Monday, December 31, 2012

Happy new year 2013!

Frankly speaking,
aku tak suka bila masuk tahun baru, aku tak pernah rasa suka dan aku hairan bila mana aku lihat orang menyambutnya dengar gembira. Bagi aku, adalah suatu kesedihan apabila meninggalkan tahun yang lalu. Sejak dari zaman sekolah, aku akan tulis diary di ambang tahun baru sebab aku sedih nak tinggalkan kenangan lama. Yang penting kita tetap terus jadi orang yang lebih baik.
Tadi tengok kat tv1, celebration tahun baru bersama para menteri, sorry to say, menteri-menteri semua, get a better life la, pekemende la aktiviti pengisian yang takde pekdah! Be more sensitive ok, bukan semua orang setuju dengan aktiviti berseronok-seronok dengan artis ni, tapi tak paham-paham jugak. Rakyat sendiri la tak payah nak buang masa dengan aktiviti merapu tu, yang mana majoritinya adalah melayu, lepas tu disudahi dengan aktiviti sosial di tengah malam sampai pagi..huh!
Anyway, happy new year, hari ni 1 Januari 2013. Dah semakin jauh Wan tinggalkan aku..
i miss him...

Sunday, December 30, 2012

Resolusi 2013?

Kat Fb ramai dok update status pasal azam baru masing-masing.
Aku pun hari ni baru boleh fikir, sibuk beberapa menjak ni.
Azam tetap sama macam tahun lepas, cuma aku dah selesaikan pengajian aku.
Yang lain aku carry forward la bagi laksana tahun depan pulak.
Aku juga akan lebih jaga kesihatan badan, maklumlah, pompuan lebih cepat tua.
Mak aku juga kurang sihat, jadi aku berazam untuk balik dengan lebih kerap, bergilir-gilir dengan kakak aku, insyaAllah semoga dipermudahkan segalanya. There were many times me and my siblings got really worried and felt anxiety about mak, it bothered us a lot. Kalau Wan, dia bukan jenis putus asa, berbeza dengan mak yang kurang semangat dan motivasi. Aku boleh katakan yang mak uzur atau pun sakit tua. Cuma aku dapat berdoa semoga mak cepat sihat dan gembira seperti selalu, lupakan mereka yang tidak mengambil berat pasal mak, sebab masing-masing akan semakin tua dan melalui perkara yang sama, bergantung kepada amalan dan perbuatan terhadap ibubapa. Yang penting aku akan cuba sedaya upaya.

Pasal job hunting, aku tak perlu terlalu fikir sangat, as long I am happy with my family, rezeki mencukupi alhamdulillah..
we won't get everything we want, but we will get what we need...


Saturday, December 29, 2012

hey you!

shame on 'you' !
takda rasa tanggungjawab langsung,
what u give u get back!

Friday, December 28, 2012

Dah balik yeye!!!

alhamdulillah dah selamat sampai kat kampung kelmarin....
jalan dari Jeli sampai Tanah Merah, Tanah Merah sampai Kota Bharu, agak teruk dan dasat!!
terkejut aku masa start kat Jeli tuh, lobang sana lobang sini aku rasa macam naik kereta racing dalam hutan sebab driver dok pulas stereng, ke kanan, ke kiri, lepas tu brek..
sebelum tu abang aku dah warning, katanya jangan balik pada waktu malam sebab banyak lubang. Banyak kereta yang pecah tayar dan rosak akibat lubang-lubang yang berpuluh-puluh, beratus la aku rasa!
Bertahun-tahun aku dok balik kampung guna jalan tu, okay aje setakat lubang sikit-sikit tu biasa la, ni bawak kereta macam orang gila sebab nak mengelak lubang, ada pulak satu tempat tu takda warning langsung, jalan under contruction nasib baik sempat brek. Bahaya sungguh la kepada pengguna jalanraya, kereta rosak tu satu hal, kereta jugak boleh terbabas sebab nak elak lopak. Adoihh paranoid aku dibuatnya. Kalau naik kereta malam memang jahanam la kereta. Aku harap isu ni diselesaikan segera, sebab isu jalan berlubang ni dah pun dipolitikkan. Tapi seriously, memang teruk sungguh jalan yang kami lalui semalam. Namun syukur sebab takda jalan yang ditutup akibat banjir. Okay aje sebab sehari dua ni mak aku kata tak hujan kat sini, berbeza dengan beberapa hari yang lalu hujan memang lebat dan tak berhenti-henti.
Pagi tadi masa anak-anak masih tidur di waktu pagi, aku dan habibi keluar mencari 'makanan' kat pasar siti khadijah ehheh... aku beli stok rempah ratus, gula melaka, cili hijau besar. beras nasi dagang, beli laksa dan makanan lain. Nanti la aku upload gambar, ni pun aku tulis entry sambil budak-budak ni dok panjat belakang aku :p
Tadi mak aku request nak makan gulai dalca dan aku pun buat la..
mak aku cakap sedappp!!! ehhehe bukan senang tau nak dapat compliment macam ni sebab mak aku ni boleh kata pandai masak gulai, sebab dulu kan mak dan wan mengusahakan kedai kopi.
okla nanti aku cerita lain..

