Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Budak kampung


Pada mulanya nak larang... tapi mengingatkan yang aku dulu pun suka main lumpur, bagi diorang mainlah....

Friday, April 13, 2012

Kenapa bagi nama Faiz kat Faiz?

Ketika aku sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur, si abang berkata di pintu dapur,

Faiz : Kenapa mama bagi nama Faiz (kat Faiz)?
Aku : Kenapa pulak, nak nama apa?
Faiz : Kenapa tak bagi nama Khairul Fahmi Che Mat?
Aku : aaaaaa..... (nasibla anak oii.... bapak kamu bukan Che Mat!)


pssssttt... aku curi-curi snap gambar dia tadi. Nampak macam aksi goalkeeper, tapi sebenarnya tengah berjoget-joget dengar lagu tema Ultraman kat laptop.

Monday, April 2, 2012

entry sebelum tidur...



Hihiii kelakarla bila check beg diorang ni, macam-macam ada...
baru lepas siapkan beg sekolah diorang. Biasanya aku buat pagi-pagi masa nak pegi sekolah, skang ni nak buat awal-awal. Ala bukan apa sangat pun, bubuh baju dan buku, check kotak pensel dan asahkan pensel/kaler yang patah.

Hmmm...saja nak update pagi-pagi buta ni...
bila aku on netbook, aku mesti menatap gambar Wan kat desktop....
bila aku buka blog, aku mesti scroll down kat gambar Wan, sambil melihat wajahnya buat seketika, selepas tu baru aku buat benda lain.
Kat handphone aku pun wallpaper gambar Wan. Hari-hari aku tatap gambar Wan, sambil dalam hati mendoakannya tanpa henti. Bila aku lihat wajahnya, mesti aku tertanya-tanya bagaimana keadaan Wan sekarang, Wan sedang buat apa ye? semoga Wan baik-baik saja... cuma aku rindu la kat Wan. Setiap kali tengok gambar Wan, perasaan rindu membuak-buak, nak menangis tak buleh (tak cukup effort untuk menangis) sebab masa yang berlalu telah sedikit sebanyak telah mengubati duka lara di hati. Dah lama tak buat entry pasal Wan.. nanti aku buat entry sentimental lain kali.

Kelmarin aku jumpa supervisor...
dia kata I'm improving, good progress. So keep on moving. Sempat lagi aku buat lawak dengan encik supervisor bila netbook aku lambat gila nak loading,

"Encik N kena sabar, netbook saya lambat macam cipan!"

(erk... terlebih sudah, sebab aku bengang netbook lambat loading)

hahahah supervisor tergelak je. Setiap kali aku jumpa dia, mesti ditanyanya berapa RAM netbook aku ni,

" Setiap minggu En N tanya saya berapa RAM, dan saya tak tau pun.."

kataku sambil tersengih, memang aku tak ambil port, ignorant sungguh. Kalau aku pernah check pun, aku mesti lupa.

Teringat aku masa buat projek degree, aku selalu buat lawak dengan cik supervisor. Aku dan kawan aku di bawah seliaan pensyarah yang sama. Bila turn kawan aku, dia selalu kena marah. Tapi bila turn aku tunjuk progress, cik A mesti tergelak besar dengan aku. Hahhah bukan aku kaki bodek, tapi aku kadang-kadang crack jokes spontaneously walaupun aku nampak serius. Kawan aku jadi bengang sebab dengan aku cik A tu ok je, padahal dengan dia sebelum tu (kami jumpa bersama-sama) kena marah lagi. Bukan salah aku ok, hehehe... nak kata aku pandai ambil hati, tak juga. I am what I am!

oklah aku nak tido, sebenarnya aku kurang mengantuk sebab tadi aku tido, alhamdulillah I'm feeling better...
good nite all...

Thursday, March 22, 2012

Snap snap dinner



Tak sempat nak tulis entry,layan je le gambar kami dinner sebentar tadi....
order tomyam, sup tulang, udang masam manis, tapi apsal aku tak snap haaa??
masa makan memang kalut, aku rasa macam dalam rancangan Nanny 911 je hehehhe

Thursday, March 15, 2012

kanak-kanak demam...

