Saturday, July 9, 2011

Selamat tinggal sayang part 2...


Kulihat tubuh Wan terbaring kaku di atas katil. Berselimut dengan kain batik lepas dan muka ditutup dengan kain tudung putih. Baru 2 minggu lepas kulihat Wan duduk di katil tersebut sambil terbatuk-batuk, tersiksa tidak dapat bernafas dengan baik. Di katil itu jugalah Wan tidur buat kali terakhir di rumah pada hari Sabtu malam Ahad, 25 Jun lepas. Aku hairan mengapa Wan tidak mahu tidur di biliknya yang telah kubasuh katil dan lantainya. Siap kupasang kelambu baru serta kain cadar serta sarung bantal baru pada Jumaat sebelumnya. Wan sempat tidur satu malam saja, kata Wan, sakit belakang kerana kubuang tilam tebal di bawahnya. Setelah kuganti dengan tilam lain pada hari Sabtu, Wan tidur di luar pula di katil kecil. Barangkali Wan mahu tidur bersamaku di luar kerana aku akan pulang ke Perlis malam esoknya seperti yang dirancang, yang mana akhirnya tiket tersebut burnt kerana Wan masuk wad.

Kami adik beradik bergilir-gilir membaca surah Yasin di sisi Wan. Aku yang belum makan sejak dari pagi tidak menghiraukan bunyi perutku yang meminta nasi. Terasa pahit je mulut ni. Seorang abangku dari KL baru sampai pada sebelah malamnya, hanya mampu menatap wajah Wan yang sudah tidak bernyawa. Aku hanya tidur-tidur ayam kira-kira 2 jam antara pukul 3 hingga 5 pagi di sisi katil Wan. Abangku yang baru balik dari KL tidak tidur, dia terus menerus membacakan Al-Quran di sisi Wan. Apabila aku bangun, aku sambung membaca surah Yasin, nampaknya aku dah hilang suara. Aku hanya mampu berbisik saja. Setiap kali selepas selesai membaca surah Yasin, kami adik beradik akan mencium pipi dan dahi wan, ku usap pipi Wan. Terasa sejuk je pipi Wan. Lalu kusambung bacaan, dan begitulah seterusnya aku akan mencium pipi dan dahi Wan sampailah masa untuk dimandikan kira-kira pukul 10.30 pagi.


Saat dimandikan, aku lihat badan Wan sungguh putih dan bersih, padahal Wan kulitnya gelap. Mulut Wan juga tertutup. Sejak semalam lagi mulut Wan tertutup, padahal kain yang mengikat kepala dan mulutnya adalah longgar. Kulihat 2 orang yang memandikan Wan, disamping anak-anak yang bertindak sebagai assistant. Kulihat pakcik itu menggosok-gosokkan badan Wan. Dari atas sampai ke kaki. Kulihat pakcik itu menggosok-gosokkan kaki Wan.

****************

"Gosok kat dada.."..kata Wan ketika aku memandikannya pada tengahari Khamis, 23 Jun Aku seronok memandikan Wan. Kata mak, Wan tak mau mandi. Belum siap mandi dengan abang, dia dah nak lari keluar. Tapi Wan nak mandi setelah aku pujuk. Aku berus badan Wan dengan berus sabut yang lembut. Masih aku ingat bau sabun Lifebuoy kaler merah sampai ke hari ini. Ku gosok badan Wan, tangan sampai ke kaki. Ku sental kaki Wan. Setelah itu aku syampu kepala Wan dan ku garu-garu kepalanya. Kemudian kubilas dengan air suam. "Allahh...sedapnya mandii...." kata Wan. Aku hanya tersenyum. "Esok....wan nak...M mandikah Wan pulak (mandikan lagi)..." kata Wan. "Nak mandi 2 kali sehari pun boleh.." kataku pula. Setelah selesai mandi, aku lap badan Wan, dia boleh berdiri, cuma kena pimpin. Wan duduk di kerusi panjang di tepi katil kecilnya. Aku lapkan lagi lalu kupakaikan minyak rambut lalu kusikat rambut Wan yang memutih. Kemudian aku pakaikan Wan bedak. "Macam mandikan Faizzuddin je hehehe..." kataku lalu aku tergelak kecil. Selepas itu aku pakaikan Wan pampers dan dia duduk dengan selesa. Aku puas hati dapat mandikan Wan dengan bersih. Jumaat dan Sabtu aku mandikan Wan lagi.

