Wednesday, February 13, 2013
Nak jadi arkitek?
Kelmarin Faiz awal-awal pagi bersiap-siap nak ke sekolah. Siap dengan songkok macam ustaz Don hehe...
breakfast cepat-cepat, lepas tu habibi hantar ke sekolah. Dan aku pulak hantar adik ke tadika.
Jalan bukan main lengang lagi...
sampai kat sekolah, kata habibi, ada tukang kebun aje...
huhuuu pasal apa aku tak tau masih cuti haa? wakakkakaka....
hantar anak ke sekolah bersemangat gila, tapi rupa-rupanya masih school holiday woih!
Hahaa terus ikut habibi ke ofis dan lepak kat sana.
Kalau kat ofis abahnya, Faiz suka main komputer, dan explore apa yang ada.
Dan kelmarin dia design rumah, pakai software kat komputer. Kata habibi, dia pun tak pernah guna software tu. Lepas design, dia suruh habibi print, katanya nak photostat nak bagi kat adik.
Tersenyum aku bila tengok sekeping kertas atas meja,
"Ini rumah Faiz dan Izzati. Rumah kami ada kolam dan majam majam. The end..."
majam majam tu mungkin maksudnya macam-macam, hehehe...
Monday, February 11, 2013
This is Kota Bharu!
I love my hometown soooo much... and I miss it sooo much when I return to my house in Kedah.
Hari Ahad sempat round pasar siti khadijah untuk beli barang-barang. Aku suruh habibi snap gambar aku berlatarbelakangkan gambar di bawah, kataku nak bubuh kat Fb.
"Nak buat apa bubuh kat Fb.." kata habibi..
"Kenapa pulak tak boleh? ", saja aku tanya sedangkan aku dah tau dia kurang suka..
"Nanti orang ngorat!"
hahaha I like that answer so much, membuatkan aku syok sendiri kah kahh!!!
oleh sebab itulah, gambar kat bawah ni tanpa muka aku heheh..
ini merupakan kawasan tengah pasar yang menjadi trademark pasar siti khadijah. Ia merupakan tempat 'permainan' aku sejak kecik, sebab dok ikut Wan ke pasar membeli barang mentah untuk masakan di kedai kopi Wan. Tapi Wan tak beli barang kat sini, sebab harganya lebih mahal memandangkan ianya menjadi tumpuan pelancong. Selalunya Wan akan membeli barangan seperti sayur-sayuran kat tengah-tengah kedai atau kat kaki lima di sisi-sisi kedai kerana harganya lebih murah. Tapi sekarang ni sejak ada bangunan baru, aku perasan tak ada sangat makcik-makcik yang jual sayur kat kaki lima sambil duduk bersila, ataupun aku yang tak round habis. Maklumlah aku round cepat-cepat. Sambil berjalan, habibi pegang tangan aku, nampak sangat susah nak dating kan ehheheh, bila anak tinggal kat rumah nenek baru mak dan abahnya boleh berdating.
Dan ini adalah apa yang aku beli pada hari itu. Aku beli kain pasang kat tingkat tiga pasar, beli bedak rambai dan MABS powder, cili hijau besar (RM16 sekilo!!! gila punya mahal), petai, sayur-sayuran, ikan, rempah dan gula melaka dan pisang. Aku dan habibi ke pasar dalam pukul 8 pagi, bila selesai beli barang dalam pukul 9.30++, masa tu dah mula sesak, jalan dah jem. Sebab tu kalau nak selesa mudah parking kena datang awal-awal pagi.
Esok dah nak balik dah, sedih pulak rasanya. Mak aku akan tido kat rumah kakak pada esok hari, tinggallah rumah ni tak berpenghuni malam esok. Tapi at least aku dah kemas-kemas dan buang yang mana patut, vacuum habuk dalam bilik Wan, mop lantai agar tak nampak usang dan berhabuk.
Oklah, dah pukul 1.18 pagi dah. Esok pukul brapa ntah nak bertolak ni, budak-budak masih gelak mengekek-ngekek dalam kelambu. At least mak aku tak sunyi beberapa hari ni.
see ya later..

Balik kampung..
Alhamdulillah dapat balik kampung sempena cuti tahun baru cina. Aku balik KB hari Sabtu, esok dah nak balik Kedah semula.
