Assalamualaikum....
yaa aku masih di sini....
tak produktif blog aku kebelakangan ni.
Aku sibuk dengan konvokesyen semenjak dua menjak ni. Jadi AJK konvo.
Aku seronok sebenarnya join konvo walaupun kaki tangan aku lenguh-lenguh dan terpaksa balik lambat.
Dalam pada sibuk dengan konvo anak orang, aku tak berkesempatan hadiri konvo anak aku. Konvo jugak dia hehehe.... besar dah anak dara aku.
Aktiviti tadika dia selalunya buat hari Ahad, aku pulak kerja hari Ahad. Jadi diorang 3 beranak jelah pergi apa-apa majlis. Sekali sekala aku ambik cuti. Aku teringin nak ambik cuti panjang, pergi berjalan-jalan dengan santai tak payah terkejar-kejar nak balik. Ataupun cuti panjang dok umah pakat kemas keliling rumah dan dalam rumah. Aku sibuk sekarang ni, jadi aku terpaksa merehatkan diri daripada aktiviti bisnes aku. Tak sempat weh aku nak online selalu. Tak dapat beri komiteman 100% buat masa sekarang. Lagi pulak Prof nak tengok tengok perkembangan aku. Selalu jumpa dia atas stage konvo sebab dia memang naik stage bersama senat dll, aku selalu harap dia tak nampak aku sebab kalau nampak mesti dia nak tanya apa progress. Aku dan habibi baru nak set up bilik study sebab dia pun nak sambung belajar jugak.
Aku rasa macam bodo je bila Prof panggil sebab aku tak sempat prepare. Sebenarnya aku bertuah sebab Prof memang follow aku, malu weh tak sempat, argghhh alasannn!!!! Bodo wey orang dah sorongkan bantal ni grrr....
Oh ye, sambil-sambil buat kerja aku suka dengar ceramah ZonKuliah yang Youtube.
Korang boleh google Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Jafri dan Ustaz Wadi Annuar. Setiap hari dok dengar. Ketiga-tiga ustaz ni ada style tersendiri, walaupun cool tapi memang best, tak mengantuk, serta tak merapu.
Ada sorang ustaz tu aku tak berapa minat sangat walaupun ramai yang suka, sebab dia banyak melalut je aku dengar. 20 percent je ceramah rasanya, selebihnya dok melawak bagi orang gelak je, aku rasa annoying sebab pernah pergi ceramah dia dua kali. Oh ye ni bukan UAI tapi ustaz lain. Ustaz UAI walaupun melawak tapi dia serius jugak. Orang pergi ceramah bukan sekadar nak gelak semata-mata tapi nak dapatkan input. Errmmm teringat masa pergi kursus minggu lepas pulak. Kursus tu pun aku annoying jugak. Takde banyak input tapi penceramah dok cerita benda tak berkenaan. Kisah hidup dia la, kisah apa saja yang terlintas di kepala dia. Last sekali aku rasa kursus tu tak capai objektif. Pendek kata membazir je buat kursus tu walaupun bila break makan sedap-sedap. Tak puas hati rasanya.
Nak jadi speaker atau motivator kena ada skill juga, jangan melalut panjang sangat sampai buang masa. Habih kursus dapat bayaran hmmmmm.....
Okaylah jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment