Sunday, June 19, 2011

Pokok manjakani

Pokok Manjakani/Mempening

Setelah melahirkan anak pertama, tak banyak yang aku lakukan untuk 'membaikpulih' badan setelah melalui proses yang telah mengubah fizikal dan dalaman badan. Aku makan jamu masa awal-awal kelahiran tapi tak konsisten. Ketika aku bekerja di maktab perguruan, aku mengenali ramai makcik-makcik yang berkongsi tentang kebaikan manjakani dan khasiatnya dalam mengembalikan anggota peranakan wanita ke keadaan asal. Makcik tu kata, ketika nasi tengah menggelegak, masukkan beberapa biji buah manjakani dan tutup periuk nasi. Selepas tu apabila nasi telah masak, ambillah buah manjakani tersebut dan hiris lalu dimakan dengan nasi. Aku tak pernah buat ni sebab rasanya tekak aku tak mampu nak telan.

Apa yang aku buat adalah tumbuk dan blend buah manjakani sampai jadi serbuk, masukkan ke dalam kapsul ubat ( aku beli kapsul halagel kat farmasi), lepas tu telan , memang tak rasa pahit langsung. Kalau tak mau telan, boleh sapu seperti bedak sejuk at the intimate area and the effect is superb and instant! Aku ajar kawan aku pasal kebaikan manjakani ni tapi dia makan terlebih 'dosage' hehehe....(ni dah masuk bab hubungan antara suami isteri). Aku pun tak konsisten sangat, kalau rajin aku buat, dan bila habis aku tak buat dah. Cuma buah manjani selalu ada kat rumah. Ni aku ada google pasal buah manjakani :

Pokok Mempening merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lithocarpus spp.

Pokok Mempening merupakan darimana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.

kegunaan:

Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.Penyediaanya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu.Air rendamannya juga diminum.Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani bleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka.Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

---------------

Kat kedai ubat Cina atau jamu, aku biasa beli dalam bentuk packet, satu packet mengandungi dalam 8-10 biji, RM1. Ok selamat memproses manjakani !!

No comments:

Post a Comment