Kalut betul setiap pagi, macam gempa bumi je berlari-lari...
Lepas diorang pegi sekolah, aku kalut uruskan anak-anak kucing pulak. Baru-baru ni kucing hitam (yang baru dinamakan Hachiko sempena the legendary dog hehehe) nyaris-nyaris nak kena lenyek dengan tayar kereta. Tak tau kebenda Hachiko ni, sebab masih kanak-kanak kot. Tadi masa nak masuk ke dalam kereta aku press minyak berdengung bagi diorang lari. Bahaya ni diorang nak mengekor aku pegi kerja. Lepas ni kena kurung la bila nak pegi keje, tapi kesian pulak. Tapi untuk safety memang kena kurung dan bubuh makanan banyak-banyak. Aku bagi makan ikan fresh, wet food dan juga makanan keras whiskas atau friskies tu. Aku bagi ikan fresh pulak sebab banyak kes kucing kena penyakit batu karang sebab makan makanan kucing tu. Ada orang bagi makan ayam rebus untuk kecantikan bulu kucing, ermmm baik aku beli produk untuk kecantikan kulit aku ni daripada kecantikan bulu kucing.
Sebenarnya aku baru beli serum Biowhite Collagen daripada Panacea Beauty. Selepas membaca blogger fofuler memberikan feedback yang menggiurkan, aku pun terliur lah sebab kulit muka aku ni dah macam muka amah dah aku tengok. Boleh check serum ni kat Panacea Beauty. Harga serum ni adalah RM95 termasuk pos.
ni aku quote :
"Serum Biowhite Collagen iaitu serum berasaskan bahan-bahan semulajadi yang terdiri dari gabungan bahan aktif yang mantap seperti AIR SULING, MADU, EKSTRAK ALOE VERA, KOLAGEN RUMPAI LAUT, KOLAGEN IKAN, SARANG BURUNG WALID, PATI OREN, dan VITAMIN C yang sememangnya memberi kesan yang baik terhadap kulit dan mampu merawat semua jenis masalah kulit. Keunikan serum ini adalah serum PERTAMA yang boleh DISAPU & DIMINUM"
Haaa siap boleh minum lagi. Tu yang aku jadi confident tu sebab natural. Aku try rasa sikit, rasa manis-manis gitu, tapi aku tak makan sebab aku rasa janggal ehhehe...
Aku cuma sapu je kat muka sebelum tido. Bila bangun pagi tadi rasa best je, macam licin je. Tu baru pakai sekali. Dalam seminggu pakai 4 kali je tapi aku rasa aku bantai je lepas ni hehehhe...
Lepas ni tengok muka harap-harapnya takla stress sangat macam tengok muka amah. Amah pun kencang makan jamu, jangan main-main.
ps: aku dah jadi Stokis Panacea Beauty, siapa nak order Serum Biowhite Collagen boleh pm aku
013 5208501
I'll reply as soon as possible kecuali kalau aku tengah drive or tido ehhehe
Sunday, January 12, 2014
Saturday, January 11, 2014
HPV Vaccination
Dah 2 bulan tertangguh nak cucuk vaksin HPV, Alhamdulillah hari ni berjaya mendapatkan suntikan pertama daripada siri suntikan sebanyak 3 kali untuk melengkapkan dosage yang diperlukan.
Mesti korang pernah dengar kan pasal vaksin HPV ni. HPV stands for Human Papilloma Virus yang boleh menyebabkan kanser serviks, maka vaksin HPV ini dapat mencegah penyakit kanser serviks dan beberapa jenis penyakit kelamin yang lain. Ada dua jenis HPV vaksin yang ada iaitu Cervarix dan Gardasil, dan tadi aku dicucuk dengan Gardasil 0.5ml.
