Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

"Ahh.... orang Melayu memang macam ni!"..

Aku dan encik Habibi serta rakan-rakan yang membeli rumah di taman perumahan ini, semuanya mempunyai masalah yang sama.

Rasa sakit hati, menyampah, putus asa, marah, bengang, kecewa **&*%#$@!@#!@&&****^ semua ada!!!

Apa masalahnya?

Encik A :

Kabinet dan bilik depan rumahnya belum siap. A mengupah pihak X untuk membuat kabinet. Pihak X pula terbahagi kepada 2. Satu bahagian dibuat oleh orang Cina, dan satu bahagian lagi dibuat oleh orang Melayu. Bahagian Cina tu dah lama siap.. sedangkan yang Melayu tu buat acuh tak acuh, tak siap-siap lagi.

Bahagian Y pulak sepenuhnya dibuat oleh orang Melayu. Dan akibatnya, memang tak 'bergerak' apa pun, tak ada apa-apa pun kecuali longgokan pasir dan bata di depan rumah, serta ada sedikit kerja yang tidak 'luak' pun.

Encik A sangat sakit hati sebab bila telefon ketua tukang rumah tu, hanya janji kosong diberi.. katanya nanti dia akan buat... nanti dia akan datang.. nanti dan nanti.... (nanti dia mati kot!). Encik A punyala sakit hati sampaikan dia malas ambik tau dah pasal rumah baru dia. Kunci rumah pun dia pass kat habibi je sebab dia malas tengok muka tukang rumah tu!

Encik B

B pulak menunggu selama sebulan sehingga lah pendawaian elektrik di rumahnya siap. Ala bukan nak kena buat wiring banyak pun sebab port dah ada, cuma pasang lampu dan kipas etc. Kalau rumah aku ni banyak nak kena ubahsuai wiring sebab banyak pakai lampu kecik. Sebulan dok pasang kipas, lampu.. what the heck laaaa orang Melayu buat kerja nehh?????


Encik C

C pun tertekan dengan tukang rumah Melayu yang diamanahkan untuk menambah bahagian belakang rumahnya. Asyik tangguh-tangguh. Tunggu tak datang-datang. Bila telefon. boleh pulak tuan rumah kena sound;

"Tak payah la nak desak-desak, paksa saya.. saya tau la bila saya nak buat kerja!"

Kata Encik C, nasib baik dalam telefon, kalau face to face dia tempeleng je tukang rumah kurang ajar tuh. Bukan sikit wang pendahuluan yang dibayar.

Masalah kami

Masalah aku dan habibi pun sama. Sejak raya Cina lagi, tak siap-siap!
Dia datang simen kabinet lepas tu tinggal. Datang sekadar nak cop supaya kita tak lari kepada orang lain. Hampir dua bulan tak datang langsung. Hampehhh aku maki berbakul-bakul dah. Dahla duit pendahuluan diberikan seketul gitu, kita kasihan kat orang Melayu takde modal, tapi dia tak buat kerja dengan ikhlas dan tak nak bantu diri sendiri. Selepas kami pegi jumpa last week dan merungut, dan aku pula tarik muka kat tukang rumah tu, dia datang last week sebanyak 2 kali untuk buat kerja. Dan 2 hari lepas dia telefon habibi katanya tak sihat tak dapat datang. Dan aku tak tau bila dia nak datang lagi!!!!

Kesimpulannya :

Mintak maaflah!!

Lepas ni insyaAllah aku takkan bekerjasama dengan tukang rumah Melayu lagi....itu sudah pasti! Kalau ada pun, aku akan cari yang reputasi baik. Tapi maaflah, buat masa ni boleh BLAHHH!!!!!!

Kami terpaksa bersabar dengan kerenah diorang yang buat kerja acuh tak acuh, datang sekejap sekejap lepas tu lesap. Dia tak tau yang kita tertekan rumah tak siap lagi. Mereka sanggup terima amanah ketika awal-awal dulu, tapi bila dah dapat projek ni kenapa buat sambil lewa??? Dia tak tau ke, mana ada orang nak duduk dalam rumah tak siap yang penuh habuk dan bunyi bising diorang buat kerja?? Bukan sekejap, tapi berbulan-bulan tak siap-siap!!! Diorang ni buat apa ha sebenarnya? Kenapa nak tambahkan kemarahan tuan rumah?? Kalau dah rasa projek banyak sangat, tak payah la sanggup nak buat masa kita jumpa dia dulu. Ini semua nak buat, itu nak buat, ini nak buat, semua nak buat! Akhirnya semua terbengkalai disebabkan management Melayu yang teruk, suckkks!!!!

Sebelum ni kawan habibi dah warning, katanya buat sajalah dengan orang Cina. Barula cepat siap dan yang paling penting tak sakit hati. Belakang rumah aku ni kawan habibi juga. Semuanya dia upah orang Cina. Dan guess what??? dialah orang pertama yang masuk rumah (dalam kategori rumah kami ni). Yang lain semua bermasalah rumah belum boleh diduduki bila buat kerja dengan orang Melayu ni.

Tolongla ubah sikap anda wahai orang Melayu oiii!!!! Bila kena tegur, melenting, tapi hakikatnya memang memalukan..sakit hatiiii tau dakkk????

Dan aku tak heranla bisnes orang Melayu tak maju dan sekerat jalan.... macam ni cara diorang bekerja (abaikan la yang bagus tu, aku tuju untuk yang tak bagus saje!)

Lepas terkena atas batang hidung sendiri ni, baru aku percaya. Sebelum ni dok dengar cerita orang je.

Cukup ok cukupppp!!!!! Ggrrr.......

Thursday, August 4, 2011

Bengongla Celcom ni...bil broadband RM68 jadi RM395.45!!!

Bil celcom broadband aku dengan bayaran tetap RM68 telah menjadi RM 395.45??? memang gila celcom nih!!! aku hak hantar dalam paper...siapla korang!!!

Saudara Pengarang,

Saya merupakan pengguna celcom broadband sejak April 2010. Saya hairan apabila mendapati perkhidmatan broadband yang dilanggan tiba-tiba di block pada 3 Ogos 2011 sedangkan saya telah pun membayar bil berjumlah RM68 dalam tempoh yang dibenarkan.Mesej yang dihantar melalui Celcom Broadband menyatakan bahawa saya tidak membayar bil sebanyak RM395.45!!

Ketika saya ke pusat perkhidmatan Celcom di Kangar, Perlis pada 4 Ogos 2011 untuk menanyakan tentang perihal tersebut, saya dimaklumkan bahawa saya telah menggunakan perkhidmatan langganan mesej menggunakan Celcom Broadband Manager sejak 3 Julai 2011. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya sering menerima mesej kosong seakan-akan spam dalam aplikasi Celcom Broadband Manager. Saya tidak pernah melanggan mana-mana perkhidmatan menggunakan Celcom Broadband Manager, kalau nak hantar mesej pun, saya akan menggunakan telefon bimbit, bukannya Celcom Broadband Manager!

Kakitangan di kaunter berkenaan telah mencetak senarai mesej yang telah diterima dan setiap mesej berharga RM3! Bayangkan setiap hari saya menerima purata 5 hingga 6 mesej!

Beliau berkali-kali mengatakan mungkin saya telah melanggan perkhidmatan berkenaan tanpa disedari atau mungkin ada sesiapa yang meminjam broadband saya. Saya menafikan segala dakwaan beliau.

Menurut bil yang ditunjukkan kepada saya, saya dikatakan mula melanggan perkhidmatan berkenaan pada 3 Julai 2011 pada pukul 12.41 tengahari. Saya menjelaskan pada hari dan waktu yang dinyatakan, saya berada di hospital di samping arwah bapa saya yang sedang nazak, mana mungkin saya melayari Internet pada hari berkenaan?

Beliau menyatakan mungkin broadband saya diberikan kepada orang lain,juga saya nafikan kerana sepanjang masa alat broadband tersebut berada dalam beg yang saya bawa ke mana-mana saja. Beliau sering menyatakan yang saya pernah melanggan perkhidmatan berkenaan.

Oleh kerana tidak puas hati, saya mengatakan bahawa saya akan melaporkan kes penipuan ini ke balai polis. Kata beliau, nanti kes jadi panjang pula, lalu beliau dengan mudahnya menekan papan kekunci komputer di hadapannya dan reset nilai RM395.45 tadi dan saya tidak perlu membayar jumlah tersebut.

Saya berasa sangat hairan kerana semudah itu sahaja penyelesainnya, sedangkan sebelum itu beliau bukan main lagi mendakwa bahawa saya memang melanggan perkhidmatan mesej tersebut. Nasib baiklah saya ingat bahawa pada 3 Julai 2011 memang saya tidak menggunakan broadband berkenaan, bagaimana pula kalau saya tidak pernah ingat apa yang saya buat pada waktu yang didakwa?

Sebenarnya ramai lagi yang terkena dengan penipuan ini termasuklah kawan-kawan saya. Mereka terpaksa menjelaskan bayaran berkenaan kerana tidak mahu bersusah payah membuat laporan polis. Adakah penghantaran mesej spam ini dilakukan oleh orang dalam? Saya minta Suruhanjaya Komunikasi menyiasat perkara ini kerana ramai yang telah terkena tapi hanya mendiamkan diri.