Sunday, January 13, 2013

wassup?

ehhehe, basuh kasut hari sabtu, tapi hari Isnin baru update...
dah berbelas-belas tahun aku tak basuh  kasut sekolah, dan weekend lepas aku basuh kasut sekolah Faiz.
Masa aku suruh dia basuh kasut, boleh pulak tanya,
"Kenapa pulak Faiz yang kena basuh?"
aikk.....aku kata dah kasut Faiz, kenala belajar basuh sendiri.
Masa basuh tu complained kata lenguh, penat hehehe....
last sekali aku yang  kena basuh bagi bersih, sebab masih ada kesan kotoran.

Pagi tadi agak kalut sebab semua nak buat pagi tadi, tapi aku bangun awal hari ni, seterika baju dan masak nasi goreng. Sambil dok menumis tu telan kolagen dan pati delima. Aku dapat rasakan pati delima tu bagus, sebab aku rasa kulit aku ni lebih nampak urat-urat biru tu sebab lebih sikit kecerahannya hehehe...biasanya aku dok tengok kat tangan la sebagai benchmark ehhehehe...kat muka pun boleh nampak. Aku tak risau dah kalau pakai bedak sikit-sikit pun sebab dah cukup, tapi kalau pakai foundation lagi best lah..

 
stok baruuu....

oh ye, lama tak mimpikan Wan, malam kelmarin aku mimpikannya.
Aku mimpi aku peluk Wan sambil bertanya khabarnya, Wan ok tak? Wan macam mana?
Wan tak jawab apa-apa cuma senyum saja. Badan Wan sedikit berisi dalam mimpi aku tu. Bangun pagi tu aku rasa gembira dan senang hati.

Weekend lalu aku agak tak seronok sebab kena ulser kat tepi lidah. Nak bercakap dan makan jadi sakit. Aku jadi bad mood dan malas nak cakap banyak. Hari ni pun masih sakit masa nak makan tapi ok sikit, alhamdulillah.. aku rasa sebab aku minum air sikit, tak cukup untuk badan aku.

heheheh dan ni saje-saje nak bubuh gambar stok rempah pulak


 

hehehe oklah...
cau cin cauu


Thursday, January 10, 2013

aku nak itu... aku nak iniii

Hari ni datang kerja dengan perasaan gembira dan bersyukur...
kena bermotivasi lebih-lebih lagi lepas baca status muhasabah di Fb Prof. Dr. Muhaya pagi-pagi ni hehehe...
sebenarnya aku nak bercakap tentang perbelanjaan dan cara mengawalnya, perghh macam bagus kan tapi aku nak share pendirian aku.
Sebelum ni, keadaan kewangan gaji aku memang sesak la sebab aku banyak guna untuk yuran pengajian dan melancong. Akibatnya aku tak boleh nak beli baju baru selalu, tak boleh nak enjoy berlebih-lebih.
Alhamdulillah, tahun 2013 nampaknya rezeki lebih lapang dan luas. Bukanlah sebab aku dapat bonus atau naik gaji, dan bukanlah sebab aku dapat durian runtuh atau menang peraduan ehhehe..
tapi sebab aku dah tak payah bayar yuran master, dan aku dah jimat yuran tadika Faiz.
Kalau dulu, RM680 daripada gaji aku dibelanjakan untuk yuran tadika anak-anak,
kemudian pindah daripada tadika Cina ke tadika Islam, jadi RM340 untuk kedua-duanya.
Dan sekarang tinggal si adik sorang, yuran jadi RM170 sebulan. Yuran tadika anak-anak aku yang bayar, kesian kat habibi sebab dia banyak komitment dan tanggungan. Kereta, rumah, bil-bil, insurans anak-anak, semua dia bayar. Aku bantula mana yang patut. Aku pulak tak payah bayar ansuran kereta, alhamdulillah Allah bagi mudah, keluar duit untuk petrol aje. Aku nak simpan untuk masa depan dan dikala kecemasan. Kalau lebih, boleh melancong weeehuu!!! Lagi satu, aku kena save sebab nak balik Kelantan. Kalau urgent nak kena naik bas, pergi dan balik tiketnya dan RM80. Jadi aku kena berbelanja dengan sebaiknya.
Bila dapat gaji baru-baru ni, aku dah set dalam kepala aku, yang aku tak mau beli baju dah seperti yang aku selalu buat, aku cuma nak hantar jahit baju kat tukang jahit aje...
ada beberapa benda yang aku nak tapi aku berjaya 'halang' hehehe....barang-barang yang aku nak tu simple aje tapi aku boleh kekang,

Nafsu kata :
Cadar baru, tengok katalog satinni lawa-lawa weh!!!!! Aku nak beli 3, untuk aku dan anak-anak.

Akal kata :
Jangan....tunggu dulu, takda cadar pun boleh tidur atas tilam sedia ada, cadar lama ada, comforter yang beli kat Padang Besar ada berlambak :)

Nafsu kata :
Alamak serum Safi Rania Gold dan Facial Wash Safi dah habihh!!!! nak beliiii!!!!