Ya, kanser serviks boleh dicegah dari awal. Untung kan bila kita boleh cegah ni, tak macam penyakit kanser yang lain. Penyakit kanser memang digeruni dan biasanya ramai yang tewas meskipun ada yang berjaya melawannya dengan pelbagai kaedah rawatan. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati jadi mari kita ambil peluang yang ditawarkan oleh klinik-klinik berdekatan.
Di pusat kesihatan kerajaan biasanya diadakan promosi untuk menggalakkan kaum wanita mendapatkan suntikan vaksin ini. Aku mendapatkan suntikan ini di Pusat Kesihatan UUM dengan kos sebanyak RM100 bagi satu suntikan. Maknanya untuk ketiga-tiga suntikan, semuanya RM300 lah tapi bila cucuk sekali, bayarla RM100, bukan bayar sekaligus. Kalau kat hospital atau klinik swasta memang lebih mahal la. Untuk budak-budak sekolah memang suntikan ini diberikan secara percuma di sekolah-sekolah. Kalau korang nak dapatkan suntikan ini kat mana-mana klinik kesihatan, cuba telefon dulu tanya ada promosi ke tak, sebab kalau bukan tempoh promosi nanti mahal la.
Korang boleh study pasal HPV dan vaccination ni kat HPV and Vaccination.
Errmm... aku takut dah tadi sebab lama dah tak kena inject, sekali tak sempat nak sakit sekali dah siap dah, tak sakit pun, cuma lepas tu lenguh je sikit. Yay dah inject!!! Tinggal lagi 2 dosage yang harus dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan. Tadi aku diberikan kad yang tertera tarikh suntikan akan datang. Oh ye, dalam tempoh ini, tidak digalakkan mengandung. Vaksin tersebut adalah selamat untuk ibu mengandung tapi kajian secara terperinci tidak dilakukan, oleh itu, hang on, lepas habis dosage bolehla pregnant.
Okla, nanti jangan lupa dapatkan suntikan vaksin HPV sebelum terlambat!!
bye!

Friday, January 10, 2014
alhamdulillah dah selamat!
Mama Meow dah selamat dimandulkan!
Kesian tengok dia pengsan beberapa jam. Masa kena bedah aku tak tengok sebab tinggal je kat klinik vet kerajaan kat Arau. Lepas sedar dari pengsan, masih pening-pening lalat dan termuntah. Kos kasi ni adalah sebanyak RM80 saja, murah berbanding swasta dalam RM150.
Okay Mama Meow dah boleh tido dengan mama lepas ni!
Tuesday, January 7, 2014
bawak bekal?
fuh busy sungguh pagi-pagi...
waktu pagilah paling busy sebab nak siapkan anak-anak ke sekolah.
Hari ni aku bangun awal, masak nasik goreng.
Aku baca kat forum pasal persiapan anak-anak ke sekolah ni, ramai yang bagi bekal untuk anak sekolah.
Huh aku patut buat setiap hari. Tapi dengan syarat kena bangun awal la. Tu yang lemau.
Si adik makan habis sepinggan, tapi biasala si abang dia makan sikit, yang tu aku tensen, makan main-main. Sebab tu kena tutup TV, kalau tengok TV memang dia makan main-main sebab mata tengok TV. Bekas air dah berapa hari tertinggal kat sekolah, dah 2,3 kali ingatkan suruh bawak balik tapi lupa. Si adik lebih berdisiplin dan kemas. Makan pun licin. Lepas mandi tau sikat rambut sendiri. Si abang lepas mandi dok terbogel lagi nak suruh orang marah dulu grrrr!!! Comot sikit budak nih, selalu kena marah dengan abah dia.
Masa aku kalut-kalut tu abah dia pulak tanya kat mana fail dia..
isk isk tak sesuai langsung tanya soalan di saat-saat genting orang nak pegi kerja nih....
Pelik betul lah aku dah bangun awal tapi tetap lewat jugak akhirnya! Pelik tapi benar. Pelik yang ada jawapan. Not well organized nih.
