Friday, March 8, 2013

Cara menanam rumput

 (gambar 2013)

 (gambar terkini April 2014)



Hehehe macam dok bersantai tepi pantai pulak...
ramai yang tanya pasal rumput karpet kat laman rumah aku ni.
Diorang tanya bagaimana menanamnya sebab nampak subur dan sekata.

Walaupun bukan aku yang tanam, tapi aku tolong sikit-sikit masa habibi buat kerja penanaman rumput nih. Ada 3 jenis rumput yang ditanam di sekitar rumah aku iaitu cowgrass, mutiara grass dan japanese grass.
Yang paling lawa adalah rumput karpet jenis japanese grass. Rumput jenis cowgrass pulak bila cuaca kemarau, ia akan jadi sangat kering dan kuning, bila hujan turun ia akan kembali seperti asal. Rumput mutiara dan rumput karpet ni maintain hijau asalkan siram setiap hari.

Pada asalnya, jiran kepada kawan habibi memberi satu petak rumput karpet tu. Jiran kawan habibi kata, untuk memenuhi laman rumahnya, 12 tahun masa diambil!! Adoi masa tu rasa macam putus asa, takkan nak tunggu 12 tahun kot!! Lalu habibi study kat forum-forum di Internet. Lalu dia pun memulakan misinya dengan menggunakan 1 petak rumput karpet yang diberi ( tu pun tak habis!).

Kata habibi melalui case study nya hehe, bagi yang berkerjaya dan mempunyai masa yang terhad, adalah lebih baik untuk membahagikan kawasan laman kepada beberapa bahagian kecil. Mulakan penanaman bahagian demi bahagian. Jangan tamak terus nak tanam di keseluruh laman rumah. Kenapa? ini adalah kerana rumput yang baru ditanam ni memerlukan penjagaan yang teliti sebab ianya manja sikit. Nak kena siram selalu (masa awal-awal tu) dan rumput rampai harus dibuang setiap hari. Bayangkan kalau setiap hari nak kena buang rumput rampai tu di sekeliling rumah, memang tak larat weh lepas balik dari kerja. Jadi mulakan bahagian demi bahagian tapi konsisten. Kalau main tanam dan biarrr aje, memang rumput tu akan bercampur rumput liar dan tak lawa. Akhir sekali kita akan putus asa dan laman jadi terbiar, dan projek rumput pun tak jalan.


Habibi sedang menceraikan rumput-rumput (tapi nampak macam dok pegang batang besi hehehe)

 Bahagian sebelah kanan tu di tanam bulan sebelumnya. Masa gambar ni diambil, habibi tengah mengusahakan petak kedua.

Masa tanam rumput tu, JANGAN tanam patch demi patch, atau sekeping sekeping. Memang nampak senang, tepek aje sekeping demi sekeping sampai penuh laman. Akibatnya, rumput tak berapa nak membiak dan statik sebab dalam patch dia tu ianya dah sedia tepu. Jadi, habibi telah menanam setiap pokok kecil rumput tu, satu per satu! Sepokok kecil rumput tu terdiri daripada beberapa helaian rumput yang diceraikan dengan gunting. Ianya memerlukan kerajinan dan ketekunan yang konsisten. Kebanyakan kawan-kawan habibi yang datang menjenguk semasa proses penanaman dilakukan, biasanya akan menggeleng-gelengkan kepala ehhehehe, sebab tak sanggup nak buat macam tu. Tapi aku salute pada habibi yang extra rajin macam gaban. Balik kerja penat-penat terus tanam rumput, tak sempat say hai kat aku ni hehe. Habibi mula tanam pada 1 Ramadhan yang lalu, dan tak sampai setahun, laman dah penuh dengan rumput yang cantik.
Selain itu, habibi juga menggunakan baja padi yang ditabur pada permukaan rumput.
Bila panjang sikit, dia akan gunting dengan penggunting pokok tu. GUNTING ye, bukan MESIN hehehhe. Ada kawannya pesan, gunting lagi lawa. Ini pun kalau orang tengok, diorang akan geleng-geleng kepala kikikiii....
Apa yang penting, korang yang nak try cara ni kena rajin to the maximum lah dan konsisten rajin. Ianya leceh masa nak tanam tapi tumbuh cepat dan cantik. Bila dah tumbuh sempurna, rumput liar pun tumbuh jarang-jarang, tak payah la teruk-teruk nak buang macam dulu. Dan, di sinilah tempat aku melakukan star gazing hehehhe....

selamat mencuba...

Ps : Untuk mengelakkan lekuk-lekuk tanah yang tidak sekata pada permukaan tanah berumput, tabur pasir di lekukan tersebut. Jangan risau, rumput di bawah pasir akan naik semula kemudian hari, dan tanah akan rata lalu rumput nampak sekata dan cantik macam padang golf. Tabur pasir tu agak-agakla bagi menutupi lekukan, kalau banyak sangat jadi timbunan pulak.

Update : Bila tabur baja padi pada rumput, rumput akan menjadi sedikit kekuningan, dan ia akan hilang tidak lama selepas itu. Baja padi tu dibancuh dengan air dan siram. Habibi cuma gunakan botol air mineral yang ditebuk lubang-lubang kecil. Be creative okay heheh! Sekarang tak sempat nak gunting dah, kami nak kena gunakan mesin rumput pulak. Tapi ia tumbuh subur sebab sesekali disiram air baja.


6 comments:

  1. Rajin tanam rumput sendiri. Tak mudah tapi memang boleh .
    Http:// www.sprinklerhouz.com

    ReplyDelete
  2. sedang berkira2 nak cuba tanam rmput sendiri, tq for sharing
    http://idanas.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome norlida, kena teknik yang betul je sebenarnya, good luck!

      Delete
  3. sis, cne nak letak baja pada rumput japanese eh? bape sukatannya dgn air?

    ReplyDelete