Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Esok balik kampung!!!!!!!

Hari ni semua pakat dok sembang pasal raya, biskut raya, baju raya, ops sikap, speed trap,etc.....
aku akan balik ke Kedah malam ni. Sebelum balik, kemas dulu mana yang patut. Buat checklist barang, takut telupa. Sejak malam kelmarin hujan tak berhenti...ni baru slow sikit....alhamdulillah takde la dahaga sangat kalau hujan.

InsyaAllah esok aku akan bertolak pulang ke Kota Bharu. Plan nak turun selepas Subuh esok. Hajatnya nak terus ke kubur kalau sempat. Walaupun Wan tak tunggu aku di rumah, aku anggap je Wan 'tunggu' di kuburnya.

Sebenarnya aku dah beli siap-siap barang-barang yang aku nak guna untuk masak di hari raya nanti. Dah beli dah beras nasi himpit segera, kordial ( tak jadi air gas), kacang tanah, kiub ayam, bahan perap sate ( kalau jadi buat la) kain lap meja, etc. Bukan sebab kat sana tak ada kedai, tapi sebab jalan JEM!!! Di musim perayaan ni nak keluar dari rumah aku sama ada ke kiri atau kanan, memang jalan sesak. Kalau nak ke Kubang Kerian atau menuju ke Billion atau KB Mall memang jem gila la on both directions. Dan aku juga dah ambik duit siap-siap. Petang ni nak ambik lagi kot. Kebarangkalian mesin ATM kehabisan duit adalah tinggi pada minggu depan.

Kalau nak ke pusat bandar nak cari ayam kat pasar siti khadijah tu memang kirim salam je lah. Padahal kat pusat bandar tu la paling meriah. Nak keluar simpang depan Balai Islam Lundang dekat rumah aku pun dah jem teruk. Kalau setakat nak beli bahan mentah seperti ayam, ikan, udang, sayuran, aku boleh beli kat Pasar Seringgit je. Tapi kalau aku takda kerja dah saja nak meredah jem, boleh je aku try masuk pusat bandar. Nak tengok kemeriahan dan mengimbas nostalgia. Tapi awas, anak kena kendong elok-elok. Tercicir kan haru biru nanti.

Semalam pegi ke kedai borong, aku beli pelita minyak tanah. Sebatang RM1.30. Aku tanya hubby, nak beli berapa. Dia kata ambik 2,3 je..hohh....pelita apa 2,3 batang je. Aku ambik dalam 8. Macam sikit je. Nak balik cucuk kat rumah KB. Tapi kat mana nak beli minyak tanah? Takkan nak beli minyak tanah kat sini kot.

Oh..jangan lupa ikan sepat pekasam dalam peti sejuk, bersama buah mempelam yang hubby tanam. Lepas tu minyak gamat, kuih raya. Jangan lupa juga aku nak beli belacan kat Tg Dawai nanti. Kakak aku kata aku ni pembekal makanan eksotik, belacan la, pekasam la..sebab aku kan tinggal area yang berdekatan sumber manakan berkenaan. Ohh....aku kena tulis atas kertas ni. takut lupa. Ohh....lagi satu...daging rusa masih ada dalam peti sejuk. Petang ni aku nak goreng kering bagi kat mak aku heheee.....Daging rusa ni dapat dari ladang ternakan rusa UiTM Arau. Ana punya beras (biras) staff UiTM Arau, jadi dia senang dapat. Sekilo RM30. Kat luar rasanya lagi mahal.

Petang ni balik kerja terus ke pasaraya dekat rumah aku, round-round tengok nak beli apa lagi buat balik. Sebab aku malas keluar dah nanti dan aku nak tunggu kat rumah serve orang datang beraya je.

Hari ni dah 53 hari Wan pergi. Dah dekat 2 bulan dah aku tidak mendengar suaranya. I miss you for the rest of my life, and I love you so much, with all my heart. Tidur lah dengan aman my dear father. Al-fatihah.