Beberapa hari ni si adik dan si abang selang seli demam. Mula-mula adik, lepas tu abang pulak keracunan makanan (minum sirap limau kat kedai makan) sampai muntah-muntah siang malam. Pagi ni adik pulak sambung demam.
Si abang kelihatan sungguh kurus kering, sekeping, kesian betul. Adiknya montel je walaupun demam. Abahnya pun cuti hari ni, so takdela penat sangat.
Tak tau la ke musim demam sekarang?
Lagipun cuaca sekejap panas dan hujan.
Okla nak masak apa yang patut.

Monday, March 12, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Idea..come and and come please!!!

Bukan senang nak ambik mood untuk start buat projek ni...
nak cari momentum as a trigger to work on track....
bila mati idea, guling-guling atas toto, makan keropok, makan nasik ehhehe..
paling tak best bila sangkut kat programming dan jammed!
tapi bila dah jumpa solution, phewww satu kelegaan, satu kegembiraan dan kepuasan hahaaa!!

kalau aku stay up malam-malam lagi berkesan, tapi buat masa ni belum mampu stay up, sebab bila kanak-kanak ni tidur, aku turut join. Kalau stay up tu boleh diusahakan, tapi kalau kunci jam bangun pagi tu aku rasa mustahil ehhehe, kecuali kalau nak exam macam dulu, tapi sekarang mana ada exam dah.
Buat kerja sambil meniarap ni bukanlah satu cara kerja yang sesuai. Maklumlah, bukan ada meja study. Kerusi plastik tu pun dah diangkut ke rumah baru. Kat rumah baru la kalau nak ada ruang belajar yang convenient pun.

Dah nak pukul 5 petang, habibi kata dia ada beli ketam. Petang ni masak gulai ketam. Hehe paling nice bila diorang tiga beranak balik dan buka pintu, and said,

"Mamaa...... mamaaa," and giggle! so sweet... and at that moment, I'd better shut down my netbook and start to chase them. Sweet laa.....

I'd better get up and masak nasi......
yeah today's progress seems fine, so far so good.

Tuesday, February 28, 2012

Grrrr.... orang macam ni pun ada

Tersirap darah aku tengok paper metro hari ni. Sebenarnya aku dah tengok video tu semalam. Ia berkenaan pengasuh sakit otak yang membalut badan bayi macam mayat supaya bayi tidur tak bergerak dan tak menangis. Dililitnya badan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun tu macam pocong, lepas tu ditampalnya mulut dengan selotape... eiiii kalau aku jumpa memang aku nak tendang bagi mampus, sebelum tu aku nak bungkus dia macam lepat pisang, macam yang dia buat kat baby tu.

Memang dasyat la standard taska di Malaysia ni. Rata-rata yang aku dengar dan aku lihat, semua sama je. Kesian anak-anak kita. Bila hantar ke taska tu, diorang macam prisoner, dilayan macam pengemis.

Aku dah pernah kena kat Perlis ni, kat sebuah taska di Kangar. Taska ni ada beberapa cawangan.  Taska **i**h namanya. Aku sempat hantar anak aku dalam seminggu je sebab tak tahan dia buat Faiz macam tu. Masa tu Faiz umur 9 bulan. Dahla dia tak bagi kita masuk, dia kurung budak-budak tu macam dalam penjara. Aku dapat tau pun sebab aku biasa dok 'ambush' sebab aku pegi breastfeeding Faiz. Bila aku masuk ke, perghh... terkejut aku tengok dalam satu bilik tu penuh dengan kanak-kanak yang tidur dalam buaian dalam satu bilik kecil, tak ubah seperti kelawar. Yang aku heran tuh, pengasuh sorang je, budak berbelas-belas orang boleh tidur serentak??? Musykil.... musykil.... aku bukan buat cerita, ni aku nampak denga mata kepala aku sendiri.

Dahla bilik tu dikunci, pintu tak ada tombol, kalau nak bukak kena korek dengan sudu. Lepas tu ruang memasak tak diasingkan. Kanak-kanak bebas berlari di ruang memasak nak menuju ke bilik air.

