Monday, June 6, 2011

Bila mama mati..siapa nak jaga Faiz?

Kelmarin, kami singgah sembahyang di sebuah masjid kecil di Baling. Kami biasa singgah di situ apabila balik, sejak Faiz kecil lagi. Masa first time singgah pada tahun 2007 ketika Faiz baru boleh berjalan. Ketika tu kami singgah berbuka puasa, on the way balik ke KB. Ketika abahnya memberhentikan keretanya, tiba-tiba kelihatan tunggul-tunggul batu nisan lama di hadapan. Mak ai ngeri pulak sebab sebelum tu tak nampak. Kelmarin semasa singgah solat pada pukul 5 petang, ada beberapa orang tabligh sedang berbual-bual di tempat parking kereta, berjanggut putih dan berjubah putih. Sesudah siap solat, aku dan budak-budak ni menunggu abahnya di tepi pagar yang memagari kawasan perkuburan. "Tengok tu kubur orang mati.." kataku kepada Faiz dan adiknya. "Oh..dia tinggal kat situ ke"?..tanya faiz.."Ya..sebab mereka dah mati". Selepas tu kami meninggalkan masjid tersebut menuju ke Sg Petani.

Kami tiba di rumah tokwannya pada pukul 7.30 ptg, dah senja..masa tu tokwan sedang mengemas kedai buah-buahan di hadapan rumahnya. Malamnya dekat pukul 10 mlm, kami bertolak ke Perlis. Ketika dalam kereta, tiba-tiba Faiz bertanya, "Nanti bila tua mama mati tak?" "Mama matila bila dah tua, sakit." Jawabku. "Lepas tu kanak-kanak tak ada kawanla"..balasnya dengan suara perlahan. "Pasal apa pulak kanak-kanak tak ada kawan?" Tanyaku, "Dah mama ngan abah mati"...katanya lagi..kadang-kadang aku terpaksa suruh dia ulang balik sebab dia cakap perlahan, macam sedih je bunyinya. "Taklah, mama tak mati pun.."kataku, supaya dia tak sedih. "Lepas ni mama mati.." Ulangnya lagi, ada kot 5,6 kali sepanjang perbualan semalam. Seram pulak aku.."Dah Faiz dok loncat-loncat mama dan abah mati la, kalau Faiz dengar cakap, mama dan abah tak sakit, tak mati laa"..abahnya pulak menyampuk sebab aku dah tak tau nak jawab apa. "Lepas ni mama tua mama mati...siapa nak kawan ngan Faiz, siapa nak jaga Faiz ngan adik..." Katanya lagi...aiseyy mann aku dah sedih dahh..."Faiz duduk dengan tokwan la..." Kata aku.."Faiz la jaga adik"..kata abahnya pulak...Apabila dia masih ulang ayat yang sama, aku kata "Taklah...mama lepas mati mama bangun balik..nanti kita masuk syurga sama-sama ok!' Kata aku pula.."Mama mati mama tak bergerak dahh" katanya lagi..isk...dia pun macam nak menangis sebab cakap makin perlahan...aku pun cuba tukar topik, tapi dia masih bertanyakan hal yang sama. Lama jugak baru aku dapat alihkan perhatian. Rasa sedih pulak dengan pertanyaan dia. Maybe sebab tengok kubur dekat masjid petang tadi kot. Sebelum ni pun dia memang risau kalau aku sakit. Ada sekali tu ketika hendak tidur, aku cakap "tak laratnya.." Dia tanya, "Mama nak mati ke?" rasa nak tergelak pun ada..(sebelum ni bila bersembang, aku ada kata, orang-orang tua bila tak larat, mati le.) Lepas tu dia tergaru-garu tangannya..."Gatalnya...boleh mati tak?" "Taklah..." jawabku.

Tapi..betul juga apa yang dia tanya, kalau aku mati siapa nak jaga dia? Most of the time kalau bini mati dulu, encik suami akan cepat-cepat kawen lain. Itu yang pasti aku rasa. Dan emak tiri akan jaga anak-anak tirinya? OMG!! No way man, lebih baik duduk dengan tokwan je lah. Ahhh..sedih pulak rasanya. Aku berdoa semoga dipanjangkan usia untuk membesarkan kedua-dua anak aku. Tak sanggup pula berpisah dengan mereka, apatah lagi masih terlalu kecil. But if that happens, I pray for the best for my son and my daughter..and also Mr Hubby. Semoga kedua-dua anakku dapat jadi seperti Dr. Zakir Naik, saintis dan ulama Islam. Isk....macam wasiat le pulak.....I love you, three of you sooooo much!!!mmuahhh.....