Tuesday, December 25, 2012

Segi Tiga Kosmos!

malam ni selepas isyak mari kita pakat bawak tikar dan bantal baring depan rumah,
nak buat apa? hehe malas nak cerita panjang,
sila ke FalakOnline

Happy holiday!!!

Yayyy kelmarin last aku keje untuk minggu ni sebelum bercuti panjang..
insyaAllah aku nak balik KB soon! tapi kena settle urusan kat sini dulu sebab aku nak kena hadiri taklimat persekolahan untuk Faiz yang akan masuk darjah 1 minggu depan. InsyaAllah Faiz akan memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah rendah agama di sini.
Tadi kami 4 beranak dok lepak-lepak kat luar rumah, bawak tikar dan bantal, dok baring tengok bulan dan bintang (sambil berangan nak miliki teleskop suatu hari nanti).
Sambil-sambil tu dok bincang pasal duit poket Faiz nanti. Aku tak pasti nak bagi berapa sebab sekolahnya sampai ke petang. Takkan nak bagi seringgit dua kot, nanti kelaparan pulak. Mungkin pagi nak kena bawa bekal. Aku dan abahnya dah mula excited ni, siap ambil cuti dan nak bawa kamera masa hari pertama sekolah hehehe.. semuanya mengingatkan aku tentang hari pertama persekolahan aku masa darjah satu dahulu...
Wan hantar aku kesekolah dengan menaiki basikal tuanya. Selesai pendaftaran, Wan bawak aku round-round sekolah, tunjuk kat mana kelas, bilik air dan kantin. Selepas tu Wan pulang dan berjanji akan datang pada pukul 12 tengahari. You know, I was a good girl ehhehe, tak nangis pun sebab excited. Pukul 12 Wan datang dan kami pulang dalam 12.30 tengahari bersama Wan yang mengayuh basikal tua.
I miss you Wan, I love you so much! Nak hantar anak aku ke sekolah ni aku tak pernah lepas dari teringatkan Wan..


Saturday, December 22, 2012

Jalan-jalan Hatyai-Songkhla 2012

.
Hai! Kelmarin sehari suntuk kami jalan-jalan ke Hatyai-Songkhla. Bertolak pada jam 8.30 pagi. Van datang ambil kat rumah. Balik rumah masa maghrib 7.30 malam. Tak sempat nak cerita detail, nanti aku update lain




Songkhla Aquarium

Penyu gangnam style!

Pasar terapung Songkhla-Hatyai

Minum air dalam bekas tanah liat. 25 bath, boleh ambik dengan bekas sekali.

Macam-macam corak bekas tanah liat ada, ultraman, angry bird, hello kitty...

Straw ada bunge lagi..


Kalau perahu bergoyang, boleh terbalik kuah dalam sungai hehe...

Wednesday, December 19, 2012

gusar....

Aku ingatkan lepas Wan pergi, bolehla kami bertenang sekejap, tanpa kerisauan seperti yang selalu dialami.
Tapi nampaknya mak pun kurang sihat sekarang ni.
Semalam aku dikejutkan oleh panggilan telefon abang aku, yang memaklumkan yang mak nearly collapse, having difficulty in breathing.
Memang beberapa hari ni mak memang sering mengadu keletihan. Lepas tu dia mengalami keracunan makanan yang membuatkan badannya bertambah lemah.
Ditambah lagi dengan emosi yang kurang stabil kerana sering rindukan perhatian anak-anak, menjadikannya sering tertekan. Awasilah juga kata-kata dengan ibubapa, mereka mudah terguris!

sekarang aku berpakat dengan kakak untuk balik secara berkala. Sebelum ni aku balik dalam 2 bulan sekali. Mungkin lepas ni kena balik sebulan sekali. Sebab mak merasakan anak-anak kurang memberikan perhatian padanya. Lama-lama dirasakan anak-anak itu semakin jauh dan jauh, lama-lama dah jadi macam orang asing sebab jarang berjumpa. Memang susah kalau nak tegur orang yang lebih 'pandai', biarlah mereka dengan kesibukan dan alasan masing-masing, suka hati mung lah!