******************

Setelah itu Wan dikafankan. Aku tak sempat lihat proses itu kerana aku kat dapur menyuap nasi budak-budak. Ketika aku naik, pakcik yang mengkafankan Wan meminta anak cucu mencium jenazah buat kali terakhir. Satu per satu anak cucu serta menantu mencium dahi Wan. Sampai giliran aku, kutatap wajah Wan, ku usap pipi dan dahi Wan. Ini adalah kali terakhir dapat kutatap wajah ayah yang amat kusayangi, yang telah membesarkan kami selama ini, yang bekerja keras siang malam mencari rezeki untuk mengisi perut 9 orang anak-anaknya, yang bangun menoreh getah pada pukul 4,5 pagi, yang memerah keringat dan kudrat empat keratnya mencari sesuap nasi untuk anak-anak,hanya Allah saja yang tahu bagaimana susahnya Wan membesarkan kami semua ketika orang lain memandang serong lantaran anak-anak Wan yang ramai dan hidup susah. Kucium kedua-dua pipi Wan, lalu kucium dahi Wan yang berbau kapur barus. Muka Wan tenang sekali. Aku redha Wan pergi. Aku tidak menangis, setelah itu aku bangun dan menatap wajah Wan sambil berdiri. Ku suruh kedua-dua anakku mencium pipi Wan. Setelah selesai...maka wajah wan ditutup dengan kapas dan kain. Tinggallah kenangan wajah Wan yang tersemat di memoriku sampai mati.

to be continued...

Thursday, July 7, 2011

Wan dalam kenangan....sungguh...aku redha.....

Kawan baiknya...sejak aku kecil memang Pak Hussin selalu ke rumah, memang akrab. Ketika kami tiba, dia sedang membaca yasin di pintu belakang rumahnya yang menghadap pagar kubur...di mana kawan baiknya disemadikan...a few steps away tapi Pak Husin kena strok dia tak boleh berjalan

Pak Husin menangis apabila kami memohon maaf bagi pihak wan..katanya, wan tak ada apa-apa salah dengan dia pun....dia memang selalu maafkan..

Tiada lagi Wan yang akan menyambut kepulanganku di kerusi ini....

Bila mau kembali ke Perlis, Wan akan duduk di sini..

Selipar Wan..

On his last day at CCU..tangan sembab...

Dalam perjalanan balik ke KB pada 3 Julai....dalam hati Allah saja yang tahu...

Aku belum puas menyuapkan makanan untuk Wan..

Di wad bendahara....

Masa ni masih ok, Februari lepas..

With my children...kita kena ajar anak-anak menyayangi atuk dan nenek..

This look.....

Meh sayang tokwe sikit....

Coretan dalam blog ini adalah untuk kenang-kenangan...aku redha dengan pemergian Wan..sungguh...aku redha......aku tahu Wan sedang beristirehat dengan gembira di sana...mudah-mudahan...amin....

Selamat tinggal sayang......

3 Julai 2011

Aku menerima mesej dari abang R pada 3.09 ptg dan 4.37 ptg

"Sembab dari jari-jari dan lengan kanan, sembab tu petanda yang kurang baik untuk orang yang sakit lama."

"Kali ni lain sikit gayanya, kena standbye dan bersedia dengan sebarang kemungkinan."

Kemudian sms dari abang I pada pukul 7.10ptg

"Standby la Wan nampak sangat uzur. Badan jadi sembab air..kakmah kata nampak makin teruk.."

Sigh......saat yang sungguh mendebarkan. Tidak keruan aku dibuatnya. Lantas packing baju siap-siap dan bersedia untuk balik kampung.

sms dari abang I pada pukul 7.48 mlm apabila aku kata mau pulang,

"nanti dulu...tunggu malam sikit" Memandangkan aku tinggal jauh, mereka di KB tidak mau aku jadi tergesa-gesa..takut bahaya pula drive dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas tu aku dan hubby bawa anak-anak keluar makan. Rasa payah betul nak telan makan malam kali ni. hatiku tidak keruan. Pada sebelah malam, aku bacakan surah Yasin untuk Wan.

Tiba-tiba....

sms abang I pada pukul 10.10 malam

"balikla...wan sakit dada kuat..."

Ya Allah...nak nangis rasanya....dengan tangan menggigil aku mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta....angkut budak-budak sekali. Lepas tu terus kami memecut pulang. Dalam hati tidak berhenti berdoa....kakak H di temerloh sedang bersiap-sedia pulang, begitu juga kakak N di Kelang.

Hampir 2 jam perjalanan.....tiba-tiba abang A telefon pada pukul 11.54 mlm.