Akal kata:
Takpa, ada krim lain berlambak lagi, krim Bio Essence starter kit pun tak habis-habis lagi, banyak lagi produk lain yang aku beli dan tak pakai :p

Nafsu kata:
Nak beli kasut daripada Monobo Shoes kat Fb, lawaaaaaaa.....waaa nakk!!!!!

Akal kata :
Kasut beli kat Hatyai RM10 tu elok dan cantikkkk, tak rosak pun! Semua orang kata cantik :)

Nafsu kata:
Nak beli tudung 3 layers, cantiknyee tengok kat kedai tu hari-hari

Akal kata:
Udah-udah le beli tudungnye, berlambak dah, yang belum pakai pun ada lagi

Nafsu kata :
Nak beli pinggan mangkuk Leno dan aksesori lain

Akal kata :
Pinggan tu cukup dah, kalau orang datang ke rumah pun dah cukup pinggan nasik

Nafsu kata:
Perghhh... cantiknya Kryolan TV Paint Stick, wow mengancam

Akal kata :
Weiii... dermacolour tu tak luak pun aku guna, bagus punya dah, nampak flawless

Nafsu kata :
Nak beli shower cream lagi satu..

Akal kata :
Banyak dah kat bilik air tu, sabun ketul pun ada lagi tak usik

Nafsu kata :
wow brooch, cantik!

Akal kata:
ada dah..ada dahhhhh!!!!!!

Nafsu kata :
cantiknya baju budak-budak ni, geram tengok, ada sale

Akal kata:
Bagi makan kenyang-kenyang itu yang penting, kain baju diorang penuh dah dalam almari tu



hehehhe....
itulah senarai perkara yang aku nak dan aku  berjaya lawan hawa nafsu bulan ni. Aku kena pentingkan keperluan, bukan kehendak...
tapi yang ni aku tak boleh kompromi, kena beli :

Aku hendak dan aku perlu :
Gogen Collagen Dust (RM110 untuk 2 botol) dan Pati Delima Gulsan (RM20)
Ini adalah untuk kesihatan dan kecantikan, hehehehhe, takda kompromiiii!!!!!
Sebab aku dapat rasa kulit jadi bersih dan cerah (tu yang aku nampak, kalau orang tak nampak memang saheh aku perasan)

oklah, yang penting, jangan berbelanja di luar kemampuan, jangan berlebih-lebihan. Sekali sekala boleh layan tapi jangan jadi habit. Yang penting ada saving untuk kecemasan.

Wednesday, January 9, 2013

Allahuakbar

this video makes me cry...
Allah is The Creator, The Protector..
Subhanallah

video

Tuesday, January 8, 2013

selamat pagi!

assalamualaikum dan selamat pagi ehhehe....
hari ni sampai ofis awal, belum pukul 8 pagi, padahal aku bangun 6.30 pagi, siap masak nasi goreng ehhe...
semua persiapan baju sekolah budak-budak aku siapkan sebelah malam selepas dinner. Semalam jugak aku baru ambil baju baru kat tailor (tukang jahit kampung je hee), lepas tu basuh dan sterika, pakai hari ni ;)
kawan aku suggest suruh buat baju sebulan sehelai, barula aku akan sentiasa ada baju baru. Kalau buat baju setengah tahun sekaligus, lambat la nak merasa kan, lagipun upah kakak tu murah aja, RM25 untuk kurung moden, murah gila la berbanding dengan orang lain. Kalau tailor cina yang aku buat dulu, sepasang RM40. Kat KL lebih-lebih lagi la mahalnya. Sekarang  ni minat kurung moden pulak. Bila pakai baju kurung biasa rasa macam besar gedabak pulak dan serabai.
Aku sebenarnya nak edit resume ni tapi tak sempat lagi nak buat, kat rumah pulak lagi la tak sempat.
Weekend lepas habibi daftar untuk pasang Streamyx kat rumah. Lepas ni kalau nak tengok youtube baru la best, sebab skang ni pakai Celcom berukband asyik tersekat-sekat.
Oklah itu saja update buat hari ini, aku kena buat modul pembangunan lestari yang bos suruh nih, katanya DYMM Raja Muda Perlis yang request.
ok catch ya later alligator,
senyum selalu dan selamba ok :)

Sunday, January 6, 2013

Nak tido dah Zzzz...