Aku tau sikit demi sedikit keburukan taska tu. Nampak macam hebat sebab banyak cawangan, rupanya hampeh, like hell!!! Yang membuatkan aku berhenti hantar anak daripada taska tu, adalah kerana faktor-faktor tu la. Yang secara drastiknya sebab, pada suatu hari ketika aku nak breeastfeed Faiz, bila aku masuk dalam bilik kecik tu aku nampak seorang pengasuh tua (50-an) sedang menghayun Faiz dalam buaian dengan kuat tanpa henti. Faiz menangis dengan kuat dan tak berhenti, namun dia terus menerus menghayun dan hayun buaian macam takda perasaan. Nak bagi anak aku mereng ke???? Aku yang marah melihat kelakuan pengasuh yang sakit otak tu terus mengambil anak aku beserta barang-barang dan terus cabut tanpa berkata sepatah pun kepada pengasuh tu. Dia ingat anak aku ni tak ada harga ke? Anak aku tu wey!!! Susah payah aku beranakkan dia, senang-senang diorang buat anak aku macam anak kucing? anak kucing pun aku tak pernah buat macam tu tau!

Dahla aku tengok baby yang baru lepas pantang, diorang tinggal je botol susu kat mulut, lepas tu diorang suruh kanak-kanak yang bermur 2,3 tahun tolong hayun buaian baby. Tak ke gila? kalau tersedak baby tu dan lemas, satu sen pun tak guna, kasi cekik je pengusaha dan pengasuh yang mementingkan duit semata-mata. Arrgghhh emo betul aku, sebab aku tak tergamak nak buat macam tu kat anak orang.

Pernah sekali aku tengok baby terjatuh dari buaian, tapi aku cepat-cepat sambut kepala dia daripada terhantuk kat lantai simen. Pengasuh dia WTF dok buat apa la. Sebenarnya pengusaha tu tak fikir semua tu. Dia ambik pengasuh sorang dua je sebab nak jimat kos, lepas tu dia ambik budak ni tak ada had sebab nak untung banyak. Aku pernah jumpa bekas pengasuh dia, katanya, kanak-kanak di taska tu hanya dijamu dengan bihun goreng yang digoreng 'bodo-bodo' je. Kesian kan, patutla diorang bila balik rumah kelaparan.

Aku ada bertanya kepada kawan habibi yang turut menghantar anak di situ. Katanya, taska tu ok je. Hah ye lah! Korang hanya tau hantar anak di muka pintu taska, dan disambut girang oleh pengasuh yang bermuka manis. Lepas pintu taska ditutup, ada korang ambik tau apa dah jadi kat budak-budak yang tak berdosa tu? Dahla bila masak, diorang tak buka tingkap. Kelemasan budak-budak tu. Patutla tuan taska tu tak bagi ibubapa masuk ke dalam rumah, sebab tak mau terbongkar rupanya. Hah aku peduli apa sebab aku breastfeeding.

Bila balik di waktu petang, amboih pakai bedak wangi-wangi nampak macam anak-anak terjaga. Cisss hipokrit gila. Cukupla seminggu anak aku tersiksa kat situ. Aku takkan maafkan pengasuh dan pengusaha yang mementingkan diri sendiri seperti di taska S*i**h tu. Aku takkan maafkan korang sebab membahayakan nyawa anak aku dan anak-anak orang lain.

Kepada mak bapak semua, tolong ambil berat perihal taska anak anda. Jangan main hantar je. Siasat dulu sama ada ada kelulusan atau tidak. Kelulusan saja tak cukup, tengok cara dia handle budak. Tengok sama ada diorang jenis biarkan budak dengan botol susu masa tidur atau tidak. Jangan percaya dengan muka manis pengasuh. Sekali sekala ambush je taska tu nak tengok. Kalau diorang jujur, diorang bagi je kita masuk sampai ke dalam bilik. Tengok camna diorang susun bilik dan susun atur, selamat ke tak. Pengalaman hantar Faiz ke taska Hell tu memang mengerikan. Syukur anak-anak aku selamat. Semoga kita lebih cerewet dalam memilih taska anak.

Huhh tengok paper metro hari ni memang bikin aku panasss.....

Monday, February 27, 2012

Hari-hari tanpa gaji....

(Sebelum study, nak tulis satu entry dulu)

Kelmarin habibi dan aku cuti (aku memang cuti sebulan), jadi kami banyak uruskan hal-hal tergendala kelmarin. Pada mulanya aku rasa berat hati nak hantar budak-budak ni ke tadika, rasa sedih pulak sebab kami cuti. Tapi oleh kerana kami nak ke rumah baru buat kerja, maka tak sesuai la bawa diorang sebab banyak habuk, bising dan panas.

Pagi-pagi lagi kami ke JPN nak ambik IC yang aku buat bulan lepas. Rasa janggal pulak berjalan tanpa kanak-kanak dan tanpa yelling and screaming and shouting hehehe. Kat JPN tengok-tengok sistem down pulak, kena datang lain kali.