Ya, teguran untuk aku sekali sebab balik 2 bulan sekali.
Mesti mak akan lebih gembira kalau anak-anak bekerjasama balik secara berkala. Bukannya nak kena duduk kat kampung sebulan pun, apa salahnya kalau gilir-gilir duduk semalam dua seorang....punnn susah sebab ada yang selesa dengan diri masing-masing. Bila banyak sangat alasan, dia akan merasakan yang anak-anak kurang bersungguh-sungguh. Sebenarnya semua kena pakat ambil bahagian, ibarat susah senang ditanggung bersama. Kesian abang aku kat kampung yang melakukan segala-galanya untuk mak. Aku pun tak mampu nak buat sorang-sorang.

Dan, diingatkan juga agar jangan suka mengeluh dan mengadu masalah kita kepada ibubapa, tolonglah!!!
nanti diorang susah hati dan lagi depress...

entry ini ditujuka buat diriku sendiri yang derhaka banyak alasan..
untuk yang buat-buat tak tahu....
untuk yang take easy....
untuk yang take for granted...
untuk yang cakap pandai...
untuk yang banyak alasan...

Tuesday, December 18, 2012

Let's have a date!

 
‎"After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, “I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.”

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie. “What’s wrong, are you well?” she asked.

My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news. “I thought that it would be pleasant to spend some time with you,” I responded. “Just the two of us.” She thought about it for a moment, and then said, “I would like that very much.”

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was as radiant as an angel’s. “I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, “she said, as she got into the car. “They can’t wait to hear about our meeting.”

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. “It was I who used to have to read the menu when you were small,” she said. “Then it’s time that you relax and let me return the favor,” I responded. During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary but catching up on recent events of each other’s life. We talked so much that we missed the movie. As we arrived at her house later, she said, “I’ll go out with you again, but only if you let me invite you.” I agreed.

“How was your dinner date?” asked my wife when I got home. “Very nice. Much more so than I could have imagined,” I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn’t have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined. An attached note said: “I paid this bill in advance. I wasn’t sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates – one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.”

At that moment, I understood the importance of saying in time: “I LOVE YOU” and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till “some other time.”

May Allah (SWT) bless our mothers and fathers, Ameen!

Pak Belalang

My pet? hheheh

Bila tengok belakang kunyit ni, teringat masa kecik-kecik dulu selalu dok tangkap.
Tapi bila besar (dan tua :)  ), aku tak berani nak pegang langsung, rasa geli camna ntah. Aku tak berapa suka (aku tak suka sebenarnya !) serangga berkaki panjang macam belalang, mentadak, labah-labah (tapi labah-labah bukan serangga), katak hijau (dalam bilik air kat kampung tuu), binatang suka merayap macam lipas..eeee boleh terjerit terlolong la kalau kena badan aku. 
Beberapa hari lepas semasa aku dok masak kat dapur, encik habibi masuk dari pintu dapur sambil menunjukkan belalang kunyit ni kat anak-anak. Dia jumpa masa dok berkebun kat belakang. Aku tengok je lah diorang dok main, jangan harap aku nak pegang!

Monday, December 17, 2012

Layann....


Gambar semalam, dekat pukul 12 tengah malam masih belum tidur. Aku pun dok layan cerita Sebuah Piala, Seekor Kambing, jangan kacau aku sudah! ehhe

Biasanya abahnya yang akan 'kerah' masuk tidur awal, tapi semalam si abah dah tertidur. Kalau aku yang suruh diorang masuk tidur, mesti si adik 'menggoda' aku suruh tidur dengannya. Tapi best tidur dengan budak-budak nih, adorable and funny! Si adik okay aje bila bangun pagi, cuma si abang yang akan meragam, sok sek sok sek....

Sejak kebelakangan ni cuaca sejuk dan berangin..
siang-siang berangin, mendung..malam pulak memang sejuk. Aku suka cuaca macam ni, sebab lepas ni akan panas balik.