Seperti biasa, balik rumah aku akan kemas-kemas rumah, sapu sampah. Sedih tengok dalam rumah, macam rumah tinggalan yang tak berpenghuni terutamanya bahagian dapur kat belakang area perigi. Mak banyak duduk dekat rumah anak-anak sebab dia tak larat dah nak uruskan makan minumnya. Kadang-kadang dia balik tapi sekejap saja.
Aku sapu semua daun-daun kering kat perigi, basuh lantainya sekali. Anai-anai menguasai dinding-dinding kayu, juga kelihatan akar kayu yang menjalar. Sedihnya. Dulu ketika Wan masih ada, dia menjaga rumah ini dengan baik, rumput rampai dicabutnya. Adik beradik aku pula tak sempat nak tengok dalam rumah ni selalu tapi abang aku selalu dok mesin rumput di tepi rumah, bakar daun-daun kayu.
Tadi aku masak gulai ayam kampung. Sambil-sambil tu buang barang-barang yang dah expired, segala macam plastik dan sebagainya. Bila aku tengok kat rak tepi dapur, kelihatan satu balang teh yang berbaki sedikit. Aku goncang, tengok-tengok dah keras. Teh tu Wan yang beli kat pasar Siti Khadijah pada kali terakhir kami ke pasar bersama. Sedih pulak aku nak buang, aku biarkan saja, buat kenangan. Bila aku sedang mencuci kawasan perigi, aku jumpa selipar ni..
Ini selipar Wan yang dipakainya selalu sebelum jatuh sakit. Masih ada bekas kakinya disitu. Sebelum ni mak gunakan ia sebagai selipar toilet, tapi aku tak bagi sebab sayang. Biarlah ia dok kat bawah kerusi tu, aku nak tengok. Huhuu sedihnya, rindunya kat Wan. Baru kelmarin ke kubur Wan. Abang aku kat KL mimpi, katanya dalam mimpi tu Wan kelihatan sedih dan mengajaknya ke kubur, tapi abang aku memberikan alasan bahawa sudah lewat petang, tak sesuai nak ke kubur. Barangkali Wan mahu kami anak-anaknya menziarahi kuburnya selalu.. setiap kali aku pulang InsyaAllah aku akan sentiasa menjenguk Wan di tempatnya bersemadi. Kadang-kadang rasa rindu itu seperti menjerut, aku jadi hiba seolah-olah nak cari Wan. Sambil dok makan nasi kat meja dapur aku rasa dia akan datang terpacul di muka pintu bertanyakan aku sedang buat apa. I miss him...i miss him. :''''-(Aku belum masuk ke dalam bilik Wan.. malam ni aku nak bersihkan...
Thursday, February 7, 2013
Tips kulit licin :)
Hahah macam best aje tajuk entry ni heheh....
saja nak berkongsi dengan korang, dah lama tak bagi tips penjagaan diri, ewahh macam bagus pulak...
perasan tak, orang pompuan ni pantang jumpa cermin, kat mana-mana saja mesti belek muka, dan ada ketikanya bila kulit muka tak elok, jadi tak suka tengok muka kat cermin.
Bila kulit aku kusam tak bermaya, waktu basuh tangan kat sinki bercermin, muka toleh ke arah lain hehehe, tak sanggup nak tengok sememeh semacam...
tapiii.... aku ada jalan penyelesaiannya, asalkan RAJIN!
hehehe nak buat macam mana untuk dapatkan kulit muka yang halus mulus gebusss?
hehe aku rasa aku dah selalu cerita kat blog aku ni pasa bedak rambai tu kan,
tapi yang ni lulur MABS powder dalam paket kaler biru, boleh refer
Mabs powder
Caranya adalah sebelum tidur, pakai lulur tu kat muka yang telah dibasahkan. Sapu rata kat muka, biarkan dan tidur sehingga pagi esoknya. Bila nak basuh tu, basahkan sikit-sikit dan gosok bagi ianya tanggal lalu basuh bersih. Trust me trust me kulit korang akan jadi gebu dan halus mulus giler!!insyaAllah hehe...
bila nak apply make-up nak pegi kerja, fuhh senang aje apply dan nampak mulus gile muehehheh....
kalau takda MABS powder tu, bedak rambai biasa pun boleh.
Teknik sama juga boleh digunapakai untuk badan, sapukan ke keseluruhan badan. Gilababas punya mulus lah kulit korang bila bilas keesokan hari tu hehehe... aku dah cerita pasal lulur ni for several times tapi kali ni aku cerita pasal tepek kat muka pulak. InsyaAllah ia dapat mengatasi masalah kulit muka kusam dan menggerutu sebab ia dapat singkirkan kulit mati yang terkumpul di kulit.
