Sejak aku kena sakit mata april lepas, dalam tempoh dua bulan ni beberapa kali mata aku pedih-pedih walaupun tak merah dan tak gatal.
Rasa macam berlarutan pulak pedihnya. Time ok, ok aje.
Tadi sekali lagi aku ke pusat kesihatan universiti untuk jumpa doktor.
Sambil belek-belek mata, doktor kata mungkin bukan virus tapi allergik.
"Buleh buta ke doktor?" tanya aku huhuuuu...
doktor kata takde la, ok aje, cuma aku risau sebab kadang-kadang macam nampak kelabu aje.
Doktor bagi Eye Mo dan ubat titis. Err, hari tu dah guna ubat titis tu, mungkin tambah Eye Mo ni membantu kot insyaAllah. Tiba-tiba takut pulak dengan keadaan pancaindera aku ni, nikmat hidup ni.
Tadi abang aku sms bagitau pasal rumah kampung.
Minggu depan rumah tu akan dirobohkan untuk buat rumah baru kat bahagian tengah tu. Bahagian yang aku post kat previous entry iaitu area 3 bilik tu.
Tiba-tiba rasa hiba pulak.
Bilik Wan......
sob..sob...
kayu-kayu kat bilik tu nanti semua will be gone sebab nak naik dinding konkrit.
Raya kali ni buat pertama kali dalam sejarah kami tak beraya kat rumah nih sebab mungkin belum boleh diduduki, sedih wehhhh......
anyways thanks pada abang aku yang berusaha menjaga rumah ini agar tetap utuh mestipun bertukar casing :-P
Maklumlah, anai-anai teruk bebebor. Sekali terajang aje boleh hancur dinding tu. Lantai pulak ada yang dah berkeriut-keriut bunyinya.
Nanti nak suruh abang aku tangkap gambar sebelum roboh, buat kenang-kenangan.
Well, let's move forward, Wan wouldn't even bother about this anymore, mungkin emak ajelah yang berasa sayu, dan aku pun.... well just go ahead!!!
okaylah.... life goes on...
err...
korang ada try tak lulur garam yang aku ajar tu?
seriously best sangat home made bath salt nih!
berbanding dengan yang aku dok beli tu yang ni lagiii best. Sebabnya garam tu masih fresh yang tekstur garam tu lebih elok butirannya. Jadi bila scrub kulit lebih berkesan. Jadi kulit akan jadi lebih bersih halus mulus tulus hehhee....
sekarang ni asal mandi je aku guna garam tu, tak risau habis sebab nanti boleh beli lagi.
Korang nih tak terliur ke dengan testimoni nih hehehe, tak payah pegi Spa dah.
nak balik dah...
byeee...
No comments:
Post a Comment