Kakak aku boleh aje masak bekalan makanan kat anak-anak dia setiap pagi, ada anak kecik pulak tu, kagum kagum! Aku nak trylah tapi taktau berapa hari ni hiihi...
Buku-buku sekolah semua baru, seronok tengok budak-budak ni excited dok baca buku baru. Bila balik rumah dia excited tayang buku baru kat aku. Hari tu dah balut buku si abang. Tak banyak nak kena balut sebab buku teks yang cikgu bagi dah sedia dibalut. Yang lawaknya masa aku mintak pembalut plastik, si adik pegi ambik aluminium foil dalam laci dapur, pastu dia kata, nanti tak nampak pulak! (sebab tak transparent) adoii...
oklah...
nak makan nasik goreng..
kaya aku kalau tiap-tiap hari bawak bekal hehehhe....

Sunday, January 5, 2014
Special offer!!
tawaran hebat tawaran hebat!
kelmarin masak acar ikan kering, ambik resepi dari Mat Gebu jugak, success!!! Mendapat pujian berkali-kali, dan sebab tu jugak, tak sempat nak snap gambar sebab habis licin, ni yang semangat nak mencuba resepi baru setiap minggu.
Takde istilah tak pandai masak sebenarnya, yang penting mahu try!
Friday, January 3, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Back to school
Semalam aku siap-siapkan baju sekolah anak-anak. Cari baju, tali pinggang, stokin, tudung dan kasut. Lepas tu rileks jap sambil online. Masa dok tengok Facebook, aku tertengok sekeping gambar yang menunjukkan deretan beg sekolah dan kasut sekolah.
Ok aku telah terlupa satu bendaaaaaaaa!!!!!!!!
"Abahnyeee... kita tak beli alatulis!!!"
"Alah bukannya belajar lagi.."
kata habibi sambil tengok TV..
aihh boleh aje kata cenggitu..
ni nak marah ni, you should worry like I do!
kalut pulak aku pegi cari dalam laci dalam bilik, cari kotak pensel. Nasib baik dulu pernah beli stok alatulis banyak-banyak. Nasib baik ada. Lepas tu aku taruk dalam beg sekolah masing-masing.
Bukan pasal belajar tak belajar, ini lebih kepada dorongan supaya dia seronok nak ke sekolah, excited bila nak belajar.. lalu aku berhujah. Padahal dua-dua lupa hehehe...
Budak-budak ni takde masalah nak ke sekolah, sebab aku selalu motivate bahawa sekolah tu best, sekolah seronok, mama dulu seronok pegi sekolah, etc.. jadi dia dah set dalam kepala bahawa sekolah tu best dan tak perlu digeruni. Aku dulu pun darjah satu Wan tinggal aje masa first day. Wan hantar ke sekolah dengan basikal tua. Tak nangis pun sebab excited nak sekolah. Anak-anak aku pulak dah biasa ke tadika. Jadi hari ni tak jauh beza dengan hari lain. Lebih-lebih pulak setiap hari memang diorang bangun pagi. Tak duduk kat rumah pun walaupun hari cuti. Aku dulu enjoy habis, gilababas punya enjoy, berkubang macam kerbau pun ada, aku orang kampung! Budak-budak zaman sekarang mana buleh lepas macam dulu.
Pagi tadi nak snap gambar tapi tak sempat, esok-esoklah.
Lepas diorang turun ke sekolah, aku bagi makan kucing pulak. Oh ye lupa, anak kucing aku semua dah mati kelapan-lapan ekor. Tinggalla ibu kucing dan anak angkatnya. Aku gaul nasik dengan ikan rebus letak kat belakang rumah. Dalam bekas satu lagi tuang friskies. Ada 2 menu la kiranya hehhe, lepas tu bagi makan antibiotic kat kucing kecik. She's getting better, dah nak makan.
okay la, that's all for now..
have a good day..

Subscribe to:
Posts (Atom)