Thursday, August 18, 2011

raya dahulu..raya sekarang??

ketika bersembang dengan kawan-kawan, macam-macam cerita yang keluar ketika zaman kecik-kecik...betapa rindunya suasana ketika kecik.....

daripada cerita pasal makan-makan di bulan puasa, persiapan raya, aktiviti di hari raya dan selepas raya....

begitu juga perihal kanak-kanak zaman sekarang yang lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding zaman dulu-dulu di mana kami semua berjalan ke serata tempat berhari raya...

anak-anak zaman sekarang? Bukan nak kenal sangat pun dengan sepupu sepapat, saudara mara, makcik pakcik, maklang paklang etc...bila berjumpa di hari raya boleh buat tak tahuuu je!!! Bila jumpa atuk dan nenek, seolah-olah macam jumpa jiran di hujung kampung sebelah!! Tak ada pun perasaan kasih dan sayang..tiada pun rasa belas dan ihsan....poor!

bila ada orang datang beraya, cuma salam dan terus mengadap tv, bukan nak salahkan diorang saja, mak bapak la yang ajar macam tu....so blame their parents because mereka yang didik anak jadi macam tu sejak kecik....(geleng-geleng kepala sambil dahi berkerut..ish..ish...)..

Cerita pasal persiapan raya ketika kecik pulak....

korang perasan tak kat kedai kasut Bata...ada sejenis selipar yang tapaknya leper seperti sekeping getah...warnanya coklat dengan bahagian atas kaler merah atau coklat....
selipar ni klasik gila, sejak aku kecik-kecik dah ada dah.

Ketika aku masih kecil, ketika dekat-dekat nak raya, Wan akan memanggil aku dan abang aku...
Wan minta kami hulurkan sebelah kaki lalu Wan ukur dengan menggunakan tali rafia...lalu tali rafia dipotong mengikut ukuran tadi. Tali itu Wan simpan ke dalam poketnya...lalu Wan mengayuh basikal tuanya menuju ke bandar Kota Bharu.

Di kedai Bata, Wan membelikan kami selipar tadi mengikut ukuran tali yang dibawanya. Wan berbuat demikian kerana mana mungkin nak bawa kami semua menaiki basikal tuanya. Wan bukannya ada kereta. Hanya basikal tua yang menjadi kenderaan Wan apabila ingin ke pasar.

Bila pulang, Wan membawa selipar baru dan menghadiahkan kepada kami. Bukan main seronok dapat selipar baru, selipar raya!!!! Kat dalam rumah pun aku pakai sebelum di bawa turun ke tanah. Bila sehari sebelum raya, sekali lagi Wan akan ke pasar siti Khadijah dan membeli barang mentah seperti ayam, daging dan sebagainya. Masih kuingat Wan menyangkut plastik ayam di handle basikal kiri dan kanan, di samping barangan lain yang diikat di tempat duduk belakang. Wan masih kuat ketika itu....mengayuh basikal sahaja melalui jalan paya di belakang kampung. Rasanya umur aku ketika tu dalam 4,5 tahun sebab aku dah boleh ingat suasana ketika itu, di mana ketika pulang, aku akan mengekori Wan yang mengayuh basikalnya sampai ke depan rumah. Kadang-kadang Wan belikanku kacang kuda rebus.

Zaman sekarang ni bukan boleh naik basikal macam dulu, jalan sangat sibuk dengan kenderaan serta jalan-jalan pun makin bersimpang siur, bangunan semakin banyak...sesakkk!!! Bahaya kalau naik basikal. Bila abangku membelikan kereta Nissan Sunny warna kelabu, Wan senang sikit sebab boleh mengajak abangku ke kedai dan of course, aku akan mengekori hehee.....kalau tak silap aku, start naik kereta tu masa aku darjah tiga.

Wan memang suka ke pasar. Habis di round nya satu pasar tu sehingga dapat barang yang dia betul-betul berkenan dan murah. Wan memang cekap tawar menawar. Dia takkan beli kalau peniaga tu tak bagi harga yang diminta. Aku pulak jenis tak pandai tawar.

Wan cukup seronok apabila anak-anaknya pakat berkumpul dekat-dekat nak raya. Dia memang seronok bila semua pakat nak cucuk sate ramai-ramai. Bab beli bahan-bahan mentah, serah je kat Wan. Abangku hanya perlu jadi driver je. Wan tahu kat mana nak dapatkan daging lembu tempatan yang terbaik. Abang aku hanya jadi tukang bawak barang je. Sebelum ni, acara menyucuk sate merupakan tradisi keluarga aku. Malam raya kami akan pakat-pakat bakar sate. 50% sate habis di makan malam tu jugak huhuuu....