Masa keluar dari bangunan JPN, encik habibi tarik tangan aku dan dia pegang tangan sambil berjalan.. "Uwaahhhh.... romantik pulak sejak masuk 34 tahun nih... kihkihkih..." aku mengusiknya sambil tergelak. Hahaha bukan senang nak romantik nih. "Apsal pulak tiba-tiba romantik nih?" saja tanya soalan sengal hahaha... "Abih tu dok pegang anak je, masa sempat.." jawabnya hehehe.

Kami jarang nak duduk berdua sebab tak pernah sunyi daripada kanak-kanak. Kalau keluar ke mana-mana, mesti dok berkejaran dengan si adik dan si abang. Ke mana pergi mesti kami berempat. Mesti cuba sedaya upaya angkut sama.

Ada antara kawan-kawan yang akan mengambil cuti sehari dua tanpa anak-anak dan diorang menghabiskan masa berdua, tapi.... aku tak buleh buat macam tu, tak sampai hati aku, kesian diorang. Habibi pun sama, dia takkan tinggalkan budak-budak kecuali bila ada kerja penting. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan dan tinggalkan budak-budak, memang jarang dibuatnya. Kecuali sekali sekala main futsal. Kami berempat sangat sinonim, macam irama dan lagu, ewahhh.....

Dalam kereta, aku rasa sunyi sebab tak dengar suara budak-budak, tak ada yang nak berebut duduk atas riba, tak ada yang nak panjat kerusi, tak ada yang nak bertekak, dan aku dan habibi tak payah nak jerit-jerit. Tapi rasa janggal pulak, kesian diorang kena tinggal. Ala, sehari je pun. Nak ke rumah baru cat grille. Aku pulak pergi jumpa supervisor dan bayar yuran kat Bank Islam. Selepas settle urusan kat UUM kami kembali ke rumah baru. Aku sambung kerja dengan mencuci tandas dan menyapu sampah dan habuk. Kata habibi, kami dah boleh mula angkut barang sikit-sikit.

Dan.. sekarang aku nak mula study... kalau aku dok di rumah tidur dan tengok tv, takda maknanya aku ambik unpaid leave sebulan, rugi woihhh......

Friday, February 17, 2012

Tercucuk gegendang telinga?

Pada hari Jumaat minggu lepas , 10 Februari, aku yang sedang menghirup sup tulang di meja makan tiba-tiba dikejutkan dengan satu jeritan si abang yang menangis kesakitan. Menangis macam nak pengsan. Abahnya yang sedang tengok tv pun menerpa. Tengok-tengok, meleleh darah daripada telinganya.

Hah panik weh!!!!! Aku tanya boleh dengar tak, dia kata dia dengar. Di tangan adik masa tu ada seekor dinosour mainan yang berekor panjang dan bertanduk. Aku suspek dia cucuk telinga abangnya dengar ekor dinosour. Terus aku ajak abahnya ke klinik. Dalam kereta, si abang kata adik cucuk dengan tanduk. Yang aku perasan, tanduk tu tumpul. Dan aku try 'check' pendengaran dia, dia kata dia dengar. Oleh kerana klinik dah tutup masa tu, maka kami rasa mungkin luka itu di dinding telinga, bukan di gegendang. (doktor tak bertauliah!)

Keesokannya kami membawanya terus berjumpa pakar telinga di KMC, Alor Setar sebab masa tu on the way balik kampung.

masa tu hanya habibi yang masuk bersama Faiz ke dalam bilik doktor. Habibi punya la suspen masa tu, takut perkara buruk berlaku.

Check punya check, bukan luka disebabkan oleh ekor dinosour mahupun tanduk dinosour, tapi pensil tajam!!!!

Jadi doktor pun cuci la darah yang ada dalam telinga.

Tiba-tiba doktor termenung seketika.....


"Ada benda lain ni...."... kata doktor tu...


habibi dah cuak dah. Kata doktor, ada sesuatu yang tercucuk kat gegendang telinga Faiz, dan ia dah lama.

Dengan alatan canggih yang ada, doktor mengeluarkan benda tersebut dengan menggunakan vakum yang dimasukkan ke dalam lubang telinga. Setelah berusaha mengeluarkannya, nak tau apa benda sebenarnya yang menembusi gegendang telinganya?




















