Tuesday, January 10, 2012

Weekend lalu.....

Ni suka yang amatttt......



Petik kangkung.....


Tokwan...

Flower girl...ops.... kangkung girl....


Ada pacattttt.......

Sunday, January 8, 2012

Nak ke mana kita?



Setelah lama gila tak jumpa encik supervisor yang baik hati, maka kelmarin aku menjejakkan kaki ke FTM UUM. Dan seperti biasa aku akan terpusing-pusing dan hampir tersesat kat dalam bangunan hehehehe.....

Dan hari ni semua pelajar warganegara Malaysia, diploma dan ke atas boleh mengambil baucer buku RM200 setiap seorang. Kepada postgrad students, boleh ambil kat Awang Had Graduate School dari jam 8.30-5 pm. (pembaca berita NTV7 Norazlina Awang Had tu anak dia la tu).

Okla aku nak membaca dan membaca. Jumpa supervisor dapat la suntikan semangat. Raya cina ni baru dapat jumpa tok guru. Abang aku orang IT so nak kena dapatkan guide daripada dia.

ayuhh adik kakokkkk..............

Saturday, January 7, 2012

Kat kampung....

Adoi pening kepala aku....
aku bangun lewat hari ni...
kat umah mertua ni, kalau tidur bangun lewat, mesti rasa malu atau takut-takut,
tapi aku tidur jugak dalam risau-risau tu heheee....
aku plan nak pergi UUM hari ni...
lama giiiiilaaaaaa tak jumpa supervisor ni....

okla nak mandi, mak mertua ada kat belakang rumah...
heeee menantu perempuan tunggal tak senonoh baru bangun tidur :p

Thursday, January 5, 2012

Thought of the day......

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

What's next?

Setelah melayari blog hanis zalikha, aku tertarik dengan Avene facial spray. Ia memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit. Macam kulit aku ni lepas cuci muka, rasa kering je. Bila naik kereta balik kampung berjam-jam, my skin looks dry and tired. Isk isk nak try la.

Kegunaan :Essential soothing care for sensitive skin. Soothing action - sunburn, various form of irritation, razor burn, comforting, refreshing action. Helps to complete cleansing. After outdoor activities. In summer and when traveling.

Cara menggunakannya:
Spray onto the skin in a fine mist. Wait for few seconds than pat it dry.

Boleh didapati di Guardian dan Watsons, RM 19.90 untuk 30 ml. Ohh my... I am getting crazy!! aku mesti mendapatkannyaaa!!!!!!

I'm glad.....


Bila aku sedang belek-belek handphone semalam, aku tengok gambar ni, lalu aku nak buat wallpaper.

Urghh..... aku menatap gambar ni buat seketika sambil bersandar di kerusi...

"Sedihnya...." kataku....

lalu aku tunjukkan kepada habibi di sebelah... dia hanya tersenyum kelat..
Aku mendoakan Wan tanpa jemu setiap masa.... semoga Allah mengabulkan...
Hari ni hari Jumaat, Wan jarang ketinggalan untuk ke Kedai Lalat/ Kota Jembal. Pada waktu sekarang, biasanya Wan dan mak dalam perjalanan balik ke rumah setelah membeli barang keperluan harian.

Dan semalam,
aku mimpi kan Wan...
ketika aku nak ambil wudhu pagi tadi, tiba-tiba aku teringat, dan terus aku recall cepat-cepat supaya aku lebih ingat.

Apa yang aku mimpi?

Aku mimpi tak ada orang nak jaga Wan kat rumah sebab mak nak pergi ke KL.
Lalu aku dengan sukarela nak jaga Wan di rumah.
Masa tu Wan sedang uzur. Aku nak gembirakan hati Wan, lalu kukatakan kepadanya,

"Wan nanti kita pegi jalan sampai rumah Mak Bah kat depan ye..."

Wan nampak gembira dan tersenyum...

