Thursday, March 8, 2012

it's friday again.....

Jumaat yang damai.....

budak-budak tak ke sekolah hari ni, saja aku nak bagi diorang rest kat rumah.
Sebabnya, esok kami akan ke Cameron Highlands. (tapi aku masih 50-50 sebab banyak kerja weh!!)

Ada kenduri di Ipoh, lepas tu habibi dan keluarganya dah rancang nak ke Cameron.
I haven't been to Cameron Highlands before, and what appears in my head are strawberries and tea! We'll be staying there just for one night before going home.

Todays there's not so much to do since the kids are here, every 5 minutes there will be screaming, yelling, and quarreling and I become the referee!!!

Opps....cuti aku tinggal 2 minggu je lagi... cuak....cuak....
weekend ni 3 hari dah rugi..... ermm.....

Wednesday, March 7, 2012

Thought of the day......

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain Allah Taala. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka, dan memberikan apa yang mereka minta." Sahih Muslim.

Tuesday, March 6, 2012

Idea..come and and come please!!!

Bukan senang nak ambik mood untuk start buat projek ni...
nak cari momentum as a trigger to work on track....
bila mati idea, guling-guling atas toto, makan keropok, makan nasik ehhehe..
paling tak best bila sangkut kat programming dan jammed!
tapi bila dah jumpa solution, phewww satu kelegaan, satu kegembiraan dan kepuasan hahaaa!!

kalau aku stay up malam-malam lagi berkesan, tapi buat masa ni belum mampu stay up, sebab bila kanak-kanak ni tidur, aku turut join. Kalau stay up tu boleh diusahakan, tapi kalau kunci jam bangun pagi tu aku rasa mustahil ehhehe, kecuali kalau nak exam macam dulu, tapi sekarang mana ada exam dah.
Buat kerja sambil meniarap ni bukanlah satu cara kerja yang sesuai. Maklumlah, bukan ada meja study. Kerusi plastik tu pun dah diangkut ke rumah baru. Kat rumah baru la kalau nak ada ruang belajar yang convenient pun.

Dah nak pukul 5 petang, habibi kata dia ada beli ketam. Petang ni masak gulai ketam. Hehe paling nice bila diorang tiga beranak balik dan buka pintu, and said,

"Mamaa...... mamaaa," and giggle! so sweet... and at that moment, I'd better shut down my netbook and start to chase them. Sweet laa.....

I'd better get up and masak nasi......
yeah today's progress seems fine, so far so good.

Sunday, March 4, 2012

Product review...

Review kedua pemakaian Ultragena Ultra Sheer Dry-Touch Sun Block with SPF 50+.

Woww memang best!!!
Hari ni memang cuaca panas terik sebab nak hujan..

Mula-mula aku pakai masker Avon dulu (maklumla dok kat rumah), kemudian pakai serum Safi Rania Gold dulu, lepas tu terus pakai sun block. Best la, masa pakai tu pun selesa sebab sangatla kurang melekit, ia lebih kering. Kemudian aku terus pakai bedak and lipstick. Aku suka lipstick Silky Girl Moisture Rich 04- Illusion. Aku lebih suka kaler-kaler coklat tanah ni, nampak neutral. Aku malas pakai banyak perkara hari ni, tu je.

Hari ni mengharungi panas terik mentari sebab aku ke pejabat KWSP dan daftarkan Faiz untuk sesi persekolahan tahun depan. Aku kata kat habibi, nak beli sun block untuk kaki pulak (sayang nak guna Neutrogena ni). Kata habibi, pakai aje stokin... erkkk.......

Dalam keadaan panas tu, aku rasa muka aku sangat best, tak 'cair' pun bila kena panas. Ia betul-betul grip di kulit. Bedak pun elok je.. bila tengok cermin wawaaaahhh best lahh!!! Kalau sebelum nih mesti sememeh je.

Dalam kereta sempat tanya habibi,

"Licin tak kulit mama?" hahaha aku suka tanya soalan macam ni. Soalan syok sendiri namanya.

"Waaahh licinnyaa tak ada jerawat." katanya sambil tersengih. Nanti kalau jawab tak licin, frust pulak bini dia ni hheheh....

"Gunalah Neutrogena ehhehe.." ahhaha sempat lagi aku buat iklan dalam kereta.

Tapi aku suka giler la sunblock ni, tanpa heavy make-up, kulit nampak sihat je, licin.

