah terik mentari.
Bila balik, Wan sakit kuat sebab bekerja terlalu teruk. Masa tu Wan dah mula berpesan pada anak-anak sebab dia sangka dia nak mati dah, tapi rupanya hayat Wan masih panjang masa tu, demi untuk membesarkan anak-anaknya. Haji Jamaluddin ada datang ke Kota Bharu untuk menjemput Wan dan rakan-rakan bekerja dengannya tapi Wan menolak kerana penat yang amat, serta jauh.
Bila aku melalui Kodiang, Kedah, mesti aku teringat betapa susahnya Wan dahulu merantau mencari kerja demi mengisi mulut kecil anak-anaknya. Kalau Wan tak bekerja, nanti anak-anak kelaparan kat rumah. Aku masih tertanya-tanya pasal Haji Jamaluddin tu, mungkin dah meninggal kot. Tapi aku assume dia orang kaya dan punyai banyak tanah bendang di Kedah.
Wan menggunakan sepenuh kudratnya dan seumur usianya demi keluarga dan anak-anaknya. Aku berdoa semoga Allah mengurniakan Wan keampunan dan pahala yang besar buat dirinya yang tidak pernah merungut walaupun dirinya sendiri jatuh sakit akibat teruk bekerja. Apakah pula balasan kita anak-anak kepada ibubapa kita? Apa pula balasan aku untuknya?
Hanya doa yang takkan pernah putus insyaAllah.....
doaku selalu bersama mu Wan, walaupun kesedihan ini semakin pulih, namun namamu tetap meniti di bibir...
"Wan.... wan...tokwe...ayah aku.."...
No comments:
Post a Comment