Sunday, June 5, 2011

I hate this feeling....

Aku tak sukaaaaaa.......esok aku akan balik ke Perlis, sebelum tu transit kat rumah MIL kat Kedah. I hate the feeling when it is the last night at my home with my parents and other siblings..I hateeeee thattt!!!! Maknanya jam 8.13 malam esok aku dah berada kat kedah..isk..isk..... sekejapnya balik, last balik raya cina yang lepas. Lepas ni insyaAllah balik raya puasa pulak. Kalau dekat dah lama aku balik tiap-tiap minggu. Semoga Allah lindungi mak ayah aku...risau kalau jadi apa-apa kat rumah...risau kalau dapat panggilan di waktu awal pagi/tengah malam apabila ibu atau ayah aku tak sihat..

Ok..aku akan berbual-bual sampai pagi ngan kakak ngan mak aku malam ni......esok tido kat Perlis dah..isk..isk....aku benciiiiiiii!!!!!

Friday, June 3, 2011

hari ni menebas hutan

Adoi...lenguh pinggang aku..pagi tadi kami bersama-sama menebas hutan belukar belakang rumah. Dengan akar-akar pokok berjuntaian, memang semak..bimbang kalau ada binatang berbisa di celah-celah semak di bawah pokok rambutan tu...

Cari parang bawah almari bilik ayah aku, lepas tu aku pegi tebas segala macam pokok renek kat belakang rumah. Dulu ayah aku masih mampu buat semua tu, sekeliling rumah licin takde daun kering pun, semua dikutip dan dibakar daun-daun kering tu. Tapi..sekarang ayah aku sudah agak uzur untuk buat semua tu, sedangkan mau berjalan pun tak larat. Tadi dia nak pergi beli beras Siam kat pasar Wakaf Bharu, aku ingatkan dia ikut sebab nak tunjukkan kedai mana yang biasa dia beli tu, rupa-rupanya dia duduk dalam kereta je, tak larat jalan dah. Dia bagi instruction : "pergi sebelah hujung sekali, kedai sebelah hilir"..ahh sudahh...tang mana ntah aku pun tak tau. Aku main agak je, janji beras cap angsa. En Hubby tunggu dalam kereta, katanya bimbang kalau jadi apa-apa kat ayah.

Sedih bila tengok kedua-dua ayah dan ibu aku, lagi-lagi ayah. Umurnya kalau ikut IC 83 tahun, boleh jadi lebih tua lagi sebab kat IC tu ada simbol * kat nombor. Ibuku pula 70 tahun. Sama jugak ada simbol *. Almaklumlah aku anak paling last. Sedangkan kakak aku yang sulung pun dah ada cucu!!!

Kakak aku mengajak ayah aku tinggal dengannya di Klang, tapi orang tua mana mau duduk dengan anak, lagi-lagi kalau bukan di rumahnya sendiri. Abang aku akan datang menjenguknya setiap hari kalau ada apa-apa yang mereka perlukan. Yang lain kebanyakannya tinggal jauh di luar tempat ini. Aku tengah plan nak cuti lagi sehari Isnin ni, rasa sekejap sangat, tak sempat aku nak tebas belukar belakang rumah. Tangan aku pun dah melecet sikit.
oklah nanti aku sambung lain kali.

Thursday, June 2, 2011

Snap snap 2...balik kampung!!



Alhamdulillah..aku dah selamat pulang ke kampung halaman kelmarin..pagi tadi sempat ke Kedai Lalat dekat Kg Pulau Melaka


Mak aku kata ni namanya kuih tepung pasung

Tak tau nak pilih ulam apa dah...

Batang keladi..makanan aku jugak..ahh memang taste orang tua hahaaa

Pembuka selera..makanan orang-orang tua, orang muda macam aku pun makan

Bonda turut membeli ikan kering...fresh..sedapp!!!

Special creatures : ETOK !

Laksam dan laksa fresh...all time favourite

Gulai ikan tongkol...OMG!!! sedappp!!

Ketupat nasi

Nak jering satu kilo makcik !! (RM6)

Mak aku mesti beli kelapa...