Bila semua dah kawen dan beranak pinak, dah jarang sangat buat sate. Masing-masing kalut dengan anak-anak kecik. Lagipun diorang prefer beli.. ( lalu aku menghantar sms kepada abang aku mengusulkan cadangan membakar sate tahun ini..teett...tett...) .Aku rasa aktiviti ini patut dihidupkan kembali untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mak pun tentu seronok apabila mendengar suara riuh rendah. Mak aku tak larat nak buat dah, hanya boleh jadi instructor je. Dan aku plan nak masak soto Johor pakai perencah ORI tu.....senang sebab makanan berkuah ni sekali buat je, letak je atas meja...hmmm...idea menarikkk!!!! Dan untuk minuman pula, kawan aku cadang aku letak je botol-botol air 100 plus ke, Sarsi ke apa-apa la, kat atas meja. Then the kids will choose the flavour they want. I knoww...i knowww.....air gas tak elok...tapi untuk raya ni je ok kan heheee.....

Masa raya tahun 2009 ketika giliran aku balik kampung KB, aku beli pinggan kertas untuk bubuh makanan. Pinggan kertas hanya sesuai untuk makanan kering je, kalau sup-sup ni kena basuh pinggan mangkuk jugak la sebab aku tak suka pakai bekas polisterine. Raya kali ni aku lapang sikit sebab anak-anak aku dah besar. Sebelum ni yang kecik masih bertempek kat aku. So banyak benda yang aku boleh buat kali ni. (abang aku reply sms dia kata ok je nak buat sate...so..ok la macam tu!)

Hmmm...bab baju raya aku tak kisah pun...aku tak excited bab pakai-pakai ni, yang paling penting bab makan-makan nanti. Plannya esok nak ke Alor Star tengok baju budak-budak dan baju mak bapak budak. Tahun lepas boleh beli untuk mak dan Wan..tapi tahun ni untuk Mak sorang je..hmmm....Tadi masa aku telefon mak, dia tanya aku nak balik bila sebab dia kata nak naik kereta jalan-jalan ngan aku hehee.....ok...no problem mak! InsyaAllah aku balik hari Sabtu depan dan return on Thursday or Friday.

Walau apa pun aktiviti yang dirancang pada raya kali ini......terdapat satu venue baru yang akan dilakar dalam senarai aktiviti kami.....iaitu........pusara Wan.....dalam pada kami menyambut hari raya, kami takkan lupa pada Wan yang telah meninggalkan kami.....Wan tidak dapat bersama kami lagi pada pagi raya kali ini...dan sebenarnya feeling nak raya tu bukan ada sangat pun, tanpa Wan yang excited ke pasar membeli barangan keperluan raya.....Wan yang excited mencuba baju raya hadiah anak-anak....

aduhh...pahit kurasakan di pagi itu nanti.....tahun lepas Wan bersama-sama kami makan sate selepas solat hari raya....tapi tahun ini, selepas mengerjakan solat raya, kami akan terus ke pusara Wan.....segalanya sudah tidak sama seperti dulu....Wan..aku rindu Wan...aku sayang gila kat Wan...you are the best father in the whole world! How much I miss you!

Ketika bersembang dengan kawan-kawanku tadi...kata kawanku..
"Bapak mertua aku suka makan kuih....kalau beli biskut raya tu habih kat dia la..."

lalu aku mencelah...

"ohh..ayahku suka makan sate di pagi raya....tak suka kueh..".aku terlupa akan hakikatnya...
"eh...arwah ayah aku....huhuuuu.." rasa nak nangis.....

dah 46 hari...al-Fatihah Wan.....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Wan...tempatkanlah roh Wan bersama hamba-hamba-Mu yang dijanjikan syurga...kurniakanlah syurga-Mu kepada Wan..dengan rahmat dan kasih sayang-Mu ya Allah....amin....

Tuesday, July 26, 2011

Persiapan posa dan persiapan raya?