Sebenarnya dah lama aku tak buat, tapi minggu ni dah beberapa hari aku pakai kat muka berturut-turut, memang syok sangat, halus. Oh ya, elakkan bahagian mata sebab nanti bila lulur tu kering kulit akan jadi cekang, tak sesuai untuk bahagian bawah mata yang lembut.
oklah selamat mencuba.. sebelum tu korang kena kirim lulur tu kat sapa-sapa yang balik KB la hehe...

Wednesday, February 6, 2013
Bz lagi
hai semua,
agak busy minggu lepas sampai hari ni...
terlibat dalam penganjuran program Maulidurrasul...
alhamdulillah hari ni berjalan lancar... thanks to Allah....
dan weekend lepas kami ke Hatyai sekali lagi hehe...
kali ni kami sekali lagi ke pasar terapung Songkhla, dan tempat baru iaitu Zoo dan Ice Dome. Kat Ice Dome tu rugi sebab masuk 5 minit aje huhuu..seriously memang sekejap sangat masuk sebab aku rasa nak pitam sebab terlalu sejuk hahaha....patutnya pakai baju berlapis-lapis sebelum ke sana, dan juga kasut. Ini hanya bergantung kepada baju sejuk yang disediakan. Kebas dah kaki ni. Faiz pun mengadu tak tahan. Gila lah lari-lari cari exit door sambil dukung Faiz, aku rasa lemas sebab sejuk sangat, suffocated camna ntah haha, teruk betul sebab orang lain cool aje. Rugi tiket RM100 (RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak). Dalam tu banyak ukiran ais seperti istana dan beberapa lagi yang aku tak sempat tengok.
Layan je le gambar-gambar ni.. nanti esok-esok aku cerita lain. Nak kena sidai baju, gosok baju.. mata dah kuyu.. esok nak kerja...
layan je le....

Friday, February 1, 2013
dah Februari....
sekejap aje dah masuk bulan Februari...
rasa macam baru aje masuk tahun baru.
kelmarin masa aku balik dari kerja, ada accident dengan highway. Dari jauh tengok orang berkumpul di kiri kanan jalanraya. Aku yang bawak kereta tak tengok kiri kanan, cuma jeling gitu-gitu aje dan syak mesti kemalangan maut sebab tengok ada jentera bomba yang orang ramai mengerumuni.
Bila balik kerumah (dan tengok kereta habibi ada depan rumah.. fuhh lega), aku tanya habibi yang terlebih dahulu melalui jalan tersebut, dia kata kereta langgar motor. Penunggang motosikal mati ditempat kejadian.
Pagi tadi bila aku nak ke tempat kerja dan melalui jalan yang sama, masih kelihatan kesan darah ditepi kiri lebuhraya, dan juga kesan brek di lorong kanan. Mengikut analisis ikut kepala aku ni, mungkin kereta tu nak mengelak moto lalu terlanggar dan terjunam ke dalam longkang di sebelah kiri.
Tadi bila aku balik kerja, kelihatan sebuah kereta, mungkin saudara mara arwah, yang sedang meninjau-ninjau tempat mayat terbaring kelmarin. Dalam kepala aku, pagi kelmarin masih segar bugar di rumah, siapa tau yang pagi tadi dah berada didalam liang lahad. Innalillahiwainnailaihirjiun.
Aku terbayang-bayang, alangkah sakitnya hentakan kereta ke atas badan arwah sehingga cedera parah dan menyebabkan kematiannya. Aduhh ngerinya. Sakit sungguh mati dengan cara macam tu. Macam mana pun mati tetap sakit tidak terperi, cuba keadaan yang berdarah-darah tu nampak menakutkan dan agak mengejut.
Dan sudah semestinya aku teringatkan Wan.
Minggu lepas, kakak aku sms kata dia mimpikan wan. Namun dalam mimpinya itu, wan tidak berkata apa-apa cuma mak yang berkata bahawa wan memiliki sepasang penyu. Wan sangat sayangkan penyu itu yang selalu bertelur/mendatangkan hasil.
lalu aku membalas sms kakak,
"aku rasa mimpi tu simbolik, penyu telurnya banyak, tak macam ayam...."
"ha ah, betul juga, aku pun pelik sebab kenapa penyu, penyu telurnya beratus-ratus. Semoga Wan aman di sana...."
balas kakak.
I love Wan.....

Subscribe to:
Posts (Atom)