Thursday, June 9, 2011

weekend kembalii.................

Esok weekend yayyy!!! Cepatnya masa berlalu, rasanya baru last week aku balik kampung. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun..sekejappppp aje. Dalam pada tu aku belum mula pun lagi master project aku hehehe...mentang-mentang banyak masa, lagi la aku membuang masa aiseyy.....

Dah lama tak shooting dapatkan gambar yang cantik-cantik.. daddy pulak tak sempat nak belajar guna D90 tu. Nak kena beli lense untuk tangkap gambar panorama pulak kot...but not now..tengah plan nak beli bulan 11 ni..

Sebenarnya we are planning to go for a vacation this November. Tahun lepas dah pegi Sabah. Aku menabung awal-awal lagi untuk ke sana. Kali ni setahun jugakla menabung untuk pegi jalan to our next destination. Tempatnya nanti dekat-dekat nak pegi aku bagitau, tapi jauh lagi dari Sabah. Sebab tu tahun ni tercungap-cungap jugak aku saving, di samping saving untuk bayar yuran pengajian. Tu pun kira ok sebab yuran tu telah di support oleh hubby dah separuh. Kat destinasi kami november ni, target nak beli gadget-gadget electronic seperti lenses atau iPad clone hehee....

Dalam pada tu, abang aku ada ajak jalan ke Indonesia next time. Yang tu kena bincang kemudian, biar settle satu per satu. Yang penting kena ada tabung untuk vacation. Aku sanggup berhabis untuk vacation...bab-bab dressing aku tak pandai, begitu juga make-up, aku tak reti sangat selain skin care je. Di kala orang lain sibuk mendapatkan pelbagai jenis kain tudung, serta fesyen baju yang bermacam jenis dan aneh (bagi aku laa), aku rasa kalau aku pakai, rasa buruk dan hodoh sekali...bagi aku, lebih baik aku guna duit untuk berjalan-jalan dan makan-makan. Maklumlah aku ni kuat makan. Kalau berjalan-jalan tu mesti nak makan. Nak makan tak susah pun, kat pasar malam pun boleh...tak payah nak makan tempat mahal-mahal pun, sebab tekak aku pun jenis tradisional hehehee....

Dan aku jugak tak paham bagi orang yang bergaji kecil tapi sanggup berhabis duit beli kereta mahal yang sebenarnya di luar kemampuan diorang sebenarnya. Tengok kereta mahal boleh kenyang ke? isk isk...tapi tu hak masing-masing..cuma aku lebih suka MAKAN dan JALAN-JALAN cari makan....maklumlah, dulu anak-anak aku masih kecil, sekarang ni dah boleh jalan, berlari, seronok la nak jalan..cuma tak larat nak kejar, takut hilang. Aku dah suggest kan hubby, november ni, nak guna tali untuk ikat budak ni kat pinggang aku dan hubby. Takut hilang, bukan apa...aku tengok ada je orang buat macam tu...tapi encik hubby nampak macam tak setuju...takpe kita tengok dulu camna...

2 minggu ni memang banyak masa terluang sebab budak-budak cuti...next week budak-budak kolej ni datang balik....yang pasti aku tak payah pegi kelas kat Sintok dah yesss!!!!

Esok aku nak kemas rumah bagi clear....bukan setakat tongkang pecah dah ni..tapi karam terus....kain baju tak terlipat nak mencecah siling dah tu...aduhh...sakit mata aku...

ok adios amigoss....

Skincare..usia? Hanya pada angka heheee...

Sebelum ni aku tak betul-betul jaga kulit muka..jadi sejak dua menjak ni rasa insaf pulak, lagi-lagi bila umur semakin bertambah. Dahla kat Perlis ni cuaca panas bahang, muka senang nak jadi gelap kalau kena panas matahari. Aku pakai ni selama beberapa bulan ni :

1) Facial wash Safi Rania Gold
2)Toner Safi Balqis - baru aku tau, penting rupanya pakai toner, rasa bersih je
3) Serum - aku try Safi Rania Gold-Bestttt!!!!
4) Eye cream-Nivea Aqua Sensation
5) Night Cream Bio- Essence Tanaka White
6) Loreal UVA/UVB Protector SPF 50- pakai last sekali selepas yg di atas

Lepas tu pakai bedak etc. macam biasa la..

Hasilnya memang PUAS HATI hehee...when people around me said that my face becomes fairer..besttt!!!!! Usia? Hanya pada angka..hehee..betul kata orang, kena rajin dan motivated..kalau hangat-hangat tahi ayam mana nak berkesan..kalau boleh nak ubah persepsi..makin tua makin lawa..boleh? (bolehhh!!!!)

Kari ikan...


Tonight we had kari ikan for dinner.....simple tapi puas hati...

Wednesday, June 8, 2011

Loreal UV protector ....


I am using this.....dalam pada kita dok tepek macam-macam, tapi lupa pakai sun block...this product is nice for me...kalau beli kat Watson dalam RM20++, kalau kat supermarket mahal sikit...aku ada terbaca, matahari adalah faktor utama penuaan kulit..so kita kena guna sunblock..krim biasa tak memadai.....selamat menepek-nepek...

Tuesday, June 7, 2011

Dr. Zakir miraculous memory!!!

Memory Dr. Zakir memang hebat MasyaAllah!! Berikut adalah petikan video perdebatan bertajuk "The Quran and the Bible In The Light Of Science" dengan Dr William Campbel.. Dr. Zakir Naik sememangnya pemenang!! Lihat saja betapa fasih dan lancarnya beliau berdebat..dan bagaimana gugupnya pihak lawan. Untuk menonton video selanjutnya, sila ke

http://www.youtube.com/watch?v=_xtIyoqqsMA&feature=fvsr





Christian accepts Islam after challenging Dr. Zakir Naik at an Islamic Conference!

Dr. Zakir Naik memang hebat, Allah mengurniakan kepadanya kefasihan dalam melebarkan agama Allah melalui perdebatan dengan orang bukan Islam. Tanyalah apa saja, Dr. Zakir akan menjawabnya dengan genius berdasarkan Al-Quran dan hadith. Beliau juga mengingati setiap bab dan ayat dalam semua kitab agama Kristian. Beliau memang dikenali kerana kebolehannya mengingati kesemua isi kandungan kitab Al-Quran dan kitab-kitab agama lain. Dalam video ini, seorang penganut Kristian telah memeluk Islam setelah mendengar hujah Dr. Zakir tentang Keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW serta Nabi ISA AS. Dr. Zakir merupakan anak didik kepada Allahyarham Shaikh Ahmad Deedat, ulama tersohor kelahiran India.


Cucu saudara yang keempat...



Alhamdulillah..ahad lepas, 5 Jun 2011, aku mendapat seorang lagi cucu saudara, Maryam Alice namanya. Cucu saudara yang ke 4. Maryam merupakan cucu sulung kakak aku yang kedua. Maryam ni campuran Melayu+ Cina sebelah ibunya, dan Melayu + Scottish sebelah bapanya. Ada tokwan Cina dan mat salleh la ni. Tahniah buat kakak aku...selamat berjaga malam ye :)