Aku ingatkan lepas Wan pergi, bolehla kami bertenang sekejap, tanpa kerisauan seperti yang selalu dialami.
Tapi nampaknya mak pun kurang sihat sekarang ni.
Semalam aku dikejutkan oleh panggilan telefon abang aku, yang memaklumkan yang mak nearly collapse, having difficulty in breathing.
Memang beberapa hari ni mak memang sering mengadu keletihan. Lepas tu dia mengalami keracunan makanan yang membuatkan badannya bertambah lemah.
Ditambah lagi dengan emosi yang kurang stabil kerana sering rindukan perhatian anak-anak, menjadikannya sering tertekan. Awasilah juga kata-kata dengan ibubapa, mereka mudah terguris!
sekarang aku berpakat dengan kakak untuk balik secara berkala. Sebelum ni aku balik dalam 2 bulan sekali. Mungkin lepas ni kena balik sebulan sekali. Sebab mak merasakan anak-anak kurang memberikan perhatian padanya. Lama-lama dirasakan anak-anak itu semakin jauh dan jauh, lama-lama dah jadi macam orang asing sebab jarang berjumpa. Memang susah kalau nak tegur orang yang lebih 'pandai', biarlah mereka
dengan kesibukan dan alasan masing-masing, suka hati mung lah!
Ya, teguran untuk aku sekali sebab balik 2 bulan sekali.
Mesti mak akan lebih gembira kalau anak-anak bekerjasama balik secara berkala. Bukannya nak kena duduk kat kampung sebulan pun, apa salahnya kalau gilir-gilir duduk semalam dua seorang....punnn susah sebab ada yang selesa dengan diri masing-masing. Bila banyak sangat alasan, dia akan merasakan yang anak-anak kurang bersungguh-sungguh. Sebenarnya semua kena pakat ambil bahagian, ibarat susah senang ditanggung bersama. Kesian abang aku kat kampung yang melakukan segala-galanya untuk mak. Aku pun tak mampu nak buat sorang-sorang.
Dan, diingatkan juga agar jangan suka mengeluh dan mengadu masalah kita kepada ibubapa, tolonglah!!!
nanti diorang susah hati dan lagi depress...
entry ini ditujuka buat diriku sendiri yang derhaka banyak alasan..
untuk yang buat-buat tak tahu....
untuk yang take easy....
untuk yang take for granted...
untuk yang cakap pandai...
untuk yang banyak alasan...
No comments:
Post a Comment