"M, wan dah ok dah..tadi rupanya paras gula dalam badan terlalu rendah iaitu 3. Dada dah tak sakit dah. Lepas minum milo terus ok boleh duduk atas katil. Nah cakap ngan Wan..

"Hello M, Wan dah tak apa-apa dah, tak payah balikla...tak mengapa..." kata Wan di hujung talian. Bunyi nyaring saja suaranya.

"Wan sakit dada lagi ke?" tanya ku..
"Tak apa...wan dan tak apa-apa..." lalu ayah aku terbatuk-batuk...lalu handphone diambil oleh abang A.

"Hello....takpe kot....tak payah balik lagi la...kita tengok dulu...nampak ok dah...." kata abang A pula.

Aku mencuit hubby yang sedang memandu dan dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Dah kat Sg Petani. Memandangkan kedengaran suara Wan yang nyaring di dalam telefon, aku menyangkakan Wan ok. Kakak-kakak aku yang baru bertolak pun patah balik. Sebab dah tengah malam, kami kembali ke rumah. Risau juga nak melalui jalan Grik tengah-tengah malam macam tu. Kami sampai di rumah dekat pukul 2 pagi dan terus tidur.

Tiba-tiba...

Pada pukul 4.08 pagi, 4 Julai

...telefonku berbunyi..

"M...balik, Wan lelah....".....kata abang A...ohhhh nooooo this is realll!!!!!!

Setelah berbincang dengan kakak, kami sepakat tunggu lepas Subuh, sebab nak jalan direct....apa-apa pun kami tawakkal saja. Pada pagi itu, azan Subuh berkumandang dengan sayunya.....sungguh menusuk ke dalam kalbu...entah mengapa aku merasa sayu yang amat. Selepas solat subuh, sekali lagi beg yang dikeluarkan daripada kereta di sumbat kembali.

Kami memecut menuju ke Kota Bharu. Sesekali air mata bergenang. Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar dikuatkan semangat dan dipermudahkan jalan untuk Wan..itu saja.

sms kakak H pada 6.44pg

"Tak payah rush..kita drive rilek-rilek je".....risau kalau drive laju, takut takleh nak fokus.

Hatiku berdebar-debar. Hanya mampu berdoa dalam hati. Wajah Wan terbayang di hadapan mata ketika kali terakhir aku jumpa Wan Rabu lalu, 29 Jun 2011. Selepas memeluk dan mencium Wan, Wan mau menangis dan memandangku dengan sayu. Aku berasa sangat sedih. Tentu Wan merasakan yang ini adalah pertemuan yang terakhir mungkin....tak pernah Wan nangis bila berpisah dengan aku.

sms dari abang D pada 8.55 pagi...Wan sudah dipindahkan ke wad CCU.

"Tolong baca ayat-ayat Al-Quran untuk tokwan, dan doa bagi mengurangkan kesakitan pada tokwan"..

air mata mula bergenang. Aku cari surah Yasin dalam handphone dan kubaca bersama-sama.

Sambil meredah hutan Grik, aku memerhatikan sekeliling, lihat pokok-pokok dan awan yang memutih. Bukit bukau yang memaku bumi. Terasa kekuasaan Allah Yang Maha Besar, dan terasa betapa aku ini hamba yang kerdil lagi hina. Aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan yang sedang dilalui oleh ayah yang ku kasihi.

Akhirnya, hampir pukul 12 tengahari aku sampai di kuarters hospital. Ketika melintasi hospital, aku rasa seperti mau turun di tepi jalan dan berlari mencari Wan di CCU. Tapi aku harus ke rumah abang dahulu. Mandikan budak dengan segera dan terus ke CCU. Hubby dan anak-anak menunggu di playground hospital. Mak mau asalnya mau ikut sama, tapi abangku lupa tinggalkan kunci. Mak kata, tak apa, biar aku pergi dulu sebab aku belum jumpa Wan.

Dengan beg bergalas di belakang, aku segera ke pintu lif di mana abang I menunggu. Terus kami ke tingkat 1 di mana wad CCU berada. Kata abang I, dia tak sanggup nak tengok Wan. Kasihan sungguh Wan. Hatiku sungguh berdebar-debar ketika berjalan menuju ke CCU. Ketika tiba di CCU, "waris Ahmad Mat Amin?"..."Ya..."...."dia dah kritikal....."

Sebaik sahaja aku nampak Wan di biliknya, terus aku berlari sambil beg masih di belakang...