"Kita pegi jalan sampai kat kedai depan lahh..."

kataku lagi sebab kedai Wan jauh sedikit di hadapan, mungkin Wan lebih gembira bila dapat jalan-jalan. Wan tersenyum gembira.....


Ya.. masih jelas di kepalaku Wan tersenyum gembira....
I am very glad...... and I am happy....
walaupun Wan tidak berkata apa-apa tapi aku gembira bila melihat Wan senyum.... I believe in Allah and I believe Allah will protect him.. amin...

4 Julai 2011-6 januari 2012
Dah 186 hari Wan pergi...
Al-fatihah...

Wednesday, January 4, 2012

Apaa?? Beli lagi???

Ketaksuban kepada jamu semakin menjadi-jadi.....
apatah lagi bila mendengar testimoni kawan aku yang menggunakannya.
Dengan sifat terburu-buru yang ada pada diriku, lalu terus aku mengajak encik habibi ke kedai jamu di Kangar kelmarin, dan aku beli ini:

Yang merupakan pil manjakani. Sebelum ini ada entry pasal manjakani dan cara-cara untuk memprosesnya sendiri ke dalam kapsul. Tapi, aku tak sempat la nak buat semua tu secara konsisten. Makanya, kita beli yang telah diproses siap dalam bentuk pil. Harganya murah sahaja iaitu RM12 untuk 150 pil. Bahan asasnya adalah manjakani. Dan aku rasa harganya bersesuaian. Aku sebenarnya tak faham kenapa jamu buatan Malaysia sangat mahal harganya, atau dengan kata lain, mahal nak 'mapuh'. Jamu ini buatan Indonesia dan aku tak ragu-ragu menggunakannya sebab bahan asas tu aku yakin tak merbahaya. Macam juga jamu Mustika Ratu yang aku telan sebiji sehari tu, aku tak was-was sebab toko/pengilang jamu itu aku enggak curiga lagi dong! InsyaAllah. Harganya pun murah. Lagipun Indonesia ni memang terkenal dengan jamu ni. Aku penah beli jamu Mak Dara (or, jamu Mak Nenek) dalam bentuk serbuk dalam RM50 sepeket. Ianya tak pahit tapi masa nak telan tu, adehhh seksa sungguh rasanya. Sekali teguk, aku boleh telan sambil tahan nafas. Masuk teguk kedua tu memang terkeluar balik.

Namun setelah kawan aku tunjuk thumbs up kat aku lepas consume jamu ni, waduhhh waduhhhhh enggak bisa kutunggu lama-lama. Semalam aku dah telan 3 biji kecil pil tu, tapi malang sekali hari ni tak makan sebab lupa bawak daaaaaa..... hisss!!

Namun begitu, kakak aku dan abang aku ada berpesan pasal penggunaan jamu dan minuman kesihatan dan sebagainya yang terdapat dipasaran. Kata kakak aku yang merupakan dokter di rumah sakit, bahaya makan jamu sebab ada steroid. Kata abang aku pula, ramai yang sakit buah pinggang sebab dok makan pelbagai makanan kesihatan, jus herba la, collagen dan sebagainya tu. So, tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Sebelum ni aku pernah makan juga. Boleh rasa yang tona kulit improved, tapi lepas abang aku cerita tu, aku jadi takut la jadi aku stop makan. Cuma jamu manjakani ni aku berani sikit. Ohh, aku lupa nak refer kawan aku seorang phamacist, nanti aku tanya ( dah beli baru nak tanya!) Harap-harap there would be no harm, InsyaAllah. Alaa, macam kopi tongkat Ali, kacip fatimah, dan sebagainya tu. Sebenarnya terlalu banyak campuran yang adakalanya dicampur dengan steroid yang boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kawan aku (guy) kata, kalau makan kopi tu, nanti jadi kuat, kuat segala-galanya (hahaa) sebab dicampur dengan steroid.

Yang penting, kena berhati-hati dengan supplement ni. Kalau nampak macam mudarat, baik berhenti.