Raya lambat lagi..tapi kat supermarket dah mula tepek ketupat dan gambar raya.....
aku takde selera mau raya pun.....baju raya pun belum ada.....tengok la last minit dekat dengan raya boleh beli kot...kalau tak beli aku pakai yang mana ada je....

aku ni bila raya aku pakai baju raya kejap je ...sebelah pagi....lepas tu mula la tukar pakai seluar trek....

buat kuih raya? hehe aku tak pandai buat kuih raya dan aku tak pernah buat kuih raya!!! alamakkkkk fakta menakutkan!!!! kihkihkih.......sebab dari kecik aku tak penah buat....selalunya dok beli je.....adik beradik aku pakat beli jadi banyakla stok kuih raya kat rumah....aku tukang makan je...sampai le aku besar dan berkahwin ni...adusss...jangan pandang serong kat aku heheee......

tadi aku ikut kawan-kawan aku ke kedai peralatan membuat kek....aku tak pernah ke kedai tu....
"Whoaaa bestnyaaa...." kataku......

aku tak ada alat-alat nak buat kek ni sebab aku kan mana penah buat....bila tengok alatan-alatan tadi rasa nak try pulak hehe...tapi tunggu aku masuk rumah baru dulu....rumah sekarang ni kecik takda tempat nak letak barang-barang....tungguuuuu....kalau jadi laa...

lepas tu bila dok belek-belek barangan yang ada, aku ternampak deretan mentega Golden Churn. Sebelum ni jadi isu jugak produk ni..tapi semalam kawan aku kata dalam paper jakim kata halal produk ni...so.....bolehla guna tanpa was-was.

Untuk menyambut puasa...kena get ready la bangun awal pagi....
aku ni memang jenis kena bangun sahur..kalau tak bangun, memang kebuluran la aku di siang harinya......ketika aku kecik-kecik dulu aku mengamuk kalau mak aku kejutkan aku lewat...pernah sekali aku mengamuk tendang pintu hehe..bagus punya perangai.....lepas tu terus kena jerkah dengan Wan jadi senyap tak terkata hehe....ketika aku tinggal dengan mak, aku jadi tukang makan je di waktu pagi, punyala mengantuk masa bangun makan. Aku pernah tanya mak, tak mengantuk ke bangun masak untuk sahur...kata mak." Dah tanggungjawab.."..bila aku dah umur 20-an baru la aku tolong masak nasi sekali sekala, kesian kat mak aku sebab dah uzur. Tapi kat umah mak mertua aku bangun makan je..heheee.....sebab aku rasa kalau aku tak ada pun memang diorang akan masak nasi juga untuk sahur :-p Tapi untuk berbuka memang aku actively mengambil bahagian la.

Aku ni kalau bukan bulan puasa memang mengantuk tahap kronik punya....bulan puasa pun mengantuk juga tapi aku masih usaha bangun...kalau nak bangun buat kerja rumah atau study atau qiamullail tu..aduhhh.....memang takde disiplin langsung...tak macam Wan...Wan selalu bangun awal pagi sembahyang sunat hajat untuk anak-anaknya..selalu aku terjaga lalu terdengar Wan berdoa....sayunya bila teringat Wan sanggup bangun pukul 3 pagi mendoakan anak-anaknya.....tapi aku tak pernah boleh bangun pukul 3 pagi berdoa kepada kesejahteraan Wan di dalam kubur setakat ini....hmmm...jahil kan aku....padahal itu saja untuk aku balas jasa Wan...insyaAllah akan kucuba di bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni....

Selamat menyambut bulan puasa Ramadhan.....tahun-tahun sebelumnya aku akan mengambil cuti dalam bulan puasa untuk pulang berpuasa bersama mak dan Wan....nampaknya tahun lepas adalah kali terakhir aku dapat berpuasa sehari dua dengan Wan......

Al-fatihah ayahku yang amat kurindui dan kusayangi......selamat menyambut Ramadhan Wan....Ramadhan pertama tanpa Wan...dan Hari Raya pertama tanpa Wan....kali ni Wan tak dapat solat sunat hari raya bersama anak-anak lagi.....it's gonna be hard without you...