Saturday, January 11, 2014

HPV Vaccination

Dah 2 bulan tertangguh nak cucuk vaksin HPV, Alhamdulillah hari ni berjaya mendapatkan suntikan pertama daripada siri suntikan sebanyak 3 kali untuk melengkapkan dosage yang diperlukan.
Mesti korang pernah dengar kan pasal vaksin HPV ni. HPV stands for Human Papilloma Virus yang boleh menyebabkan kanser serviks, maka vaksin HPV ini dapat mencegah penyakit kanser serviks dan beberapa jenis penyakit kelamin yang lain. Ada dua jenis HPV vaksin yang ada iaitu Cervarix dan Gardasil, dan tadi aku dicucuk dengan Gardasil 0.5ml.

Ya, kanser serviks boleh dicegah dari awal. Untung kan bila kita boleh cegah ni, tak macam penyakit kanser yang lain. Penyakit kanser memang digeruni dan biasanya ramai yang tewas meskipun ada yang berjaya melawannya dengan pelbagai kaedah rawatan. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati jadi mari kita ambil peluang yang ditawarkan oleh klinik-klinik berdekatan.

Di pusat kesihatan kerajaan biasanya diadakan promosi untuk menggalakkan kaum wanita mendapatkan suntikan vaksin ini. Aku mendapatkan suntikan ini di Pusat Kesihatan UUM dengan kos sebanyak RM100 bagi satu suntikan. Maknanya untuk ketiga-tiga suntikan, semuanya RM300 lah tapi bila cucuk sekali, bayarla RM100, bukan bayar sekaligus. Kalau kat hospital atau klinik swasta memang lebih mahal la. Untuk budak-budak sekolah memang suntikan ini diberikan secara percuma di sekolah-sekolah. Kalau korang nak dapatkan suntikan ini kat mana-mana klinik kesihatan, cuba telefon dulu tanya ada promosi ke tak, sebab kalau bukan tempoh promosi nanti mahal la.

Korang boleh study pasal HPV dan vaccination ni kat HPV and Vaccination.

Errmm... aku takut dah tadi sebab lama dah tak kena inject, sekali tak sempat nak sakit sekali dah siap dah, tak sakit pun, cuma lepas tu lenguh je sikit. Yay dah inject!!! Tinggal lagi 2 dosage yang harus dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan. Tadi aku diberikan kad yang tertera tarikh suntikan akan datang. Oh ye, dalam tempoh ini, tidak digalakkan mengandung. Vaksin tersebut adalah selamat untuk ibu mengandung tapi kajian secara terperinci tidak dilakukan, oleh itu, hang on, lepas habis dosage bolehla pregnant.

Okla, nanti jangan lupa dapatkan suntikan vaksin HPV sebelum terlambat!!
bye!






No comments:

Post a Comment