Saturday, December 15, 2012

Geminids

aku baru lepas mencerap meteor Geminids.
Geminids adalah tahi bintang yang keluar dari buruj Gemini dan menyebar ke seluruh kawasan langit, boleh tengok pada mana-mana bahagian langit. Kemuncaknya adalah 13 dan 14 haribulan yang lepas, tapi malam ni dan malam esok masih ada, cuma tak sebanyak malam kemuncak.
Aku mencerap dengan mata kasar aje, takda telescope, dalam 30-40 minit dapat tengok 5 meteors!!!
subhanallah...
amazing, aku suka tengok bintang dan meteor!
korang masih boleh tengok tau,
nak selesa kena baring dan ada bantal. Aku letak tikar atas rumput, bawa bantal sekali, ajak habibi sekali ehhehe...romantik gitu wehh!!!
cuaca sejuk dan ada nyamuk..
cukupla 5..
esok pula insyaAllah...

Saturday night fever....

ehhehhe...
takda kena mengena dengan tajuk.
hari ni dinner lewat atas masalah teknikal, lambat masak nasi ehhehhe....
sekarang dah pukul 11 malam tapi masih kenyang.
budak-budak dah dipaksa tidur setelah main tak ingat dunia, kalau main senyap-senyap takpela, ni banyak bunyi bercakaran dan berbaik semula. Si adik kacau abang, dan abang kacau adik.. 2 kali 5 !
Bila masuk kurung dalam bilik, masih kedengaran ketawa mengekek-ngekek...
abahnya masuk dan..piapp!!! piapp!!!
kena sorang satu heee.....
teringat ketika aku kecik-kecik dulu dengan abang aku, kami gap 2 tahun aje, macam anak-anak aku 2 orang tu. Sebab tu aku jarang nak marah sebab aku seronok tengok gelagat diorang, sebijik macam aku dulu!

Tadi masa dinner, kami tengok rancangan public lecture by Dr Zakir Naik.
Terbeliak biji mata aku dan habibi tengok, berhenti makan dulu ehhehe...
kami memang jarang miss tengok, setiap Sabtu 9.30 malam-10.30 malam TV Alhijrah. Sebenarnya aku dah selalu tengok ceramah dia kat YouTube, tapi bila tengok dengan habibi lagi best ehehhe....
kagum sungguh aku dengar dia menjawab segala macam soalan, mahupun serangan oleh audience.
Kagum sungguh bila dia ingat satu per satu ayat-ayat Al-Quran dan semua kitab agama lain secara terperinci. Sebut saja surah/chapter dan nombornya, dia dah tau, waduhhh memang hebat sungguh, tengok aje kat YouTube, aku minat sungguh!
oklah, nanti korang jangan lupa tengok ye,
good night!

Thursday, December 13, 2012

Salam Jumaat, 1.2.34 Hijrah

Hai apa khabar?
setiap hari bila buka blog, aku perhatikan ramai sungguh yang masuk baca pasal Collagen. Mesti diorang dok consume collagen sekarang ni ehhehe.....
aku pulak kadang-kadang ada hari yang aku ponteng makan heee....

ermm...
dalam hp aku ada banyak gambar yang aku belum upload..
these are some of them...
these photos bring the memory back to me...
the memory with my lovely father....


 Tangga pasar Siti Khadijah.... berpuluh-puluh tahun kita panjat tangga ni bersama, Wan...



 Bangunan yang mengandungi deretan warong....... we ate here occasionally Wan....



 This memorable chair..... Wan beli sendiri kerusi ni kira-kira sebulan sebelum Wan pergi, aku mandikannya semasa sakit di atas kerusi ini...


Masa aku darjah 1, Wan menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Wan mengayuh basikal sejauh 5 kilometer untuk ke sekolahku. Kami lalui traffic light ini.


 Semasa aku dalam pantang anak ke 2, aku bawa baby yang masih merah ke bazar ramadhan di tepi bangunan ini (Pasar Kubang Kerian), tak tahan weh hahaa... Wan ikut sekali, kami belikannya roti di kedai roti Perling ini...


Jam yang Wan gunakan. Ia masih berkunci pada pukul 5 pagi, waktu Wan biasa bangun...

Aku sempat melawat Wan pada raya haji yang lalu..


I miss you Wan, I'm getting better know..
dah bulan Disember..
dah setahun setengah tak jumpa Wan...
tapi sekali sekala aku tengok video Wan dalam hp dan lappy...
al-fatihah...

