aku free skit petang ni, boleh berceloteh...
nak cerita pasal kos sara hidup yang kian meningkat ni...
banyak betul isu berkenaan rakyat sekarang ni, tak terhadap dah hari-hari..
naik jemu dah nak komen tapi rakyat kena bersuara jugak, kalau tak bersuara nanti pak pak menteri ingat kita suka dan redha.
Beberapa hari lepas aku ada membeli rojak berdekatan rumah aku.
Menurut kakak tu, harga nanas, timun dan sengkuang semuanya dah naik. Naik dalam sepuluh sen sekilo.
Memang bunyi macam sikit, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak buat rojak bukan guna nanas je, kena guna beberapa jenis buah-buahan.
Kalau dalam senario di atas tu, 3 bahan, semuanya naik 30 sen dah. Orang berniaga ni bukan beli sekilo, tapi berkilo-kilo. Tapi orang atas ni buat-buat tak faham, diorang tak tau apa itu tindakan rantaian.
Masa nak isi minyak memang nampak sangat berbezaan. Setakat isi RM50 tu, meter hanya condong sedikit je ke kanan. Kalau dulu dah hampir penuh tangki dah. Macam mana harga barangan tak naik. Yang spesies suka ambil kesempatan tu tak payah cakapla, penaik harga yang tak munasabah.
2 hari lepas beli lauk ikan goreng. Goreng bodo-bodo je pun. Imagine sekor ikan kembung saiz besar, dipotong 3 dan dijual dengan harga RM2 seketul! huhuuuu kejammm...
Teruk nye lah nak survive. Kita mungkin boleh survive, tapi sakit hati jugak nak menghadap kenaikan harga barang ni setiap hari.
Begitu juga kalau nak beli kereta. Terbantut terus. Aku terbaca dalam satu artikel tentang seorang usahawan berjaya ni, mengikut pengiraannya, kalau gaji setakat seribu lebih tu tak sesuai untuk buat loan beli kereta baru. Nak pakai kereta baru ni bodo-bodo pun habis seribu sebulan. Tak payah cakap kereta orang lain lah, kereta habibi aku. Installment dah dekat 600, minyak 200-300 sebulan. Tu tak masuk kalau balik kampung dan kalau nak kemana-mana. Bukan ke tu 1000?
Kalau nak selesa pakai kereta ni tanpa perasaan 'tercekik', gaji nak kena stabil beberapa ribu, bukan sekadar gaji nyawa-nyawa ikan ni. Kalau tak, memang pada hujung bulan jadi nyawa-nyawa ikan laa.... aku ni kategori nyawa-nyawa ikan le ni adedeee....
Utamakan rumah dulu baru kereta menurut mamat tu. Bila dah beli kereta terlebih dahulu, dengan gaji ciput ni, payah dah nak beli rumah tanpa rasa tercekik yang melampau. Kalau beli rumah dulu, kita tak kisah sangat dengan kereta ni kalau dah ada kenderaan alternatif (tanpa beli baru). Kalau ikutkan hati aku ni, mau je aku pergi kerja naik moto. Tapi tak praktikal la kalau hujan sebab laluan aku ni takde tempat sesuai nak berhenti kalau hujan. Habibi pun tak bagi.
Aku juga terbaca tips supaya Allah melapangkan kehidupan kita dari masalah. Doa ni familiar la kita selalu jumpa.
Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
InsyaAllah walaupun ada hutang, kita akan dapat bayar dan terasa lapang.
Aku baca ramai jugak mereka yang amalkan doa ni katanya terbukti dilapangkan urusan, boleh bayar hutang dan rasa lapang. Lapang dari kesesakan duit dan juga lapang dada.
Ohh...dan satu lagi aku nak kongsi dengan korang doa yang familiar jugak ni. Ni doa lain pulak.
Sebelum tu aku nak cerita apa yang terjadi pada anak aku.
Aku perhatikan anak-anak aku rajin solat. Si Adik tak payah disuruh, manakala di abang kena suruh dulu ehhehe...
Pada suatu malam, anak lelaki aku berpesan supaya suruh kejutkan dia bangun pukul 6 sebab dia nak ikut ayahnya sembahyang subuh di masjid. Aku rasa heran sikit, tapi keesokan harinya aku tak kejut pun sebab aku rasa macam dia mengantuk, jadi baik aku tak payah kejut.
Bila aku kejut pukul 6.30 pagi, dia tanya balik, ni pukul berapa?
aku kata pukul 6.30 pagi. Terus dia menangis dalam bilik air sebab aku tak kejutkan dia untuk ikut abahnya ke masjid.
Huhuuu mulai keesokan harinya, dia bangun awal pagi dan ikut abahnya ke masjid setiap pagi.
Sehari dua lepas kejadian tu aku cakap dengan habibi pasal ni.
Rupa-rupanya aku dan habibi konsisten baca doa ni bermula bulan puasa lalu. Aku baru je baca dalam beberapa hari.
Aku dan habibi masing-masing tak tau kami dok baca doa ni, ye la kan mana penah bagitau kalau kita doa apa-apa pun.
Alhamdulillah aku percaya doa ni mustajab jika ibubapa mengamalkannya.
Sampai ke hari ini, setiap pagi abah dia cuit je terus dia bangun, cuci muka amik wudhu dan terus naik motor ke masjid. Alhamdulillah, semuanya Allah yang beri. Aku percaya setiap doa tu ada mustajab nya. Jadi amalkanlah doa selalu, jangan hangat-hangat tahi ayam. Sejak dari hari tu aku tak pernah tinggal baca doa ni setiap kali selesai solat;
Doa Agar Anak Sentiasa Mendirikan Solat
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim, Ayat 40)
Mari sama-sama kita amalkan ya, doa ibubapa itu mustajab tau! insyaAllah...
Sevgili İnsanlar Merhaba
ReplyDeleteBen Bayan Jane Morrison ben o geldi hiçbir umut olduğunu düşündüm benim ve ailem için yaptım ve bana düşük faizli kredi seviyesi bize ben hiç düşünmemiştim% 1.5 getirerek tekrar canlı hissettiriyor ne için gerçekten minnettarım, çünkü Mrs bettyjune ben bu mektubu yazmak benim rahmetli kocam meslektaşım nihayet, bana şirkette güvenli bir kredi almak iyi bir anne iyi bir yardımcı anne Mrs Morrison beni tanıştırdı kadar hala Net samimi kredi kredi olduğunu, bu, ben bu fırsatı kullanmak istiyorum değildi demek teşekkür ederim ve Tanrı sizi korusun devam edecek çünkü orada ben (janemorrisonloanfirm @ aracılığıyla Jane Morrison bir e-posta göndermek için tavsiye herhangi bir miktar kredi arıyorsanız eğer öyleyse bana çok zaman kaybetmeden benim kredi almak yardımcı olmak için gmail.com) Daha fazla bilgi için Hepinize başarılar diliyorum bettyjunewheeler@gmail.com yoluyla bana ulaşın