Wednesday, May 8, 2013

Berpesan-pesan..

Pukul 1 tengahari tadi abang aku bagitau, rumah mak kat kampung dipecah masuk pencuri. Terkejut abang aku bila datang tengok rumah semasa rehat tadi. Habih pecah dinding bilik solat Wan dan juga dinding bilik Wan. Almari kesayangan Wan juga robek dipecahkan diorang. Tak guna punya penyamun. Tiada barang berharga di rumah, tapi aku sedih sebab rumah Wan rosak. Abang aku pun tak sempat nak check betul-betul tadi sebab nak ambik anak sekolah.  Habis kain baju dalam almari disepahkan. Mak tak diberitahu lagi, dia tak  boleh tahu benda-benda macam ni, nanti dia jatuh sakit. Lepas semua ok nanti abang aku bagitau. Dah lama mak tak duduk di rumahnya sorang-sorang, bahaya sebab drug addict (yang disyaki) ni boleh hidu orang-orang tua mana yang duduk sorang-sorang. Lagipun mak aku dah tak teringat sangat dah kat rumah dia, kalau dulu dia selalu nak balik. Ini lah kali pertama rumah kami di kampung dipecah masuk sejak Wan bina rumah tersebut. Ada rahsia sebenarnya yang diamalkan oleh Wan ketika hayatnya. Ketika Wan masih sihat, Wan akan membaca ayat Qursi sebanyak 7 kali sambil mengelilingi rumah. Alhamdulillah selama berpuluh-puluh tahun, tak pernah dipecah masuk walaupun rumah jiran -jiran dah beberapa kali dimasuki pencuri. Tetapi sekarang rumah mak dah lama tak berpenghuni. Macam rumah tinggal. Aku pulak lupa nak baca doa yang Ustaz Harun Din ajar masa nak kunci pintu rumah ketika balik mengundi weekend lalu. Lepas ni kenal amalkan doa tu balik bila balik kampung. Kesian pulak abang aku nak repair dinding tu petang ni.
ermmmm, sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal kes pecah rumah, tapi kali ni pasal kes rumahtangga. Seorang kenalan kepada kenalan aku baru saja bercerai dengan isterinya. Ketika aku mula-mula tahu, ianya masih bergolak, selepas tu dah tak dapat diselamatkan lagi.
Daripada cerita tersebut, terdapat beberapa perkara yang menjuruskan kepada penceraian tersebut dan aku nak kongsikan agar para isteri mengambil berat dan menjaga hubungan dengan suami dengan sebaiknya. Ini nasihat kawanku :

1) Jangan suka mengutuk ibupapa suami kerana ia akan menambahkan kebencian suami kepada isteri. Walau buruk macam mana pun ibubapanya, air dicincang tidak akan putus, tak seperti  hubungan suami isteri, kalau putus dah tak ada apa-apa dah. Nak tak nak kena bersabar dengan kerena ibubapanya.

2) Pentingnya bersikap caring dengan suami, ambil berat tentang keperluannya. Sebab orang laki ni sebenarnya manja sikit, nampak aje legend. Kena ambil berat makan minumnya, buatkan air etc.

3) Bila telefon, jangan cakap kasar, cakap baik-baik. Terkejut si suami bila isteri mengherdiknya di telefon.

4) Hubungan intim..ohhhh... penting ni. Menurut sumber tersebut, isterinya melayan acuh tak acuh aje. Macam batang pisang? hmmmm.... ( lalu aku dan kawanku bertunggu lumus makan collagen bagai ehhehhe). Dari segi penampilan kena jaga, kasi attractive sikit kat rumah. Ni pucat macam hantu kubur, ohhhhh....

5) Mulut jangan puaka. Jangan terlalu celupar dengan suami, kerana ini akan membuat hati suami semakin tawar.

6) Suami nakkan isteri jadi seorang yang romantik, jangan tak tau. Kita ngat orang pompuan aje nak lelaki romantik, sebenarnya suami pun.

7) Jangan halang minat suami. Kalau dia suka main futsal, jangan halang (bagi aku, bagus kalau libatkan isteri dan anak-anak sekali).

8) Isteri garang, itu tak boleh, ini tak boleh sampai suami jadi stress.

9) Jangan suka tuduh-tuduh suami ada affair. Dalam kes ni, si isteri suka menuduh suaminya ada perempuan lain, last-last jadi sungguh sebab suami tu geram dengan isterinya.


ok, itu nasihat kawan aku, Nasihat aku pulak, adalah lebih baik untuk mendiamkan diri sahaja ketika marah. Bila rasa nak smash macam-macam tu, cuba relax dulu dan jangan cepat lepaskan kata-kata dan tuduhan. Sebenarnya selepas itu kita akan menyedari bahawa dengan tidak berkata apa-apa ketika marah itu telah menyelamatkan keadaan. Ia pernah berlaku kat aku bila kita rasa nak marah kat habibi, dalam kepala plan dah nak cakap itu dan ini, siap skrip lagi. Tetapi, bila sampai waktunya, aku senyap dan tunggu, rupa-rupanya andaian aku tu tidak benar dan kadang-kadang kita tak tahu keadaan suami kita sebenarnya. Kadang-kadang dia ada masalah tapi tak diceritakan kepada kita, orang repempuan pulak jenis cepat nak melenting dan kata itu dan ini. Apa yang perlu, ketika marah tu cuba control. Ingat tu ye, sangat penting!
Lagi satu, orang perempuan jangan malas dan kedekut. Jangan berkira nak beli supplement mahupun collagen atau pakaian. Sorry to say, bagi aku kain batik ni nampak selekeh. Begitu juga seluar pendek, hubby aku pun tak berkenan aku pakai seluar pendek. Aku rasa aku nampak macam orang seberang aje bila pakai seluar pendek. Banyak aje fabrik yang lembut dan murah kat kedai. Beli la pakai. Baju harga RM10 pun aku tengok cantik kat kedai Hari-Hari. Baju tak semestinya takde lengan, dengan berbaju biasa tapi berkain lembut juga boleh membuatkan isteri napak comey. Pemilihan warna juga penting. Pilih warna-warna yang ceria sikit. Aku cakap macam ni sebab aku tengok ramai surirumah pakai kain batik dan tshirt bodo aje. Bukan suruh berbaju ketat sexy pun, tapi baju yang ceria sikit. Pakai seluar panjang jenis longgar tu pun boleh  nampak segar. Iye aku tau, anak kecik, tapi cuba, peringatan ni pun buat aku jugak sebenarnya. Bila aku pakai selekeh kat rumah, aku sendiri pun tak lalu tengok muka sendiri kat cermin, apatah laki. Sekarang ni bonus buat aku sebab anak dah besar. Alhamdulillah banyak rehat dan tak stress seperti anak-anak kecik dahulu.

ohh... aku baru dapat Gogen collagen yang aku order beberapa hari lepas. Seronok berurusan dengan Gojezhouz sebab diorang cepat respon dan pantas hantar barang.

oklah, jaga diri baik-baik ye!

No comments:

Post a Comment