Hah ini dia! Kayu halus seperti jarum. Boleh jadi lidi, atau ranting kayu?? kami pun tak tau.

Oleh kerana kayu tu dah dikeluarkan, Faiz mengadu bila dia menyedut angin ke dalam mulut atau hidung, angin akan keluar melalui telinganya.

Tapi hari ni katanya dah tak keluar angin dah. Barangkali lubang sudah tercantum.
Dan hari ni kami akan buat follow up dengan pakar tersebut.

Selama ni tak pernah pulak dia mengadu sakit telinga.

Katanya, dia main doktor-doktor dengan adik masa tu. Adik yang jadi doktor agaknya. Rasa kelakar pun ada...

Macam ni la budak sedang membesar...
bikin suspen daaa.... syukur tak serius.
aku harap semuanya ok...

Tuesday, January 10, 2012

Ceramah Ustaz Don

Sayu rasa bila dengar ceramah ustaz Don pasal Anak aset ke syurga atau neraka. Teringat bila aku menghadapi saat getir Julai lalu. Bila baca entry Julai memang aku sendiri akan rasa perit kerongkong, sempit je saluran suara aku ni dan mula la nak feeling. Pagi tadi aku baca balik, mata berair nasib baik officemate tak nampak heee...... Dan juga lagu Doa Untuk Ayah, dah lama tak dengar.

Dan kini aku sebagai ibu harus memainkan peranan besar supaya anak-anak aku dapat menjadi anak-anak yang Allah pelihara sampai ke syurga, amin. Aku dan habibi ada merencanakan sesuatu untuk anak-anak. Semoga rencana yang baik Allah permudahkan. Dan sebelum itu, aku sendiri sebagai emaknya memainkan peranan yang sangat besar supaya anak ikut. Sedikit demi sedikit dan setiap hari kami cuba kaitkan Allah dalam kehidupan seharian. Supaya mereka ingat, Allah adalah Tuhan kita. Supaya setiap apa yang mereka lihat, mereka akan faham bahawa semuanya Allah yang ciptakan. Faiz ni dia tanya terperinci pulak, siapa yang buat Ultraman, siapa buat Tarzan..isk...isk..

Bila tengok awan, aku akan kata, " tengok tu cantiknya Allah buat awan! kata apa?"
"Subhanallah, allahuakbar!" kata mereka.

Bila mereka melihat sesuatu yang menakjubkan, kami ajar mereka supaya kata subhanallah.

Baru-baru ini aku terdengar si adik menjerit di luar rumah,
"Subhanallah...allahuakbar!!"

lalu dia berlari masuk mendapatkan aku yang sedang memasak,

"Mama, adik nampak burung banyakkk.. subhanallah..allahuakbar!"
aku tersenyum.

Walaupun perkara tu mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi ia memberi kesan besar pada aku.

Korang pernah tak dengar lagu ni,

"Rain-rain, go away, come again another day...
daddy wants to play...
rain..rain go away..."

dulu mereka nyanyi bersama-sama aku. Tapi aku rasa lagu ini tak elok pula. Bukankah hujan itu adalah rahmat. Mengapa diminta dijauhi? Jadi aku dah tak bagi diorang nyanyi lagu tu.

Sekarang ni si abang suka dengar lagu-lagu Sami Yusuf yang kami loaded ke dalam PSP yang dibawanya ke hulur kehilir. Dan lagu favourite yang didengar adalah Hasbi Rabbi.

"Tengok mama, sekejap je diorang catch up lagu tu.." kata habibi di dalam kereta pada suatu hari. Habibi perli aku sebab sebelum ni aku suka nyanyi lagu MJ sampaikan Faiz ikut hehehe.....

Aku mahu menjadi orang yang baik, dan belum terlambat untuk berubah. Seperti kata Ustaz Don, tiada istilah terlambat bagi kita.

Dan aku mahu anak-anakku jadi anak yang taat pada Allah. Bila taat pada Allah, secara automatik mereka akan taat kepada rasul dan ibubapa.

Dan untuk mendapatkan anak-anak yang soleh, tidak semudah itu.

Anak akan meniru perbuatan dan perlakuan ibubapanya.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Tuesday, January 3, 2012

Aishhh geram wehhh!!!!



Geramnya aku tengok, ini adalah faktor-faktor kena menambah bilangan ahli keluarga nih... bagi cukup kuota 4. Masa diorang besar ni, ke mana-mana saja aku bawa diorang, mesti orang akan tegur dan cubit. They are so sweeeeeet!