"Wann......." jeritku.....apabila melihat Wan bernafas cepat-cepat seperti tak cukup oksigen sambil topeng oksigen menekup hidung dan mulut. Wan sudah tidak nampak aku walaupun matanya terbuka. Kasihan Wan..lelah teruk.....

"Wannn.......kata...Allahhhhh.....Allahhh......"

"Jangan lalai Wan.....takboleh sebut di mulut..kata dalam hati....Allahhhh..." akhirnya aku menangis tidak tertahan lagi.

Sambil menangis aku ajar Wan...

"Allahhh....laailaaahaillallah...."....
"Wan..ini M ni....kata Allahhhh..Allahhh..." sambil teresak-esak..

kira-kira 5 minit aku ajar Wan...aku tidak perasan respon Wan sebab yang aku mahu hanyalah supaya Wan mendengar kalimah suci itu.

Abang I datang dan memegang bahuku sambil menangis...

"Dahla tu...bagi diorang buat kerja..."....

Kami keluar dan doktor serta misi memasang alat bantuan pernafasan atas persetujuan kami kerana tidak sanggup lihat Wan lelah. Nak tarik nafas pun sudah tak berdaya. Tidak sanggup aku lihat Wan diperlakukan sebegitu, kepala didongak ke atas dan disumbat saluran plastik ke dalam mulutnya dengan tangan terikat di katil. Sungguh sakit rasanya, apatah lagi Wan yang merasa sendiri. Melihatkan aku yang masih memangis di luar, misi menarik tirai melindungi Wan.

Aku keluar lalu membaca Yasin di atas kerusi. Kakak iparku telefon bertanyakan perihal Wan...

"Dah tak boleh buat apa-apa...baca yasin dan berdoa saja...." sambil aku menangis....


Tidak lama kemudian, doktor sudah selesai memasang alat bantuan pernafasan. Aku meluru ke bilik Wan dan melihat keadaannya. kasihan sungguh Wan. Tiba-tiba mak sampai dan menangis...

"Mak nak datang tadi..tapi pintu tak ada kunci.....tak sempat nak tengok Wan...." mak menangis teresak-esak. Mak sangat sedih kerana tak sempat nak tengok Wan ketika dia belum disuntik dos morphin yang tinggi menjadikannya tidak sedar.

"Tak apa mak....Wan masih ada..." kata abang I.

"M dah ajar Wan mengucap..tak apa mak....dia bukan dok sorang-sorang tadi..M ada.." kata aku pula.

Selepas itu aku tidak henti-henti mengajar Wan mengucap kalimah syahadah. Sambil menyeka air mata....aku ajar kalimah mulia itu tanpa jemu....kulihat Wan masih boleh dengar dan menggerak-gerakkan bibirnya. Alhamdulillah..Wan ikut.....

"Allahh...laailaahaillallahh.....muhammadan rasulullah....."
"Allah ya Latif.....Allah Ya Shafi...Allah Ya Rahman..Allah Ya Rahimm..."
"Tolong bagi mudah ya Allah....kasihan ayah aku.......ayahku baik....." aku berdoa dan menangis....mereka semua menangis....

ketika itu hampir semua adik beradikku ada dalam bilik termasuk kakak, abang ipar serta cucu-cucu tokwan. Hubby menelefonku , katanya dia nak masuk tengok Wan. Aku keluar dan megambil alih menjaga budak-budak. Terasa lama sungguh waktu berlalu di luar wad. Hubby turut mengajarkan kalimah Allah pada telinga tokwan. Setelah dia keluar, aku pula meluru masuk. Aku berdiri di sisi Wan dan kembali menyambung mengajar Wan mengucap.

Kami membuat keputusan untuk membawa Wan balik ke rumah memandangkan tiada apa yang boleh dibuat lagi di CCU. Organ dalaman badan Wan dah rosak. Paru-parunya kira dah rosak teruk. Sekali-sekala Wan terkena serangan jantung. Kasihan Wan. Kami membuat keputusan untuk membuang alat bantuan pernafasan tersebut. Tidak sanggup tengok Wan tersiksa.

Aku ingatkan alat bantuan tersebut akan dibuka di rumah, jadi kami semua standby di rumah. hanya 2 orang abang aku dalam ambulans. Rupa-rupanya alat tersebut di buang di dalam ambulans. Ketika ambulans tiba di rumah, aku menunggu di pintu rumah. Sebaik sahaja pintu ambulans dibuka, aku lihat abang A membisikkan sesuatu di telinga Wan, ku lihat mulut Wan terbuka dan tertutup..lalu sepupuku memanjat naik ke ambulans...lalu dia menggeleng-gelengkan kepada. Aku hanya berdiri dan rasa blur je. Bila strecther di bawa masuk ke dalam rumah, sekali kali aku tengok mulut Wan terbuka dan tertutup 2 kali.........dan....Innalillahiwainnailaihiraajiunn....... jam 6.50 petang, Isnin, 4 Julai 2011 Wan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku hanya melihat.....dan aku kelu........

to be continued......