Tunggu kat sini ya..mama nak round satu pasar hari ni

Nasi kerabu...nyumm nyummm

Tuesday, May 31, 2011

Snap snap 1..random photos

Anak omak..cara dia letak kaki tu sebijik macam aku masa kecik-kecik

Garam mandian beli kat Padang Besar weekend lalu, RM 5, bila nak cepat sental guna garam ni

This is how I eat :) Rimbunan tu patutnya lebih banyak, tapi aku malu sebab orang ramai kelmarin hehee, nasi satu mangkuk, selebihnya ulam, bapak ikan sekor

Sarang lebah, beautiful, simetrinya tepat

Jungle girl
Pokok ulam chemumar, my favourite


Faiz's artwork

My son....

Pagi tadi hubby aku ke sekolah anak sulungku (tadika), katanya cikgu Faiz nak bagitau progress pencapaian pertengahan tahun. Ketika aku sedang membuka netbook aku, tiba-tiba dapat sms dari En. hubby " Dapat nombor 2"... aku ingatkan dia tersilap hantar mesej. Kemudian baru aku teringat tentang progress report Faiz. Aku excited sebab tak percaya Faiz ada exam! sebab aku tak sangka dia dah besar!! Maknanya lepas ni dia akan masuk darjah satu dan selalu ada exam, dan akan melalui exam UPSR, PMR dan SPM!! Aku tak percayaaa!!! Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru je beranakkan dia pada 16 Julai 2006. Aku terus call abahnya, dia pun sama excited!! Even though masih kecik tapi dia dah tunjukkan perkembangan yang baik. Kata abahnya, markah BI 100%, jawi 100%, sains 100% ,maths 95%, Bahasa Cina 86% dan BM 84%..hehehe kelakar pulak bila dapat tau markah BM.

Cikgunya kata Faiz cepat pickup apa yang diajar, orang lain buku 2 tapi dia dah buku 3. Aku rasa sangat gembira, walaupun mungkin orang kata, ala baru 5 tahun...tapi aku tetap gumbira, sebab anak aku dah besar! Sebenarnya sejak dari kecil memang sungguh mencabar jaga Faiz ni sampaikan mak aku kata, "takpela dia kuat nangis pun, bila besar nak jadi menteri nih.." apabila melihatkan aku yang tak cukup tidur dan kurus cikeding serta mata lebam macam beruang panda. Teringat kisah Ahmad Albab pulak...Faiz dilahirkan awal 2 minggu. Lahir secara induced sebab masa tu aku tak sakit pun tapi aku ke hospital sebab diarrhea. Aku terus ke hospital dan kena tahan terus..terkejot aku!!! Alhamdulillah walaupun sakit guling-guling tapi orang kata aku mudah beranak, rasanya tak sampai 2 jam..aku pun dah lupa..lahirlah Faiz ke dunia. Beranak kat adiknya lagi cepat, dalam setengah jam je, juga kena induced sebab aku tak sakit.

Bila lahir, dia kena jaundice yang teruk sampaikan kena masuk wad, dahla masa tu aku berpantang kat rumah mertua (OMG!! what did you say??with MIL..hahahaaa evil laugh)...Faiz ni jenis payah nak menyusu. Selama sebulan la dia macam tu, nak buka mulut punya susah, kadang-kadang aku rasa nak baling je masa tu heheee (maklumlah emosi kurang stabil), bila dah menyusu, dia nak posisi tu je iaitu aku kena duduk, tak boleh baring. Selama setahun boleh dikatakan aku tidur sambil duduk. Bila dia terlena aku letak kat bawah, boleh aku baring kejap, tapi bila letak kat bawah dia akan jaga. Kalau bab nangis tu tak payah cakaplah, memang kuat nangis. Payah nak stop. (psss....sebenarnya ni mewarisi perangai aku masa kecik, ayah aku terpaksa letak aku dalam telaga sebab nangis tak henti-henti..telaga kering). Sebab tu aku kata very challenging. Aku breastfeed dia sampai umur 18 bulan sebab masa tu aku pregnant anak ke dua. Nak cerai susu tu 2 minggu dia nangis setiap malam. Manakala adiknya menyusu genap 2 tahun..Alhamdulillah...