Tuesday, December 27, 2011

My daughter dah masuk tadika!

Pagi tadi adalah pagi yang agak kelam kabut bagi aku (bukan ke tiap hari ke?),
anakku yang kecik start masuk tadika bersama abangnya hari ini. Sepatutnya bulan Januari tahun depan tapi cikgu tadika tu, teacher Saras kata boleh dah nak hantar awal pun.

Semalam kami beli barangan sekolahnya seperti pensir warna, pensil, pemadam, berus gigi, seluar, baju dan selipar baru. Kami mak bapaknya yang excited terlebih. Beli sikat dan cekak rambut la, macam-macam.

Semalam dah pesan dah supaya jangan nangis bila bangun pagi. Tapi mungkin sebab tak biasa, dia jadi moody tak mau bekerjasama bila disuruh pakai baju. Hehee, kena la sebijik dengan abah dia hehehe... abahnya seorang yang sangat penyabar, amat-amat penyabar hehe, tapi kalau susah sangat nak bekerjasama nanti kena la sebijik.

Masuk dalam kereta teresak-esak dok atas riba. Semalam aku dah siapkan semua kelengkapan dalam beg. Tapi disebabkan dia moody, jadi lewat jugak hari ni.

Masa dekat-dekat nak sampai kat sekolah, aku imagine dia akan meraung sambil peluk kaki aku tak mau masuk dalam pagar sekolah. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali hehehe. Ketika hampir tiba di depan pintu pagar, terus dipakainya cekak rambut, lalu bingkas bangun mencari selipar barunya di bawah. Masa aku bukak pintu kereta, aku ingatkan dia nak tutup balik, tapi rupanya dia nak buka tak sabar nak turun heheheh.. syukur alhamdulillah...

Bersama abangnya yang memimpin tangannya, aku hanya memerhatikan dari tepi kereta, mereka bersama-masa masuk ke dalam pagar dan minum susu botol depan pintu hehehe, tak menangis pun! Good girl! Sebab dari awal-awal lagi kami dok ceritakan keseronokan di sekolah abangnya. Lepas tu kelmarin ketika isi borang pendaftaran, dia dah tersengih-sengih melilau tengok gambar-gambar karakter kartun di segenap pelusuk tadika. Cuma dia tak biasa bangun mandi pagi, jadi moody. Aku harap esok dia mula membiasakan diri. Tak sempat nak ambik gambar sehhh.... dah lewat!!!!!

Both of them are adorable! Syukur, the gifts from Allah... syukur alhamdulillah for granting me happiness....

Wednesday, December 21, 2011

I just wanna help....


She's a big girl already....
selalu nak tolong buat kerja....
petang kelmarin, selepas balik dari kerja dan bila aku nak angkat kain, terus si kecik ni nak tolong. Tapi tangannya tak sampai, lalu dia ambik kerusi pulak. Sampai habis kain kat penyangkut tu. Thanks darling! Hehhee lama juga dia dok angkat. Bila sangkut, nak nangis...
last-last habis jugak dia ambik.

ok big HUG!!!

Wednesday, December 14, 2011

Layan lagi....

Sehari selepas balik haji....

Semua berjubah..

Beza 3 bulan je tapi sepupunya lebih tinggi hehee...

Wednesday, November 2, 2011

Terima kasih Allah!

Dua hari lepas aku sedang menunggu hubby dan adik kat parking lot bersama Faiz. Masa tu pukul 9 malam dan angin bertiup, best!

Faiz : Wow bestnya angin ni ( and giggled)
Siapa buat angin?
Aku : Allah yang buat angin ni. (sambil memimpin tangannya ke bangunan supermarket)
Faiz : Pasal apa Allah buat angin?
Aku : Nak bagi Faiz sejukla...
Faiz : Terima kasih Allah! ( with a cute giggle)

Ntah kenapa I felt so touched....kids are always sincere when they say something....
Both of them always ask about Allah, where is Allah, why can't we see Allah, siapa buat pokok? Siapa buat burung? Bila aku kata Allah kat langit, dia tanya pulak, Allah naik roket ke? isk isk...
I try my best to answer, aku harap anak-anak aku dapat dididik mengenal Penciptanya dan selalu bersyukur. Dengan anak-anak, aku sendiri akan jadi budak-budak hehehe....I play with them, sing and chase them. Bila aku kejutkan mereka di waktu pagi, biasanya aku akan usik dulu, atau nyanyi to make them smile. They are soooo adorable! Thank you Allah for your blessing!

