Friday, July 6, 2012

Subhanallah..

http://www.quranandscience.com/islam-and-science-universe/257-all-swimming-in-an-orbit.html

these facts really take my breath away.... rasa macam nafas terhenti kejap...

"And He is the one who created the night, daylight, sun and the moon, all swimming in an orbit". (Quran, The Prophets: 33).


Kenapa dikatakan 'swimming in an orbit'? Dan bukannya 'floated'?
Alam semesta ini sebenarnya sedang mengembang, hanya Allah yang tahu segalanya. Oleh itu, planet-panet tidaklah mengorbit  di laluannya yang sama melainkan ianya berubah sepanjang masa, kerana alam semesta ini terus mengambang! Dan perhatikan juga bahawa orbitnya adalah berbentuk elips.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana bulan mengorbit bumi, dan bumi mengorbit matahari, seolah-olah seperti dalam gerakan swimming (ups and down through the waves). Perhatikan yang bumi, bulan dan matahari tidaklah berada dalam kedudukan yang sama, tetapi ia terus bergerak seperti mengembang dan ia terbukti dengan kajian sains!


Gambar di atas pula menunjukkan bagaimana sistem suria kita mengorbit Bima sakti/Milky Way. Bimasakti pula mengorbit pusatnya. Terdapat berbilion galaksi seperti Bima sakti di angkasa sana.
Daylight and night are symbols of time, here in the photo as the Quran mentioned, they are moving in a wavy motion over the spherical earth, indicating that time is a wave.

Figure showing a meteoroid track in space, though 21 days.

"it is clearly proving that the orbits of the celestial bodies which are all moving relative to each other is wavy, but until now I couldnot reach an explaination why it is wavy, at the same time nobody drew the accumulated wavy orbits, these questions I expect I explained its answers in these two articles, while other related questions such as: How gravity works with wavy orbits? What is the relation between accumulated wavy orbits and higher dimensions?... and many others I tried to explain in my books (Universe Revealed More- Continueing Einsteins Revolution) and (New Principles of Space-Time travel). "(Written by: Eng. Wasfi Amin Alshdaifat (Author, Inventor)

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Tinggi ilmu pengetahuan Allah.

Korang bacalah sendiri, panjang sangat...
I'm speechless...
Bayangkan segala macam planet yang ada dalam berbilion galaksi ini, beredar dengan teratur tanpa coalision!
Maha Suci Allah...
aku hanyalah hamba-Mu yang kerdil...

Maha Suci Allah Yang Maha Bijaksana..

Thursday, July 5, 2012

Trust no one!

Situasi :

Ada beberapa watak, A, B dan C (boleh jadi lebih ramai).
A dan C ada bertelingkah pendapat. Just a small matter. A dan B bercerita perihal tersebut.
B dengan bersungguh-sungguh menyokong A, dan menyebelahinya dalam semua aspek, dan meng'kondem' C yang kononnya tak berlaku adil terhadap A.

Pada satu waktu yang lain,
C juga mengadu kepada B tentang permasalahannya. B juga dengan bersungguh-sungguh menyokong dan menyebelahi C, lalu mengutuk dan meng'kondem' A dengan bermati-matian.

Masing-masing A dan C merasa bahawa B menyokong kedua-dua mereka. Akibatnya, A dan C sangat akrab dengan B, manakala A dengan C masing-masing menjadi saling membenci gara-gara B!

B menjadi pilihan ramai dan dipercayai dan disayangi semua orang kerana dia menyokong mana-mana yang datang kepadanya. WELL!! sebenarnya orang tak selalu datang kepada B, tapi B yang datang mengorek dan mengintip segala rahsia. Benda-benda yang kecil diperbesar-besarkan oleh B, ibarat mengadu domba. Bila pihak D, E etc bersuara, contohnya, D dan E turut mengkondem A yang dikhabarkan buruk oleh B, maka tak lama selepas itu, B akan menyampaikan kepada A bahawa D dan E telah mengutuknya kaw kaw, padahal B yang mula membuka cerita dan mengadu domba! Tetapi yang mendapat nama buruk adalah orang lain.