Alhamdulillah sekarang dia dah ok, tapi nakal tu tak payah cakaplah..seminit pun tak pernah duduk diam.. bila dia merajuk tu yang payah nak pujuk, dan dia terrrsangat manja dengan aku. Apa-apa pun semua dia nak aku buatkan. Abahnya selalu sound aku sebab aku jarang 'tibai', sebab nanti dia naik lemak katanya. Takpela, cukupla abah dia sorang very strict. Kalau dua-dua garang kang pening budak tu. Kalau dia buat kerja sekolah dengan aku, dia buat lengah-lengah. Tapi kalau buat dengan abah dia, kadang-kadang sampai meleleh air mata dan teresak-esak. Video kat bawah ni dirakam 3 hari lepas. Dia belajar baca buku Iqra' dengan abahnya pada waktu selepas solat maghrib. Kat sekolah aku tengok baru belajar menulis alif ba ta tapi sebenarnya dia dah boleh baca. Sekolah dia sekarang bercampur dengan budak Melayu, Cina dan India. Cikgu pun ada Melayu, Cina, India. Lebih kepada English school. Tukang masak Melayu. Aku nak dia bercampur dengan bermacam jenis orang, pelbagai kaum. Barulah satu Malaysia hehee.....



Faiz baca Iqra'




Adik pulak nak baca....

Bekas polisterina merosakkan sistem pembiakan dan penyebab kanser, leukemia

Ohhh..isu kepenggunaan lagi...yang ini pun ramai yang memandang enteng. Pergilah ke mana-mana kedai atau gerai, pasti bekas polisterine digunakan untuk menyimpan makanan, atau istilah orang zaman sekarang, tapau! Daripada air panas mendidih hinggalah kepada kuey tiow panas baru di masak, ataupun kuah laksa menggelegak yang dibubuh ke dalam bekas polisterine. Atau apa kata apabila menghadiri kenduri-kendara, cuba perhatikan jika terdapat hidangan laksa atau bubur kacang, bekas apakah yang disediakan. Atau apabila menghadiri parti hari jadi atau hari sukan, bekas apa yang digunakan. Tidak lain dan tidak bukan juga bekas polisterine.

Majlis makan-makan memang sudah sinonim dengan bekas polisterine. Aku selalu juga pesan kepada kawan-kawan tentang bahayanya bekas polisterine kepada kesihatan, mereka mengangguk setuju tapi mereka gunakan juga. Pada suatu hari, kawan aku order tomyam panas dari kantin kolej, sebaik sahaja makcik kantin tu menuang kuah tomyam ke dalam mangkuk polisterine, dengan serta merta gelembung-gelembung udara naik ke permukaan. Mungkin itu menunjukkan tindakbalas haba daripada kuah yang panas tu ke atas bekas polisterine tu. Bayangkan, bahan-bahan kimia tu terlarut dalam kuah tomyam dan masuk ke dalam perut kawan aku tu ntah apa jadi dalam perut dia..for long term..

Kalau aku teringin nak tapau kuey tiow sup atau kuey tiow goreng kat kedai, aku akan bawa bekas makanan dari rumah. Pernah hubby aku nak beli kuey tiow sup kat pasar malam, tapi kami tak bawa bekas dari rumah, lalu aku kata tak payah!!! Nak kena kanser ke, kata aku... Orang Melayu ni makan tak nak beringat lepas tu bila sakit tak nak ke hospital, jumpa pengamal perubatan tradisional, lepas tu bila dah kronik baru nak ke hospital...bila mati kat hospital kata ni doktor punya pasalla ni..eh..ni cerita lain ..hehehee.....

aku ada cari info pasal bekas polisterine ni kat bawah, semoga mendapat manfaat. Yang penting, eat good and healthy food, halalan toyyiba..

Bekas polisterine digunakan dengan meluas untuk mengisi makanan dan ekoran kosnya yang murah dan mampu memberikan keuntungan lebih banyak kepada penjual makanan, ia terus digunakan.

Tak gunalah mana-mana syarikat yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk membuat penyelidikan menggantikan bekas polisterina itu dengan bahan lain sebab, jika bekas gantian itu dijual dengan kos yang tinggi berbanding polisterina, ia pasti tidak akan mendapat sambutan.

Kecuali di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengharamkan penggunaan sebarang bekas polisterina melalui Kempen Tapau-Mania dan memberikan alternatif terbaik buat warga pelajarnya sama ada mahu memilih untuk menggunakan bekas sendiri atau bekas makanan mesra alam, Bidai dapat rasakan jika ini tidak diguna pakai di mana-mana warung, di negara ini, pastinya sambutan terhadap bekas mesra alam akan pudar.

Sama juga seperti di USM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak di mana mereka juga mengenakan tambahan 20 sen kepada pengguna.

Jadi akhirnya, bagai mereka yang tidak mahu membayar lebih 20 sen, mereka akan membawa bekas makanan sendiri dan ini sedikit sebanyak mampu menghapuskan penggunaan bekas polisterina.

Mengenai bekas polisterina ini, Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid berkata, biarpun belum ada kajian mendalam mengenai tahap bahaya bahan itu namun bahan stirena yang berasal daripada phemynl memang boleh memberi masalah ke pada sistem kesihatan.

Kata beliau, organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan yang turut melibatkan darah serta hati.

''Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,'' katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini walaupun hakikatnya ia sudah berkali-kali diberitahu dan diumumkan.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina yang mengandungi sedikit sisa stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

''Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam sistem badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,'' jelasnya.

Bidai baca kenyataan dia pun Bidai dah seram. Saban hari kita bergelumang dengan bekas polisterina itu tanpa mengetahui bahaya mengenainya yang mampu membunuh.

Walaupun belum lagi ada kajian terperinci, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.

Malah kesan buruk stirena ini juga akan menyebabkan mutagen yang mampu merubah genetik dan menyumbang kepada risiko kanser serta merosakkan sistem pembiakan.

Lebih memeranjatkan, pengeluaran polisterina juga membabitkan penggunaan benzena iaitu bahan karsinogen yang dikaitkan dengan leukemia.

Di Britain, kajian mendapati bahawa polisterina dalam plastik yang digunakan untuk makanan mengandungi sehingga 80 bahagian persejuta (bps) benzena.

Kalau pembaca perasan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sudah lama tidak menggunakan bahan polisterina pada setiap bekas makanan dan minuman mereka, sebaliknya mereka lebih banyak menggunakan pembalut kertas yang mampu dikitar semula.

Ini berikutan, polisterina bukan hanya merosakkan sistem dalaman manusia, namun ia juga mampu memberikan kesan buruk kepada alam sekitar disebabkan ia mengambil masa hingga beratus-ratus tahun untuk terurai dengan sepenuhnya.

Jadi apa salahnya jika kita mengikut cara barat yang bagi Bidai merupakan aspek positif. Ini tidak, budaya dan kegiatan negatif barat semakin menjadi pilihan.

Bayangkan kini semakin lama semakin ramai di kalangan kita yang mengidap kanser tanpa disedari.

Tanpa diketahui penyebab utama, Bidai dapat rasakan polisterina menjadi antara penyebab penyakit itu kini semakin ramai 'ahlinya'.

Bukan untuk menyanggah kehendak Allah, namun kita sepatutnya berusaha untuk mengelakkan perkara yang sudah terang dan diketahui umum.

Jika pembaca ingat, selain kisah polisterina yang diharamkan di USM pada ruangan ini, Bidai juga pernah menulis mengenai sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang membuat kajian dan penyelidikan (R&D) menukar bekas polisterina dengan bahan bioteknologi ekstrak ubi kayu.

Apa gamaknya terjadi dengan syarikat ini yang pada Bidai melakukan R&D dengan tujuan menyelamatkan manusia dan alam sekitar. Adakah bahan yang dihasilkan oleh mereka kini mendapat sambutan?

Jika mereka boleh menunjukkan secara live dengan memakan bekas makanan yang dihasilkan mereka, maknanya, ia juga mesra alam sekitar dan bagus untuk manusia.

Jika ia bagus, kenapa kerajaan tidak bertindak dengan menghapuskan secara berperingkat bekas polisterina dan menggunakan bahan yang dihasilkan oleh NHI atau mana-mana syarikat yang kini sudah berlumba-lumba untuk menghasilkan bekas mesra alam dan manusia?

Dengan cara itu, Bidai dapat rasakan, kos untuk menghasilkan bekas makanan mesra alam itu dapat diturunkan dan secara perlahan, polisterina tidak akan lagi wujud dan digunakan oleh orang ramai dan rakyat Malaysia akan lebih sihat.

Fikirkanlah...