Tuesday, July 5, 2011

laid to rest.....


Bersemadilah dengan aman Wan ku sayang...

My beloved father was laid to rest at around 12.30 pm today. Tinggalkan segala kesakitan dan kesengsaraan yang ditanggung selama ini. Aku doakan Wan aman daripada segala kesakitan dan kesulitan di alam barzakh sana. Ramai yang kata muka Wan nampak cantik dan bersih. Aku berdoa agar Allah melindungi Wan dan sentiasa merahmati Wan. Ampunkanlah segala dosa Wan. Wan adalah ayah yang terbaik di dunia. Wan sangat bertanggungjawab dan amanah. Walaupun sangat garang, tapi Wan sangat-sangat caring kepada semua anaknya. Tidurlah dengan lena wahai ayahku sayang, sudah lama Wan tersiksa tidak dapat tidur kerana tidak dapat bernafas dengan baik kerana paru-paru yang lemah. Sudah terlalu lama Wan menanggung kesakitan yang mana aku sendiri pun tidak sanggup melihatnya. Malam ni malam pertama Wan di sana, dan malam pertama mak tanpa Wan..kami berjanji akan menjaga kebajikan mak...jangan risau ayahku sayang...


aku dah tak ada suara hari ni..asalnya hanya batuk-batuk..kelmarin aku mengajar wan mengucap kalimah Allah daripada tengahari sampai ke petang..dan aku terus membaca surah yasin di sisi Wan sampai suaraku hilang. Tidak sanggup aku biarkan ayah sendiri sama ada ketika di hospital dan setelah meninggal tanpa alunan ayat-ayatNya. Tidurlah sayang..anakmu akan sentiasa mengalunkan bacaan Al-Quran untukmu ayah..itu janjiku...

Monday, July 4, 2011

6.50 petang, 4 Julai 2011....Al-fatihah Wan...

Wan yang amat aku sayangi dan kasihi telah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa petang tadi... tiada yang mampu aku ungkapkan...selain berdoa kepada Allah supaya Allah redha pada Wan, supaya diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Aku akan berusaha menjadi anak yang solehah yang dapat mendoakan Wan di alam sana....malam ini aku akan menemani Wan sehingga esok pagi...malam terakhir Wan di katilnya...aku sangat sayang pada Wan...

Sunday, July 3, 2011

The hardest moment in my life...

so hard......aku dah standby beg pakaian, tunggu 'signal' daripada abang aku je. Abang kata, keadaan wan semakin teruk, dia minta all of us to be ready...prepare for the worst, badannya dah jadi sembab, dan malam ni akan dimasukkan darah ke dalam badan. Aku memang tak boleh nak duduk, sungguh tak tenteram rasanya...kakak aku suruh bacakan yassin.....

Inilah saat paling getir dalam hidup aku...biasanya bila wan sakit, dia akan pulih seperti sedia kala...tapi kali ini....lain benar nampaknya...

doakan agar aku tabah menghadapai ujian ini...Ya Allah kuatkanlah semangatku....ampunilah dosa-dosa mak dan wan......permudahkan segalanya Ya Allah...

Seminggu berlalu...


Sudah seminggu berlalu sejak wan dimasukkan ke hospital...baru-baru ini keadannya nampak beransur pulih, tapi sehari dua ni nampaknya macam merosot....abang aku kata jari-jemari dan lengannya mulai sembab dan it is not a good sign..*sigh*...... sungguh suspen, setiap kali telefon berbunyi, jantungku rasa berdegup kencang. Kata kakak, kita tawakkal sajalah...lebih-lebih lagi tinggal jauh. Aku pun cuba set mental aku supaya bersiap sedia andai apa saja yang akan terjadi, easily said than done....takutnya...so scared..aku tak pernah merasa kehilangan sesiapa sebelum ini..cuma aku masih berharap wan masih boleh pulih...cuma umurnya yang terlalu lanjut menjadikan proses penyembuhan sangat perlahan...semoga Allah permudahkan segalanya...amin...berdebarnya rasa, jari jemariku seram sejuk je..isk....

Dalam pada itu, hari ni aku masak mi tomyam. Ingat nak cari claypot tapi tak sempat.