Dapatkannya di pasaran sekarang hehehe..iklan percuma ni. Kalau tempek makeup tebal-tebal tapi tak dapat lindungi kulit daripada cahaya matahari, punn tak guna juga. Matahari merupakan ancaman penuaan paling berbahaya.

ok lah... bye!

Seminggu berlalu...

errkk....
lagi 3 minggu lagi aku cuti...
kenapa cepat sangat? seminggu banyak dihabiskan di rumah baru. Minggu ni aku nak study pulak...
arrgghhh cemas cemas!!!!
Supervisor tanya, tak buleh ke kalau aku cuti direct sampai projek siap?
huhuu takde duitla aku kalau macam tu....

oklah aku nak sambung...
baru nak warm up...
mana momentum.. manaaaa?????

Friday, March 2, 2012

What's new this month?

Yaaaa.... duit aku dah habis licin!!!

Aku baru beli this new product from Neutrogena. Sunblock with SPF 50++ kat Watson, RM32.90.
Selepas menggunakan sunblock ini selama dua hari, aku rasakan ianya sangat best untuk aku. Tak seperti Loreal UV protector yang aku guna sebelumnya, sunblock ni lebih selesa sebab kurang melekit pada kulit. Ianya sesuai dipakai di seluruh badan.

****

Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunblock SPF 50+ (PA+++) is a breakthrough in sun protection. Stabilized with Helioplex, it provides superior balanced broad-spectrum protection against skin-aging UVA and burning UVB rays, and combines it with Dry Touch technology for an ultra-light, non-shiny finish. This lightweight sunblock has a light fresh scent and is gentle for even sensitive skin.

-waterproof, sweatproof, resist rub-off
-Non-comedogenic (won't clog pores)
-Oil free and PABA free

****

Yaa dan aku puas hati sebab ianya tak melekit. Lepas pakai tu ia cepat kering, rasa macam pakai moisturizer biasa je, lepas pakai loose powder aku rasa sangat best, powder tu akan cover kesan krim yang very light tu. Kat utara ni memang aku kena pakai sunblock sebab matahari kat sini memang terik, ye la kat Malaysia memang kena pakai sebab cuaca panas.

So far, kulit aku ni juga bergantung kepada tahap kerajinan aku menjaganya. Kalau time aku stress dan serabut, aku hanya tempek bedak ala kadar je, just bedak dan lipstick. Bila aku rajin, aku akan pakai semua, serum Safi Rania Gold (dah hampir setahun aku pakai), krim mata Safi Balqis, lepas tu Krim kecantikan Safi Rania Gold, lepas tu last sekali sunblock. Tu semua untuk skincare. Bila malas aku pakai serum je. Krim malam Safi Rania Gold aku jarang pakai sebab rasanya macam thick sikit. Sekali sekala je aku pakai.

Bila dah pakai skincare, aku tepekla bedak, simple-simple je. Yang aku perasan, bila aku pakai semuanya macam di atas, kulit aku jadi sihat, moist dan bermaya. Tapi kalau aku malas, akan nampak kusam dan letih. Jadi keadaan kulit aku bergantung kepada tahap kerajinan aku la. Sekarang ni dah ada Neutrogena Dry Touch ni aku semangat sikit nak pakai sunblock sebab sebelum ni aku skipped Loreal UV protector sebab ianya melekit dan muka rasa lemas.

Malam masa nak tido aku pakai juga skincare tu kali kedua. Kiranya masa malam kulit aku akan stay moist. Bila bangun pagi, tengok muka kat cermin rasa licin dan cerah je muehehehe... tapi kalau aku malas, memang malas aku nak tengok muka kat cermin sebab muka sememeh je.

Oh ya kemarin aku 'buang duit' lagi dengan membeli masker papaya dan mango Avon. Murah satu tube dalam RM12++ je, beli 2nd tube cuma RM7. Baru pakai sekali, ok kot. Sebab kulit aku dalam keadaan ok sekarang disebabkan aku obses menjaganya (belum sampai time malas lagi ni).

ok nanti aku review lain. Aku nak basuh master bedroom hari ni.

Thursday, March 1, 2012

239 hari tanpa ayah.....

Ketika sedang lena diulit mimpi pagi tadi pukul 6 lebih (seperti biasa, kunci jam pukul 6 pagi, tapi bangun lewat), aku tersedar bila terdengar bunyi sms.

Sms daripada kakak aku yang berbunyi ,

"Aku mimpi jumpa Wan, dia datang tengok aku, dia berdiri tengok aku lepas tu dia senyum. Aku pegi peluk dan cium dia lepas tu terus sedar. Menangis aku lepas sedar."

sambil mamai.. aku reply,

"Dia betul tu, Ustaz Hasan Din kata kelmarin, boleh jumpa dalam mimpi."

Pada pagi Rabu dan Khamis, aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz : Ustaz Hasan Din Al-Hafiz yang membicarakan tajuk Roh.

Kata Ustaz, roh yang baik boleh kembali seperti bertemu keluarganya etc. dalam mimpi. Tapi roh yang orang yang berdosa takkan kembali sebab akan terus diseksa. Tidak mustahil kata Ustaz kalau roh yang baik itu pulang melihat keluarganya di rumah, wallahualam. Dengan izin Allah, semua boleh berlaku. Mimpi juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu mimpi daripada diri sendiri (kerana terlalu teringat akan arwah), mimpi daripada Allah dan seterusnya mimpi daripada syaitan.
Aku berdoa semoga mimpi kakak aku dan mimpi aku sebelum ini adalah mimpi yang baik-baik, dan semoga roh Wan Allah redhai sebagai roh orang yang baik-baik.

Selepas menghantar anak ke tadika, aku dan habibi ke JPN untuk mengambil IC baru dan membuat IC baru habibi. Ketika menunggu giliran habibi, aku keluar menelefon kakak.

Dua kali ringing tapi tak diangkatnya, padahal kami dok berbalas-balas mesej sebelum itu. Kali ketiga baru dijawabnya, tapi tak ada suara.

Rupa-rupanya dia sedang menangis kerana terkesan dengan mimpinya semalam.
Sambil teresak-esak, katanya,

"Aku yakin itu memang dia. Bila aku tengok dan aku peluk, aku dapat rasakan yang itu adalah Wan. Wan memang sayangkan anak-anaknya (merujuk kepada asbab mimpi yang baik itu)." adehhh aku pulak berair mata mendengar sedu sedan dihujung talian.

Kata kakak, dalam mimpinya itu, Wan datang melihatnya dan memerhatikannya sambil berdiri. Dengan berkopiah dan berbaju kemeja biru, Wan tersenyum sambil memandangnya.

Kata kakak aku, dia jarang nak mimpi Wan macam tu, sebab tu dia rasa gembira dan puas hati dapat peluk Wan. Lagipun katanya, dia sedaya upaya nak menjadi anak yang soleh, dengan sembahyang di awal waktu di samping sembahyang sunat yang lain. Dia yakin mimpi itu bukan mimpi yang bukan-bukan. Kalau aku pulak, aku dah selalu mimpi macam tu. Mimpi Wan duduk di kerusi memandangku dan tersenyum, mimpi aku peluk Wan. Tapi tu tak tau la kan mimpi kategori mana. Tapi aku berdoa semoga ia adalah petunjuk yang baik. Kata mak yang dihubungi selepas mimpi tu, semalam kan malam jumaat. A coincidence?

Sambil berborak, boleh keluar cerita pulak ketika Wan mendaftarkan kelahiran aku. Katanya, dia masih ingat waktu tu ketika Wan pulang dari Balai Polis (dulu kena pegi Balai Polis). Bila ditanya namaku, kata Wan, dia memberikan namaku Mai Kelsum ( Umi kalsom) hahaha... mak marah masa tu hehehe. Selepas tu diberinya surat beranak yang baru dibuat, tertulis namaku K. Wan hanya tersenyum sebab diorang semua terkena hehehe...

Kata kakakku lagi, namaku tak sempat dipilih sebab semua ingat yang lahir nanti lelaki. Jadi diorang standby nama Firdaus. Rupanya-rupanya perempuan daa... hehehe. Terima kasih Wan sebab bagi nama yang baik padaku. Masa tu Wan baik dengan Ustaz Uthman El-Muhammadi yang tinggal sekampung. Nama anak dia pun K juga. Wan ambik dari situ la.

Terima kasih Wan atas segalanya. Segala jasa Wan menjaga kami dari kecik, takkan kami sia-siakan. Ya mungkin kami sibuk dengan urusan keduniaan, tapi kami akan cuba mendoakan Wan seikhlas hati.

Ya Allah ampunilah ayahku dan ibuku.. rahmatilah mereka berdua, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil. Tempatkanlah roh ayahku di syurga. Amin.

Al-Fatihah..
4 Julai 2011- 2 Mac 2012... hari ni Jumaat...Kedai Lalat dalam kenangan..