Thursday, March 22, 2012

Bonda sendirian ke Kedai Lalat....

Aku baru aje telefon mak aku kat kampung. Dia berada dalam kereta bersama abang aku untuk ke Kedai Lalat. Sebelum tu mak melawat pusara Wan. Kata mak, pokok ros tumbuh segar dan bercabang baru, cuma belum berbunga.

Ini merupakan kali pertama mak ke Kedai Lalat semenjak Wan pergi...
it's gonna be hard for her, kat situ nostalgia mak dan Wan setiap hari Jumaat. Mereka berdua pasti ke sana untuk mencari barangan dapur, atau Wan sekadar membeli ikan tenggiri kegemaran. Kali ni mak ke sana tanpa Wan yang dikasihi...pasti setiap sudut dan ruang di Kedai Lalat akan mengingatkan mak pada Wan, seperti aku baru-baru ini.

"Tak beli nyor ko (kelapa)?" tanya aku, mak biasa beli bila ke sana.

"Tak beli dah, tak masak sangat pun..". jawabnya.

"Dahla lepas ni jangan dok ingat lagi...", pesanku padanya.

"Mana boleh lupa terus, kena ingat juga..", jawabnya...

maksud aku sebenarnya jangan terlalu memikirkan Wan sampai menjejaskan kesihatannya.

Setiap hari aku masih terbayang-bayang wajah Wan bila aku bersalam dengannya. Masih terasa bagaimana aku cium tangannya, terasa jari-jemarinya yang kurus. Lepas aku salam, aku cium kedua pipinya, dan masih aku dapat bayangkan aroma pipinya, aku masih boleh ingat. Dan bagaimana Wan mengusik anak-anakku masih terpahat kukuh diingatanku. Raut wajahnya akan sentiasa tersimpan di lubuk memori.

Aku sayang gila kat Wan, rindu sungguh padanya...
apa yang menguatkan aku adalah bila aku percaya yang Allah menjaganya dengan baik di sana, amin. Aku sayang pada Wan tapi Allah sayang Wan lebih banyak daripada aku. Aku pernah dengar yang Allah menyayangi hamba-Nya lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Aku berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa Wan, yang tidak pernah mengabaikan kesemua anak-anaknya, lindungilah Wan di sana ya Allah.. amin....

dah 257 hari dah Wan pergi, terasa seperti baru semalam Wan masih ada di sisi.. terasa macam baru semalam Wan pergi...
al-fatihah...

No comments:

Post a Comment