Monday, October 10, 2011

Mujahadah! Come on baby!

Tadi pada pukul 10 malam, si Faiz dah ajak aku tidur. Diorang bertiga dah nak masuk tidur. Aku yang mengantuk gila ni ingatkan nak tido dulu dan bangun solat isyak kemudian. Tapi bila diorang dah tido, aku tak jadi nak join. Aku solat dulu, sapu sampah, basuh kain. Hmmm jadi banyak benda yang aku boleh buat kalau tak tidur. Bestnya tengok diorang tidur. Aku suka menyelit di celah-celah budak dua orang tu and hug them. Tidur berhimpit-himpit dengan udara sejuk air cond memang la syiok! Bila tengah malam sikit..dushhh...kaki diorang terkena muka aku ni.

Aku baru lepas install .NET Framework 4. Bila install yang ni, boleh buka pulak MS SQL Server 2005. Maybe dia nak .NET terbaru kot. Aku pun tadi main download je sebab otak dah jem, tak larat dah nak try and error. Lepas solat dan baca yasin untuk Wan, aku rasa segar sikit. Biasanya selepas baca yasin, aku akan hembuskan ke ubun-ubun anak-anakku. Tadi diorang tidur aku tiupkan kat kepala diorang. Kalau diorang tak tidur, automatik budak dua orang tu akan datang selepas aku selesai mengaji dan suruh tiup kat kepala diorang hehe. I blew on their heads and kissed them.

Oklah, aku nak buat tutorial Web Services guna Netbeans ni. So many things to learn. Bila get stuck I'd better seek for my supervisor's help.

Bestnya kalau boleh tidoq, but.... NO PAIN, NO GAIN!

ps: alamak...mata kanan aku dah mula nampak blur je...nehiii aku tak mau pakai spek!!!

Thursday, October 6, 2011

Macam mana nak jawab hah?

Faiz selalu suruh aku nyanyi lagu Haji Menuju Allah, by Raihan. Katanya dia suka dengar. Dan aku selalu jadi penyanyi jemputan menyanyikan lagu tu.

Aku : Nanti tokwan dan tok nak pergi ke Mekah la, naik haji.
Faiz : Mekah tu kat mana?
Aku : Kat dalam tv yang tunjuk Kaabah tu
Faiz : Yang kotam hitam dan oren tu ke ?
Aku : Ya, tu la kaabah.
Faiz : Buat apa kat Kaabah?
Aku : Solat kat sana la

Lalu aku sambung nyanyi....

Pergi haji...
ertinya menuju Allah yang Esa..
membawa hati dan diri yang hina...
memberi hadiah..
kepada Allah....
berhati-hatilah menghadapnya...

Faiz : Bawa hadiah kepada siapa?
Aku : Kepada Allah la..
Faiz : Allah kat mana?

(lalu aku menyiku abahnya...psstt..nak jawab camna ni abahnya?)

Abah : Allah kat langit, kita tak nampak
Faiz : Mana? Tak nampak pun!
Abah : Tinggi, kita tak nampak
Faiz : Allah naik roket ke? Macam angkasawan?

Aku dan abahnya: ??????????

Macam mana nak jawab ntah??? Jawapan kami pun salah, Allah bukan di langit. Rujuk di sini, tapi nak explain tu kompleks sikit la.

Sunday, September 25, 2011

Pengarang jantung..intan payung


Ini adalah gambar yang diambil pada petang jumaat lepas, 23 Sepember 2011. We are ready untuk buat passport. Lepas ni nak buat visa pula....tak sabarrrr!!!!!

Sunday, August 14, 2011

Sepetang di kampung.....


Petang kelmarin sempat ke bazaar Ramadhan kat Merbok. Kecik je bazaar ni. Seperti biasa si abang minta donut.

Ada burger malaysia, beraneka jenis kuih..hmmm aku kurang makan kuih..bagi aku makan nasik dan aku akan duduk diam-diam hehee..

Ayyooo...penatla macam ni nak kena dukung...

Selepas balik dari bazaar Ramadhan Merbok, terus tengok cerita BoboiBoy tanpa bergerak-gerak, senang je nak umpan bagi diam..ataupun bagi main game Angry Bird