Showing posts with label Quran. Show all posts
Showing posts with label Quran. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Kota kaum Tsamud @ Kota Petra


Aku juga suka membaca berkenaan dengan arkelogi dan sejarah. Layan je le apa yang aku surf.

Kaum Tsamud merupakan kaum Nabi Salleh yang mempunyai kemahiran memahat gunung untuk dijadikan rumah. Ukiran-ukiran yang gah dan indah masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Bayangkan kemahiran yang mereka miliki untuk memahat gunung-gunung yang tinggi. Maha Bijaksana Allah yang mengurniakan mereka ilmu memahat itu.

Namun mereka telah berpaling ingkar terhadap Nabi Salleh walaupun telah diseru supaya beriman kepada Allah. Mereka telah berlaku zalim dan ingkar dengan menyembelih unta betina yang merupakan mukjizat Nabi Salleh.

Disebabkan kezaliman dan keingkaran mereka untuk beriman kepada Allah, maka Allah menimpakan azab yang cukup dahsyat melalui petir yang sangat ganas dengan bunyi yang amat keras.

sila ke link ini dan juga ini for more details dengan gambar ukiran yang sungguh menakjubkan.

Atlantis of the Sand @ Kota Kaum Ad yang dijumpai pada tahun 1990-an

Atlantis of the Sand merupakan kota kaum Ad seperti yang diceritakan Allah dalam Al-Quran. Kota kaum Ad mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, merupakan kota yang pesat membangun dan kaya raya. Ianya terletak di negeri Yaman. Kota ini mempunyai empangan Ma'arib yang mengairi kawasan di Utara dan Selatan, menjadikan kawasan tersebut subur dengan tanaman menghijau. Allah mengutuskan Nabi Hud untuk mengajak kaum Ad beriman kepada Allah namun mereka tetap ingkar. Akibatnya, mereka dimusnahkan Allah dengan angin kencang yang melanda.

boleh ke link

kota kaum Ad 1

kota kaum Ad 2


Wednesday, January 11, 2012

planets size comparison






Cuba bayangkan saiz planet bumi dengan bintang terbesar yang diketahui setakat ini iaitu VY Canis Majoris (Red Hipergiant).
Bayangkann!!!!!! Bintang matahari diumpamakan satu titik kecil sahaja berbanding bintang tersebut! Apatah lagi bumi tempat tinggal kita!




Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya- Surah Ar-Rum,26

Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?-Surah-Al Mu'minun, 84

Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?-Surah Al-Mu'minum, 87.

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya dan sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.-Surah Al-Haj, 64

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. -Surah Yunus, 55.

Mereka berkata: Allah mempunyai anak Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! Dialah Yang Maha Kaya; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?-Surah Yunus,68.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.-Al-Baqarah, 156.

Katakanlah (wahai Muhammad): Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan).-Al-Zumar,44.

Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Dia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-Al-Fath, 14.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.-Al-Baqarah,284.


boleh baca The Miracles of Quran by Harun Yahya.
***********

Mengenai matahari/bintang :

Matahari adalah bintang dan bukan planet. Matahari adalah satu daripada lebih 100 bilion bintang. Matahari adalah pusat bagi Sistem Suria. Ianya merupakan bola gas amat besar dan panas dan berlakunya tindakbalas nuklear yang mana membekalkan cahaya dan haba kepada Bumi. Matahari adalah jirim paling besar dalam Sistem Suria kita dan ia adalah lebih kurang 98 % daripada jumlah jisim dalam Sistem Suria.

Matahari adalah bintang pada pertengahan umur, bermaksud ia sekarang berada pada pertengahan hidupnya. Bintang seperti Matahari memancar selama sembilan atau sepuluh bilion tahun. Matahari terbentuk lebih empat setengah billion tahun yang lalu daripada awan gas dan debu yang amat luas tanpa graviti. Bahan pada pusat awan telah memampat dan ia menjadi panas untuk menyala pelakuran nuklear.

Matahari kelihatan lebih besar dan terang daripada bintang – bintang yang lain kerana Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi.

*******

Dan siapakah kita manusia ini?

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" .Surah Al-Mukminun ayat 115
Hikmah Allah Taa'la menjadikan manusia ialah untuk diajar dan ditugaskan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya; dan setelah mati, mereka akan dibangkitkan semula pada hari akhirat untuk dihitung amalnya dan menerima balasan.

*****
peringatan untuk diriku sendiri....wallahualam....

Thursday, October 6, 2011

Quran by Heart



Sebelum ni aku bagi link video Quran by Heart dari YouTube kat sini tapi dah di remove dari YouTube. Layan yang ni pulak.