hai apa khabar?
lama tak tulis panjang-panjang,
tak sempat nak mengarang lama-lama depan komputer.
Hari ni datang kerja dengan perut memulas, ini adalah sindrom lepas raya yang biasa berlaku. Tengahari kelmarin aku ke kenduri rakan sekerja kat Kuala Perlis. Makan tak ingat dunia. Yang aku ingat, aku banyak makan jambu dengan asam yang disediakan. Kawan-kawan lain yang pegi kenduri Ok aje sebab diorang tak makan banyak sangat jambu asam tu. Haa kan dah kenaa...
selepas raya ni ramai yang dok belek-belek poket yang dah tengah kering hehehe...
tapi aku tak berboros-borosan sangat pun, kebetulan dapat imbuhan duit raya. Guna duit tu la beli barang-barang ketika balik kampung hari tu. Aku takdela joli sakan sangat bulan nih, beli biskut raya pun tak extreme macam tahun-tahun lepas, sebab aku tau akhirnya tak termakan bila banyak sangat beli. Nak tinggal kat rumah kat kampung pun tak perlu, sebab kat rumah kat kampung dah jadi macam homestay dah. Sayu juga bila hari nak bertolak balik ke sini, sebab aku orang terakhir keluar rumah. Sebelum tu say good bye kepada emak yang bertolak bersama kakak ke KL. Sedih betul jadi orang last nih, macam tu lah agaknya perasaan Wan dan mak bila diorang wave goodbye bila anak-anak kembali ke rumah masing-masing selepas raya.
I miss this look so much... setia menunggu sampai kereta anak-anak hilang dari bayangan macam dalam gambar ni. Kakak aku ambil gambar dari dalam kereta. Part ni yang paling sedih bila habis cuti. Tapi sekarang ni, sebelum balik kampung dah sedih dah.
Bila mak aku bertolak ikut kakak, tinggallah aku, hubby dan anak-anak. Angkut segala bahan makanan seperti beras, bawang dan segalanya sebab tak boleh tinggal nanti tikus makin besar taiknya. Masa mula-mula balik tu terkejut aku sebab taik tikus merata-rata di dalam rumah. Untuk mengatasi masalah ni, kakak aku mengupah jiran untuk mencuci rumah ni secara berkala. Jadi takdela rasa tensen sangat bila bukak pintu nak masuk rumah. Ayam peliharaan Wan pun hampir habis disembelih sebab takde orang nak jaga, abang aku hanya ambik 2 ekor aje nak bela buat baka. Selebihnya bagi jiran bela. Ada 2 ekor tu aku dok bagi makan semasa raya baru ni. Lastly masa nak balik terpaksa sembelih, aku tak tengok pun sebab sedih rasanya. Ketika Wan masih ada dulu, meriah aje keliling rumah dengan ayam-ayamnya. Sekarang ni sunyi sepi aje. Mak aku pun bila dah lama duduk rumah anak-anak, dia pun dah ok dah, tak macam dulu asyik nak balik. Sekali sekala aje dia balik jenguk. Ermm.. macam ni eh akhirnya bila orang tua sudah tiada. At least kami masih boleh balik duduk di rumah ni. Kata kakak aku, biasalah ni, yang mula akan berakhir, dan yang hidup akan mati. Cuma memori bersama insan tersayang yang membuatkan hati jadi hiba.
Dalam tempoh 2 tahun sejak pemergian Wan, hari raya pertama kali ni aku sedikit teresak-esak di pusara Wan ketika adik beradik membacakan doa. Sebelum ni aku buat hati kering je, mungkin mendengarkan bait-bait doa yang dibacakan oleh abang ipar membuatkan aku berasa sedih dan teringatkan Wan. Doa semoga Wan diampunkan dosanya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman dan diredhainya. Tahun ni merupakan raya ketiga tanpa Wan, tapi mana mungkin aku boleh melupakannya, baunya pun masih boleh aku ingat. Bangun tido ingat Wan.
Bila balik ke rumah masing-masing, macam biasalah semua meneruskan hidup masing-masing. Mengulangi semula kitaran kehidupan selagi masih bernyawa. Lumrah hidup, beginilah. Cuma aku cuba juga menemuhi kehendak emak jika dia perlukan apa-apa. Kadang-kadang kita sebagai anak-anak kena usaha sedikit agar ibubapa gembira. Sebab untuk diri sendiri pun, bila kita nak, kita boleh usaha sampai dapat, jadi kalau emak nak merasa itu dan ini, apa salahnya ditunaikan.
oklah, nanti jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment