Tuesday, September 23, 2014
Sentimental value-map
Hari ni aku rasa sentimental sikit...
Tadi masa nak datang kerja, aku singgah isi minyak kat stesen minyak.
Aku beratur di belakang seorang pakcik yang sedang mengisi minyak motorsikalnya.
Aku perhatikan dari awal sampai akhir, selesai mengisi minyak, pakcik tu mengetuk-ngetuk muncung pam minyak untuk mengeluarkan sisa-sisa minyak yang tertinggal.
Jenngggg....
terus aku teringatkan Wan...sob..sob....
sejak kecik bila aku naik motorsikal Yamaha merah Wan, bila Wan singgah di stesen minyak, aku akan perhatikan cara Wan isi minyak.
Wan bayar beberapa ringgit dan kata nak minyak merah, setau aku minyak berplumbum hehe...
masa isi minyak, sambil corong minyak berada dalam tangki, Wan akan menekan-nekan motosikalnya, macam nak bagi buih-buih/gas naik atas kot. Masih ingat lagi huhuhuh...
lepas tu bila dah selesai, Wan akan mengetuk-ngetuk muncung pam dan kemudian tutup tangki sambil mengelap dengan sehelai kain yang diletakkan di bawah pelana.
Dan aku pulak sekarang tiru cara Wan, mengetuk-ngetuk muncung pam untuk mengeluarkan saki baki minyak yang tertinggal dalam muncung.
Sedih betul rasanya,
dalam masa yang sama, aku mimpi Wan beberapa kali semenjak dua menjak ni. Kali pertama pada Jumaat lalu huhuuu... aku mimpi sedara Wan datang ke rumah sebelah, tapi muka macam Wan pulak iskk....
Bertambah sentimental bila aku tengok map dari google earth ni, memanggg sedih bila aku pegi zoom atas kampung tempat tinggal aku.
Rumah aku terlindung sikit tapi aku nak tunjuk tempat permainan aku masa kecik.
Arrow merah tu adalah rumah kedai Wan. Dulu masa kecik-kecik aku dok lepak depan kedai ni la kat atas pokok cermai, sambil tengok kereta lalu lalang.
Arrow kuning tu tempat aku main panjat pokok sampai jatuh dan patah tangan, bila kawan-kawan aku bawak jumpa Wan kat kedainya ( semasa tu Wan sedang tolak basikal nak pulang kat depan kedai), teruk kena marah dengan Wan huhuuhii...
Arrow biru tu laluan untuk balik ke rumah, masih aku ingat, kat selekoh kecik tu aku jalan kaki dengan Wan pada waktu malam untuk ke kedai Wan, keadaan gelap jadi aku takut dan jalan sambil peluk Wan yang membawa lampu suluhnya. Wan suka on lampu suluh dia sekejap sekejap sebab nak jimat bateri agaknya.
Arrow coklat tu adalah kedai hardware. Wan pernah terkurung dalam kedai tu. Pekerja kedai ingatkan takde orang, rupa-rupanya Wan ada dalam tu, aku lupa macam mana Wan boleh keluar hehehe...
Arrow hitam tu dekat dengan rumah. Kat situla masa kecik-kecik aku nampak Wan pulang dari pasar Siti Khadijah (jalan short cut) dengan menaiki basikal tua, barang penuh di carrier belakang. Barang untuk berniaga kedai kopi seperti ayam, ikan etc.
Arrow pink adalah rumah best friend Wan, pokseng.
Manakala arrow hijau adalah tempat Wan disemadikan. Pokseng baca yassin mengadap kubur ni la sebab dia sakit tak boleh berjalan masa tu. Recitation to his bestfriend.
Bila aku tengok je map ni yang aku save kat pc, memang teringat gila kat Wan.
Hari-hari ingat Wan, ntah bila ntah yang aku tak ingat kat dia...
Kata ustaz, ingatan orang semasa matinya, sama seperti ingatan semasa hidupnya.
Aku harap Wan masih ingat aku yang masih hidup di sini, yang masih mendoakannya..
aku harap Wan masih ingat mek, his luckly girl, and his grandchildren too..
I miss you Wan, insyaAllah selagi hayat dikandung badan kusentiasa mendoakanmu wahai ayah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment