Tuesday, December 27, 2011

Testimoni......

Adehh..... aku telan jamu Perawatan Wanita Mustika Ratu tapi tak minum air, terasa macam melekat-lekat je kat rongga esofagus ku ini....

hmmm....aku dah makan jamu ni sudah 5 hari, tapi enggak bisa mau tafsirkan hasilnya lagi, mungkin mengambil masa. Tapi aku suka jamu ni sebab hanya perlu telan sebijik aje sehari. Lagipun sekotak untuk sebulan. Jimat ongkosnya! Lepas ni bolehlah jadi duta mustika ratu kehkehkeh...

Spray Haiku Avon juga sangatlah harum dan menyegarkan. Bau macam lepas mandi, seperti bau bungaan yang tidak begitu menyucuk hidung. Sebenarnya semasa kenduri baru-baru ini, aku terhidu bau wangian lembut ni bila aku duduk dekat sepupu Habibi (nama baru hubby!!!). Aku dah agak bau wangian Avon cuma tak pasti yang mana. Lepas dia beritahu dia guna spray Haiku, terus aku cari kat kedai Avon. Harummmm sangat baunya, lembut dan segar. Bau spray dan roll on tak sama. Yang spray lagi harummm...Lagipun encik Habibi suka aku pakai harum-harum. Lepas ni boleh try spray lain pulak.

Untuk syampu Bayam Mustika Ratu pulak, rasanya ianya mujarab untuk mengurangkan rambut gugur. Sebab aku rasa rambut gugur berkurangan. Sebelum ni aku guna VO5. Mula-mula tu ok tapi lama-lama gugur juga, dan aku guna macam-macam jenis dah sampaikan aku ambik vitamin kat klinik but to no avail. Akhirnya aku jumpa solutionnyaaaa!!!! Sebenarnya aku beli lepas search kat Internet, ada orang tu mengalami masalah rambut gugur. Bila guna syampu ni memang mustajab!! Sebenarnya ni kali kedua aku beli. Sabtu lepas aku dah beli dan aku letak kat tepi kolah dalam bilik air kat kampung. Sekali tu bila aku masuk nak mandi, tengok berbuih-buih air kolah tu. Sapa punya kerja lah ni! Ramai sangat kanak-kanak, aku tak pasti yang mana satu pi tuang. Dia ingat ubat jentik-jentik ke apa. Rugi la duit aku.

Ohh...beg kosmetikku semakin berat dengan bertambahnya segala macam produk ni.

2 comments:

  1. Salam.. saya terbaca blog saudari pasal jamu sebab tengah google nak try makan jamu..sebab luka bersalin saya kembali sakit selepas dekat 2 tahun.. mm.. dan saya tak tahu kat mana nak carik manjakani kat Kuching, Sarawak ni.. :) jadi masih makan jamu lagi tak dan ada tak kesan sampingan..terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam husnul khatimah jane,
    orang kata elok makan manjakani yang fresh, rebus sendiri dan minum airnya sebab tu natural. Try cari kat kedai jamu, ataupun kedai ubat herba cina sebab biasanya saya cari kat kedai macam tu. Dia jual dalam paket, ada juga jual kira berapa biji. Tryla cari harap2 jumpa :) saya telan manjakani serapat aje sebab tak sempat nak rebus semua tu hehe, serapat ni saya rasa ok, asalkan makan berterusan.

    ReplyDelete