wahhh dah nak pukul 2 pagi...
tadi lipat kain anak-anak yang bertimbun, lepas tu susun buku Faiz ikut jadul, masukkan dalam beg, tulis nama kat buku dan beg duit, cari stoking dan kasut baru, lepas tu basuh kain sidai kain...
wah wahhh aku tak boleh nak tido selamba macam tu je selagi tak settle kerja nih...
tadi consume collagen dust dan pati delima Gulsan. Collagen aku dah nak habih dah ni nak kena order lain. Pati delima Gulsan pun nak kena beli lain jugak ni, sedap tau rasa masam manis. Ramai kawan-kawan aku kata bagus pati delima Gulsan ni. Aku makan dengan anak-anak. Aku rasa bagus untuk ketahanan badan, dan juga aku boleh rasa kulit lebih sihat dan tegang..ewahhh....maklumlah, orang perempuan banyak aset nak kena jaga nih hehhe....tapiiiii, tadi aku timbang, boleh tahan jugak berat aku 58kg! Kalau biasa-biasa berat aku dalam 53-55kg. Kata habibi, macam mana tak berat, makan nasik 2 pinggan ehhehe...
sebenarnya kami balik kampung habibi. Bila balik kampung aku makan banyak heeee....tapi jangan risau, bila aku puasa sehari, boleh turun like magic hehe :)
sebenarnya kaki aku jugak pedih-pedih ni, petang tadi kami 4 beranak pergi mandi kat jeram. Kat situ ada banyak batu-batu sungai. Mula-mula aku dok tenyeh tumit aje kat batu besar. Lepas tu rasa best pulak bila tengok tumit jadi lebih lembut dan bersih. Aku ambik seketul batu kecik dan tenyeh abih kat kaki, sampai ke lutut. Masa tenyeh dan gosok tu rasa syok aje, kulit jadi licin sebab tanggal kulit kasar. Bila balik kerumah dan kulit kering, jadi pedih dan merah-merah pulak waaaaaa..pedihhh!!!!!! Aku rekmen batu sungai untuk gosok kulit kasar, tapi jangan buat kuat sangat macam aku ni, pedih pulak..adoii..

oklah aku nak tidur, pukul 6 pagi nak kena bangun nih....

Friday, January 4, 2013

Weekend again...

sekarang dah pukul 1 pagi, tapi belum tidur sebab dok tengok cerita King Kong dengan budak-budak ehhehe... mentang-mentang esok cuti.
Dalam pada tu aku dok surfing Internet. Dan removing some of my photos from the Fb. Ada la aku tinggal sikit-sikit, dan ada yang aku upload for temporary. Habibi pun tak galakkan aku bubuh gambar banyak-banyak kat Fb mahupun blog. Katanya bubuh gambar anak sudah le, tapi sekali sekala aku bubuh juga sekejap buat tatapan adik beradik aku, lepas tu aku remove balik heheh...

esok tengahari insyaAllah balik kampung kat Sg. Petani, sebelum tu aku kena kemas-kemas rumah dan basuh baju sekolah Faiz. Wah, rutin baru ni basuh baju sekolah, lain daripada baju tadika. Kalau baju tadika tak sempat basuh, boleh aje pakai baju biasa, tapi baju sekolah mana boleh buat macam tu kan..
Dan aku juga tak boleh nak bangun lewat masa hari persekolahan, nanti terlewat hantar anak-anak ke sekolah dan tadika. Habibi hantar si abang dan aku hantar si adik. Sekarang kena keluar rumah lebih awal, 7.10 pagi dah kena keluar dah, kalau tak nanti lewat pulak. Kalau dulu, bila aku dan habibi cuti, anak-anak senang-senang aje tak hantar ke tadika, sekarang tidak lagi. Tak boleh nak ponteng sesuka hati. Persiapan kelengkapan untuk ke sekolah pulak tak boleh semuanya nak buat pada waktu pagi.. alamakkkk sibukkk!!! Aku tetap tabik kepada ibu-ibu yang bangun seawal jam 5 pagi untuk mempersiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah, siap memasak sarapan dan sediakan bekal ke sekolah lagi. Aku ni pagi-pagi dok liat nak bangun  dalam selimut. Tadi terlewat bangun 6.40 pagi, hah hambik, macam lipas kudung bangun seterika baju ehehe, tapi aku dah biasa buat kerja cepat, jadi turun dari rumah jam 7.11, tapi tak sempat makan kat rumah. Untuk adik aku beli aje makanan kat Petronas masa isi minyak, Faiz pulak katanya tak mau makan kat rumah sebab dia excited nak berbelanja kat kantin sekolah. Sorry daling nanti next week mama bangun awal sikit dan goreng kentang goreng ok! Boleh bawak makan kat sekolah dengan kawan-kawan. Oh, aku belum cerita perihal hari pertama sekolahnya kan, alhamdulillah tak ada masalah langsung sebab dia memang seronok kat sekolah baru. Lebih-lebih lagi kawan-kawannya ramai yang sekelas, jadi dia tak heran pun dengan aku yang terjenguk-jenguk tepi tingkap tengok dia. Sebenarnya aku yang terlebih excited heheh, siap bawa kamera besar punya heee, mesti cikgu kata apa kat mak bapak si Faiz ni, macam Dora the explorer pulak.

Oklah aku nak tidur, jap lagi nak kejut encik habibi yang tidur awal, dia nak berikan final touch pada thesisnya yang nak dihantar beberapa hari lagi nih.

Good night ;)

Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama di sekolah...


Pagi-pagi dah bersiap....

 Garang ke cikgu ni...

 dia suruh aku teka nama kawan dia kat sebelah tu, mana le aku tau hehe..


 Masa rehat, makan nasik lauk ayam dan teh ais..

 Simpan duit dalam poket, aku bagi syiling RM5

 Adik pun seronok!


Katanya nak belanja adik makan..

Tengahari tadi.....

Petang tadi....penatt...