Wednesday, July 2, 2014

berbuka apa hari ni?

emmmm...
petang ni korang masak apa untuk berbuka?
aku tak rasa nak memasak hari ni, badan letih dan lapar....
nak ajak habibi ke bazaar ramadhan la hari ni.
Kat bazaar kalau tak tak bernasib baik, terkena yang mahal dan tak sedap.
Kalau nasib baik, jumpa yang sedap. Banyak juga yang sedap.
Kelmarin aku beli nasi tomato, ayam masak merahnya sangatla kecik. (aku berdua je dengan boboy, habibi ke KL dengan adik jadi aku beli nasi bungkus la)
Bila makan, lauk dah habis tapi nasik masih banyak.
Acar timun pun sikit.
Dalam hati aku, peniaga ni ikhlas ke tidak dalam berniaga ni...
kita kalau berniaga, nak suruh pelanggan yang makan tu kenyang dan gembira.
Kalau tuan kedai tu sendiri makan, rasanya dia tak makan ayam cinonet macam tu.
Dalam erti kata lain, kedekut dan nak untung banyak. Siapa yang tak nak untung banyak, tapi biarla pelanggan tu kenyang.
Dulu aku ada order ayam masak kicap kat sebuah restoran.
Aku rasa bila cantum isi ayam yang dicincang tu, lagi banyak lagi isi seketul drumstick!
Sorry wahai peniaga, awak sangat tamak dan tak fikirkan perut pelanggan yang berkeroncong.
Memang makan tak cukup macam tu, selepas makan masih lapar.
Patutnya peniaga ni dia boleh bajet, sepinggan hidangan tu cukup untuk seorang.
Lepas tu aku boikot kedai tu, dah lama tak ke sana.
Tak ikhlas betul serve pelanggan! Bila pelanggan kutuk dan doa macam-macam, kan nanti terkena!
Biasanya aku akan tanya harga dulu la, kalau sepadan dengan kuantiti aku akan beli.
Okaylah, nak balik dah, balik awal bulan puasa ni...
tata!

No comments:

Post a Comment