hai hai hai..
selesai jugak mengajar kursus selama 2 hari, alhamdulillah, walaupun tak sempurna 100% sebab prepare hanya sehari, kursus berjalan lancar walaupun ada satu tajuk tu aku pening sikit sebab bila execute, tak jadi macam aku buat semalam. Dua malam dah stay up sampai 2 pagi dan 4 pagi dok study. Next time inform seminggu dua awal, tak la aku jadi kelam kabut, rumah pun macam tongkang dah haaa....
aku memang suka present, mengajar, bercakap-cakap di depan, sesuai jugak dengan karier aku sekarang bila selalu kena jumpa end user, dan kena maki dengan end user kihkihkih..... senang aje, maki ke marah ke aku gelak aje hahahaha.... memang response aku begitu, takde la stress gila-gila, kalau marah kat aku memang orang tu gagal la sebenarnya menyampaikan kemarahannya kat aku kuikuikui...
sambil buat kerja kat opis sempat lagi entertain pelanggan serum aku, aku jenis suka buat sesuatu cepat, aku nak selesaikan cepat. Kalau nak pos, aku akan pos segera dan bagi tracking number cepat-cepat, macam jugak COD, as soon as possible selepas selesai urusan hakiki aku la. Aku takde la agresif mencari pelanggan secara gila-gila, sebab business ni part time je pun, aku dah ada kerja pun, ni sampingan yang aku pandang penting juga. Nak approach dan desak orang gila-gila pun aku tak pandai. Rezeki Allah kan luas, asalkan ikhlas.
hmmm... hari ni aku dok nampak muka wan je, rindu betul, dok terbayang-bayang wan dok bercakap, dok makan, rindu sungguh...bau Wan pun aku ingat lagi, bajunya yang aku simpan dalam plastik tu masih kuat baunya...
teringat aku ada terbaca satu artikel pasal seseorang yang merindui arwah ibunya,
dah 5 tahun mak pergi...
tapi aku tak rasa lama sangat pun...
sebab aku pun bukannya akan hidup 1000 tahun....
Aku harap suatu hari nanti di syurga aku dapat jumpa Wan, amin....
No comments:
Post a Comment