
Selepas itu dia membeli seekor ikan duri untuk dibuat gulai keesokan harinya manakala aku membeli ulam-ulaman which is my favourite as usual. Untuk makan malamnya kami membeli nasi maduri je yang mana ianya merupakan nasi kuning dengan gulai daging atau ayam serta dalca. Sebelum balik kami melintasi gerai menjual durian. Banyak sungguh durian, kenapa di Kota Bharu tidak kujumpa durian melainkan sebiji dua yang mahal harganya. "Nak durian tak?" tanya hubby."Boleh juga"..biasanya aku jarang makan durian begitu saja. Aku selalunya jadikannya tempoyak dan makan bersama sambal belacan atau budu hehee (mek budu). Sejak dari kecik aku tak pernah makan durian dengan pulut santan. Ketika mak, wan serta adik beradik lain sibuk menjamu durian dan pulut santan, aku hanya tengok je tanpa rasa teringin. Mak yang faham seleraku biasanya akan simpan sebiji untuk aku makan sebagai tempoyak hehehe...

Bukan setakat pulut durian, buah pelam dengan pulut seperti yang dimakan oleh orang di Utara, mahupun pulut ayam, pulut kuning, pulut manis, you name it jenis-jenis makanan berasaskan pulut yang ada, tekak aku payah betul nak telan kecuali semasa baru-baru kawen dulu, mak mertua menghidangkan pulut dan mempelam manis. Nak tak nak aku telan je slow-slow. Selepas tu baru diorang tau selera aku, kalau diorang makan durian beramai-ramai aku jarang ikut serta, mungkin sekadar merasa seulas dua. Sebenarnya perut aku ni walau macam mana pun mesti makan nasi. Sebab tu aku jarang makan makanan lain selain daripada nasi. Sebut pasal nasi, perut aku pun dah lapar sekarang ni. Jom lunch!
No comments:
Post a Comment