**********
MENGADU DOMBA /FITNAH (Peringatan Daripada Peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj)
(Petikan/ Ringkasan Huraian dari kitab al-Kabaair yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Naim dalam kuliah di Surau Al-Ansar Rampaisari pada 16 Jun dan 23 Jun 2009)

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” (Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

WALLAHUA'LAM..SELAMAT BERAMAL

Breakfast.....

Ni breakfast untuk pagi ni, tangkap gambar dulu, belum makan pun lagi. Hari ni mood spoil sikit, ada benda berlaku tadi ggrrrrrr........

Wednesday, July 4, 2012

Picture in 2010..

Gambar ni masa Wan ke putrajaya menghadiri majlis perkahwinan cucunya. Masa ni dah uzur, bila sampai kat putrajaya, Wan tak sihat, demam-demam.
Kalau boleh aku nak bagitahu Wan, yang aku mengingatinya setiap saat, dan aku berdoa semoga umurku panjang agar aku boleh terus berdoa untuk Wan, agar kita dapat bertemu di syurga, amin.

Tuesday, July 3, 2012

4 Julai 2011- 4 Julai 2012

Kat sudut atas diary aku, ada number yang aku tulis. Ia menunjukkan dah berapa hari Wan pergi.

Ngantuk....penat.....

Setiap hari adalah hari yang memenatkan.
Setiap hari sampai di rumah pukul 6.30 petang.
Lepas tu nak masak (kalau sempat), lepas tu siapkan budak-budak ni bagi mandi.
Lepas tu lepas makan, kena kemaskan, basuh pinggan mangkuk, mop lantai.
Lepas tu basuh baju, kalau ada rendaman dalam bilik air, kena basuh dulu.
Lepas tu kutip sampah celah-celah kerusi, simpan mainan budak-budak ni.
Kalau rajin, lipat baju dan simpan dalam almari. Kalau malas dan penat, aku buat bila aku rasa aku nak buat!
Secara puratanya aku tidur pukul 12 tengah malam setiap hari. Nak tido awal tu impossible sebab banyak nak kena buat weh! Tapi kalau penat gilebabas aku tido dulu dan bangun awal pagi solat Isya'. Penat sangat la tu, memang tak berdaya. Kadang-kadang badan aku ni kepenatan yang melampau. Sebab tu aku kena dapatkan tido yang berkualiti. Kalau tido sikit-sikit, aku akan mengantuk esoknya, dan seterusnya meleret-leret sepanjang hari.

Hari ni aku siap kerja rumah awal, 10.15 dah settle. Tapi nak kena sidai kain ni haaa...nanti budak-budak ni takde baju nak pakai ke tadika esok.

Ohh... being a housewife memang memenatkan, ni baru half day being a housewife!
Orang lelaki boleh tido awal, pukul 10 dah boleh tido. Tapi mothers won't go to bed until they finish all the cores. Makanya, kalau kaum ibu membebel dan berleter, please understand ok. Mereka melakukan sedaya upaya untuk membersikah rumah dan memastikan keadaan segalanya mengikut peraturan. Kerja surirumah ni orang takkan perasan melainkan kalau surirumah tu tak buat kerjarumah! You got that?

Monday, July 2, 2012

What's up?

Aku kena handle orientasi budak-budak baru esok.
Tengah siapkan aktiviti LDK.
Aku suka LDK, bagi aktiviti yang best-best.
Hari ni my bestfriend is coming tengahari nanti. Best buddy sejak sekolah menengah.

Oh ya, semalam aku mimpi Wan.
Hari ni genap 365 hari Wan tinggalkan aku.
Semoga damai di sana.
Al-Fatihah..