Rasulullah S.A.W bersabda :
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah."
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
Aku baru telefon Pusat Sukan UUM bertanyakan pasal sukan renang dan berkuda.
Dah lama aku teringin nak ajar anak-anak aku swimming, horse riding dan archery nih. Ketiga-tiga sukan ini terbukti mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan.
Untuk masuk swimming di pusat akuatik UUM, bayaran sebanyak RM2 dikenakan untuk seorang dewasa dan RM1 untuk seorang kanak-kanak. Kalau nak kelas renang, kena bincang dengan life saver kat kolam tu. Sebab biasanya diorang yang handle kelas tu. Buat masa ni pusat akuatik UUM dalam penyelenggaraan, jadi tak boleh la nak try.
Lalu aku call pegawai sukan yang handle sukan berkuda pulak.
Katanya, untuk kelas menunggang kuda, bayaran RM360 dikenakan seorang untuk 8 kali kelas. Setiap kali kelas diadakan selama 45 minit hingga sejam. Kira punya kira, kalau 45 minit kelas, bayarannya adalah RM45. Okla tu kiranya berbaloi la. Kalau nak naik sesaje harus lah pandai menunggang kuda dulu, so kena la belajar dulu kan. Aku tak sabar nak bawak budak-budak ni. Berikut adalah manfaat sukan berkuda, memanah dan berenang :
--------------------------------------
BERKUDABentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di
tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa..
yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang
manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang
saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik
pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa
orang menunggang kuda.
Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral -
termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun
involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan
teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat
selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan
tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan
mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’
kuda.
BERENANG Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan
tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara
dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem
kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna
dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai
air serta menjadi berani.
MEMANAH Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target'
pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan
mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar
bertenang dan mengawal emosi.
Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan
anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal.
Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa
tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi.
Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah
melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
*Kredit to http://www.szlihin.com
----------------------------------------
Aku pun teringin ni weyyyyy!!!
No comments:
Post a Comment