Wednesday, December 12, 2012

Dreams...dreams....

hai....
aku jarang update panjang-panjang sejak kebelakangan ini,
bukannya aku terlalu sibuk, tapi sedikit kemalasan melanda...

cuma nak bercerita tentang mimpi yang aku alami sehari dua ni.
Dua hari lepas, aku mimpi jumpa Wan kat rumah. I feel happy to see him happy!
Malam kelmarin, habibi mimpi jumpa Wan. Itu adalah kali pertama dia mimpikan Wan.
Dalam mimpinya, Wan kelihatannya gembira walaupun wajahnya nampak tua.

Dan aku pula..
kelmarin aku mimpi aku pergi menunakan haji di Mekkah cuma tak nampak kaa'bah, tapi dalam mimpi tu aku siap naik flight pegi sana hehehe...
dalam mimpi tu, aku diberitahu bahawa kita sebagai manusia haruslah ikhlas sepenuh hati kepada Allah, masa tu aku mimpi ada seorang lelaki sedang menunaikan haji. Aku tak dapat ingat exactly what had happened, tapi pelajaran yang aku dapat dalam mimpi tersebut adalah kita kena betul-betul ikhlas kepada Allah!

Dan mimpi semalam pulak, aku bermimpi tentang kebesaran Allah iaitu dengan melihat planet-planet yang beredar di angkasalepas, kelihatan bulan dan bumi, bulan mengelilingi bumi, bumi juga berputar. Dalam mimpi itu, aku berpesan (kepada sapa ntah takleh nak ingat), Allah yang jadikan semua planet ini, dan apakah akan jadi kalau Allah arahkan agar bulan berhenti berputar, dan bumi berhenti berpusing? Dalam mimpi semalam aku berasa takut kalau ia terjadi. Betapa semuanya berada dalam genggaman-Nya.

Aku bersyukur kerana bermimpi perkara yang baik-baik dan menginsafkan.
Apa yang aku tau, mimpi yang baik itu daripada Allah, mimpi yang buruk daripada syaitan, dan kadangkala apa yang kita fikirkan boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dan setiap malam juga aku selalu mencari-cari bintang di langit.

I love You Allah...
please protect my father..
please protect my children and my family from the hellfire..
amin..

Tuesday, December 11, 2012

Readings...

To know more about Palestine-Israel conflict, check this out

www.palestineremembered.com and ifamericansknew.org

Wednesday, December 5, 2012

Finally after a year, fireworks at Hong Kong Disneyland 2011 video!



I made a stupid mistake, sebab tu lah tak dapat upload video persembahan bunga api di atas perkarangan HK Disneyland Sleeping Beauty Castle...dan tiba-tiba aku tergerak hati nak figure it out ( see, how lazy I am!) , what a stupid mistake, formatting matters.
And now, happy watching, abaikan suara latar dan gelak tawa itu hehehhe.....

Yang mana satukah Masjidil Aqsa?


Liked · 10 hours ago

Important to Know..Share
Many People has a problem because of media, as they don't know what is #Al-Aqsa mosque >>> Must read and teach it to your sons and daughters.

#Al-Aqsa Mosque, the Blessed: It must be emphasized that the whole area enclosed by the wall, including both The dome of the Rock and The Qibly prayer hall.

Al-Aqsa mosque is the name for the whole area enclosed by the wall in southeast Old Jerusalem. It houses nearly 200 archaeological buildings, foremost among which are the Dome of the Rock (with the golden dome) at its heart, and Al-Qibly Prayer Hall (with the lead dome) at its southernmost part, nearer to the Qiblah at Mecca, Saudi Arabia. Other buildings include minor prayer halls, domes, mihrabs (=chambers for prayer), schools, corridors, mastabas (=slightly raised grounds constructed for several uses including education), fountains, trees, minbars (=pulpits), gates, wells, libraries, among other buildings, in addition to the open yards enclosed by the wall.

Al-Aqsa Mosque is a semi rectangle of 144 donums (=144,000 square meters); that is about 1/6 of the walled old city of Jerusalem. Its western wall is 491 meters long, its eastern wall is 462m, its northern wall is 310m, and its southern wall is 281m.
*****
ohh.. baru aku, keseluruhan kawasan dalam petak kuning itu adalah Masjidil Aqsa, semoga Masjidil Aqsa akan kembali ke tangan orang-orang Islam suatu hari nanti seperti mana yang Allah janjikan dalam surah Al-Isra' ayat 4-7.

What's new this month?

Wahhh...
dah lama tak buat product review.
kali ni ada produk baru aku nak cerita, iaitu Bio Essence Starter Kit dan manjakani Serapat.
Sebenarnya dulu aku penah pakai Tanaka White Bio Essence Day Cream. Rasanya best, moisturized my skin. Tapi, harganya yang mahal membuatkan aku tak berdaya nak beli lagi heheh, around RM40++.

Lepas tu, semalam aku dok cari moisturizer kat Watsons. Ingat nak bedal aje any brands yang aku jumpa. Tapi tengok kat deretan product Bio Essence, ada less untuk starter kit ni. Dengan harga RM20 saja aku boleh dapat 6 jenis produk iaitu krim siang, krim malam, toner, face mask sekeping dan White & Firm Double Action Essence. Hahhaa ok la tu boleh try semua kot-kot la best, nanti boleh beli lagi starter kit Bio Essence. Harga biasa kit ni adalah RM29.90.

Dan, produk seterusnya adalah Manjakani Serapat. Ehemm... dulu aku pernah bagi testimoni pasal Perapat extra, aku kata kawan aku suggest. Sebenarnya dulu kawan aku bukan suggest Perapat, tapi Serapat, adoii dah nama dekat-dekat. Aku telan Serapat ni dah beberapa minggu dan aku rasa kesan dia lagi bagus berbanding Perapat yang agak perlahan kesannya dan less significant. Harganya kat kedai jamu tu RM9 untuk 70 biji. Aturannya adalah makan 3 biji 3 kali sehari.

Selamat mencuba :)

Monday, December 3, 2012

How to get healthy skin?

Beberapa hari yang lepas, aku ada menonton rancangan Dr. Oz, berkenaan dengan kesihatan kulit.
Bila ditengok pada keadaan kulit aku, memang ketara keadaan kulit yang dah semakin berkedut sob..sob...
boleh perhatikan di muka, tangan, kaki dan semuanya, memang berbeza.
Dr. Oz kata, ada 4 langkah untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan muda.

1) Pakai pelembab pada kulit. Dalam rancangan tu, Dr. Oz menyapu sejenis minyak, atau mungkin pati pelembab pada muka seorang wanita. Pada pendapat aku, kita boleh gunakan minyak bayi, minyak zaitun mahupun lotion yang pelbagai. Sebenarnya pelembab ini sesuai dipakai sejurus selepas mandi. Kalau baby oil tu, bila kita pakai di seluruh badan sejurus selepas mandi, ianya lebih cepat meresap ke dalam kulit.

2) Makan buah-buahan seperti tembikai, tomato, oren, betik dan buah-buahan berwarna merah yang mengandungi lykopene (antioksida).

"Lycopene is not merely a pigment. It is a powerful antioxidant that has been shown to neutralize free radicals, especially those derived from oxygen, thereby conferring protection against prostate cancer, breast cancer, atherosclerosis, and associated coronary artery disease. It reduces LDL (low-density lipoprotein) oxidation and helps reduce cholesterol levels in the blood. In addition, preliminary research suggests lycopene may reduce the risk of macular degenerative disease, serum lipid oxidation, and cancers of the lung, bladder, cervix, and skin."

3) Pakai sunblock! Sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Aku tak selesa keluar rumah tanpa sunblock. Kalau tak pakai, kulit muka ketara belang-belang. Untuk muka, aku pakai sunblock Neutrogena, untuk badan aku pakai Banana Boat.

4) Bertukar daripada mandian berbentuk sabun, kepada mandian jenis krim. Sabun membuatkan kulit kita jadi lebih kering, tapi krim akan kekal melembabkan kulit. Dulu aku tak suka gunakan mandian jenis krim sebab aku rasa macam tak tanggal daki kotoran. Sebenarnya bila guna krim, kita kena sental badan gunakan span, baru bersih.

Ok lepas ni kena beri perhatian yang lebih pada kesihatan kulit, barulah kulit tak tua berkedut sebelum waktu. Ni tak masuk part tumit kaki pecah... ohhh.... where's my Ellgy...

Sunday, December 2, 2012

Layann....

 I lovee reading, just like mama!

 Jalan-jalan rumah sahabat...

 Nak makan aiskrim, kena makan kat luar

 Tunggu nak naik stage, jadi Qari jemputan

 Katanya, nama bunga ni bunga kembang pukul 10

Yayyy dah jadi green carpet!